Fresh from the owner...

15 June 2015

Kampung oh kampung.


Kalau taip entri guna hp memang kena banyak sabar. Kalau entri hilang, memang sabar jugak la. Ada cara ke nak trace entri hilang. Dah banyak kali jadik sebenarnya. Memang sabar la. Sebab idea pertama dah tak sama macam idea kedua.

Cuti sekolah baru ni merasa jugak la budak-budak ni balik kampung walaupun minggu kedua je balik. Kalau masa ada Kerry dulu, hari pertama cuti sekolah dah ada kat kampung. Itu sebab Kerry suka balik. Tiap-tiap minggu nak balik. Boleh tumpang je sebab on the way tu mesti lalu kat Pekan punya la. Husben pun akan ambik semula sehari sebelum.

Tapi sekarang tak lagi dah. Budak-budak ni memang suka balik kampung. Ramai tukang layan. Ye la.. Jarang jumpa kan. Sesekali jumpa tu memang excited lebih. Banyak kerja nak buat. Pagi-pagi je kalau tak dia orang ni pergi ke ibu rumah, budak-budak sana pulak yang datang.

Tak ada hal sangat la. Tujuan utama balik kampung ni nak gembirakan anak-anak je. Dia orang happy alhamdulillah. Itu dah cukup buat ibu dengan abah ni. Nak main basikal pun main la. Kawasan rumah tok abah ni luas.

Nak kejar ayam ke apa... ikut suka la. Kalau Aus 24 dok sebut ayam je. Bukan pasal tak pernah tengok ayam tapi memang dia suka ayam la agaknya. Hari pertama sampai kampung, dia ajak Tok Abah lastik cicak. Haha... Pantang nampak cicak, mintak getah nak lastik. Itu ajaran abah dia la tu.

Kali ni memang berkampung betul kat kampung. Adoiii... Aku dengan Afiq la. Orang lain tak. Macam-macam la. Benda nak jadi. Redha je la. Bukan mintak pun. Terima dengan tenang dan sabar... v(=∩_∩=)フ


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. perenggan terakhir tu ~ nape salya?

    ijat ari ni hingga sabtu dok umah mak mertua.
    memang aktif la dia.
    skang takde ayam. dulu ada ayam, memang dia kejo ayam tu.
    skang setakat petik bunga nenek nyer aje la ha ha ha...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign