Fresh from the owner...

02 April 2015

Bukan semuanya begitu.




Bukak fb semalam. Terbaca tentang pengalaman seorang suami menemani isteri bersalin di hospital kerajaan. Dia temankan ke? Tak pasti pulak. Tentang doktor dan jururawat yang tidak ambil peduli katanya. Pada aku, tak semua hospital kerajaan macam tu. Alhamdulillah... Kelima-lima anak aku lahir di hospital kerajaan. Bukan hospital yang sama tapi layanan cukup baik. Daripada doktor kepada nurse. Mungkin ada nurse yang tak berapa okay tapi bukan semuanya macam tu.

Masa bersalinkan Afiq, aku masuk labour room daripada pukul 10 lebih. Contraction daripada sikit membawa kepada major punya sakit. Air dah dua gelas aku dapat. Mula-mula pelik jugak kenapa dia suruh minum plain water. Rupanya sebab kat bilik saringan dia orang checked kata aku demam. Makanya memang kena minum air masak banyak. Yang handle aku pun sister dengan nurse biasa. Masa sakit sangat tu, dia checked jalan baru buka 5cm. Katanya lambat lagi ni. Tapi bila dah terbuka, memang akan terbuka terus. Itu kata dia.

Bila anak rapat-rapat, dia kata sakit tu memang macam nak bersalin time tu sedangkan jalan baru buka separuh. Tapi dia pesan kalau rasa macam nak poo poo bagitau. Nak bersalin kan rasa macam nak poo poo. Masa Aus dulu tak ada nak pesan bagai sebab tak sempat okay. Sampai-sampai dah time nak bersalin. Nurse kat HSA yang handle aku ni baik je. Siap tanya nak panggil husben tak? Dah called polis bantuan tak dapat-dapat, dia mintak tolong sorang staff lelaki yang nak turun untuk panggilkan husben aku.

Dalam apa-apa hal, husben mainkan peranan jugak. Lepas masuk labour room, aku memang dok baring je tunggu masa. Kejap-kejap nurse datang tengok contraction macam mana. Husben siap tanya pakar masa dia datang bawak students. Tapi info dia salah sebab dia tak tengok rekod. Harapkan info students je. Sengal. Dia cakap kat husben aku baru 32 weeks, padahal dah 35 weeks dah. See!!!

Pukul 12 pm checked jalan baru 5cm. Lambat lagi kan dia kata. So, dia keluar la. Tak ada nak mengadap aku 24 jam. Husben pun ada. Dia akan ada time panggil je or nak checked contraction. Untuk checked bukaan kena 4 jam sekali. Tapi dalam masa kita rasa nak bersalin tu, dia akan checked jugak. Tapi tak boleh kerap sebab takut kuman. 16 minit lepas dia checked, memang dah sakit sangat. Husben la yang panggilkan. Tak ada nak berjalan bagai. Assistant dia yang comel nama Amira - soft-spoken, lembut je orangnya - checked lagi sekali. Dia bagi tahu kat sister tu dah time. Dah boleh rasa kepala baby. 16 minit yang boleh tahan lamanya.

Alhamdulillah... Layanan aku dapat daripada kat bilik saringan sampai la masuk wad memang okay sangat. Cuma tak berapa nak okay sorang nurse yang kerja shift malam dan sorang nurse yang hantar patient ke wad. Yang tu nanti story-morie. Daripada nurse kepada doktor (kecuali 2 orang tu yang mana tak melibatkan aku secara langsung tapi sakit telinga dengar dia cakap), sangat-sangat okay. Daripada Alya sampailah Afiq, memang alhamdulillah sangat. Tak pernah dapat layanan yang teruk-teruk. Memang dia orang ikhlas buat kerja.

Time Anis lagilah. Bulan puasa lagi. Time orang nak buka puasa aku sampai. Tapi still layanan baik je. Nurse tu siap pegang perut. Dia cakap, perut panas macam ni biasanya bersalin malam ni jugak. Kesimpulannya, tak semua kakitangan kat dewan bersalin hospital kerajaan akan bagi layanan teruk. Kebetulan dia tak bernasib baik. Bila tulis macam tu dalam fb dan jadik isu, orang pun akan assume yang hospital kerajaan ni tak bagus. Memang ada staff yang hampeh. Tapi tak semua macam tu. Bersangka baik je la.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. betul tu kak, stuju2.
    dorang pun manusia mcm kita gak,
    punya perasaan ada rasa stres, ada rasa bosan. mereka bkn tak ada penilaian kerja. kita pun dpt layanan tidak la terlampau teruk sgt, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. betul tak semuanya macam tu.kerana nila setitik rosak susu sebelanga.sy pun Alhamdulillah dua2 bersalin hospital kerajaan nurse semuanya baik ja..

    ReplyDelete
  3. Samalah kak..
    Mcm kes ina ni yg ada masalah kesihatan lg lah kena bersalin di hosp kerajaan..
    Semua rekod2 di hosp kan..
    Alhamdulillah proses bersalinkan Aqil mudah..
    Walaupun menanti punya menanti dia x nak keluar nak dijemput..
    Apapun semua tu ttp kenangan paling indah..
    Dan skrg rutin bulanan mengulang hosp kerajaan ttp sama..
    Itulah rumah kedua ina kak..
    Sepanjang hidup,,
    Layanan ttp terbaik..
    Hihihihi
    Lama x jenguk blog akak duk skodeng kat fb ja..
    Bahahahahaha

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah rezeki akak..masa sy p inject mikail kt klinik kesihatan pon nurse ok jgk..hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign