Fresh from the owner...

17 February 2015

Big sister Alya.




Hari ni Alya dah 7 tahun. Kejap je rasa. Dah besar kakak sorang ni. Kebetulan jugak hari ni sekolah kebangsaan adakan sukan sekolah. Tapi dia tak terlibat. Makanya k sekolah agama je la. Lepas tu tengok budak-budak lain bersukan kejap. Dia nak tengok.

Aku cakap dengan dia, aku aktif sukan pun masa darjah 3. Itu pun aku pergi cari cikgu kata nak masuk acara itu dan ini. Haha... Tengok orang joint sukan macam best. Tu yang offer diri sendiri tu... ≧∇≦ Zaman tu dapat hadiah berus gigi pun dah happy gila. Padahal berus gigi je pun.

Sebab ada sukan sekolah, persekolahan sesi petang ditangguhkan. Jadi boleh la cari kek dan potong sama-sama. Kalau tidak, masa bila nak potong kek kan? By the time dia balik sekolah, abah dah nak pergi kerja. Tengah hari dah tentunya nak sediakan dia ke sekolah. Memang masa tak ada la nak potong kek santai-santai macam biasa.

Alhamdulillah, dilapangkan hari ni untuk dia celebrate dengan family kecik ni macam biasa. Apa pun, Ibu Abah doakan Kak Long Alya jadi anak solehah dunia akhirat. Dipermudahkan urusan sentiasa hendaknya. Amiiiinnnn... ( ˘ ³˘)♥


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. happy birthday alya :)

    semoga menjadi anak yang solehah..

    salam perkenalan kak & jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  2. aaminnn..

    eh bagusnya akak ni kan rajin offer diri..kite dulu pemalas..selalu lari dari cikgu..!!haha

    ReplyDelete
  3. Eh...sama tarikh la dengan Danish saya, 17 Februari... ^_^

    ReplyDelete
  4. selamat hari ulang tahun buat kak alya

    ReplyDelete
  5. hepy besday kak comel..moga membesar menjadi ank yg cemerlang dunia akhirat.....amiin.

    ReplyDelete
  6. Happy belated bday kak Alya.

    *Dah la dpt berus gigi kan, pastu berus gigi pulak bukan berjenama pun. Tapi dah suka gile kan?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign