✿ Rumah SalYa ✿: June 2015

Fresh from the owner...

30 June 2015

Bulan Mei yang ditinggalkan.


Sebenarnya cerita banyak tapi mood yang tak ada. Masa bulan Mei tu hp yang tak ada. Hp yang biasa guna tu rosak. Skrinnya menyala tapi tak boleh touch.

Cracked kat bahagian bawah digigit Aus. Adoyai...!!! Nak tukar skrin serupa macam beli hp baru. Tapi sayang. InsyaAllah... akan ku usahakn jugak untuk repair. Ni kira throwback je la.



Starting dengan cerita Azfar yang celebrate birthday in May. Dia budak 13 Mei. Hehe... Ini masa celebrate birthday kat kindy untuk budak-budak yang lahir daripada bulan Jan til May plus dengan sambutan hari guru sekali. Muka memang terbaik la... (⌒o⌒)



My dearly sister yang celebrate her birthday on 17th. Dia la yang banyak tolong aku thru thick and thin. Walaupun tak ada pertalian apa-apa, we're still buddies.

Last time jumpa dia 7 years back. Entah bila la boleh jumpa lagi. Huhu... Thank you sis and love you sampai bila-bila ( ˘ ³˘)♥



Berlaku dalam bulan Mei jugak. Afiq warded sebab kena UTI (kencing kotor). Lepas 4 kali screening untuk urine dia akhirnya warded sebabnya persistence kuman yang sama.

Daripada first screening sampailah yang ke-4 kalinya. Ingatkan 3 hari je tapi kena completed antibiotics for 5 days dan sambung lagi the next 2 days. Redha sesangat.



Anniversary me and hubby. Just wish je sebab warded lagi time ni. Tak ada celebration. Ok la. At least ingatkan. Semoga kekal ikatan ni hingga ke sana. Amiiinnn...



The born of baby Husna. Ini anak Kerry (BIL) dengan Piah. Last 2 years dia orang lost their first baby boy, Muhammad Baihaqi. Siapa yang pernah baca tau la cerita tu. The first baby survived few hours je.

Alhamdulillah, Allah gantikan baru dengan kedatangan Husna. First baby operate and this time around pun operate sebab songsang even dah masuk minggu akhir. Dah try pusing pun dia taknak pusing. Last opt, operate je la.


*Banyak cerita tapi tak sempat nak cerita satu-satu sebab handphone yang sementara tu tak berapa ok bila nak taip entri. Makanya bersabar saja la dengan pix dan cerita yang ada.

Semoga perjalanan dan urusan kehidupan kami di tahun ini dipermudahkan walaupun banyak dugaan dan rintangan. Doakan kami sekeluarga kuat... `(*∩_∩*)′

posted from Bloggeroid

17 June 2015

~ WW #119 ~ Rentetan Peristiwa.








my foot: semoga dipermudahkan perjalanan hidupmu wahai anakku Muhammad Imran Afiq.


posted from Bloggeroid

15 June 2015

Kampung oh kampung.


Kalau taip entri guna hp memang kena banyak sabar. Kalau entri hilang, memang sabar jugak la. Ada cara ke nak trace entri hilang. Dah banyak kali jadik sebenarnya. Memang sabar la. Sebab idea pertama dah tak sama macam idea kedua.

Cuti sekolah baru ni merasa jugak la budak-budak ni balik kampung walaupun minggu kedua je balik. Kalau masa ada Kerry dulu, hari pertama cuti sekolah dah ada kat kampung. Itu sebab Kerry suka balik. Tiap-tiap minggu nak balik. Boleh tumpang je sebab on the way tu mesti lalu kat Pekan punya la. Husben pun akan ambik semula sehari sebelum.

Tapi sekarang tak lagi dah. Budak-budak ni memang suka balik kampung. Ramai tukang layan. Ye la.. Jarang jumpa kan. Sesekali jumpa tu memang excited lebih. Banyak kerja nak buat. Pagi-pagi je kalau tak dia orang ni pergi ke ibu rumah, budak-budak sana pulak yang datang.

Tak ada hal sangat la. Tujuan utama balik kampung ni nak gembirakan anak-anak je. Dia orang happy alhamdulillah. Itu dah cukup buat ibu dengan abah ni. Nak main basikal pun main la. Kawasan rumah tok abah ni luas.

Nak kejar ayam ke apa... ikut suka la. Kalau Aus 24 dok sebut ayam je. Bukan pasal tak pernah tengok ayam tapi memang dia suka ayam la agaknya. Hari pertama sampai kampung, dia ajak Tok Abah lastik cicak. Haha... Pantang nampak cicak, mintak getah nak lastik. Itu ajaran abah dia la tu.

Kali ni memang berkampung betul kat kampung. Adoiii... Aku dengan Afiq la. Orang lain tak. Macam-macam la. Benda nak jadi. Redha je la. Bukan mintak pun. Terima dengan tenang dan sabar... v(=∩_∩=)フ


posted from Bloggeroid

03 June 2015

~ WW #118 ~ Jom beli.





Dah lama tak cerita pasal emas ni sebab sibuk handle Afiq tambahan pulak dengan hp yang tak berapa sihat. Hari ni cuma nak update pasal emas 0.5g, keluaran khas raya. 

Apakata raya tahun ni kita pakat-pakat bagi emas ni kat parents ke anak-anak. Asyik bagi duit yang makin susut nilainya, jom tukar kepada emas pulak. Saving masa depan ni.  Berminat boleh whatsapp: 017-2561005.

01 June 2015

Cerita tentang dia.



Dah lama tak berblog. Kekangan handphone sebenarnya. Berat-berat sangat apps ni ia susah sikit nak terima. Rindu jugak la nak bercerita di sini. Masih ada ke yang datang melawat? Hik3... Bukan bajet fames. Mana la tau ada yang rindu.

Afiq baru je 3 hari keluar wad. Apa kes masuk wad? Tak ada kes. Saja je lepak-lepak santai kat wad kan. Haha... Banyak la kau punya lepak. 7 hari berkampung dalam wad memang mencabar la. Keauan kat anak-anak. Kesian kat encik suami.

Kata orang okay la masuk wad. Dapat percutian percuma. Kalau anak sorang boleh la cakap. Anak ramai ni lain. Teringat macam mana la dia orang pergi sekolah dengan abah yang handle? Mesti kesian. Sebab banyak benda mak yang buat. Kesian kat bapak tak tau apa. Terpaksa la belajar jugak. Tak ada pilihan.

Afiq warded sebab UTI with kpm. Bahasa mudah kencing kotor. Selalu jadik kat baby girl. Boy jarang. Dah la kpm tu kuman paling jahat yang boleh cure dengan certain antibiotics je. Kalau tak rawat akan efek pada buah pinggang dia. 4 kali ambik sample urine, 4 kali tu jugak la kuman yang sama je muncul. Persistent. Dah try cure dengan ubat makan tak jalan, jawabnya warded la. Masuk antibiotik ikut salur darah.

Bukan dua tiga hari tapi TUJUH hari kat wad. Wah3.. Doc yang refer Afiq ke wad ni cakap dalam 3 hari ke 5 hari je. Tapi end up sampai 7. Memang sabar dan redha je dengan ujian Allah ni. Ada sebab kenapa DIA uji kita kan? Tanda DIA sayang.

Alhamdulillah, beruntung sebenarnya diberi ujian Allah ni. Menyedarkan kita yang alpa dan leka ni. Ya Allah... Sungguh kadang-kadang kita lupa siapa sebenarnya kita ni disisiNYA sampailah DIA ingatkan kita dengan ujian dan dugaan. Baru sedar diri.

Teruknya kita sebagai hamba. Sabar je la.

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign