Fresh from the owner...

19 March 2015

Appointment kali dua.




Tajuk memang sengal okay. Afiq ada hearing test hari ni kat HSA. Appointment yang dia dapat bila dia discaj the first time. Reason untuk hearing test tu sebab dia premature. Alhamdulillah... Afiq tak ada masalah hearing. Semuanya okay-okay je. Normal. Sepanjang test yang tak sampai 5 minit tu, si kecik ni tidur je.

Semalam, masa bawak Afiq untuk checked jaundicenya untuk ke berapa puluh kali, kuningnya still ada walaupun dah turun 10. Tapi doc ni nak jugak la refer ke klinik kanak-kanak. Kata doc, badan dia dah kurang kuning tapi muka nampak kuning lagi. Dia takut ada jangkitan pada air kencing la makanya kena ke pediatrik untuk kanak-kanak.

Alang-alang hari ni Afiq ke sini, terus la ke klinik kanak-kanak tu. Klinik telinga (orl) kat tingkat 3. Klinik kanak-kanak kat bawah je. Nasib baik bangunan yang sama. Husben lagi la nak suruh pergi bangunan lain. Bangunan pink 3 tingkat. Sedangkan penerangan dia aku dengar lain. Tak fokus la tu. Mungkin sebab tidur tak cukup. Nasib baik la aku dengar sama. Kalau tak haru kena menapak... ^o^

Untuk check jaundice ni prosedur dia kena ambik air kencing dengan darah. Lepas tu datang semula lagi dua minggu dan ambik darah lagi untuk compare dengan darah yang ambik hari ni. Darah ambik dalam 4 tabung. Air kencing 2 tabung je. Memang kena keringkan hati la tengok nurse cucuk ambik air kencing dengan darah. Kalau nak suruh husben bawak Afiq masuk memang tak nak dia. Muka garang tapi melibatkan anak-anak, hati tisu.

Afiq ni kecik lagi tapi selalu sangat la kena cucuk ambik darah bagai. Budak kecik kena cucuk memang kesian sangat. Ye la... Dugaan untuk kami sekeluarga memang la tak sebesar mana. Ada lagi yang Allah duga lagi berat. Kalau dalam NiCU tu ada baby yang dah dua bulan duduk dalam tu still la tak boleh balik sebab lahirnya premature dan beratnya less daripada 1kg. Ada yang lahir tanpa tempurung kepala. Hopefully, parents babies ni kuat semangatnya.

Even masa Afiq keluar masuk sebab kuning pun ada parents ni anak dah sebulan kat situ. First time discaj masa kat level 2 tu, baby tu pun baru boleh discaj. Mak hari-hari datang bagi susu dengan hantar stok ebm. Hari discaj pun parents tahu masa nak hantar stok ebm. Tahu-tahu je baby dah boleh balik. Nasib baik mak bawak bekal baju.

Itu la, lain anak lain pulak ujian dan dugaannya. Mengeluh takkan bawa apa-apa. Reda dan sabar ubat adalah ubat buat hati yang gundah-gulana... ;-) Result untuk jaundice kena tunggu bulan 4 masa second appointment dia nanti. Sabar je la Afiq...


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Kesiannya la baby kecik kalo kena cucuk amik darah. Kalo nak amik kencing pun kena cucuk ye? Cucuk kat mana?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign