Fresh from the owner...

10 April 2015

Posmen Poslaju.




Kita biasa dengar tentang servis poslaju yang entah apa-apa sekarang ni kan? Bukan sekarang je. Dulu pun ada jugak. Ada yang barang-barang tak dipos. Ada yang sampulnya terkoyak. Walaupun tak semua tempat ada masalah tapi sebab nila yang setitik tu la habis semua kena. Even kawan aku yang berniaga online dah bertukar ke nationwide which aku pun takkan guna sebab ada bad experienced once.

Sekali je pun. Tu pun kecoh. Sekali tu ambik masa dekat 5 hari baru barang sampai. Barang urgent pulak. Walhal sebelum tu aku dah tanya bila agak-agak boleh sampai, konfiden je staff dia checked dan cakap dalam sehari dua je. Hah, kalau aku tau aku guna skynet je. Itu cerita lama. Ini cerita baru.

Ini cerita pasal posmen poslaju. Posmen biasa dengan poslaju tak sama. Warna baju pun dah sah-sah berbeza. Posmen biasa ada merah. Posmen poslaju ada kuning oren gitu. Setakat misdelivery tu biasa. Kadang-kadang tak datang pun tapi bila checked online unsuccessful delivery. Padahal kita daripada pagi ke petang ada kat rumah.

Itu posmen-posmen sengal. Baru-baru ni aku keluar cari barang basah. Gate biarkan terbuka sebab plan sekejap je pergi. Memang tahu ada barang akan sampai tapi malas nak tunggu. Boleh pulak gitu?! Tak apa la. Nanti husben boleh pergi poslaju je ambik. Time nak balik daripada beli barang tu, hujan. Dah pukul 1 lebih kot.

Tiba-tiba dapat called dari nombor yang tak dikenali. Angkat jugak la takut customer ke ada benda penting ke. Customer aku rajin called. Jangan tak tau. Bila jawab suara orang lelaki bertanyakan nama aku. Eh, siapa pulak ni?! Dia tanya tak ada kat rumah ke? "A'ah la. Keluar kejap. Tapi ni dah on the way nak balik." Lepas tu dia bagitau: 'Saya daripada poslaju. Nanti dah balik cari saya ye. Saya ada dekat Pulasan bla... bla... bla...'

Aku macam terkedu kejap. Okay-okay... saya cari. Wah, posmen mana ni siap suruh cari-cari dia bagai. Husben kata dia macam tahu posmen yang mana sebab dengar suara tu macam familiar. Mesti yang muka macam mamak-mamak sikit tu. Pusing keliling kami cari dia sebelum called semula tanya dia kat mana. Dia setia menunggu okay. Bukan dalam cuaca biasa tapi dalam keadaan hujan tu. Ya Allah...

First time dalam sejarah aku hidup ni posmen suruh cari dia sebab datang rumah tak ada orang. Dalam cuaca hujan ye. Biasa pun kalau ada posmen called tanya rumah kat mana. Nak tunggu? Jangan harap la. Tambahan dengan keadaan cuaca macam tu, lagi la. Tapi posmen yang ni... aku respek betul la. Rasa macam nak bagi anugerah posmen terbaik.

Muka dia macam mamak-mamak sikit. Kurus. Husben pun cakap kalau dia anto barang ke rumah memang ramah bercerita. 'Pintu pagar terbukak ingatkan ada orang kat rumah. Rupa-rupanya keluar.' Dia senyum dalam hujan. Nak snap pic pun tak sempat. Teruja jumpa posmen macam ni. Semoga bertambahlah rezekinya. Memang tiptop. Kalau semua macam ni, memang poslaju akan jadi yang terbaik. Tapi tak la kan. Dalam mana-mana company mesti ada perangai pelbagai punya la.

Ni no telefon dia... 019-266 **** . Hehe... Abang posmen, I salute you la. Bekerja dalam hujan, siap dengan senyum lagi. Sanggup la called bagitau ada barang plus tunggu pulak lagi. Poslaju, this kind of attitude la yang kami suka. Sebab dia je... rasa macam nak bagi berbintang-bintang kat poslaju ni. Terbaik la lu bro!!!


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Wah... bagusnya dia. Boleh p pejabat pos n bagi tau Kat org pejabat.. pekerja yg bagus, harap kekal lama..seronok bc..Sya Alhamdulillah,posmen poslaju jiran sebelah je

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkanlah utusan posmen yg buat kerja ikhlas macam ni kan..sekata bi mana ada orang yg nak sudah payah camtu kan

    ReplyDelete
  3. la..baiknya..siap nak hantar jugak barang tu..yang sealunya ada ,pin2 tiga kali orang tak keluar terus tampal kertas kat pagar suruh pi pejabat pos esok...

    ReplyDelete
  4. itulah
    servis ni
    bila ada yang hampeh bagi servis
    abis terpalit
    walau yang hampeh tu 1/3 aje
    yang 2/3 tu superb servis

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign