Fresh from the owner...

12 January 2015

Kesuntukkan masa.




Nak update blog. Tapi masa limited sikit. Kadang-kadang pegang handphone tapi tak buat apa pun. Sempat tengok-tengok kejap je. Bukan boleh nak pegang lama-lama pun.

Kalau sebelum ni pukul 6 pagi baru bangun siap-siap, sekarang pukul 6 tu kena pastikan anak-anak bangun dan bersiap. Haha... Poning kejap mak ni.

Alhamdulillah la anak-anak solehah dengan soleh ni senang jugak bangun pagi. Ada drama tu biasa. Tapi benda tu terkawal. Menu sarapan kena fikir in advance. Siap dengan lunch lagi nak masak apa.

Kalau sebelum ni pagi tu la baru fikir. Sebab tak kejar masa sangat. Tunggu nak dapat rentak je pun. Lepas tu, insyaAllah... okay kot.

Buat masa ni semua mak yang hantar pegi school. Nak bagi naik van macam tak sampai hati la pulak. Kalau Anis tu pukul 6.30 pagi van akan datang ambik. Kesian pulak pepagi keluar rumah mengalahkan orang pergi kerja.

Alya pulak dok terkejar-kejar nak ke sekolah agama dengan kebangsaan. Pukul 7 petang baru sampai rumah. Isk3... Belum sampai hati lagi la nak biarkan naik dengan van.

Ada je parents yang bagi naik van walaupun mak tak kerja. Nak bagi berdikari. Okay je. Tapi masalah datang pada van la pulak. Lupa ambik la. Tak datang ambik tak bagitau pulak. Ada yang kena tinggal sebab lambat la.

Macam-macam hal. Sabar je la. Tunggu besar sikit kot baru bagi naik van. Tak ada la bergantung sangat dengan parents. Tengoklah nanti macam mana. Hehe...

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign