Fresh from the owner...

16 January 2015

Selesema sudah.


Bermula dengan Anis. Kemudian berjangkit dengan Azfar. Lepas tu Alya dan last sekali biasa la, Aus. Cuma Azfar la extra sikit. Ada batuk dengan demam. Cuma demam tu tak mudarat.

Dugaan awal tahun. Memang dah lama budak-budak ni tak sakit. Kalau ak dok up entri yang ni demam la, yang tu sakit la. Alhamdulillah lepas tu okay-okay je. Menerima dugaan dengan redha.

Selasa malam dah rasa badan Azfar ni dedar @ suam-suam kuku. Bangun pagi nak pergi sekolah okay je. Tapi disebabkan selesema dia heavy sikit berbanding the kakaks, tu sebab temperature dia naik.

Rabu malam bawak pergi klinik. Masuk supp sebab temperature a bit high. Azfar anak yang paling susah nak makan ubat. Aku pun tak tahu kenapa. Masuk sikit pin memang akan muntah la. Apatah lagi kalau paksa makan. Memang masuk semata-mata untuk keluar semula la.

Dia pernah kena warded sebab kes susah nak makan ubat. Ada kuman sikit dalam darah sebab dia demam. Tapi kalau dia makan ubat tak ada hal kot. Doc tu tanya, senang tak dia nak makan ubat? Bila jawab tak, terus doc suruh warded. 3 hari untuk masukkan antibiotik. Memang leceh la duduk hospital. Nasib baik kat kampung. Jadik boleh je tinggalkan budak dua beradik tu.

Alhamdulillah demam Azfar pun tak lama. Esoknya okay-okay je. Aus pun tak demam. Alhamdulillah. Cuma selesema dengan batuk je. Kakaks pun sama je. Kat sini memang panas sekarang. Tebakar kulit kalau keluar time tengahari tu. Huhu... Kena selalu pesan pada diri sendiri: 'Ya Allah, ni baru panas dunia. Dah tak tahan bagai. Kalau kata sana, mana nak lari?'

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Masukkan antibiotik masa warded tu kena drip la kan? sian kan kalo tgk baby atau budak kena drip. diri sendiri pun rasa ngeri.

    ReplyDelete
  2. Tu yg tak best bila sorg kena anak2 lain semua berjangkit. Semoga semua cepat sembuh

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign