Fresh from the owner...

13 April 2015

Viral oh viral.




Sambil menunggu giliran Afiq kat Klinik Pakar Kanak-kanak ni, update blog la kejap. Kenapa ke sini? Afiq kena refer pasal jaundice dia tu la. Lama menunggu. Ramai pulak orang hari ni. Pening kepala mak. Hehe...

Ini nak bercerita pasal viral kat fb dgn whatsapp. Aku sebenarnya tak faham macam mana la orang boleh viralkan certain-certain tanpa pasti kesahihan berita tu. Okay, aku pun pernah buat dulu. Tapi dulu-dulu la. Bila tau berita tu tak betul, terus stop.

Nak share apa-apa pun dah malas sebenarnya unless aku rasa benda tu sahih baru la aku share dengan jayanya. Tak kira la apa pun yang orang share, video ke gambar ke or even story-morie ni kena la pastikan betul je tak. Selalunya sembarang je orang kita. Dapat, baca tapi tak tau betul ke tak... terus share. Mungkin nak jadi orang paling awal tau pasal tu kot. Wallahualam.

Contoh terbaru, kes vitagen. Itu belum lagi post-post pix orang pakai tudung tapi pakai skirt saja, pakai baju sampai nampak pakaian dalam. Kita pun tak pasti betul ke dia pakai skirt pendek dengan tudung. Dunia teknologi ni macam-macam boleh buat. Memang ada je yang pakai tudung tapi masyaAllah... daripada baju sampai ke seluar macam balut kulit nangka.

Aku ada je jumpa. Speechless tapi boleh tengok je la. Sebab kat klinik. Ada jugak pregnant pakai tudung tapi nampak pusat sebab baju ketat. Suami relax je sebelah tak kata apa. Macam-macam fesyen pun ada. Tapi belum sampai nak ambik gambar. Itu kira aibkan dia. Kalau betul nak tegur, pergi dekat. Bagitau elok-elok.

Bukan ke bila kita dah tunjuk dalam fb ke whatsapp kita secara tak langsung buka aib dia. Orang lain swbar dan kutuk, buka lagi aib kita. Apa hak kita nak aibkan orang. Salah tetap salah. Kalau betul sekalipun dia salah, cara teguran tu kena betul. Kita ni guna teknologi kadang-kadang dengan tujuan salah.

Kadang-kadang tak berniat pun tapi dah buat tetap la salah. Kadang-kadang dah sedap mengata bagai baru tau cerita tu salah. Dah tu nak mintak maaf dengan siapa? Nak cari orang tu? Kalau jumpa okay la. Kalau dia maafkan pun okay jugak. Tapi kalau tak?

Sebab tu sebelum sebarkan apa-apa, kena check banyak benda. Bukan main sebar je. Tak pasal-pasal kita nenanggungnya nanti. Mana-mana hadis yang tak sahih pun kena chexk. Kadang-kadang yang dah keluar bagitau hadis tu palsu setahun lepas pun ada jugak yang sebarkan lagi tahun ni. Tak ambik port ke tak baca?

Sekadar peringatan untuk diri sendiri agar lebih berhati-hati.
p
osted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. kuasa teknologi yg disalahgunakan jadi camtu la..

    ReplyDelete
  2. akak pn xberani nak share benda2 yg belum pasti......

    ReplyDelete
  3. Heheh, yg vitagen tu saya pun share. Bila dah share baru dpt respon maklumat yg betul kat komen, so boleh la tahu gak jawapan dia wp dah tersalah share benda yg tak sahih.

    ReplyDelete
  4. moga kita tak mcm tu beb
    zaman teknologi ni, cepat aje benda jadi viral
    moga kita lebih istiqamah

    ReplyDelete
  5. Yg penting sebelum share kena pastikan Benda tu sahih..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign