Fresh from the owner...

27 February 2015

Selamat datang Muhammad ketiga.




Ahli baru keluarga kecil kami yang baru berusia 3 hari. Masih di wad NICU. Ibu je dah discaj dulu. Huhu... Sedih tapi nak buat macam mana. Persamaan kelima-lima beradik ni, masing-masing elak untuk jumpa doc untuk next appointment. 

Belum sempat appointment pun dah delivered dulu. Cuma Muhammad the 3rd ni doc ada cakap: 'Itu pun kalau sempat jumpa.' Maksudnya dia pun tahu kemungkinan takkan jumpa la untuk next appointment walaupun due lambat lagi.

Keempat-empat daripada lima beradik ni waktu lahirnya adalah pm kecuali Azfar. Dia sorang je am. Dia duduk tengah- tengah pulak tu. Alya: 1.97kg, 17/02/2007, 3.06pm. Anis: 2.3kg, 05/09/2009, 9.21pm. Azfar: 3.2kg, 13/05/2011, 9.21am. Aus: 2.75kg, 30/08/2013, 8.16pm. Muhammad: 2.5kg, 25/02/2015, 12.16pm. Tiga daripada dia orang premature. Tapi untuk baby Muhammad ni tak ada la premature sangat macam kakaks.

Lahirnya masa 35 weeks and 6 days. Tak jangka pulak lahir seawal ni. Sebab ikut pada abang-abangnya 2 minggu sebelum due. Tapi disebabkan kakaks dengan abangs tak nak jumpa doc untuk last appointment, maka adik kecik pun ikut sama la. Alhamdulillah... walaupun keluarnya awal daripada jangkaan dan banyak jugak yang tak sempat nak prepare, Muhammad ni sihat-sihat je.

Okay, nanti cerita lagi tentang si kecik buah hati kelima kami ini.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Selamat datang Muhammad. Semoga membesar dengan sempurna, sihat, soleh dan cerdik...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. dah 5orang,comelnya baby!diam2 je kan dah bersalin.syoknya ada baby..tahniah dengan kelahiran muhammad ketiga!

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak Sal... Dah 5 dah. Sempat ke saya nak kejar ni? Huhu. Muhammad the3rd ni Muhammad je ke? Affan? Arman? Afif? Ce cite Ce cite.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, laju sungguh akak.
    tak sempat nak ikut jejak langkah.
    tahniah akak dan keluarga. geng 5A.
    selamat dtg baby muhammad.
    jari akak hr tu da baik ke?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    tahniah
    tumpang syukur sangat2
    :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign