Fresh from the owner...

17 March 2015

Musim demam!


Sekarang ni musim sakit la. Macam-macam sakit ada dengan cuaca panas, kadang-kadang tu hujan la jugak. Tapi tak lama mana. Kejap je. Syukur sebab basah jugak bumi ciptaan Allah ni. Kalau tak memang panas la. Anak-anak aku memang tak bagi main kat luar kecuali sekejap bila abahnya nak pergi kerja. Panas-panas macam ni cepat je dapat sakit.

Aus sekarang ni selesema dengan batuk. Banyak cara natural remedies untuk hilangkan batuk dengan selesema tu. Ada yang pernah aku buat. Ada yang belum lagi. Nanti kita sharing-sharing ek?! Asal malam je kepala panas. Meragam sikit sebab tak boleh nak bernafas. Hidung tersumbat. Dia kerap jaga la. Tidur pun sekejap-sekejap je. Dalam 15 minit gitu. Kena bergilir-gilir dengan Afiq. Tidur mak pun jadik kurang.

Sudahnya? Bila tidur tak cukup, bangun pagi kepala jadi sakit. Badan pun letih gila. Tambahan pulak tinggal aku dengan anak-anak je. Husben kerja. Kalau tak, dia la tengokkan. Cuma Afiq je la aku tengok. Anak-anak ni masa kecik semua panas dengan abahnya. Pesal entah. Kalau abah pegang konpem nangis. Mak pegang senyap. Haha... Tapi bila dah besar tak panas pulak tu. Sejuk je.

Kat rumah ni ada rotation kalau sakit. Kalau Azfar yang kena dulu, kejap lagi penutup pun Azfar jugak. Ayahvaku kata mungkin rumah ni tak sesuai untuk budak-budak ni kot. Tak tahulah. Masa mula-mula pindah dulu memang dia orang kerap sakit. Tahun berikutnya pun sakit sampai warded bagai. Dah la tu. Demam sampai seminggu. Last year Aus meragam malam-malam. Menangis sampai tak tidur. Pening kepala mak.

Bawak berubat jugak. Katanya gangguan daripada 'kakak' dia aka uri yang ditanam. Mungkin kena gali dengan anjing ke apa. Dia bagi air dengan garam yang dah dibaca ayat-ayat tertentu. Tapi aku tak guna pun. Garam tu dia suruh tabur dekat tempat tanam uri which husben pun dah tak ingat kat bahagian mana dia tanam. Lepas tu campak atas bumbung, keliling rumah. Memang tak dapat la sebab bumbung tinggi. Nak keliling macam mana rumah bersambung ni. Air tu ada je dalam simpanan. Air bacaan yassin jadi kena la simpan.

Aku ni cuma nak cerita pasal aku kureng sihat je pun. Tapi melalut la cerita benda lain. Sabar je la.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. kena byk minum air.
    anak2 aida semua kena paksa minum air byk.
    ela demam...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign