Fresh from the owner...

06 November 2015

Masuk airlah pulak.


Aku guna handphone biasa-biasa je lepas sony cracked kena gigit dengan Aus. Beli yang second je. Aus memang mat gajet. Haha... Tapi bukan selalu la. Aku ada install preschool punya games. Cepat jugak dia tangkap macam mana nak main game tu.

Tapi atas sebab-sebab keselamatan, aku uninstall semula. Sebelum ni aku guna samsung ace je. Kecik je. Cukup la untuk whatsapp je. Entah berapa puluh ratus kali terhempas, tercampak pun aku tak tau la. Tapi alhamdulillah. Masih sihat. Cumanya nak berblog thru handphone tu tak boleh la.

Kemudian tukar yang skrin besar sikit. Tidaklah sebesar sony tapi boleh la. Untuk menyedapkan mata dan berblog. Memorynya pun boleh la. Leagoo lead 5. Orang tu kata jangan bagi masuk air sudah. Nanti jammed terus.



Handphone ni pun sama. Dah berpuluh kali jatuh. Yang aku secara tak sengaja jatuhkan pun ada, anak-anak jatuhkan pun ada. Alhamdulillah, tahan lasak. Tapi jangan harap secanggih handphone lain la.

Dan jugak dah dua kali masuk air. Dua-dua Aus yang buat. Adoiii la... Siap duduk bawah mentari tengahari sebab air penuh kat skrin. Memang ingat dah 'selamat' dah handphone ni. Tapi survived.

Dan yang terbaru, dua hari lepas. Masuk air jugak. Kali ni effect kat lens. Mula-mula tak perasan tapi bila tengok macam 'weng' je handphone ni mesti ada air. Bukak memang ada kesan basah tapi tak dapat detect kat mana.

Bila macam dah ok sikit skrinnya, try nak ambik pic baru perasan ada air. Hoho... Seharian jugak la can't connect to camera. Sabar je la. Tapi puas hati la sebab lasak. Walaupun orang kata jangan kena air, alhamdulillah... dua kali kena air pun survived lagi.

Bukan semua handphone brand-brand biasa ni tahan lasak. Tapi ada je yg memang lasak dan terbaik. Tak kisah la. Asal boleh guna sudah... ~(^◇^)/


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. tak pernh try lagi jenama ni..setakat ni handphone biasa yang saya suka, jenama asus.. banding dengan lenovo , asus jauh lagi lasak n ok....

    ReplyDelete
  2. mahal ke enpon ni..macam best pulak baca..jatuh pun tak rosak..

    ReplyDelete
  3. so far anak2 aida lenjan phone aida & mr.asben's, ok la.
    takde la hingga rosak teruk.
    memang warning dulu la.
    sebab nak beli bukan nya ada duit.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign