Fresh from the owner...

02 March 2015

35 minggu dan 6 hari (part 1).




Lahirnya si Muhammad kecik ni awal daripada tarikh due. Sepatutnya 28 Mac. Tapi aku target middle Mac. Dua minggu awal macam abangs jugak. Due Alya dulu pun hujung bulan Mac. Memang pakat adik-beradik tak nak bulan Mac. ≧∇≦ Tapi aku dah rasa macam tak sempat nak tunggu bulan Mac je dia ni. Instinct ibu ni lain sikit. Sebab kita yang bawak kan.

Seminggu sebelum dia lahir, dah rasa lain macam. Kerap sangat sakit pinggang. Kerap sangat rasa nak buang air besar walhal bukan nak bung air besar sangat pun. Dia pun selalu mengeras. Memang rasa lain la. Dok sembang kosong dengan husben bagitau dia rasa tak sempat sampai bulan 3 ni. Memang tak sempat jugak dengan appointment doc. Dalam pada tu tetap la berharap lahirnya bulan 3. Persiapan untuk dia pun tak 100% siap. Macam mana tu?

Pagi 25/02 tu rasa sakit belakang, sakit pinggang. Kejap-kejap ke bilik air. Feel dah lain ni. Time tu pukul 5.45 pagi macam tu la. Tunggu waktu solat dengan nak kejut budak tiga beradik bangun mandi. Sekali tu, rasa air keluar. Tapi tak banyak pun. Alya dengan Anis pecah ketuban dulu. Jadinya memang tau la tanda-tanda tu. Tak ada contraction lagi la. Tapi kemudian keluar lendir dengan darah. Sahih la kan.

Tak ada la panik pun tapi memikir macam mana nak ke hospital sebab husben kerja malam. Macam mana la dengan budak 4 beradik ni? Nak tinggalkan dengan siapa? Kat mana? Called husben tak angkat-angkat. Adeh...!!! Dalam pada tu kejutkan budak-budak ni. Settlekan apa yang patut dulu sebab ikut perkiraan pun takkan bersalin pagi ni. Mesti lambat jugak. Nak tak nak called la jiran sebelah rumah. Kiranya standby je la.

Kot-kot la husben balik tapi tak called bagitau sebabnya whatsapp pun dah sent jugak. 6.45 am tak ada called daripada husben, jiran ni terus la hantar ke HSA. Baru je keluar simpang kat rumah, husben called tanya kat mana. Cakap je la dah on the way. Jiran sebelah ni dah banyak tolong aku sebenarnya. Masa eksiden jari pun dia yang hantarkan ke HSA. Baik sangat orangnya. Contraction pun mild je. Sampai HSA, husben pun baru sampai jugak. Dia cakap tak sedar ada called. Sebab baru terlelap. Penat!!!

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. aoesal tak nak bulan Mac?klu tak bley geng ngan abg aiman n abahnya. hehe

    comel Sgt baby Muhammad!

    ReplyDelete
  2. ema sampai sekarang pun masih datang bekerja...orang opis pun siap tanya tak cuti awal ke?...

    tarikh due kita sama kak..tapi belum lagi nak bersalin...

    selamat berpantang kak.

    ReplyDelete
  3. Syukur la ada jiran yang dapat membantu. Kalau tidak ntah bila nak tunggu suami akak terjaga dr tidur.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign