✿ Rumah SalYa ✿: July 2015

Fresh from the owner...

31 July 2015

Jika Syawal terakhir.

Maafkan la salah dan silap. Tertutur yang tidak biasa, terkata kasar bahasa, terumpat tanpa sengaja... Andai ada hutang piutang yang tidak sempat terlunas mohon dicari ahli keluarga. Segala-galanya boleh berlaku sekelip mata.

Ajal maut sudah ditentukan. Bagaimana kesudahan kita belum dapat dipastikan. Bertuah bagi mereka yang dijemput pulang dalam redha dan rahmat Allah. Harapnya, kita juga bergitu. Berkesudahan yang baik-baik saja.

Dunia kita pun dah 'sakit' sangat. Entah lama mana kita bakal menghuninya, kita pun tak pasti. Putaran masa cepat je sekarang. Baru je duduk, dah nak tengahari rupanya. Allahu...

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMU ini, hamba yang beriman. Bukan tergolong dalam golongan yang kufur. Amin ya rabbal alamin...

posted from Bloggeroid

29 July 2015

~ WW #121 ~ Kuih raya pertama.






Baru buat dua hari lepas. Dan yang tinggal sekarang hanyalah balang-balang kosong je. Huhu... Tahun lepas 6 jenis mampu buat. Tahun ni tak cukup tangan. Buat pun untuk makan anak-anak je... ^o^


25 July 2015

UTI dan Afiq - Part 2.


Okay... kita sambung la cerita pasal si Afiq. Ini bukan pengakhiran sebab dia still ada appointment dengan HSA.

Doc kata, 4 kali repeat urine dalam kencingnya tu ada kuman yang sama. Persistence. Boleh jadi kuman lain-lain kot sebab tiap kali doc ni tengok rekod dia, intonasi suara tu macam pelik kuman tu kekal dalam urine.

Dan UTI ni kalau tak buat treatment boleh rosakkan buah pinggang dia. Jadi kena masuk wad untuk masuk antibiotik ikut salur darah. Tak boleh bagi antibiotik makan lagi dah. 


Doc yang suruh masuk wad kata dalam 3 ke 5 hari je masuk antibiotik tu. Tapi bila dah masuk wad, doc lain bagitau antibiotik kena masuk at least for 5 days okay. Kalau still ada, kena completekan 7 days punya treatment.

Day 5 baru repeat urine untuk tahu kuman tu still ada ke tak. Maknanya tetap la kena completekan 7 days punya treatment. Huhu...


24 July 2015

UTI dan Afiq - Part 1.


Sebelum detect ada UTI (kencing kotor), jaundice Afiq masa dalam hari selalu turun naik. Duduk bawah lampu dua tiga kaki jugak. Hari yang berbeza-beza. Turun pun tak banyak mana. Cukup 3 minggu jaundice dia still tak sampai bawah 10 walaupun turun 11. Tapi doc nak bawah 10.
Dan disebabkan dia 35 weeks je lahirnya, doc takut dia ada kencing kotor. Doc kata kadang-kadang kencing kotor pun boleh sebabkan jaundice jadik lama. Even baby yang lahir normal pun ada yang ambik masa sebulan jugak baru jaundice hilang. Tak semestinya premature babies je.
Makanya dapat surat refer ke HSA untuk check urine dengan darah sekali. Kebetulan Afiq memang kena ke hospital pun untuk hearing test. Rasanya ni untuk babies yang lahir premature dengan ada masalah lain kot. 
Alhamdulillah, tak ada masalah hearing. Dah setel kat situ kena ambik air kencing dengan darah untuk tengok jaundice ada lagi ke tak, kencing ada kuman ke.
Tapi result dapat after 2 weeks. Maknanya, lagi dua minggu kena datang semula. Memang sebulan tu dua kali wajib pergi hospital. Penat sikit tak apalah asal si kecik ni sihat. Even sebelum balik raya pun kena mengadap doc jugak. Adeh...
Afiq kena buat urine test 4 kali. Bukan sekali tau. First time buat tu dah tau ada kencing kotor. Jaundice clear tapi kencingnya tak. Dapat antibiotik untuk clearkan kuman. 
Lepas makan untuk seminggu kena datang buat test lagi untuk tengok kuman mati ke tak. Resultnya kuman tak mati tapi doc tak puas hati repeat lagi urine. Result pending. Repeat sekali lagi. 
Bab repeat la paling leceh sekali. Adoiii la... Nanti kita sambung lagi ye. Ada keje sikit nak buat... (⌒o⌒)

Mati itu pasti.



Mati itu sangat pasti. Cuma bagaimana kesudahan kematian kita, itu yang kita tak pasti. Sepanjang Ramadhan dan Syawal ni banyak sangat kematian. Beruntung la mereka yang meninggalkan dunia dalam bulan Ramadhan.

Sedih itu pun pasti buat mereka yang masih hidup. Sememangnya kehilangan itu dirasai. Kakak aku yang kehilangan suami dua tahun lepas pun masih terasa kesannya sehingga kini. Masih juga mengalirkan airmata bila rindu bertamu. Rindu yang tak pernah kenal erti jemu.

Seorang sahabat baru saja kehilangan suami tercinta ketika Syawal kedua kita raikan. Sakit suaminya sudah lama. Tapi meninggalnya bukan sebab buah pinggang. Berkampung di wad sepanjang ramadhan. Anaknya cuma seorang. Darjah 2. Sangat rapat dengan si suami.

Lepas operation suaminya tidak sedarkan diri sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Anaknya pasti menerima pukulan paling hebat. Tidak menangis kata sahabat yang melawat. Cuma menyepikan diri. Masih keliru barangkali.

Katanya ada virus yang tak dapat dikenalpasti menyerang usus besar si suami. Walaupun dah dibuang 30cm daripada usus besar tu, virus tu dah sampai ke jantung dan menamatkan terus perjalanan si suami di muka bumi ni.

Semalam juga mendapat perkhabaran suami kepada sepupu husben pergi secara mengejut atas kerusi di rumah sendiri. Sempat bersembang raya ketiga sebelum kami pulang ke Pahang. Raya keempat dia sekeluarga mahu menghantar anaknya kembali ke asrama di JB sebelum mereka bertolak balik ke Perlis.

Tidak nampak sakitnya ketika bersembang hari tu. Katanya kemungkinan sakit jantung. Anak perempuannya pasti terasa kesan ditinggalkan. Tahun ini pula peperiksaan besar menanti. Adik lelakinya apatah lagi.

Sakit, belum tentu mati awal. Sihat, belum tentu panjang perjalanannya. Tua, belum pergi dulu. Muda, belum pasti perjalanan hidupnya. 

Hakikatnya ajal sudah ditentukan. Bagaimana dan apa sebabnya hanya DIA yang tahu. Cuma bersyukurlah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas dan bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan.

Bagaimana kesudahan kita? Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini. Amiiiinnn...


22 July 2015

~ WW #120 ~ Aidilfitri Dungun 2015.




Alhamdulillah... Tahun ni semua ada. Tak ada yang berkecuali. Tak ada rebut-rebut nak balik kampung siapa. Mana-mana pun boleh.

Sesi fotografi pun berlangsung dekat nak maghrib. Adoiii la... Tapi sebab once a year semua orang ada, boleh la. Tahun depan belum tentu jumpa. Belum tentu sempat ada semuanya.

Apa yang pasti, raya untuk anak-anak sebab dia orang paling happy dapat balik kampung dan dapat baju raya... ≧∇≦

posted from Bloggeroid

17 July 2015

Salam Aidifitri 2015.



Ramadhan akhirnya meninggalkan kita. Syawal akhirnya menjelma tiba. Semoga ibadah kita diterima olehNYA.

 Harapnya masih dapat bertemu ramadhan di tahun hadapan.

Jika ada tersilap kata, terkasar bahasa mohon diampunkan. 0-0 ye...

10 July 2015

Dinding misteri.


Punya la malas nak update entri. Pesal entah. Sabar je la. Haha... Mood nak bercerita pasal UTI si Afiq tu ada. Tapi mood nak menaip tu tak ada. Nanti-nanti la kita sembang pasal UTI tu.

Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki untuk cat rumah. Walaupun husben banyak cuti dua bulan lepas ni sebab Afiq keluar masuk wad je tapi rezeki tu ada di mana-mana kan?

Kaler dah tentunya aku yang kena pilih. Husben kata aku yang tentukan. Makanya aku pilih color yellow green lawan dengan blue success. Cantik jugak kombinasi ni.

First stage husben cat guna yellow green dulu. Sebab untuk blue success tu sikit je ruangnya. Cat jimat banyak sebab bukan guna roller. Guna brush je. Kalau roller mahunya pakai sampai 2 tin. 

Jadik 'hasil seni' budak-budak ni terpadam la bila kena cat.. Memang banyak area dia orang conteng. Bukan dengan pensel je. Kaler pensel, pen, crayon. Hoho...

Tapi yang jadi misterinya dinding dekat sliding door. Dah cat banyak kali pun tetap timbul contengannya. Berubah-ubah. Bukan sama semuanya walaupun ada yang sama.

Mula-mula ingat budak-budak ni conteng lagi. Tapi lepas cat kali kedua, ada lagi timbul. Cat lagi sekali pun timbul jugak. Tebalkan cat lagi pun sama. Sekarang ni makin banyak kesan contengan tu timbul.

Misteri betul la. Ada yang 'menumpang' agaknya kat situ. Hehe... Husben kata 'sumpahan dinding'. Cat ke tak, tetap la ada kesan tu. Berlainan tapi ada contengan yang kekal sama je timbul. Misteri betul!!!



my foot: husbeb ada kata, dinding tu tak sama kemampatannya. sebab tu ia serap cat. jadik kena guna solution lain la untuk hilangkan kesan contengan tu. misteri la sangat. sabar je la.


06 July 2015

Puasa oh puasa.


Ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Sekejap je masa berlalu. Tahun depan entah bertemu entahkan tidak.

Jika masih bertemu, alhamdulillah. Jika tidak, sudah sampai masanya kita dijemput pulang. Harapnya agar 'bekalan' itu mencukupi.

Semalam masa temankan husben tengok tv, terdengar la satu ceramah daripada satu video tentang bumi kita yang semakin 'tenat' ni.

Tentang peralihan kutub utara dan selatan. Betapa semakin hari semakin laju pergerakkannya. Yang mana mengikut kajian, 2015 adalah tahun di mana kitub utara akan ke selatan dan selatan ke utara.

Ustaz tu ada sebut pasal tanda-tanda kiamat besar. Memang gerun dengar ceramah tu. Sempat ke kita ni bertaubat? Itupun masih leka dengan hal duniawi.

Walaupun tahu dunia makin sakit tapi macam tak ada keinsafan je. Kalau kita masih selamat, alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan ruang untuk bertaubat dan memohon keampunan kepadanya.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat.
posted from Bloggeroid

02 July 2015

Temujanji kami.


Seawal pagi di sini hari ni. Pukul 7 dah sampai HSA. Haha... Gila awal. Ikut buku, appointment dia pukul 7.30 pagi. Untuk buat ultrasound. 

Kalau missed appointment ni, kena tunggu lagi 6 bulan pulak untuk buat ultrasound. Itu kata husben la sebab dia yang handle borang masa discaj dulu. 
Sampai-sampai je tak adalah terus ke bilik x-ray sebab form bagai kat klinik paed ni.

Jadik orang pertama you. Dah ambik nombor kena tunggu bagai. Dekat pukul 7.30 jugak la baru dapat form untuk pergi buat ultrasound. Lama gila menunggu. Tunggu nak on pc, nak cari report. Tapi tak apa. Dah jadi orang first tu kira okay la.


Kemudian ke sini untuk buat ultrasound. Ini untuk check buah pinggang dengan pundi kencing ai Afiq. Nak tengok ada kelainan atau tak. Ada bengkak ke apa ke.

Pun jadi orang pertama sampai. Walaupun dah dapat nombor bukan dipanggil masuk terus. Menunggu lagi kat luar. Sampai la ada lagi dua orang patients baru sampai. Kemudian baru panggil masuk.

Dah masuk tak terus buat. Menunggu lagi kat dalam. Pergh...!!! Dok menunggu tu yang tak boleh tahan. Kalau kita orang dewasa tak apa. Ini melibatkan baby. Menunggu lama-lama buat dia mengamuk la.

Nak tidur, nak susu. Even yang dua orang sampai lepas aku tu pun dah siap dulu. Afiq tak start-start pun lagi. Almost 8 baru doc sampai. Time tu Afiq memang nak start mengamuk dah.
 
Lama pulak nak buat ultrasound sebab time kali si kecik ni mengamuk, doc tak dapat nak capture pic buah pinggang dia. Siap kencing atas bed masa ultrasound. Nasib baik doc ni scan pundi kencing dia dulu. Kalau tak memang kena kencing la alamatnya.

Dah settle kena patah balik ke tempat tadi untuk jumpa doc. Sebelum tu kena timbang dulu. Dalam bilik timbang baru dapat tau kena repeat urine c&s pulak. Adeh... Jadi, sebelum jumpa doc kita ambik urine dulu.

Settle ambik urine baru boleh jumpa doc. Tapi menunggu lagi. Kali ni lagi lama. Bilik untuk aku jumpa doc tu, no.5 tak keluar-keluar daripada aku start duduk sampai la kena ke tempat lain pulak.

Itupun dah lama tunggu baru la nurse ni datang bagitau suruh hantar sample air kencing ke makmal. Kena tunggu sejam untuk dapatkan result. Kita tunggu sendiri tau. Nasib baik air kencing dah ambik awal-awal. Kalau tak, menunggu lagi.

Urine tu ada dua botol. Satu untuk fast result. The other one yang ambik masa 3 days baru tau sama ada problem tu still occurs or not. Rumit kan melibatkan baby ni... (๏_๏)


Kat sini kena tunggu lebih kurang sejam. Redha je la. Tunggu result penat juge tapi nak buat macam mana. Nak berjalan-jalan pun dah penat rasanya.
Tapi tak sampai sejam pun dah dapat result. 

Alhamdulillah... Urusan jumpa doc pun kejap je. Nak menunggu result bagai tu yang lama. Sabar je la.

Ujian ini pahit tapi ada manisnya jika kita sabar dan redha kan?! ~_~




01 July 2015

Edisi khas raya.



Emas 999.9 ni adalah seberat 0.5g je. Packaging khas raya. Daripada bagi duit kertas yang makin susut nilainya tu, baik bagi emas untuk simpanan masa depan dorang. Kalau tak kita yang celik emas ni ajar dorang siapa lagi nak ajar kan?

Harganya ikut kadar harga emas semasa. Tapi tak adalah melebihi RM150.

Matawang makin susut nilai. Emas simpanan terbaik. Tak mampu beli yang mahal-mahal, kita beli yang semampunya. Janji istiqomah.
Berminat nak tau boleh whatsapp: 0172561005. 

Emas Powergold terbaik... ^o^


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign