Fresh from the owner...

16 March 2015

Jaundice oh jaundice!!! (part 1)




Jaundice Afiq ni turun naik je. Masa mula-mula discaj, dia dah duduk bawah photo untuk sehari. Nurse cakap jaundicenya rendah je. Tapi still la kena photo. Masa tu dia kat NiCU. Esoknya dah discaj. 

Lepas dua hari kena check semula jaundicenya tu. Tapi masa nurse datang buat lawatan, dia kata ada kuning. Makanya dia suruh la buat saringan. Tapi disebabkan driver tak ada, esoknya baru ke poliklinik checked.

Masa checked jaundicenya around 13 something. Lagi dua hari datang lagi. Bila checked lepas dua hari naik 15.6. Kena pergi hospital. Kat emergency lepas ambik darah kena tunggu result pulak. Belum dapat result kena jumpa doc dulu. Dah settle jumpa doc, kena duduk kat Bilik Pemerhatian. 

Berjanggut menunggu result. Daripada pukul 2, dekat maghrib baru dapat tahu warded ke tak. Perghhh... Orang lain yang baru masuk pun dapat result cepat. Aku dengan sorang lagi adik ni dok pending je resultnya.

Last sekali dapat tau kena warded. Duduk la bawah photo semalaman. Resultnya 15.3. Turun la sikit. Ada sorang tu masa check kat klinik 17. Bila bawak emergency cuma 14 je. Darah yang diambil kat kaki baby katanya tak berapa accurate. Yang accurate dekat tangan. Sebab itu dari salur darah. 

Entah. Aku pun tak tau. Tapi kalau bawak hospital memang dia orang ambik kat tangan pun. Lebam biru la tangan baby ni sebab kena ambik darah je. Tangan kecik. Dok kena cucuk je. Tak apa la. As long as sihat, alhamdulillah.

Afiq duduk bawah photo cuma untuk sehari je. Masuk maghrib, esok petang dah discaj. Masa discaj bacaan dia 13 something. Okay... Lega sebab tak payah berulang-alik ke hospital. Bukan dekat. 40 minit pergi, 40 minit balik. Memang dugaan la. Tambahan pulak dengan kesihatan anak-anak lain yang tak menentu ni. 

Okay itu cerita lain. Lepas discaj, kena check jaundice lagi selang dua hari. Selagi tak dapat bawah 10, selagi tu la kena mengadap nurse. Huhu...


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Comelnye afiq..alahaiiii kene warded pulak..falsya dulu qisya lahir kene warded jugak kak sbb jaundice..lg sedih sbb falsya xleh tunggu die kat hospital..kene balik sbb xde katil..3 hari qisya warded, 3 hari falsya nangis smp bengkak2 mata..

    ReplyDelete
  2. kesiannya afiq..get well soon ye baby..

    ReplyDelete
  3. baby kalau kena jaundis ,sampai kena tahan wad yang tak tahan tu..saya dulu sampai 3 hari la anak kat wad..

    ReplyDelete
  4. anak ke2 aida, kena dok bwh lampu biru.
    lain x kena. rawatan kuning tradisional aje.
    merasa la aida susukan syuhada kat nursery...
    1 mlm aje.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign