Fresh from the owner...

23 February 2015

Terasa.


Ada tutur bicara yang kadang kala buat hati terasa. Cuba pujuk diri sendiri: mungkin dilakukan tanpa sedar tanpa sengaja. Tapi hati terasa juga. Bawa diri seketika bukan untuk tunjuk ego tinggi ke apa. Tapi untuk pujuk diri sendiri adanya.

Hormon tak balance ni susah nak jangka. Menerima itu khilaf sendiri. Tak mengharap memahami. Tapi itulah. Tahu diri tak punya apa. Berdiam diri memang tak ada guna tapi berkata-kata pun belum tentu akan sampai ke matlamatnya.

Dalam hati je mampu berkata-kata. Belum mampu menuturkan secara langsung. Apa yang terlintas dalam hati belum tentu itu yang akan keluar daripada mulut nanti. Bila bercelaru semuanya jadi kosong tak menentu.

Mungkin ada benar semuanya. Senyum sajalah menerima semuanya. Silap dan khilaf diri sendiri. Semoga Allah ampunkan hambaNYA ini.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. betul tu...kadang-kadang banyak benda nak cakap tapi bila berdepan, diam seribu bahasa...

    ReplyDelete
  2. terlajak perahu leh undur
    terlajak kata.....
    tadaaaaaaaaaaa

    hehehehe
    kadang2 kita sebagai manusia hilang pertimbangan
    bila bercakap lupa diri
    sebenarnya tak sengaja
    bila emosi menguasai diri
    tenangkan hati
    amik masa
    bila tersedar
    betulkan semula
    walau pahit
    walau kejam

    ReplyDelete
  3. tak boleh nak kawal mulut orang terpaksa la tahan je diri sendiri..tabah la...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Sal. Kalau ada saya buat akak terasa, saya minta maaf. Mungkin tersalah ayat atau bahasa di dalam entry post kat blog saya. Mohon maaf ye.

    ReplyDelete
  5. hormon kita tak menentu kan sis..lebih-lebih lagi time pregnant ni.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign