✿ Rumah SalYa ✿: April 2015

Fresh from the owner...

29 April 2015

~ WW #117 ~ Bulat.






Handphone utama dah rosak. Makanya tak dapat update blog. Mujur jugak ada handphone backup penawar duka lara. Belanja pic Afiq sekeping. Hari ni nak cucuk 2 bulan. Kejap je dah 2 bulan kan? Huhu..

posted from Bloggeroid

24 April 2015

Saat diperlukan.




Masa ke HSA untuk ambik ubat Afiq, aku settlekan hal appointment dia dan husben pergi ambik ubat kat farmasi. Line untuk ambik nombor memang panjang. Aku dah siap pun husben tak dapat nombor lagi.

Jadik menunggu je la dengan anak-anak dengan jayanya. Budak-budak ni cepat bosan. Sementara menunggu tu, aku bagi dia orang ruang explore dekat tapak pameran gitu. Memang kalau boleh tak nak bawak dia orang ke hospital ni. Tapi nak buat macam mana.

Dalam pada tu aku nampak sorang lelaki ni pegang helmet dengan beg plastik. Mundar mandir tak tahu nak ke mana. Dia senyum pandang aku kemudian tanya aku datang dengan siapa. Aku cakap la dengan husben.

Dia cakap dia baru keluar wad. 6 bulan duduk kat wad sebab tibi. Tak kerja tak apa. Jadi aku tanya dia nak ambik ubat ke sebab ada kat bahagian farmasi kan. Dia cakap dah ambik ubat. Tengah cari RM15. Nak buat tambang balik. Dah 6 bulan tak kerja. Duit pun tak ada. Badan pun tak kuat lagi katanya.

6 bulan kat wad dengan kes tibi? Memang tibi dia dah teruk. Tapi dia survived. Dia cari duit tambang tapi dia tak mintak dengan aku. Dia cuma cakap je. Kebetulan memang aku tak bawak purse pun. Aku panggil anak-anak terus pergi depan farmasi. Hehe...

Tunggu husben kat situ pulak. Memang nak elak mamat tu. Hospital environment banyak penyakit. Dia pulak baru je lepas keluar wad sebab tibi. Kena sambung makan ubat lagi selagi tak betul-betul okay. Budak-budak berisiko. Husben aku pn br je putus ubat.

Lama gila nak bolehkan berhenti makan ubat tibi sebab pakar tak ada setiap kali dia ada appointment. Cancelled memanjang. Doc biasa tak berani nak putuskan. Last putuskan pun doc lelaki. Doc biasa. Pakar tak ada. Dia tengok x-ray and called doc pakar bagitau husben dekat setahun kena makan ubat. Lungs pun dah clear.

Eh, cerita benda lain pulak! Bukan jijik ke apa dengan mamat tu. Tak ada la. Aku kesian betulnya dengan dia. Baru keluar wad. Duit tak ada nak balik. Kalau aku kat tempat dia pun pening. Lama mana nak duduk kat hospital? Dia tak mintak duit pun dengan aku. Dia cuma cakap nak cari duit RM15 nak buat tambang balik.

Aku cakap dengan husben. Sebab lepas aku blah, dia duduk je kat situ tak buat apa-apa. Agak-agak dia fikir siapa la yang nak hulurkan duit kat dia. Sebab tak semua orang sanggup tolong orang lain. Aku cakap jugak kat husben dia tak mintak duit. Kesian. Kalau dia mintak mungkin lain sikit. Tapi tak ada pun dia cakap: "Akak ada duit tak?"

Sebenarnya kami dah lalui semua tu. Sangat memahami. Kami bantu seadanya. Memang dia duduk jauh. Husben kata balik la. Tak payah duduk lama-lama kat hospital. Dan dia balik lepas tu. Allah gerakkan dia untuk bertemu kami. Untuk kami bantu sebab kami pernah rasa apa yang dia rasa. Cuma dia tak ada duit langsung. Kami ni duit sangkut tapi alhamdulillah tetap dibantu.

Bukan nak cerita pasal kebaikan. Tapi nak cerita pasal dia bertemu kami saat diperlukan. Perasaan tu kami dah rasa. Membantu sesama manusia. Sekurang-kurangnya sifat ihsan tu masih ada.

Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya.


posted from Bloggeroid

23 April 2015

Menerima dengan redha.




Alhamdulillah, jaundice Afiq dah clear. Dah tak ada kuning lagi dah. Tapi ada pulak benda lain yang sangkut. Urine dia. Sabar je la. Dugaan betul. Tapi tak apa la. Asal dia sihat, itu dah cukup sebenarnya.

Last month ambik darah dengan urine Afiq. Lepas tu tunggu 2 weeks untuk appointment dengan doc plus ambik darah baru untuk dibandingkan dengan darah sebelum ni. Sample darah kena hantar sendiri ke makmal tau. Dekat je tempatnya.

Tapi melilau jugak la mencari. Haha.. Dah hantar sample darah, kena tunggu result. Sejam. Perghhh... berkarat menunggu! Tapi sabar je. Dah dapat result darah baru boleh jumpa doktor. Kebetulan masa aku datang tu orang ramai.


Mujur jugak time nak jumpa doc tu kejap je. Macam biasa, doc tanya lebih kurang. History parents dia nak tau. The same story kena repeat over and over again. Tapi cerita je la. Nak buat maam mana.

Doc checked Afiq and tengok result darah. Dia kata kuning dah clear. Sibuk pulak kata mata Afiq bulat besar. Macam pandai sangat sebab melilau je mata si Afiq ni tengok sana sini. Hehe... Lepas tu menunggu. Aku pun tak tau kenapa aku kena tunggu lagi.

Orang lain keluar masuk dah. Tapi aku kat dalam lagi, terpinga-pinga tak tau kenapa menunggu. Rupa-rupanya tunggu result urine. Adeh...!!! Doc kata result urine Afiq sangkut. Ada kuman. Kena ambik urine lagi sekali.

Doc kata lagi, dia orang akan checked semua termasuk la tiriod bagai. Okay. Pergi la ambik urine pulak. Aku bab nak ambik urine la lemah sikit. Nak kena pegang peha anak. Senang nak masukkan alat tu. Adoiii...!!!


Settle ambik urine boleh balik. Kalau ada kuman lagi dia orang akan call. Memang dia orang called. Isnin baru ni untuk ambik ubat. Itu pun lepas seminggu. Kes Afiq tak teruk. Sebabnya masa doc tengok result,dia ada mention pasal baby yang kena warded due to urine dia yang kotor. Tapi tak tau la pulak kalau telinga aku ni tersumbat ke salah dengar. Huhu...

Makanya, hari ahad ni akan ke hospital lagi untuk urine test buat kesekian kalinya. Next appointment will be in May. The second week. Hmmm...

Setiap orang dugaan dan ujiannya tak sama. Ini dugaan buat kami sekeluarga. Tak apa. Kami terima dengan redha sebab ini petanda Allah masih sayangkan kami.


posted from Bloggeroid

22 April 2015

~ WW #116 ~ Ubat.






Kecik-kecik dah kena makan ubat. Semoga dipermudahkan Allah ye Muhammad Imran Afiq.


posted from Bloggeroid

20 April 2015

Bercampur-campur.

Mood nak update blog tu ada. Tapi mood nak menaip tu tak ada. Macam mana tu? Mata ni tiap kali nak menaip je ngantuk. Sabar je la.

Ambik mood nak menaip entri sambil susukan Afiq. Kejap lagi sambung taip entri panjang berjela. Hehe...

posted from Bloggeroid

15 April 2015

~ WW #115 ~ Berserah...





Harap boleh discaj la hendaknya... Ya Allah, permudahkanlah!!!


posted from Bloggeroid

13 April 2015

Viral oh viral.




Sambil menunggu giliran Afiq kat Klinik Pakar Kanak-kanak ni, update blog la kejap. Kenapa ke sini? Afiq kena refer pasal jaundice dia tu la. Lama menunggu. Ramai pulak orang hari ni. Pening kepala mak. Hehe...

Ini nak bercerita pasal viral kat fb dgn whatsapp. Aku sebenarnya tak faham macam mana la orang boleh viralkan certain-certain tanpa pasti kesahihan berita tu. Okay, aku pun pernah buat dulu. Tapi dulu-dulu la. Bila tau berita tu tak betul, terus stop.

Nak share apa-apa pun dah malas sebenarnya unless aku rasa benda tu sahih baru la aku share dengan jayanya. Tak kira la apa pun yang orang share, video ke gambar ke or even story-morie ni kena la pastikan betul je tak. Selalunya sembarang je orang kita. Dapat, baca tapi tak tau betul ke tak... terus share. Mungkin nak jadi orang paling awal tau pasal tu kot. Wallahualam.

Contoh terbaru, kes vitagen. Itu belum lagi post-post pix orang pakai tudung tapi pakai skirt saja, pakai baju sampai nampak pakaian dalam. Kita pun tak pasti betul ke dia pakai skirt pendek dengan tudung. Dunia teknologi ni macam-macam boleh buat. Memang ada je yang pakai tudung tapi masyaAllah... daripada baju sampai ke seluar macam balut kulit nangka.

Aku ada je jumpa. Speechless tapi boleh tengok je la. Sebab kat klinik. Ada jugak pregnant pakai tudung tapi nampak pusat sebab baju ketat. Suami relax je sebelah tak kata apa. Macam-macam fesyen pun ada. Tapi belum sampai nak ambik gambar. Itu kira aibkan dia. Kalau betul nak tegur, pergi dekat. Bagitau elok-elok.

Bukan ke bila kita dah tunjuk dalam fb ke whatsapp kita secara tak langsung buka aib dia. Orang lain swbar dan kutuk, buka lagi aib kita. Apa hak kita nak aibkan orang. Salah tetap salah. Kalau betul sekalipun dia salah, cara teguran tu kena betul. Kita ni guna teknologi kadang-kadang dengan tujuan salah.

Kadang-kadang tak berniat pun tapi dah buat tetap la salah. Kadang-kadang dah sedap mengata bagai baru tau cerita tu salah. Dah tu nak mintak maaf dengan siapa? Nak cari orang tu? Kalau jumpa okay la. Kalau dia maafkan pun okay jugak. Tapi kalau tak?

Sebab tu sebelum sebarkan apa-apa, kena check banyak benda. Bukan main sebar je. Tak pasal-pasal kita nenanggungnya nanti. Mana-mana hadis yang tak sahih pun kena chexk. Kadang-kadang yang dah keluar bagitau hadis tu palsu setahun lepas pun ada jugak yang sebarkan lagi tahun ni. Tak ambik port ke tak baca?

Sekadar peringatan untuk diri sendiri agar lebih berhati-hati.
p
osted from Bloggeroid

10 April 2015

Posmen Poslaju.




Kita biasa dengar tentang servis poslaju yang entah apa-apa sekarang ni kan? Bukan sekarang je. Dulu pun ada jugak. Ada yang barang-barang tak dipos. Ada yang sampulnya terkoyak. Walaupun tak semua tempat ada masalah tapi sebab nila yang setitik tu la habis semua kena. Even kawan aku yang berniaga online dah bertukar ke nationwide which aku pun takkan guna sebab ada bad experienced once.

Sekali je pun. Tu pun kecoh. Sekali tu ambik masa dekat 5 hari baru barang sampai. Barang urgent pulak. Walhal sebelum tu aku dah tanya bila agak-agak boleh sampai, konfiden je staff dia checked dan cakap dalam sehari dua je. Hah, kalau aku tau aku guna skynet je. Itu cerita lama. Ini cerita baru.

Ini cerita pasal posmen poslaju. Posmen biasa dengan poslaju tak sama. Warna baju pun dah sah-sah berbeza. Posmen biasa ada merah. Posmen poslaju ada kuning oren gitu. Setakat misdelivery tu biasa. Kadang-kadang tak datang pun tapi bila checked online unsuccessful delivery. Padahal kita daripada pagi ke petang ada kat rumah.

Itu posmen-posmen sengal. Baru-baru ni aku keluar cari barang basah. Gate biarkan terbuka sebab plan sekejap je pergi. Memang tahu ada barang akan sampai tapi malas nak tunggu. Boleh pulak gitu?! Tak apa la. Nanti husben boleh pergi poslaju je ambik. Time nak balik daripada beli barang tu, hujan. Dah pukul 1 lebih kot.

Tiba-tiba dapat called dari nombor yang tak dikenali. Angkat jugak la takut customer ke ada benda penting ke. Customer aku rajin called. Jangan tak tau. Bila jawab suara orang lelaki bertanyakan nama aku. Eh, siapa pulak ni?! Dia tanya tak ada kat rumah ke? "A'ah la. Keluar kejap. Tapi ni dah on the way nak balik." Lepas tu dia bagitau: 'Saya daripada poslaju. Nanti dah balik cari saya ye. Saya ada dekat Pulasan bla... bla... bla...'

Aku macam terkedu kejap. Okay-okay... saya cari. Wah, posmen mana ni siap suruh cari-cari dia bagai. Husben kata dia macam tahu posmen yang mana sebab dengar suara tu macam familiar. Mesti yang muka macam mamak-mamak sikit tu. Pusing keliling kami cari dia sebelum called semula tanya dia kat mana. Dia setia menunggu okay. Bukan dalam cuaca biasa tapi dalam keadaan hujan tu. Ya Allah...

First time dalam sejarah aku hidup ni posmen suruh cari dia sebab datang rumah tak ada orang. Dalam cuaca hujan ye. Biasa pun kalau ada posmen called tanya rumah kat mana. Nak tunggu? Jangan harap la. Tambahan dengan keadaan cuaca macam tu, lagi la. Tapi posmen yang ni... aku respek betul la. Rasa macam nak bagi anugerah posmen terbaik.

Muka dia macam mamak-mamak sikit. Kurus. Husben pun cakap kalau dia anto barang ke rumah memang ramah bercerita. 'Pintu pagar terbukak ingatkan ada orang kat rumah. Rupa-rupanya keluar.' Dia senyum dalam hujan. Nak snap pic pun tak sempat. Teruja jumpa posmen macam ni. Semoga bertambahlah rezekinya. Memang tiptop. Kalau semua macam ni, memang poslaju akan jadi yang terbaik. Tapi tak la kan. Dalam mana-mana company mesti ada perangai pelbagai punya la.

Ni no telefon dia... 019-266 **** . Hehe... Abang posmen, I salute you la. Bekerja dalam hujan, siap dengan senyum lagi. Sanggup la called bagitau ada barang plus tunggu pulak lagi. Poslaju, this kind of attitude la yang kami suka. Sebab dia je... rasa macam nak bagi berbintang-bintang kat poslaju ni. Terbaik la lu bro!!!


posted from Bloggeroid

09 April 2015

Konsep Powergold.Biz




Kita ambil satu contoh: BERAS.

KONSEP SAVING

Kita beli beras, kita dah untung dapat makan sebab masak sendiri. Jadi kita dapat SAVE duit. (Save duit + kenyang perut)

Dalam Powergold, kita beli emas harga ahli. Kita dah dapat SAVE duit dan SAVE emas sebab dapat beli dengan harga ahli yang dah tentu-tentu lebih rendah berbanding harga pasaran. (Save duit + Save emas)

JADI... nak makan saja kasi kenyang perut pun boleh. Kalau nak simpan emas saja dah dapat harga ahli dan bonus belian pun boleh juga. Untungkan konsep saving.

KONSEP TRADING

Bila dah makan masakan kita, keluarga puji. Sedap la makanan ni. So, kita pun rasa macam nak jual je nasi. Dah alang-alang beli beras murah, baik niaga nasi. Orang dapat makan, makanan pun sedap. Kita pun jual. Dan ada org beli. Ini dipanggil TRADING.

Dalam Powergold pun sama. Bila join ahli, da dapat beli emas murah. Alang-alang dah ada website emas sendiri, kita pun jual emas. Untung sebab beli harga ahli. Jual harga semasa.

KONSEP NETWORKING/RANGKAIAN (MLM)

Bila dah ramai orang beli kat kedai kita dan ramai orang puji sebab sedap jadi akan ada orang akan buat tempahan banyak-banyak dengan kita sebab nak jual dekat orang lain. Ini pulak dpanggil RANGKAIAN.

Dalam Powergold pun sama. Bila orang dah tengok Powergold keluarkan produk emas, beli emas dpt emas, mereka pun nak jadi macam kita. Jadi akan join bawah kita. Ini yang dipanggil RANGKAIAN. Kita dapat untung, mereka pun dapat untung.

JADI TERPULANGLAH. KITA NAK SAVING KE,TRADING KE, NETWORKING KE ATAU BUAT SEMUA KE... ATAS KITA LA PULAK.

Cuma... Powergold ni MLM yang baik, tak kira siapa yang join dulu, siapa yang bekerja keras, dialah yang bertambah untungnya.


posted from Bloggeroid

08 April 2015

~ WW #114 ~ Adik Afiq.




Kejap je dah besar si Afiq ni. Dah nak masuk 2 bulan. Time flies...

07 April 2015

Surirumah celik emas.



Bercerita tentang emas lagi. Dah ramai yang celik emas sekarang ni termasuklah surirumah. Jika sebelum ni surirumah celik emas dengan beli untuk pakai sendiri, sekarang tak lagi. Jika sebelum ni simpan emas 916 di tangan ataupun leher, sekarang dah up sikit. Simpan emas 999 dalam bentuk goldbar.

Mana-mana emas pun jika disimpan, insyaAllah... akan jadi pelaburan terbesar kita di masa depan. Emas takkan susut nilai. Itu yang pasti. Sekarang ni pun harga emas dah naik. Daripada menyimpan duit dalam bank, lepas baik buat simpanan emas untuk anak-anak atau family kita. Kalau kita ada buat saving untuk parents, apa kata tukarkan dengan emas.

Aku joint Powergold nak kata lama sangat tu tidak la. Tapi daripada Powergold ni la dia orang ajar kita untuk celik emas. Kalau join Powergold ni selain daripada menyimpan kita akan dapat income jugak. Siapa rajin dan berusaha, dia dapat. Siapa yang tak nak dan nak buat saving je pun tak ada hal. Terpulang pada diri masing-masing.

Tapi jangan pulak masuk Powergold terus ingat boleh kaya. Ini bukan public gold ke sistem pelaburan cepat kaya. Sistem Powergold menyimpan sambil menjana income. Emas yang kita beli tu orang-orang kat Powergold tak pegang. Takkan mintak balik dengan kita pun. Emas kita hak kita. Simpan sendiri ye. Simpan la kat celah mana pun. Itu kita punya.


Asal kita istiqomah, insyaAllah... segala-galanya mungkin. Dah berapa ramai yang join Powergold ni, berkat istiqomah mampu selesaikan hutang piutang, pinjaman pelajaran.

Tak semestinya jadik surirumah kita tak boleh celik emas. Teringat kata-kata doc pakar: 'Surirumah pun pekerjaan jugak.' Itu doc pakar yang cakap. Kadang-kadang orang suka pandang macam surirumah ni 'kurang cerdik' gitu. Tunjuk sijil kang baru tahu. Haha...

What to do. First impression memang begitulah. Jadi pada siapa-siapa yang berminat nak tahu pasal emas, macam mana nak beli bagai boleh whatsapp. Nak sembang-sembang pun boleh.

017-2561005



06 April 2015

03 April 2015

Demam oh demam.


Dua hari demam sebab bengkak susu. Masa dalam pantang pun bengkak jugak tapi tak demam. Kali ni bengkak dan demam. Sakit sendi- sendi. Rumah jangan cakaplah. Dah macam tongkang pecah. 

Bila mak tak sihat dan tak mampu nak buat apa-apa, memang rumah macam apa entah. Sabar je la. Harapkan anak dara dua orang, setakat menyapu boleh la. Kemas-kemas sikit. Tapi kejap je kemasnya. Nanti bersepah semula.

Memang dua hari ni tak buat apa pun. Baring-baring je. Menyapu pun bila rasa okay sikit. Time Aus makan kena sapu la sebab bersepah sana sini. Aus tak nak orang suap makan. Nak makan sendiri je sekarang. Sabar je la. Kalau ke klinik untuk bengkak susu ni dapat la pil surut bengkak dengan antibiotik. Tapi kali ni mintak husben belikan pil surut bengkak je.

Petua untuk surutkan bengkak susu selain daripada pam je adalah:

1. Guna kobis yang mana macam tak jalan dah dengan aku. Time Alya dulu okay je. Try time Aus tapi macam sama je hasilnya. Huhu...

2. Guna sikat untuk urut bahagian bengkak. Yang ni daripada Alya lagi dah buat tapi tak jalan.

3. Tuam pun sama jugak hasilnya.

4. Yang ni doc suggest. Mintak bantuan anak-anak untuk hisap bahagian bengkak. Alhamdulillah... anak-anak menolong tapi jawapan lepas 2-3 kali buat: 'Dah tak dapat la ibu.' Tersumbat terus. Sebabnya boleh rasa penghasilan susu tapi tak ada mengalir keluar pun.

5. Last ni aku baru tahu. Siapa-siapa rambut panjang, time mandi urut la bahagian bengkak dengan rambut tu. Tak ada rambut panjang jangan sampai guna wig pulak. Haha...

Atas orang jugak la kot. Ada yang sesuai dan ada yang tak. Macam berurut, daripada time Alya lagi (orang kata tukang urut tu best) aku tak rasa apa pun kepas berurut. Buat sakit badan ada la. Hehe...

Sekarang pun sama je. Berurut ke tak ke sama je. Walaupun tak rasa ringan ke apa pada badan, berurut tetap la berurut.  Spesis lain aku ni agaknya. Kami sefamily ni mungkin makhluk asing sebab lain sikit daripada orang... (⌒o⌒)

Ini pun masih sakit tapi reda dan sabar je la. Ujian Allah... :)


posted from Bloggeroid

02 April 2015

Bukan semuanya begitu.




Bukak fb semalam. Terbaca tentang pengalaman seorang suami menemani isteri bersalin di hospital kerajaan. Dia temankan ke? Tak pasti pulak. Tentang doktor dan jururawat yang tidak ambil peduli katanya. Pada aku, tak semua hospital kerajaan macam tu. Alhamdulillah... Kelima-lima anak aku lahir di hospital kerajaan. Bukan hospital yang sama tapi layanan cukup baik. Daripada doktor kepada nurse. Mungkin ada nurse yang tak berapa okay tapi bukan semuanya macam tu.

Masa bersalinkan Afiq, aku masuk labour room daripada pukul 10 lebih. Contraction daripada sikit membawa kepada major punya sakit. Air dah dua gelas aku dapat. Mula-mula pelik jugak kenapa dia suruh minum plain water. Rupanya sebab kat bilik saringan dia orang checked kata aku demam. Makanya memang kena minum air masak banyak. Yang handle aku pun sister dengan nurse biasa. Masa sakit sangat tu, dia checked jalan baru buka 5cm. Katanya lambat lagi ni. Tapi bila dah terbuka, memang akan terbuka terus. Itu kata dia.

Bila anak rapat-rapat, dia kata sakit tu memang macam nak bersalin time tu sedangkan jalan baru buka separuh. Tapi dia pesan kalau rasa macam nak poo poo bagitau. Nak bersalin kan rasa macam nak poo poo. Masa Aus dulu tak ada nak pesan bagai sebab tak sempat okay. Sampai-sampai dah time nak bersalin. Nurse kat HSA yang handle aku ni baik je. Siap tanya nak panggil husben tak? Dah called polis bantuan tak dapat-dapat, dia mintak tolong sorang staff lelaki yang nak turun untuk panggilkan husben aku.

Dalam apa-apa hal, husben mainkan peranan jugak. Lepas masuk labour room, aku memang dok baring je tunggu masa. Kejap-kejap nurse datang tengok contraction macam mana. Husben siap tanya pakar masa dia datang bawak students. Tapi info dia salah sebab dia tak tengok rekod. Harapkan info students je. Sengal. Dia cakap kat husben aku baru 32 weeks, padahal dah 35 weeks dah. See!!!

Pukul 12 pm checked jalan baru 5cm. Lambat lagi kan dia kata. So, dia keluar la. Tak ada nak mengadap aku 24 jam. Husben pun ada. Dia akan ada time panggil je or nak checked contraction. Untuk checked bukaan kena 4 jam sekali. Tapi dalam masa kita rasa nak bersalin tu, dia akan checked jugak. Tapi tak boleh kerap sebab takut kuman. 16 minit lepas dia checked, memang dah sakit sangat. Husben la yang panggilkan. Tak ada nak berjalan bagai. Assistant dia yang comel nama Amira - soft-spoken, lembut je orangnya - checked lagi sekali. Dia bagi tahu kat sister tu dah time. Dah boleh rasa kepala baby. 16 minit yang boleh tahan lamanya.

Alhamdulillah... Layanan aku dapat daripada kat bilik saringan sampai la masuk wad memang okay sangat. Cuma tak berapa nak okay sorang nurse yang kerja shift malam dan sorang nurse yang hantar patient ke wad. Yang tu nanti story-morie. Daripada nurse kepada doktor (kecuali 2 orang tu yang mana tak melibatkan aku secara langsung tapi sakit telinga dengar dia cakap), sangat-sangat okay. Daripada Alya sampailah Afiq, memang alhamdulillah sangat. Tak pernah dapat layanan yang teruk-teruk. Memang dia orang ikhlas buat kerja.

Time Anis lagilah. Bulan puasa lagi. Time orang nak buka puasa aku sampai. Tapi still layanan baik je. Nurse tu siap pegang perut. Dia cakap, perut panas macam ni biasanya bersalin malam ni jugak. Kesimpulannya, tak semua kakitangan kat dewan bersalin hospital kerajaan akan bagi layanan teruk. Kebetulan dia tak bernasib baik. Bila tulis macam tu dalam fb dan jadik isu, orang pun akan assume yang hospital kerajaan ni tak bagus. Memang ada staff yang hampeh. Tapi tak semua macam tu. Bersangka baik je la.
posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign