✿ Rumah SalYa ✿: January 2015

Fresh from the owner...

30 January 2015

Segmen Bloglist Jan - Feb by Cik Manis.



Macam rajin pulak nak join segmen.
Saja nak meriahkan blog kengkawan.
Hari ni last untuk join segmen by Cik Manis ni.

Siapa yang nak join sempat lagi ni.
Good luck untuk aku ye. Haha...
Sengal pulak tiba-tiba.

29 January 2015

Azfar dan Husna.



Haha... Husna tu bukan nama awek ek! Tapi nama tadika tempat Azfar belajar sekarang. Tadika Nur Husna. Minggu ni minggu kedua dia sekolah. Alhamdulillah... okay la. Main reason hantar dia seawal 4 tahun ni sebab nak biasakan dia dengan environment sekolah je. Bukan sebab nak dia belajar gila-gila. Azfar manja sikit. Jadi kena train la jangan dok nak berkepit dengan mak je. Hehe...

Lagipun Alya dengan Anis pun masuk sekolah masa umur 4 tahun. First week sekolah memang nangis la. Mungkin sebab dia sorang je kat situ. Macam Anis, dia ada Alya masa mula-mula masuk tadika. Kat rumah okay je. Tapi sampai sekolah mula la nak berdrama bagai. Mak macam biasa. Hati kering. Jadi time nangis tu tinggalkan je. Ikut tak sampai hati tu memang la. Tapi tak boleh jugak ikutkan sangat.

Masuk minggu kedua dah okay. Tak ada nangis-nangis lagi. Hari-hari ada je homework. Bab mewarna memang 'cantik' la. Kalau oren, semua oren. Kalau tak cakap memang oren semua la. Haha... Kelakar la pulak. Bab makan memang senang. Alhamdulillah. Kalau roti, roti je la dia makan. Biasa pun dia request nak roti je dengan cloud 9.

Dia dah makin okay kat tadika. Cumanya hari-hari tanya kenapa kena pergi sekolah. Jenuh mak nak jawab. Timing bangun pagi-pagi pun alhamdulillah... tak ada masalah jugak. Kalau pukul 6 kejut bangun, 15 minit lepas tu baru mandi. Itu belum masuk drama berbalah dengan the kakaks. Adehhh...

Tapi at the end of the day, dia okay-okay je. Balik kindy, main kejap lepas tu tidur. Mak pun rehat sama. Tambahan pulak sekarang ni lagi tak berapa nak sihat. Aus pun tengah nak recover daripada flu. Tak nak tidur buai lagi. Layan je la... (๑ơ ₃ ơ)♥

posted from Bloggeroid

28 January 2015

~ WW #104 ~ Dugaan 2015.








my foot: malang tak berbau. bila Allah kata jadi maka jadilah. menerima ujian dan dugaan Allah dengan hati reda.


posted from Bloggeroid

27 January 2015

Kesan kemalangan.


Dah seminggu tak update blog. Hoho... Lama gila. Bukan tak ada cerita tapi ada accident sikit last tuesday. Jadik macam leceh la nak pegang hp nak taip bagai.

Sambil-sambil tu nak kena biasakan diri dengan keadaan yang sakit. Nanti update cerita. Sekarang ni alhamdulillah... dah okay sikit walaupun still sakit.

Reda. Ni semua ujian daripada Allah.


posted from Bloggeroid

16 January 2015

Selesema sudah.


Bermula dengan Anis. Kemudian berjangkit dengan Azfar. Lepas tu Alya dan last sekali biasa la, Aus. Cuma Azfar la extra sikit. Ada batuk dengan demam. Cuma demam tu tak mudarat.

Dugaan awal tahun. Memang dah lama budak-budak ni tak sakit. Kalau ak dok up entri yang ni demam la, yang tu sakit la. Alhamdulillah lepas tu okay-okay je. Menerima dugaan dengan redha.

Selasa malam dah rasa badan Azfar ni dedar @ suam-suam kuku. Bangun pagi nak pergi sekolah okay je. Tapi disebabkan selesema dia heavy sikit berbanding the kakaks, tu sebab temperature dia naik.

Rabu malam bawak pergi klinik. Masuk supp sebab temperature a bit high. Azfar anak yang paling susah nak makan ubat. Aku pun tak tahu kenapa. Masuk sikit pin memang akan muntah la. Apatah lagi kalau paksa makan. Memang masuk semata-mata untuk keluar semula la.

Dia pernah kena warded sebab kes susah nak makan ubat. Ada kuman sikit dalam darah sebab dia demam. Tapi kalau dia makan ubat tak ada hal kot. Doc tu tanya, senang tak dia nak makan ubat? Bila jawab tak, terus doc suruh warded. 3 hari untuk masukkan antibiotik. Memang leceh la duduk hospital. Nasib baik kat kampung. Jadik boleh je tinggalkan budak dua beradik tu.

Alhamdulillah demam Azfar pun tak lama. Esoknya okay-okay je. Aus pun tak demam. Alhamdulillah. Cuma selesema dengan batuk je. Kakaks pun sama je. Kat sini memang panas sekarang. Tebakar kulit kalau keluar time tengahari tu. Huhu... Kena selalu pesan pada diri sendiri: 'Ya Allah, ni baru panas dunia. Dah tak tahan bagai. Kalau kata sana, mana nak lari?'

posted from Bloggeroid

14 January 2015

~ WW #103 ~ Back to school kiddos!!!









my foot: tak banyak ragam. alhamdulillah. tapi banyak drama hari pertama sekolah. tak ada sesi 'tunggu dan lihat'. cuma 'drop by dan tinggal' je. apa pun, permulaan yang baik di tahun 2015. semoga dipermudahkan urusan pembelajaran anak-anak solehah dan soleh ni. amiiiiinnn...

posted from Bloggeroid

13 January 2015

BR1M oh BR1M 2015.



Ramai jugak dok bercerita pasal BR1M ni dalam kesibukan mak-mak dok bercerita tentang anak yang baru masuk sekolah.

Pada yang dapat BR1M tu tahniah. Gunakanlah sebaik mungkin duit yang ada. Jangan joli-joli ek. Haha... Dengar cerita ada yang dapat full. Ada yang dapat sikit-sikit. Mana yang dapat full tu kena pandai-pandai la.

Yang mana tak dapat tu bukan rezeki. Tapi tunggu je la. Maybank lambat sikit masuk katanya. Esok lusa masuk la. Bank-bank lain ada yang dah masuk.

Untung la. Bonus dapat, BR1M pun dapat. Bolwh la cover balik mana yang tak cukup tu kan? Huhu...

posted from Bloggeroid

12 January 2015

Kesuntukkan masa.




Nak update blog. Tapi masa limited sikit. Kadang-kadang pegang handphone tapi tak buat apa pun. Sempat tengok-tengok kejap je. Bukan boleh nak pegang lama-lama pun.

Kalau sebelum ni pukul 6 pagi baru bangun siap-siap, sekarang pukul 6 tu kena pastikan anak-anak bangun dan bersiap. Haha... Poning kejap mak ni.

Alhamdulillah la anak-anak solehah dengan soleh ni senang jugak bangun pagi. Ada drama tu biasa. Tapi benda tu terkawal. Menu sarapan kena fikir in advance. Siap dengan lunch lagi nak masak apa.

Kalau sebelum ni pagi tu la baru fikir. Sebab tak kejar masa sangat. Tunggu nak dapat rentak je pun. Lepas tu, insyaAllah... okay kot.

Buat masa ni semua mak yang hantar pegi school. Nak bagi naik van macam tak sampai hati la pulak. Kalau Anis tu pukul 6.30 pagi van akan datang ambik. Kesian pulak pepagi keluar rumah mengalahkan orang pergi kerja.

Alya pulak dok terkejar-kejar nak ke sekolah agama dengan kebangsaan. Pukul 7 petang baru sampai rumah. Isk3... Belum sampai hati lagi la nak biarkan naik dengan van.

Ada je parents yang bagi naik van walaupun mak tak kerja. Nak bagi berdikari. Okay je. Tapi masalah datang pada van la pulak. Lupa ambik la. Tak datang ambik tak bagitau pulak. Ada yang kena tinggal sebab lambat la.

Macam-macam hal. Sabar je la. Tunggu besar sikit kot baru bagi naik van. Tak ada la bergantung sangat dengan parents. Tengoklah nanti macam mana. Hehe...

posted from Bloggeroid

11 January 2015

Happy schooling.




Kat sini dah mula sekolah. Jadual penghantaran pun dah tak sama macam dulu. Adoiii la... Tapi perancangan Allah tu cantik sangat. Memang sangat sibuk tapi tengok dia orang pun seronok jugak.

Mula-mula hantar Anis ke pra. Before 7 am kena ada kat sekolah. Okay. Lepas tu hantar Alya ke sekolah agam dan kena sampai before 7.10 am sebab ada assembly dulu. Last sekali rutin pagi hantar Azfar. Dia masuk 7.45 am.

Around 8.30 am kena ambik Alya. Habis sekolah agama pukul 8.45 am. Terus hantar ngaji. Setel je balik rumah. Siap-siap masak untuk tengaharu dan siapkan bekal Alya jugak. Ambik Anis pukul 11.15 am, hantar ngaji. Dah siap ambik Azfar pulak. Balik rumah, siapkan Alya untuk je sekolah petang. Setel.

Petang-petang sikit kalau tak abah dia ambik, aku la yang ambik Alya balik sekolah. Day 1 ni kami sama-sama hantar dan ambik. Hoho... Pack tak jadual untuk sepanjang tahun ni? Reda je la... ╥﹏╥

posted from Bloggeroid

09 January 2015

Sabar sajalah.




Kureng sihat. Reda sajalah. Tambahan pulak dengan sekolah yang bakal buka tak lama lagi. Macam manalah suasana agaknya. Hmmm...

Tunggu dan lihat je la.
posted from Bloggeroid

07 January 2015

~ WW #102 ~ Ops Sampul.









my foot: entah bila la nak habis. letih sudah. huhu... ╥﹏╥

posted from Bloggeroid

05 January 2015

Sanah hilwah sayang.




Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan kekuatan serta menjadi hambaNYA yang baik. Umur adalah guideline agar kita tak lupa diri dan sentiasa ingat kepadaNYA.

Selamat ulangtahun kelahiran yang kesekian tahunnya sentiasa bertambah umur. We love you Abah for now & for always... ( ˘ ³˘)♥


posted from Bloggeroid

03 January 2015

Salam Maulidur Rasul.




Hari kelahiran baginda Rasulullah saw. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan kita ini.

ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
ِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
ِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


posted from Bloggeroid

02 January 2015

Jumaat pertama 2015.




Another year older. Busy sikit dua tiga hari lepas dok uruskan registration including pembelian buku sekolah termasuk ambik buku teks anak-anak. Penat berdiri sampai sakit-sakit pinggang plus belakang. Tambahan pulak kureng sihat sikit. Makanya, bila letih terlebih ni apa pun tak boleh. Haha...

Whatsapp husben semalam. Time baca pun pukul 4 pagi sebab Aus bangun nak susu. Tak terperasan pulak perkataan 'belated' tu. Dah dua tahun dok wished 'happy belated'. Tahun lepas dah dapat jawapan tapi lupa. Almaklum la... dah setahun berlalu. ^o^

Jadi tahun ni tanya lagi sekali. Tahun lepas wished thru sms je. Aku ada whatsapp tapi husben tak ada. Dia malas nak ada whatsapp time tu nak buat macam mana. Jadi tahun ni dapat la jawapan sekali lagi. Hehe... Memang aku lahir bulan 12 tahun sebelumnya. Tapi exact date tak tahu sebab ayah aku tak recordkan.

Macam husben MIL recorded original birthdate dia letak belakang birth certificate. Walaupun birth certificate tulis lain, masing-masing tau tu bukan original date. Dalam setahun boleh wish dua kali. Best tu. Zaman-zaman dulu kan boleh je lambat-lambatkan date. Tambahan kalau bersalin kat rumah cuma ada bidan je. 

Sekarang ni kat hospital. Memang exact date dengan year, location bagai la. Kalau pukul 11.59 pm, 31hb 12... itu la yang akan masuk dalan birth certificate. Tak adanya tukar-tukar macam zaman dolu-dolu.

Itu la persamaan kami suami isteri yang ketara sangat. Tarikh lahir dalam birth certificate dengan original memang tak sama. Tapi yang pasti, kami sama-sama lahir bulan 12 diinjakkan ke bulan 1 tahun berikutnya. Bukan senang nak carik. Perancangan Allah tu dah cantik sangat. Jumpa yang sepesen. Haha... Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun ni dan diberi kekuatan dan kesabaran dalam apa jua yang aku lakukan. InsyaAllah. Berkat penghulu segala hari ni dan dengan izin Allah juga adanya... Amiiiinnnn.... (*゚▽゚)ノ


posted from Bloggeroid

01 January 2015

Selamat Tahun Baru 2015



Sudah masuk ke tahun baru kita. Hari ini 1hb Januari 2015. Biasanya tiap-tiap tahun ada orang untuk diwish birthdaynya. Tapi tahun ni macam tahun lepas, dah tak ada orang dah since my BIL dah passed away.

Semoga tahun 2015 ini lebih membawa sinar kepada kita semua walaupun tahun ni jugak bermulanya gst. Hehe... Apa pun musibah yang melanda, kita kena sentiasa muhasabah diri dan kekalkan semangat sepasukan.

Semoga urusan kita di tahun baru ini dipermudahkan Allah hendaknya.

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign