Fresh from the owner...

24 November 2015

Dua pasang kembar saya.



ni kembar sulung saya. hehe... bukan kembar pun sebenarnya. tapi kalau dah selang setahun, memang nampak la macam kembar. sama je besarnya. dan tinggi pun lebih kurang je. yang membezakan aku rasa berat je. perangai pun totally different jugak. memang tak sama. 

kalau time kamceng tu memang kamceng sangat. tapi kalau datang angin tak sebulu, memang baik punya gaduh. anak-anak masa kecik macam ni la. kalau ke mana-mana mesti orang tanya. kembar ke? tambahan kalau pakai baju yang hampir sama warna or sama paten dan warna. tudung sama pun macam tu jugak. memang orang tanya la macam-macam mana pun.

kalau tak sama pakaian pun orang tanya jugak. aku dengan my imam biasanya senyum je bila ditanya. sebab budak berdua ni akan jawab sendiri bagi pihak dia orang. kecuali la time orang tanya dia orang tak ada berdekatan. bila orang kata 'sama', aku akan tengok dia orang ni sekali lagi. memang tak sama la. kat mana yang samanya? size badan? huhu...



ni  lagi sepasang kembar aku yang comel. haha... yang ni tunggu masa je sebelum orang tanya soalan yang sama macam Alya dengan Anis. buat masa sekarang ni Afiq kecik lagi. tunggu la umurnya setahun nanti. lepas tu sama la soalannya. dan nanti time dia orang pulak akan jawab soalan tu sendiri.

cuma baru-baru ni ada orang tanya, kembar ke Aus dengan Afiq ni. dia nampak daripada dalam kereta. tapi yang aku bawak keluar cuma Aus je. itu pun sebab dia nak ikut ambil Kak Ngahnya balik daripada sekolah. bila ditanya aku jawab la tak.

sebabnya Afiq kecik lagi. belum setahun pun sedangkan Aus dah dua tahun dah pun. dah boleh cakap. dah boleh jalan. makanya dia cakap la daripada luar nampak macam sama besar je. itu sebab dia ingatkan kembar. hehe... sama besar ke? tak ada la sama pun. Afiq kecik sikit sebab masih baby lagi. Aus dah hampir penuh giginya... ^_^

apa-apa pun, ada anak-anak yang berbeza setahun je ni memang untung. walaupun bukan kembar, orang tetap la ingat kembar. hikhikhik... untung la tu kan?! rezeki daripada Allah tu. alhamdulillah...Azfar je la berbeza sikit. beza dia dengan Anis dua tahun dan dnegan Aus pun dua tahun. sebab tu dia pelik sikit. hehe...

semoga membesar dengan baik dan jadik anak-anak yang solehah dan soleh hendaknya. cemerlang dunia dan akhirat dalam apa juga bidang yang jadi pilihan. ibu abah cuma boleh doakan je.

we love you kiddos to the moon and back. for the rest of our lives... muaahhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Sama lah dgn anak akak Sal..
    Sama tinggi anak yg no 1 dan 2..
    Orang selalu tegur.. kembar ke..
    Semakin bambam si baby..
    Geram tengok..

    ReplyDelete
  2. Jadi, nnt Azfar akan jadi lone ranger la dlm adik beradik. Sebab dia takde geng. hehe.

    ReplyDelete
  3. Comelnya kembar girls tu..bambamnya kembar boys tu .Salam kenal n follow sini.

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign