Fresh from the owner...

02 February 2015

Kenapa kena sekolah?




Itu soalan yang tiap-tiap hari Azfar tanya. Sebelum mandi, lepas mandi, sebelum pergi sekolah. Haha... Pening mak nak jawab. On the way nak pergi sekolah pun tanya lagi. Kiranya berkali-kali sehari la dia tanya. Jawapan yang selalu dia dapat pun sama je. Tapi tetap jugak ditanya. Nak puaskan hati sendiri agaknya.

Lagi pulak dia seorang je sekolah kat Husna tu. Anis dengan Alya awal-awal lagi dah ke sekolah. Dia yang paling last. Sebab Anis masuk kelas pukul 7.15 paling lewat. Alya dah kena ada kat sekolah agama untuk assembly pukul 7.10. Azfar pulak pukul 7.45.

Soalan kenapa kena pergi sekolah tu biasanya aku jawab: 'Sebab nak abang jadik budak pandai. Nanti kalau ibu dengan abah mati, siapa nak baca Quran kat ibu dengan abah? Tak nak sekolah macam mana nak pandai baca Quran?'

Kadang-kadang dia cakap, nanti dia besar dia nak belikan handphone mahal la, kereta besar la. Jadi dari situ aku cakap jugak: 'Kalau tak nak sekolah, macam mana nak beli handphone mahal kat ibu?' Hehe... Dan dia akan jawab balik: 'Abang main-main je la.'

Sekarang dah okay. Kalau dua sampai kat kindy ada je sorang budak pompuan ni sambut dia. Haha... Tu hari masa nak ambik dan menunggu, nampak la dia dok main cubit-cubit pipi dengan budak perempuan ni. Azfar la... Macam-macam.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Alahai azfar..tak puas dengan jawapan ditanya lagi.budak baru sekolah macam azfar ni memang comel.

    Ohh dah ada awek kt sekolah.haha..

    ReplyDelete
  2. hahaha main cuit cuit pipi erk..
    ibu dh nmpak tu .
    jaga jaga ada yg memerhati azfar.. .)

    betul tu,

    ReplyDelete
  3. biasalah diapun nak uji kita mak pak dia ... pandai yerk...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign