Fresh from the owner...

05 February 2015

Ke Waqaf An-Nur.




Seawal 1.35 pagi ke tempat ini. Sebenarnya aku pun tak pasti pukul berapa. Cuma tahunya pukul 1 lebih. Lebihnya tu tak tahu. Azfar petang semalam balik daripada kindy cakap dia sejuk. Lepas tu menyelit sebelah aku dan tidur. Bila rasa badan, panas. Patut la tak aktif macam biasa. Senyap sikit sedangkan mulut dialah yang paling bising sekali.

Sepanjang petang, tidur je. Sesekali je dia bangun. Itu pun kaki tangan sejuk. Tapi badan panas. Memang kain basah kat badan je. Pesan jugak pada encik husben mintak belikan supp. In case jadik apa-apa. Instinct mak ni tak pernah silap. Biskut pun dia makan sekeping je. Air masak minum sikit je. Walaupun mandi or lap badan, panasnya macam biasa la hilang kejap je.

Sebelum terlelap, dia dah minum air. Badan pun dah sejuk sebab aku dah lap. Kain basah pun kat badan lagi. Tapi benda nak jadi, pukul 1 lebih tu la dia fit. Menyentak bagai. Aku bawak dia mandi. Dengan aku-aku sekali mandi. Dah mandi pun still dia lembik, mata ke atas. Encik husben pulak tak ada. Kerja. Tapi still aku mandikan dia untuk reducekan suhu.



Seawal pagi tu la dengan anak-anak, aku ke Waqaf An-Nur. Azfar antara sedar dengan tak je. Ada road block pulak pagi-pagi tu. Kena tahan jugak sebab bawak laju tapi bila dia orang tahu kenapa terus lepas. Sudah la dengan lesen lupa nak bawak. Nak cepat punya pasal. Lampu merah semua kena langgar. Huhu... Bila dia fit, nak kena pastikan dia tak tidur.

Dah sampai Waqaf An-Nur tu berhadapan pulak dengan doc yang boleh tahan jugak la poyonya. Membebel je. Masa tu Azfar dah sedar. Bila checked suhu Azfar tetap la 39°c sedangkan dia dah aku mandikan sebelum tu. Katanya, macam dia tak ada kerja lain la. Temperature anak dah high baru nak bawak hospital sedangkan dia tak tahu apa yang kita mak-mak ni dah buat.

Dia kata lagi ubat kena bagi makan. Sebab tak bagi makan la anak fit. Wah, cara cakap memang sombong je! Habis dia ingat kalau Allah kata nak kena jugak, bagi la sebotol ubat pun tetap kena la. Siapa kita nak cakap makan ubat takkan kena fit tu? Tapi malas nak bising-bising makanya senyum saja la. Patut la ada yang kata staff kat situ poyo.

Last week sorang kenalan bawak anak dia yang demam dengan cirit-birit seawal pagi jugak. Tapi staff kat situ siap sembang-sembang dulu. Dah lama sikit baru la layan dia orang. Sabar je la. Ayat doc tu: 'Dah jadi macam ni baru nak datang. Kesian kat budak. Daripada nak jadi PM dah tak boleh jadi. Dah kena sawan demam memang tak ada ubat lagi dah.' Habis dia ingat aku saja-saja biarkan Azfar fit ke?

Mampu senyum je walaupun dalam hati kalau tak sebab anak, tak ada aku nak hadap doc poyo macam ni. First time la berhadapan dengan doc macam ni. Redha je la... ヽ(`⌒´)ノ


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Takda Etika punya doktor..cakap main sedap mulut..bukannya nak redakan keadaan,nak tambah minyak dalam bara api pulak..dh la kita risau keadaan anak..

    So camna azfar sekrang?

    ReplyDelete
  2. ibu mana nk biarkan ank jadi mcm nikn...kita seboleh2nya cuba kawal keadaanbaru bwkke klinik...emmmm..sabar jelh....berdiam lebih baik dr brkata2.

    ReplyDelete
  3. Waqaf An-Nur tu klinik ka?

    ReplyDelete
  4. hish..mesti geram kalau berhadapan dengan ddoktor camni...harap Azfar cepat sembuh ya

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign