Fresh from the owner...

10 July 2015

Dinding misteri.


Punya la malas nak update entri. Pesal entah. Sabar je la. Haha... Mood nak bercerita pasal UTI si Afiq tu ada. Tapi mood nak menaip tu tak ada. Nanti-nanti la kita sembang pasal UTI tu.

Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki untuk cat rumah. Walaupun husben banyak cuti dua bulan lepas ni sebab Afiq keluar masuk wad je tapi rezeki tu ada di mana-mana kan?

Kaler dah tentunya aku yang kena pilih. Husben kata aku yang tentukan. Makanya aku pilih color yellow green lawan dengan blue success. Cantik jugak kombinasi ni.

First stage husben cat guna yellow green dulu. Sebab untuk blue success tu sikit je ruangnya. Cat jimat banyak sebab bukan guna roller. Guna brush je. Kalau roller mahunya pakai sampai 2 tin. 

Jadik 'hasil seni' budak-budak ni terpadam la bila kena cat.. Memang banyak area dia orang conteng. Bukan dengan pensel je. Kaler pensel, pen, crayon. Hoho...

Tapi yang jadi misterinya dinding dekat sliding door. Dah cat banyak kali pun tetap timbul contengannya. Berubah-ubah. Bukan sama semuanya walaupun ada yang sama.

Mula-mula ingat budak-budak ni conteng lagi. Tapi lepas cat kali kedua, ada lagi timbul. Cat lagi sekali pun timbul jugak. Tebalkan cat lagi pun sama. Sekarang ni makin banyak kesan contengan tu timbul.

Misteri betul la. Ada yang 'menumpang' agaknya kat situ. Hehe... Husben kata 'sumpahan dinding'. Cat ke tak, tetap la ada kesan tu. Berlainan tapi ada contengan yang kekal sama je timbul. Misteri betul!!!



my foot: husbeb ada kata, dinding tu tak sama kemampatannya. sebab tu ia serap cat. jadik kena guna solution lain la untuk hilangkan kesan contengan tu. misteri la sangat. sabar je la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign