Fresh from the owner...

24 August 2015

Catuan air dan aktiviti sepanjang minggu.



Seluruh Pasir Gmudang dah kena catu airnya. Empangan Layang-layang air dah susut. Start catuan 16/8/2015. Tapi untuk kawasan sub zon 3 start 17/8.

Ada banyak zon dan ada banyak sub zon jugak. Sehari ada air dan 2 hari tak ada air. Catuan ni sampai 16/9. Sebulan. Tapi tak tahu la kalau dia extend lagi. Semuanya bergantung pada air kat empangan juga.

Alhamdulillah, tak ada gangguan sangat la walaupun tak ada air yang banyak macam biasa. Bagusnya catuan air ni kita belajar berjimat. Belajar menghargai. Kalau tak, guna ait macam apa entah.

Cuma bila tiba bab-bab nak memasak dan basuh pinggan mangkuk tu la mac leceh sikit sebab air yang mengalir direct ke sinki dapur pun putus. Leceh nak angkut pinggan mangkuk, sayur bagai ke bilik air.

Ada je rumah yang tukar paip masa renovate terus ke tangki. Jadi time tak ada air pun tak ada masalah sebab sinki dapur pun guna air tangki. Memasak pun ala kadar je. Banyak periuk belanga, pinggan mangkuk nak basuh. Time ada air baru aman nak basuh semua. Lega.

Altiviti sepanjang minggu pun biasa je. Tak ada perubahan apa-apa. Tak terjejas la. Cuma sabtu petang, anak dara berdua tu dah ada aktiviti baru. Jadinya tinggal la si adik-adik bertiga kat rumah.

Sampaikan Azfar pun berbunyi baru-baru ni: 'Habis tu abang nak main dengan siapa?' Bukan main sangat pun. Gaduh je lebih. Pening kepala mak... (~_^)

Aktiviti mak sentiasa la penuh dengan budak 5 beradik. Busy la sentiasa. Haha...


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. kalau xdee air paling emosi..nak masak payah...nak sahut panggilan alam semulajadi susah...nak mandi payah...haih..xboleh hidup kalau xdak air

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign