✿ Rumah SalYa ✿: February 2015

Fresh from the owner...

27 February 2015

Selamat datang Muhammad ketiga.




Ahli baru keluarga kecil kami yang baru berusia 3 hari. Masih di wad NICU. Ibu je dah discaj dulu. Huhu... Sedih tapi nak buat macam mana. Persamaan kelima-lima beradik ni, masing-masing elak untuk jumpa doc untuk next appointment. 

Belum sempat appointment pun dah delivered dulu. Cuma Muhammad the 3rd ni doc ada cakap: 'Itu pun kalau sempat jumpa.' Maksudnya dia pun tahu kemungkinan takkan jumpa la untuk next appointment walaupun due lambat lagi.

Keempat-empat daripada lima beradik ni waktu lahirnya adalah pm kecuali Azfar. Dia sorang je am. Dia duduk tengah- tengah pulak tu. Alya: 1.97kg, 17/02/2007, 3.06pm. Anis: 2.3kg, 05/09/2009, 9.21pm. Azfar: 3.2kg, 13/05/2011, 9.21am. Aus: 2.75kg, 30/08/2013, 8.16pm. Muhammad: 2.5kg, 25/02/2015, 12.16pm. Tiga daripada dia orang premature. Tapi untuk baby Muhammad ni tak ada la premature sangat macam kakaks.

Lahirnya masa 35 weeks and 6 days. Tak jangka pulak lahir seawal ni. Sebab ikut pada abang-abangnya 2 minggu sebelum due. Tapi disebabkan kakaks dengan abangs tak nak jumpa doc untuk last appointment, maka adik kecik pun ikut sama la. Alhamdulillah... walaupun keluarnya awal daripada jangkaan dan banyak jugak yang tak sempat nak prepare, Muhammad ni sihat-sihat je.

Okay, nanti cerita lagi tentang si kecik buah hati kelima kami ini.

posted from Bloggeroid

23 February 2015

Terasa.


Ada tutur bicara yang kadang kala buat hati terasa. Cuba pujuk diri sendiri: mungkin dilakukan tanpa sedar tanpa sengaja. Tapi hati terasa juga. Bawa diri seketika bukan untuk tunjuk ego tinggi ke apa. Tapi untuk pujuk diri sendiri adanya.

Hormon tak balance ni susah nak jangka. Menerima itu khilaf sendiri. Tak mengharap memahami. Tapi itulah. Tahu diri tak punya apa. Berdiam diri memang tak ada guna tapi berkata-kata pun belum tentu akan sampai ke matlamatnya.

Dalam hati je mampu berkata-kata. Belum mampu menuturkan secara langsung. Apa yang terlintas dalam hati belum tentu itu yang akan keluar daripada mulut nanti. Bila bercelaru semuanya jadi kosong tak menentu.

Mungkin ada benar semuanya. Senyum sajalah menerima semuanya. Silap dan khilaf diri sendiri. Semoga Allah ampunkan hambaNYA ini.


posted from Bloggeroid

18 February 2015

~ WW #107 ~ Model Cilik Celik Emas Kami.








1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga. Jom menyimpan. Pilihan sama ada emas 999.9 dalam bentuk goldbar 1g. Blh jugak pilih suku dinar, 1 dinar, barang kemas 916. Emas pelaburan masa depan terbaik!!!

posted from Bloggeroid

17 February 2015

Big sister Alya.




Hari ni Alya dah 7 tahun. Kejap je rasa. Dah besar kakak sorang ni. Kebetulan jugak hari ni sekolah kebangsaan adakan sukan sekolah. Tapi dia tak terlibat. Makanya k sekolah agama je la. Lepas tu tengok budak-budak lain bersukan kejap. Dia nak tengok.

Aku cakap dengan dia, aku aktif sukan pun masa darjah 3. Itu pun aku pergi cari cikgu kata nak masuk acara itu dan ini. Haha... Tengok orang joint sukan macam best. Tu yang offer diri sendiri tu... ≧∇≦ Zaman tu dapat hadiah berus gigi pun dah happy gila. Padahal berus gigi je pun.

Sebab ada sukan sekolah, persekolahan sesi petang ditangguhkan. Jadi boleh la cari kek dan potong sama-sama. Kalau tidak, masa bila nak potong kek kan? By the time dia balik sekolah, abah dah nak pergi kerja. Tengah hari dah tentunya nak sediakan dia ke sekolah. Memang masa tak ada la nak potong kek santai-santai macam biasa.

Alhamdulillah, dilapangkan hari ni untuk dia celebrate dengan family kecik ni macam biasa. Apa pun, Ibu Abah doakan Kak Long Alya jadi anak solehah dunia akhirat. Dipermudahkan urusan sentiasa hendaknya. Amiiiinnnn... ( ˘ ³˘)♥


posted from Bloggeroid

16 February 2015

Penat!!!


Kurang mood sebab penat. Jangankan nak berblog, nak pegang hp pun malas jugak. Haha... Cuti raya cina pun dah tak lama lagi tapi kali ni tak balik kampung jugak walaupun cuti 6 hari.

Sebabnya husben kena kerja esok dengan ahad. Ganti time kilangnya shutdown last two weeks sebab menara tnb kat kilang terbakar. Tak pasal-pasal kena ganti kan? Kesian... ^o^

Tambahan pulak anak-anak ni baru je baik demamnya. Biasa la demam bergilir-gilir ni. Tak sempat nak rehat, yang ni demam. Belum lega yang ni yang tu pulak demam. Tapi dugaan ni banyak ajar kita erti sabar sebenarnya kalau redha kan.


posted from Bloggeroid

13 February 2015

Syukurnya ada ujian.





Permulaan yang penuh dugaan. Pesan pada husben mahupun diri sendiri agar tak berkeluh-kesah. Ujian dan dugaan datang dalam pelbagai bentuk. Bersyukurlah kerana kita masih diujiNYA. Petanda Allah masih sayang dan ingatkan kita yang selalu alpa serta leka ni.

Husben pun dah banyak ambik cuti. Kesian pulak aku dengan dia. Seminggu cuti masa aku eksiden jari telunjuk tu. Ye la... nak drive pun tak boleh, makanya dia la yang terpaksa uruskan anak-anak ke sekolah. Time makan pun sama. Sampai sekarang pun tangan kiri ni tak berapa kuat. Still la sakit-sakit. Sabar dengan dugaan ni. InsyaAllah.

Bila dah start kerja, Azfar demam. Siap fit lagi. Tapi still la aku boleh handle. Tapi bila Alya dengan Aus deman serentak, husben cuti lagi. Kebetulan memang time dia off pun dua beradik tu demam. Kemudian turn Anis pulak. Anak-anak ni kalau demam memang nak abah. Menangis-nangis la nak abah. Tidur pun dengan abah okay. Haha... Kecuali Aus la sebab dia kecik lagi. Tapi time mandi, nak dengan abah pulak tu.

Masing-masing demam dengan cara yang berbeza. Masa bawak Aus ke klinik sebab ada biji-biji merah naik kat kaki tangan dia, Alya pun ada jugak. Anis pulak nangis-nangis sebab sakit kepala. Bawak ketiga-tiganya sekali la. Bila checked, Aus tak demam tapi rasanya macam kena chicken pox. Alya demam tapi sikit je. Anis demam dengan suhu 38°c. Padahal badan tak panas pun. Start daripada situ la meragam je nak abah... ⊙_⊙

Abah pulak hati tisu kalau dengan anak-anak. Time garang memang garang bukan main. Time sakit, biar tak kerja pun tak apa. Jadiknya cuti la dua hari dok melayan anak sakit malam-malam. Aku melayan Aus je la. Anak-abak sakit semua dok dengan abah. Alya sebelah kanan, Anis sebelah kiri. Azfar yang tak sakit pun menumpang tidur kat tengah-tengah. Aku tidur dengan Aus je la. Ngeee...

Time demam ni aku bawak dia orang tidur kat bawah. Bentang toto, tidur semua kat situ. Kalau tidur dalam bilik udara tak circulate. Pusing dalam tu je. Ruang tamu senang sikit nak handle. Boleh tengok tv sambil layan orang sakit ni. Jadik apa-apa nak bawak keluar pun senang. Macam Azfar hari tu masa fit, kelam-kabut jugak sebab terpaksa bawak turun dia daripada tingkat atas. Aus lagi.

Tapi itu la... semua ujian ni buatkan kita tabah sebenarnya. Buat kita sentiasa ingatkan DIA. Buat kita sedar, ada khilaf kita dah buat ni. Dah tentu kita akan kembali kepada Sang Pencipta. Mohon dikuatkan hati menghadapi dugaan. Mohon dimaafkan kekhilafan yang dah dibuat. Berterima kasih kerana DIA masih sayangkan kita sebagai hambaNYA. Bertuah sebab diberi ujian kan? Itu pun sikit je ujian dan dugaan yang diberi berbanding insan lain.

Terima kasih Ya Allah atas ujian dan dugaan ini buat kami... :-)


posted from Bloggeroid

11 February 2015

~ WW #106 ~ Bengkok.








Jahitan terakhir dah buka semalam. Dah tak berbalut lagi. Jari telunjuk ni bengkak dan bengkok. 18hb jumpa pakar. Kita tunggu je la apa kata pakar pulak. Huhu... ≥﹏≤

posted from Bloggeroid

10 February 2015

Loket suku dinar.




Suku dinar ni kecik je. Sebesar duit 10 sen. Emas 999.9. Kalau nak bandingkan dengan 1 dinar memang jauh bezanya. 1 dinar pun tebal sikit berbanding suku dinar ni. Dah nama pun suku. Memang takkan sama la. Haha...

Ramai yang dah celik emas sekarang. Ramai jugak yang dah buat saving dengan emas ni. Daripada harga turun sampai la sekarang ni dah naik harga emasnya. Masing-masing dah start istiqomah untuk simpan emas segram sebulan.

Suku dinar ni kalau buat loket memang cantik. Buat hantaran pun cantik. Dah celik emas katakan. Daripada bagi cek duit berkoyan-koyan yang akan susut nilai, lebih baik bagi emas yang mana kita tahu nilainya akan terus meningkat.

Ada berminat nak beli? Haha... Nak beli emas saja pun boleh. Nak jadi ahli pun boleh. Kelebihan jadi ahli boleh beli dengan harga lagi murah tau. (*´∇`*)

posted from Bloggeroid

05 February 2015

Ke Waqaf An-Nur.




Seawal 1.35 pagi ke tempat ini. Sebenarnya aku pun tak pasti pukul berapa. Cuma tahunya pukul 1 lebih. Lebihnya tu tak tahu. Azfar petang semalam balik daripada kindy cakap dia sejuk. Lepas tu menyelit sebelah aku dan tidur. Bila rasa badan, panas. Patut la tak aktif macam biasa. Senyap sikit sedangkan mulut dialah yang paling bising sekali.

Sepanjang petang, tidur je. Sesekali je dia bangun. Itu pun kaki tangan sejuk. Tapi badan panas. Memang kain basah kat badan je. Pesan jugak pada encik husben mintak belikan supp. In case jadik apa-apa. Instinct mak ni tak pernah silap. Biskut pun dia makan sekeping je. Air masak minum sikit je. Walaupun mandi or lap badan, panasnya macam biasa la hilang kejap je.

Sebelum terlelap, dia dah minum air. Badan pun dah sejuk sebab aku dah lap. Kain basah pun kat badan lagi. Tapi benda nak jadi, pukul 1 lebih tu la dia fit. Menyentak bagai. Aku bawak dia mandi. Dengan aku-aku sekali mandi. Dah mandi pun still dia lembik, mata ke atas. Encik husben pulak tak ada. Kerja. Tapi still aku mandikan dia untuk reducekan suhu.



Seawal pagi tu la dengan anak-anak, aku ke Waqaf An-Nur. Azfar antara sedar dengan tak je. Ada road block pulak pagi-pagi tu. Kena tahan jugak sebab bawak laju tapi bila dia orang tahu kenapa terus lepas. Sudah la dengan lesen lupa nak bawak. Nak cepat punya pasal. Lampu merah semua kena langgar. Huhu... Bila dia fit, nak kena pastikan dia tak tidur.

Dah sampai Waqaf An-Nur tu berhadapan pulak dengan doc yang boleh tahan jugak la poyonya. Membebel je. Masa tu Azfar dah sedar. Bila checked suhu Azfar tetap la 39°c sedangkan dia dah aku mandikan sebelum tu. Katanya, macam dia tak ada kerja lain la. Temperature anak dah high baru nak bawak hospital sedangkan dia tak tahu apa yang kita mak-mak ni dah buat.

Dia kata lagi ubat kena bagi makan. Sebab tak bagi makan la anak fit. Wah, cara cakap memang sombong je! Habis dia ingat kalau Allah kata nak kena jugak, bagi la sebotol ubat pun tetap kena la. Siapa kita nak cakap makan ubat takkan kena fit tu? Tapi malas nak bising-bising makanya senyum saja la. Patut la ada yang kata staff kat situ poyo.

Last week sorang kenalan bawak anak dia yang demam dengan cirit-birit seawal pagi jugak. Tapi staff kat situ siap sembang-sembang dulu. Dah lama sikit baru la layan dia orang. Sabar je la. Ayat doc tu: 'Dah jadi macam ni baru nak datang. Kesian kat budak. Daripada nak jadi PM dah tak boleh jadi. Dah kena sawan demam memang tak ada ubat lagi dah.' Habis dia ingat aku saja-saja biarkan Azfar fit ke?

Mampu senyum je walaupun dalam hati kalau tak sebab anak, tak ada aku nak hadap doc poyo macam ni. First time la berhadapan dengan doc macam ni. Redha je la... ヽ(`⌒´)ノ


posted from Bloggeroid

04 February 2015

~ WW #105 ~ Rumah Sukan MERAH JAMBU!











my foot: sepanjang usia aku ni cuma tahu empat kaler je untuk rumah sukan. itu pun warna-warna utama: merah, biru, kuning dan hijau. bila Alya masuk standard 1, ada banyak kaler rumah sukan kat sini rupanya. coklat, merah hati, ungu adalah penambahan untuk kaler-kaler yang sedia ada. hoho...(。ŏ_ŏ)

posted from Bloggeroid

02 February 2015

Suku dinar pertama.




Simpanan sendiri. Untuk masa depan. Bukan 1 dinar tapi suku dinar. Nanti boleh beli 1g goldbar pulak. Emas oh emas. Seronok sungguh menyimpan emas. Ye la.. sebelum ni tak peduli pun pasal emas. Tahu pun setakat emas yang pakai je. Bila dah didedahkan tetang pentingnya emas baru la tahu.

Bila dah tahu baru bagitahu orang lain. Ini memang pelaburan. Tapi pelaburan jangka panjang. Pelaburan untuk masa depan sendiri ataupun keluarga. Emas kita beli, kita dapat dan kita simpan. Bukan pelaburan emas tak dapat. End up, tak tahu apa jadik. Ada jugak yang emas dapat tapi last-last tak tahu emas tu ke mana perginya sebab ada syarat tersembunyi masa beli.

Emas Powergold ni tak ada syarat. Dia galakkan kita menyimpan emas 1g sebulan. Nilai ringgit susut tapi emas tak. Bayangkan ramalan emas akan naik RM500++ segram in the future. 

Masa tu kita ke ahli keluarga kita melopong je la. Sebab kita tak ada rasa nak menyimpan walaupun sekeping emas bermula sekarang. Nilai wang kita merosot teruk. Sampai bila kita nak tunggu? Huhu...


APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?

KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura
22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama

Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4

( b ) 925

( c ) 830

( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM

( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat)

CARA MENGUKUR KARAT

STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT
1000

Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
750 X 24 = 18K
1000

Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

Emas 1 Dinar = 4.25gm

Emas Se Amas = 2.551 gm

Emas Se Rial =2.70 gm

Emas Se Kupang = 0.64 gm

Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )

Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm

Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm


posted from Bloggeroid

Kenapa kena sekolah?




Itu soalan yang tiap-tiap hari Azfar tanya. Sebelum mandi, lepas mandi, sebelum pergi sekolah. Haha... Pening mak nak jawab. On the way nak pergi sekolah pun tanya lagi. Kiranya berkali-kali sehari la dia tanya. Jawapan yang selalu dia dapat pun sama je. Tapi tetap jugak ditanya. Nak puaskan hati sendiri agaknya.

Lagi pulak dia seorang je sekolah kat Husna tu. Anis dengan Alya awal-awal lagi dah ke sekolah. Dia yang paling last. Sebab Anis masuk kelas pukul 7.15 paling lewat. Alya dah kena ada kat sekolah agama untuk assembly pukul 7.10. Azfar pulak pukul 7.45.

Soalan kenapa kena pergi sekolah tu biasanya aku jawab: 'Sebab nak abang jadik budak pandai. Nanti kalau ibu dengan abah mati, siapa nak baca Quran kat ibu dengan abah? Tak nak sekolah macam mana nak pandai baca Quran?'

Kadang-kadang dia cakap, nanti dia besar dia nak belikan handphone mahal la, kereta besar la. Jadi dari situ aku cakap jugak: 'Kalau tak nak sekolah, macam mana nak beli handphone mahal kat ibu?' Hehe... Dan dia akan jawab balik: 'Abang main-main je la.'

Sekarang dah okay. Kalau dua sampai kat kindy ada je sorang budak pompuan ni sambut dia. Haha... Tu hari masa nak ambik dan menunggu, nampak la dia dok main cubit-cubit pipi dengan budak perempuan ni. Azfar la... Macam-macam.


posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign