Fresh from the owner...

31 March 2015

Jaundice oh jaundice!!! (finale)




Kali ni masuk pun kejap jugak. Hari ni masuk, esok dah discaj. Time discaj bacaan turn pada 13 something. Masa diacaj Afiq macam pasif sikit. Tidur je. Sampai rumah pun tidur jugak. Puas kejut tak nak bangun. Kalau sebelum ni tak macam tu pun. Tapi tak apa. Tu semua dugaan dan cabaran. Maknya reda. Bapaknya pun sama. Hopefully ni last la masuk wad sebab jaundice... (。ŏ_ŏ)

Keadaan dalam wad macam biasa la. Kalau sebelum ni kat NiCU bilik aircond. Turn selevel, bilik guna kipas je. Baby duduk bawah photo tak ada la sejuk sangat kan. Masuk dah dua tiga kali pun doc still la tanya soalan yang sama. So,have to repeat everything. Rasa nak muntah bercerita semula. Haha... Sampaikan date discaj pun dah bertukar. Banyak kali keluar masuk. Dah tak ingat.

Kena cerita jugak kenapa Afiq masuk NiCU memandangkan berat dia okay je. Mak pun dah confused. Last-last bapak yang cerita. Sabar je la. Doc siap tanya kenapa hantar ke NiCU. Kenapa tak hantar kat level dia orang je. NiCU kat level 3. Dia orang tu level 2. Tanya aku macam la aku ni yang hantar anak sendiri le level 3 tu. Adoiii la... Part kelakar bila husben jawab soalan sebelum sempat doc tanya. Kertas atas meja. Nampak la apa yang tertera. So, dah boleh tau apa yang doc tu nak tanya.

Soalan doc tu: 'Encik faham ye apa yang tertulis kat sini?' Daa... Simple english je. Bukan guna terms pun. Of course la faham. Kalau guna terms lain la sikit. Husben siap cakap kat aku: 'Dia ingat kita bodoh sangat sampai tak tahu baca.' Haha... First impression la sayang! Ada orang bila tengok isteri ke mak tak kerja, ingat tak ada education. Paling-paling pun spm je la. Tengok muka bapak macam 'tak siap' dengan jambangnya, serabai je lagi la (memang muka tak siap) orang kata tak ada apa-apa. We tend to judge people just by the look la. Itu hakikat.

Dah discaj, macam biasa kena pergi klinik untuk follow up. Jaundice still 13. Kena lagi datang lagi dua hari. Turun 12.6. Okay... kena datang lagi. Turun 12. Selagi tak bawah 10, memang kena cucuk je la Afiq. Berbanding kakaks dengan abangsnya, Afiq la paling lama kena jaundice. Alya warded 3 hari je. Prem jugak. Lagi la tak direct breastfeed. Pump letak dalam botol susu sebab dia tak pandai menyusu terus. Umur 3 bulan baru la dia reti dan tak perlu pakai botol lagi.

Anis pun warded 3 hari jugak. Azfar 2 hari je. Tapi tiga-tiga orang ni mak ikut sekali duduk dalam wad. Cuma Aus je tak kena jaundice. Anis masuk wad dengan jaundice yang agak tinggi la. 300 something. Sebab nurse yang buat lawatan ke rumah tu sengal. Haha.. Bukan aku cakap. Kawan-kawan nurse dia yang cakap. Nak convert ke belas-belas tu aku tak tau. Ada tempat guna belas-belas. Tempat lain pakai ratus-ratus.

Tak apa la Afiq. Asal jaundicenya turun, ibu dah cukup puas hati. Ada orang sampai berbulan anak kena kuning. Macam-macam petua ikut pun tak jalan jugak. Bilirubin tak nak turun nak buat macam mana. According to doc, Afiq pun mungkin ambik masa dalam 3 minggu untuk turun kuningnya tu. Sebab dia prem bukan term.

Jadi, sabar je la ubat yang paling baik. Doa jugak moga dipermudahkan segala urusan hendaknya. Allah Maha Mengetahui. Dan DIAlah sebaik-baik perancang. Setiap dugaan yang diberi ada hikmah lain tersembunyi... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Hai sal...lamanya tak bersua
    Dah cantik umah dia...hehe

    Moga cepat sembuh your baby...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign