Fresh from the owner...

24 July 2015

UTI dan Afiq - Part 1.


Sebelum detect ada UTI (kencing kotor), jaundice Afiq masa dalam hari selalu turun naik. Duduk bawah lampu dua tiga kaki jugak. Hari yang berbeza-beza. Turun pun tak banyak mana. Cukup 3 minggu jaundice dia still tak sampai bawah 10 walaupun turun 11. Tapi doc nak bawah 10.
Dan disebabkan dia 35 weeks je lahirnya, doc takut dia ada kencing kotor. Doc kata kadang-kadang kencing kotor pun boleh sebabkan jaundice jadik lama. Even baby yang lahir normal pun ada yang ambik masa sebulan jugak baru jaundice hilang. Tak semestinya premature babies je.
Makanya dapat surat refer ke HSA untuk check urine dengan darah sekali. Kebetulan Afiq memang kena ke hospital pun untuk hearing test. Rasanya ni untuk babies yang lahir premature dengan ada masalah lain kot. 
Alhamdulillah, tak ada masalah hearing. Dah setel kat situ kena ambik air kencing dengan darah untuk tengok jaundice ada lagi ke tak, kencing ada kuman ke.
Tapi result dapat after 2 weeks. Maknanya, lagi dua minggu kena datang semula. Memang sebulan tu dua kali wajib pergi hospital. Penat sikit tak apalah asal si kecik ni sihat. Even sebelum balik raya pun kena mengadap doc jugak. Adeh...
Afiq kena buat urine test 4 kali. Bukan sekali tau. First time buat tu dah tau ada kencing kotor. Jaundice clear tapi kencingnya tak. Dapat antibiotik untuk clearkan kuman. 
Lepas makan untuk seminggu kena datang buat test lagi untuk tengok kuman mati ke tak. Resultnya kuman tak mati tapi doc tak puas hati repeat lagi urine. Result pending. Repeat sekali lagi. 
Bab repeat la paling leceh sekali. Adoiii la... Nanti kita sambung lagi ye. Ada keje sikit nak buat... (⌒o⌒)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign