Fresh from the owner...

02 January 2015

Jumaat pertama 2015.




Another year older. Busy sikit dua tiga hari lepas dok uruskan registration including pembelian buku sekolah termasuk ambik buku teks anak-anak. Penat berdiri sampai sakit-sakit pinggang plus belakang. Tambahan pulak kureng sihat sikit. Makanya, bila letih terlebih ni apa pun tak boleh. Haha...

Whatsapp husben semalam. Time baca pun pukul 4 pagi sebab Aus bangun nak susu. Tak terperasan pulak perkataan 'belated' tu. Dah dua tahun dok wished 'happy belated'. Tahun lepas dah dapat jawapan tapi lupa. Almaklum la... dah setahun berlalu. ^o^

Jadi tahun ni tanya lagi sekali. Tahun lepas wished thru sms je. Aku ada whatsapp tapi husben tak ada. Dia malas nak ada whatsapp time tu nak buat macam mana. Jadi tahun ni dapat la jawapan sekali lagi. Hehe... Memang aku lahir bulan 12 tahun sebelumnya. Tapi exact date tak tahu sebab ayah aku tak recordkan.

Macam husben MIL recorded original birthdate dia letak belakang birth certificate. Walaupun birth certificate tulis lain, masing-masing tau tu bukan original date. Dalam setahun boleh wish dua kali. Best tu. Zaman-zaman dulu kan boleh je lambat-lambatkan date. Tambahan kalau bersalin kat rumah cuma ada bidan je. 

Sekarang ni kat hospital. Memang exact date dengan year, location bagai la. Kalau pukul 11.59 pm, 31hb 12... itu la yang akan masuk dalan birth certificate. Tak adanya tukar-tukar macam zaman dolu-dolu.

Itu la persamaan kami suami isteri yang ketara sangat. Tarikh lahir dalam birth certificate dengan original memang tak sama. Tapi yang pasti, kami sama-sama lahir bulan 12 diinjakkan ke bulan 1 tahun berikutnya. Bukan senang nak carik. Perancangan Allah tu dah cantik sangat. Jumpa yang sepesen. Haha... Alhamdulillah.

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun ni dan diberi kekuatan dan kesabaran dalam apa jua yang aku lakukan. InsyaAllah. Berkat penghulu segala hari ni dan dengan izin Allah juga adanya... Amiiiinnnn.... (*゚▽゚)ノ


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. salam tahun baru dr aida...
    kita semua da tambah tua setahun :)

    ReplyDelete
  2. wow unik tu...apapun selamat ulg thn kelahiran both of you.....moga thn ini menjanjikan yg trindah.

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru Sal...semoga tahun ni kita lebih bersemangat mencapai semua impian kita ^_^

    ReplyDelete
  4. saya dulu malas nak ada whatsapp..tapi sebab suami kata ada kan la..lagi pun bukan dok umah pakai data mobile..penat je dia pasang wifi,jadi baik ada..kan..hehehe..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign