Fresh from the owner...

02 July 2015

Temujanji kami.


Seawal pagi di sini hari ni. Pukul 7 dah sampai HSA. Haha... Gila awal. Ikut buku, appointment dia pukul 7.30 pagi. Untuk buat ultrasound. 

Kalau missed appointment ni, kena tunggu lagi 6 bulan pulak untuk buat ultrasound. Itu kata husben la sebab dia yang handle borang masa discaj dulu. 
Sampai-sampai je tak adalah terus ke bilik x-ray sebab form bagai kat klinik paed ni.

Jadik orang pertama you. Dah ambik nombor kena tunggu bagai. Dekat pukul 7.30 jugak la baru dapat form untuk pergi buat ultrasound. Lama gila menunggu. Tunggu nak on pc, nak cari report. Tapi tak apa. Dah jadi orang first tu kira okay la.


Kemudian ke sini untuk buat ultrasound. Ini untuk check buah pinggang dengan pundi kencing ai Afiq. Nak tengok ada kelainan atau tak. Ada bengkak ke apa ke.

Pun jadi orang pertama sampai. Walaupun dah dapat nombor bukan dipanggil masuk terus. Menunggu lagi kat luar. Sampai la ada lagi dua orang patients baru sampai. Kemudian baru panggil masuk.

Dah masuk tak terus buat. Menunggu lagi kat dalam. Pergh...!!! Dok menunggu tu yang tak boleh tahan. Kalau kita orang dewasa tak apa. Ini melibatkan baby. Menunggu lama-lama buat dia mengamuk la.

Nak tidur, nak susu. Even yang dua orang sampai lepas aku tu pun dah siap dulu. Afiq tak start-start pun lagi. Almost 8 baru doc sampai. Time tu Afiq memang nak start mengamuk dah.
 
Lama pulak nak buat ultrasound sebab time kali si kecik ni mengamuk, doc tak dapat nak capture pic buah pinggang dia. Siap kencing atas bed masa ultrasound. Nasib baik doc ni scan pundi kencing dia dulu. Kalau tak memang kena kencing la alamatnya.

Dah settle kena patah balik ke tempat tadi untuk jumpa doc. Sebelum tu kena timbang dulu. Dalam bilik timbang baru dapat tau kena repeat urine c&s pulak. Adeh... Jadi, sebelum jumpa doc kita ambik urine dulu.

Settle ambik urine baru boleh jumpa doc. Tapi menunggu lagi. Kali ni lagi lama. Bilik untuk aku jumpa doc tu, no.5 tak keluar-keluar daripada aku start duduk sampai la kena ke tempat lain pulak.

Itupun dah lama tunggu baru la nurse ni datang bagitau suruh hantar sample air kencing ke makmal. Kena tunggu sejam untuk dapatkan result. Kita tunggu sendiri tau. Nasib baik air kencing dah ambik awal-awal. Kalau tak, menunggu lagi.

Urine tu ada dua botol. Satu untuk fast result. The other one yang ambik masa 3 days baru tau sama ada problem tu still occurs or not. Rumit kan melibatkan baby ni... (๏_๏)


Kat sini kena tunggu lebih kurang sejam. Redha je la. Tunggu result penat juge tapi nak buat macam mana. Nak berjalan-jalan pun dah penat rasanya.
Tapi tak sampai sejam pun dah dapat result. 

Alhamdulillah... Urusan jumpa doc pun kejap je. Nak menunggu result bagai tu yang lama. Sabar je la.

Ujian ini pahit tapi ada manisnya jika kita sabar dan redha kan?! ~_~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. dulu nak xray anak kite pun problem gini jugak...menunggu lame..baby dah ngamuk2 doc xsmpai2..

    ReplyDelete
  2. gagahnye mummy Afiq.. in shaa Allah.. ada kemanisan kelak.. janganputus harap pada Dia..

    ReplyDelete
  3. memang seksa gi spital k'jaan...
    tapi ok la. free dan servis terjamin.
    aida pun deal dgn spital k'jaan if ada masalah apa2.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign