✿ Rumah SalYa ✿: March 2015

Fresh from the owner...

31 March 2015

Jaundice oh jaundice!!! (finale)




Kali ni masuk pun kejap jugak. Hari ni masuk, esok dah discaj. Time discaj bacaan turn pada 13 something. Masa diacaj Afiq macam pasif sikit. Tidur je. Sampai rumah pun tidur jugak. Puas kejut tak nak bangun. Kalau sebelum ni tak macam tu pun. Tapi tak apa. Tu semua dugaan dan cabaran. Maknya reda. Bapaknya pun sama. Hopefully ni last la masuk wad sebab jaundice... (。ŏ_ŏ)

Keadaan dalam wad macam biasa la. Kalau sebelum ni kat NiCU bilik aircond. Turn selevel, bilik guna kipas je. Baby duduk bawah photo tak ada la sejuk sangat kan. Masuk dah dua tiga kali pun doc still la tanya soalan yang sama. So,have to repeat everything. Rasa nak muntah bercerita semula. Haha... Sampaikan date discaj pun dah bertukar. Banyak kali keluar masuk. Dah tak ingat.

Kena cerita jugak kenapa Afiq masuk NiCU memandangkan berat dia okay je. Mak pun dah confused. Last-last bapak yang cerita. Sabar je la. Doc siap tanya kenapa hantar ke NiCU. Kenapa tak hantar kat level dia orang je. NiCU kat level 3. Dia orang tu level 2. Tanya aku macam la aku ni yang hantar anak sendiri le level 3 tu. Adoiii la... Part kelakar bila husben jawab soalan sebelum sempat doc tanya. Kertas atas meja. Nampak la apa yang tertera. So, dah boleh tau apa yang doc tu nak tanya.

Soalan doc tu: 'Encik faham ye apa yang tertulis kat sini?' Daa... Simple english je. Bukan guna terms pun. Of course la faham. Kalau guna terms lain la sikit. Husben siap cakap kat aku: 'Dia ingat kita bodoh sangat sampai tak tahu baca.' Haha... First impression la sayang! Ada orang bila tengok isteri ke mak tak kerja, ingat tak ada education. Paling-paling pun spm je la. Tengok muka bapak macam 'tak siap' dengan jambangnya, serabai je lagi la (memang muka tak siap) orang kata tak ada apa-apa. We tend to judge people just by the look la. Itu hakikat.

Dah discaj, macam biasa kena pergi klinik untuk follow up. Jaundice still 13. Kena lagi datang lagi dua hari. Turun 12.6. Okay... kena datang lagi. Turun 12. Selagi tak bawah 10, memang kena cucuk je la Afiq. Berbanding kakaks dengan abangsnya, Afiq la paling lama kena jaundice. Alya warded 3 hari je. Prem jugak. Lagi la tak direct breastfeed. Pump letak dalam botol susu sebab dia tak pandai menyusu terus. Umur 3 bulan baru la dia reti dan tak perlu pakai botol lagi.

Anis pun warded 3 hari jugak. Azfar 2 hari je. Tapi tiga-tiga orang ni mak ikut sekali duduk dalam wad. Cuma Aus je tak kena jaundice. Anis masuk wad dengan jaundice yang agak tinggi la. 300 something. Sebab nurse yang buat lawatan ke rumah tu sengal. Haha.. Bukan aku cakap. Kawan-kawan nurse dia yang cakap. Nak convert ke belas-belas tu aku tak tau. Ada tempat guna belas-belas. Tempat lain pakai ratus-ratus.

Tak apa la Afiq. Asal jaundicenya turun, ibu dah cukup puas hati. Ada orang sampai berbulan anak kena kuning. Macam-macam petua ikut pun tak jalan jugak. Bilirubin tak nak turun nak buat macam mana. According to doc, Afiq pun mungkin ambik masa dalam 3 minggu untuk turun kuningnya tu. Sebab dia prem bukan term.

Jadi, sabar je la ubat yang paling baik. Doa jugak moga dipermudahkan segala urusan hendaknya. Allah Maha Mengetahui. Dan DIAlah sebaik-baik perancang. Setiap dugaan yang diberi ada hikmah lain tersembunyi... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid

27 March 2015

Menabung dengan emas.

Kepada kawan-kawan semua.. marilah menukar hobi anda. Daripada anda membeli pakaian, perhiasan, helmet, aksesori kereta dan motor beratus dan ribuan ringgit, jom bertukar kepada hobi mengumpul SYILING DINAR EMAS kerana ia sebagai insuran bagi kita untuk masa hadapan. Tukarlah not-not kertas kepada DINAR kerana mungkin suatu hari nanti not kertas itu nilainya seperti sekeping tisu buat mengelap air mata saja... ╥﹏╥ KUMPUL WANG KERTAS BELI DINAR EMAS.

POWERGOLD, platform untuk beli GOLDBAR, DINAR EMAS dan BARANGG KEMAS pada harga terbaik!!!

Dulu:
* Beli emas mahal.
* Dapat emas sahaja.
* Nak jual balik kedai ambil rendah.
* Ajak kawan beli tak dapat apa-apa bonus.

Sekarang:
* Beli emas lebih murah.
* Beli untuk diri sendiri dapat bonus.
* Beli untuk kawann dapat bonus.
* Jual balik dapat harga tinggi.
* Kawan beli dapat bonus.
* Kawan dapat bonus, lagi-lagi kita dapat bonus.
* Ajak kawan jadi ahli pun bonus masuk.
* Nak jual runcit-runcit pun untung.

Pendek kata langsung tak rugilah beli emas ni. Jika tak ditakdirkan untuk kegunaan kita, untuk anak-anak kita nanti kan?

posted from Bloggeroid

25 March 2015

23 March 2015

Jaundice oh jaundice!!! (part 2)


Cerita jaundice Afiq tak habis kat situ je. Aku ni dah banyak kali nak updtae blog tapi ruang masa tu terhad. Kadang-kadang pegang hp pun kejap sangat. Selebihnya biarkan macam tu je. Bateri pun tahan lama okay... ^o^ Memang jimat tenaga elektrik.

Lepas dua hari discaj dan pergi checked semula, jaundicenya naik semula. Pening kepala mak kejap. Bapak pun dah sama pening. Cuti dah banyak ambik. Kali ni 15.9. Garu-garu kepala je la. Susu memang bagi 2 jam sekali. Tapi tetap la naik kuningnya tu. Makanya kena la ke emergency sekali lagi. Kali ni pergi awal sebab tak nak jadik macam sebelum ni.

Sebelum Afiq ambik darah sempat la dengar cerita sorang kakak ni. Anak dia kena jaundice sampai tukar darah. Kalau dah tukar darah tu memang kesian la. Mula-mula checked cuma 13 je kot. Checked sekali lagi naik sampai 28. Mendadak naik. Tak pasal-pasal kena tukar darah. Masa Alya kena jaundice dulu pun ada sorang adik tu, doc datang bagitau jaundice anaknya tinggi sangat. Kena bawak ke HSNZ untuk buat pertukaran darah. Maknya sedih la. Dah bahagian dia.

Bawak ke emergency dalam pukul 11 lebih jugak. Orang jangan cakap la. Ramai gila. Baby yang kena jaundice pun ramai. Sempat tengok dua tiga scenes. Ada mak baby ni, susu dia kurang. Tak bawak bekal susu apa pun. Baby dia melalak-lalak nangis nak susu. Dah lama sangat. 

Bukan sekejap nak tunggu turn ni. Memang kesian sangat. Sampai ada sorang akak ni offer nak bagi susu badan dia sebab tak tahan dengar baby tu nangis. Lepas si mak tanya husben dia dan dapat approval baru akak tu bagi. Senyap dan tidur terus baby tu. Lapar campur penat.

Sorang lagi tu nenek bawak. Tak ada bawak bekal susu jugak. Ya Allah... kesian kat baby. Dua tiga jam menunggu bukan sekejap. Even untuk Aus yang dah boleh minum macam-macam tu pun aku bawak bekal susu tepung dia. Sebab tau mesti lama punya la kalau ke hospital. Dah sakit pinggang menunggu masuk la jumpa doc. Kali ni result dah dapat. Itu pun lepas sejam lebih menunggu turn. Kali ni turun 15. Tapi still kena warded... ≥﹏≤

Limit hospital cuma 14. Tapi masa menunggu nak ke wad tu, parents baby ayng kelaparan tu keluar daripada Bilik Pemerhatian. Bacaan anak dia 14.8. Tak kena tahan wad pun. Doc kata sebab Afiq ni premature jadinya lain sikit la. Iyo la tu. Nak ke wad kena menunggu lagi. Sebab baby cot tak cukup katanya. Huhu... Ke wad pun sendiri-sendiri je. Tak ada nurse ke siapa-siapa hantarkan. Dapat file terus la pergi. Nasib baik la dah tau apa patut buat... -_-#


posted from Bloggeroid

20 March 2015

19 March 2015

Appointment kali dua.




Tajuk memang sengal okay. Afiq ada hearing test hari ni kat HSA. Appointment yang dia dapat bila dia discaj the first time. Reason untuk hearing test tu sebab dia premature. Alhamdulillah... Afiq tak ada masalah hearing. Semuanya okay-okay je. Normal. Sepanjang test yang tak sampai 5 minit tu, si kecik ni tidur je.

Semalam, masa bawak Afiq untuk checked jaundicenya untuk ke berapa puluh kali, kuningnya still ada walaupun dah turun 10. Tapi doc ni nak jugak la refer ke klinik kanak-kanak. Kata doc, badan dia dah kurang kuning tapi muka nampak kuning lagi. Dia takut ada jangkitan pada air kencing la makanya kena ke pediatrik untuk kanak-kanak.

Alang-alang hari ni Afiq ke sini, terus la ke klinik kanak-kanak tu. Klinik telinga (orl) kat tingkat 3. Klinik kanak-kanak kat bawah je. Nasib baik bangunan yang sama. Husben lagi la nak suruh pergi bangunan lain. Bangunan pink 3 tingkat. Sedangkan penerangan dia aku dengar lain. Tak fokus la tu. Mungkin sebab tidur tak cukup. Nasib baik la aku dengar sama. Kalau tak haru kena menapak... ^o^

Untuk check jaundice ni prosedur dia kena ambik air kencing dengan darah. Lepas tu datang semula lagi dua minggu dan ambik darah lagi untuk compare dengan darah yang ambik hari ni. Darah ambik dalam 4 tabung. Air kencing 2 tabung je. Memang kena keringkan hati la tengok nurse cucuk ambik air kencing dengan darah. Kalau nak suruh husben bawak Afiq masuk memang tak nak dia. Muka garang tapi melibatkan anak-anak, hati tisu.

Afiq ni kecik lagi tapi selalu sangat la kena cucuk ambik darah bagai. Budak kecik kena cucuk memang kesian sangat. Ye la... Dugaan untuk kami sekeluarga memang la tak sebesar mana. Ada lagi yang Allah duga lagi berat. Kalau dalam NiCU tu ada baby yang dah dua bulan duduk dalam tu still la tak boleh balik sebab lahirnya premature dan beratnya less daripada 1kg. Ada yang lahir tanpa tempurung kepala. Hopefully, parents babies ni kuat semangatnya.

Even masa Afiq keluar masuk sebab kuning pun ada parents ni anak dah sebulan kat situ. First time discaj masa kat level 2 tu, baby tu pun baru boleh discaj. Mak hari-hari datang bagi susu dengan hantar stok ebm. Hari discaj pun parents tahu masa nak hantar stok ebm. Tahu-tahu je baby dah boleh balik. Nasib baik mak bawak bekal baju.

Itu la, lain anak lain pulak ujian dan dugaannya. Mengeluh takkan bawa apa-apa. Reda dan sabar ubat adalah ubat buat hati yang gundah-gulana... ;-) Result untuk jaundice kena tunggu bulan 4 masa second appointment dia nanti. Sabar je la Afiq...


posted from Bloggeroid

17 March 2015

Musim demam!


Sekarang ni musim sakit la. Macam-macam sakit ada dengan cuaca panas, kadang-kadang tu hujan la jugak. Tapi tak lama mana. Kejap je. Syukur sebab basah jugak bumi ciptaan Allah ni. Kalau tak memang panas la. Anak-anak aku memang tak bagi main kat luar kecuali sekejap bila abahnya nak pergi kerja. Panas-panas macam ni cepat je dapat sakit.

Aus sekarang ni selesema dengan batuk. Banyak cara natural remedies untuk hilangkan batuk dengan selesema tu. Ada yang pernah aku buat. Ada yang belum lagi. Nanti kita sharing-sharing ek?! Asal malam je kepala panas. Meragam sikit sebab tak boleh nak bernafas. Hidung tersumbat. Dia kerap jaga la. Tidur pun sekejap-sekejap je. Dalam 15 minit gitu. Kena bergilir-gilir dengan Afiq. Tidur mak pun jadik kurang.

Sudahnya? Bila tidur tak cukup, bangun pagi kepala jadi sakit. Badan pun letih gila. Tambahan pulak tinggal aku dengan anak-anak je. Husben kerja. Kalau tak, dia la tengokkan. Cuma Afiq je la aku tengok. Anak-anak ni masa kecik semua panas dengan abahnya. Pesal entah. Kalau abah pegang konpem nangis. Mak pegang senyap. Haha... Tapi bila dah besar tak panas pulak tu. Sejuk je.

Kat rumah ni ada rotation kalau sakit. Kalau Azfar yang kena dulu, kejap lagi penutup pun Azfar jugak. Ayahvaku kata mungkin rumah ni tak sesuai untuk budak-budak ni kot. Tak tahulah. Masa mula-mula pindah dulu memang dia orang kerap sakit. Tahun berikutnya pun sakit sampai warded bagai. Dah la tu. Demam sampai seminggu. Last year Aus meragam malam-malam. Menangis sampai tak tidur. Pening kepala mak.

Bawak berubat jugak. Katanya gangguan daripada 'kakak' dia aka uri yang ditanam. Mungkin kena gali dengan anjing ke apa. Dia bagi air dengan garam yang dah dibaca ayat-ayat tertentu. Tapi aku tak guna pun. Garam tu dia suruh tabur dekat tempat tanam uri which husben pun dah tak ingat kat bahagian mana dia tanam. Lepas tu campak atas bumbung, keliling rumah. Memang tak dapat la sebab bumbung tinggi. Nak keliling macam mana rumah bersambung ni. Air tu ada je dalam simpanan. Air bacaan yassin jadi kena la simpan.

Aku ni cuma nak cerita pasal aku kureng sihat je pun. Tapi melalut la cerita benda lain. Sabar je la.


posted from Bloggeroid

16 March 2015

Jaundice oh jaundice!!! (part 1)




Jaundice Afiq ni turun naik je. Masa mula-mula discaj, dia dah duduk bawah photo untuk sehari. Nurse cakap jaundicenya rendah je. Tapi still la kena photo. Masa tu dia kat NiCU. Esoknya dah discaj. 

Lepas dua hari kena check semula jaundicenya tu. Tapi masa nurse datang buat lawatan, dia kata ada kuning. Makanya dia suruh la buat saringan. Tapi disebabkan driver tak ada, esoknya baru ke poliklinik checked.

Masa checked jaundicenya around 13 something. Lagi dua hari datang lagi. Bila checked lepas dua hari naik 15.6. Kena pergi hospital. Kat emergency lepas ambik darah kena tunggu result pulak. Belum dapat result kena jumpa doc dulu. Dah settle jumpa doc, kena duduk kat Bilik Pemerhatian. 

Berjanggut menunggu result. Daripada pukul 2, dekat maghrib baru dapat tahu warded ke tak. Perghhh... Orang lain yang baru masuk pun dapat result cepat. Aku dengan sorang lagi adik ni dok pending je resultnya.

Last sekali dapat tau kena warded. Duduk la bawah photo semalaman. Resultnya 15.3. Turun la sikit. Ada sorang tu masa check kat klinik 17. Bila bawak emergency cuma 14 je. Darah yang diambil kat kaki baby katanya tak berapa accurate. Yang accurate dekat tangan. Sebab itu dari salur darah. 

Entah. Aku pun tak tau. Tapi kalau bawak hospital memang dia orang ambik kat tangan pun. Lebam biru la tangan baby ni sebab kena ambik darah je. Tangan kecik. Dok kena cucuk je. Tak apa la. As long as sihat, alhamdulillah.

Afiq duduk bawah photo cuma untuk sehari je. Masuk maghrib, esok petang dah discaj. Masa discaj bacaan dia 13 something. Okay... Lega sebab tak payah berulang-alik ke hospital. Bukan dekat. 40 minit pergi, 40 minit balik. Memang dugaan la. Tambahan pulak dengan kesihatan anak-anak lain yang tak menentu ni. 

Okay itu cerita lain. Lepas discaj, kena check jaundice lagi selang dua hari. Selagi tak dapat bawah 10, selagi tu la kena mengadap nurse. Huhu...


posted from Bloggeroid

11 March 2015

~ WW #110 ~ Hi 5!!!







Ibu Abah will always love you. Till end of time. Semoga jadi anak-anak soleh dan solehah dunia dan akhirat. Amiiinnn...

posted from Bloggeroid

09 March 2015

Kelam-kabut.


Disebabkan Afiq jaundicenya turun naik, keluar masuk wad, memang ambik masa sikit nak update blog. Apatah lagi nak blogwalking. Nak settle anak-anak sekolah lagi. Haha... Tengah adjust time ni. Afiq dah okay jaundice baru senang hati nak buat semua benda.

Setiap anak tu tak sama cara kelahiran, jaundicenya. Pening kejap. Cuma Aus je tak kena jaundice. Yang lain pun setakat duduk bawah lampu 3 hari. Lepas tu discaj. Afiq ni lain sikit. Tak apa la. Ujian Allah untuk kami. Reda.


posted from Bloggeroid

04 March 2015

~ WW #109 ~ Muhammad Imran Afiq.







Sekarang duduk bawah photo. Bawah lampu biru. Doakan semoga dia cepat okay... :-(

posted from Bloggeroid

02 March 2015

35 minggu dan 6 hari (part 1).




Lahirnya si Muhammad kecik ni awal daripada tarikh due. Sepatutnya 28 Mac. Tapi aku target middle Mac. Dua minggu awal macam abangs jugak. Due Alya dulu pun hujung bulan Mac. Memang pakat adik-beradik tak nak bulan Mac. ≧∇≦ Tapi aku dah rasa macam tak sempat nak tunggu bulan Mac je dia ni. Instinct ibu ni lain sikit. Sebab kita yang bawak kan.

Seminggu sebelum dia lahir, dah rasa lain macam. Kerap sangat sakit pinggang. Kerap sangat rasa nak buang air besar walhal bukan nak bung air besar sangat pun. Dia pun selalu mengeras. Memang rasa lain la. Dok sembang kosong dengan husben bagitau dia rasa tak sempat sampai bulan 3 ni. Memang tak sempat jugak dengan appointment doc. Dalam pada tu tetap la berharap lahirnya bulan 3. Persiapan untuk dia pun tak 100% siap. Macam mana tu?

Pagi 25/02 tu rasa sakit belakang, sakit pinggang. Kejap-kejap ke bilik air. Feel dah lain ni. Time tu pukul 5.45 pagi macam tu la. Tunggu waktu solat dengan nak kejut budak tiga beradik bangun mandi. Sekali tu, rasa air keluar. Tapi tak banyak pun. Alya dengan Anis pecah ketuban dulu. Jadinya memang tau la tanda-tanda tu. Tak ada contraction lagi la. Tapi kemudian keluar lendir dengan darah. Sahih la kan.

Tak ada la panik pun tapi memikir macam mana nak ke hospital sebab husben kerja malam. Macam mana la dengan budak 4 beradik ni? Nak tinggalkan dengan siapa? Kat mana? Called husben tak angkat-angkat. Adeh...!!! Dalam pada tu kejutkan budak-budak ni. Settlekan apa yang patut dulu sebab ikut perkiraan pun takkan bersalin pagi ni. Mesti lambat jugak. Nak tak nak called la jiran sebelah rumah. Kiranya standby je la.

Kot-kot la husben balik tapi tak called bagitau sebabnya whatsapp pun dah sent jugak. 6.45 am tak ada called daripada husben, jiran ni terus la hantar ke HSA. Baru je keluar simpang kat rumah, husben called tanya kat mana. Cakap je la dah on the way. Jiran sebelah ni dah banyak tolong aku sebenarnya. Masa eksiden jari pun dia yang hantarkan ke HSA. Baik sangat orangnya. Contraction pun mild je. Sampai HSA, husben pun baru sampai jugak. Dia cakap tak sedar ada called. Sebab baru terlelap. Penat!!!

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign