Fresh from the owner...

01 June 2015

Cerita tentang dia.



Dah lama tak berblog. Kekangan handphone sebenarnya. Berat-berat sangat apps ni ia susah sikit nak terima. Rindu jugak la nak bercerita di sini. Masih ada ke yang datang melawat? Hik3... Bukan bajet fames. Mana la tau ada yang rindu.

Afiq baru je 3 hari keluar wad. Apa kes masuk wad? Tak ada kes. Saja je lepak-lepak santai kat wad kan. Haha... Banyak la kau punya lepak. 7 hari berkampung dalam wad memang mencabar la. Keauan kat anak-anak. Kesian kat encik suami.

Kata orang okay la masuk wad. Dapat percutian percuma. Kalau anak sorang boleh la cakap. Anak ramai ni lain. Teringat macam mana la dia orang pergi sekolah dengan abah yang handle? Mesti kesian. Sebab banyak benda mak yang buat. Kesian kat bapak tak tau apa. Terpaksa la belajar jugak. Tak ada pilihan.

Afiq warded sebab UTI with kpm. Bahasa mudah kencing kotor. Selalu jadik kat baby girl. Boy jarang. Dah la kpm tu kuman paling jahat yang boleh cure dengan certain antibiotics je. Kalau tak rawat akan efek pada buah pinggang dia. 4 kali ambik sample urine, 4 kali tu jugak la kuman yang sama je muncul. Persistent. Dah try cure dengan ubat makan tak jalan, jawabnya warded la. Masuk antibiotik ikut salur darah.

Bukan dua tiga hari tapi TUJUH hari kat wad. Wah3.. Doc yang refer Afiq ke wad ni cakap dalam 3 hari ke 5 hari je. Tapi end up sampai 7. Memang sabar dan redha je dengan ujian Allah ni. Ada sebab kenapa DIA uji kita kan? Tanda DIA sayang.

Alhamdulillah, beruntung sebenarnya diberi ujian Allah ni. Menyedarkan kita yang alpa dan leka ni. Ya Allah... Sungguh kadang-kadang kita lupa siapa sebenarnya kita ni disisiNYA sampailah DIA ingatkan kita dengan ujian dan dugaan. Baru sedar diri.

Teruknya kita sebagai hamba. Sabar je la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. ciannya dia...get well soon sayang..

    ReplyDelete
  2. moga afiq terus sihat ye.
    jgn sakit-sakit da ye darling :)
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  3. saya duk tunggu anak dalam wad tiga hari pun rasa bosan sgt...inikan pula 7 hari kan..moga afiq sembuh yer.

    ReplyDelete
  4. ya allah..sampai 7 hari? berat mata memnadang, berat lg bahu yg memikul..kesian baby..

    ReplyDelete
  5. simptom2 die ape sis??tkut plak

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign