Fresh from the owner...

11 January 2015

Happy schooling.




Kat sini dah mula sekolah. Jadual penghantaran pun dah tak sama macam dulu. Adoiii la... Tapi perancangan Allah tu cantik sangat. Memang sangat sibuk tapi tengok dia orang pun seronok jugak.

Mula-mula hantar Anis ke pra. Before 7 am kena ada kat sekolah. Okay. Lepas tu hantar Alya ke sekolah agam dan kena sampai before 7.10 am sebab ada assembly dulu. Last sekali rutin pagi hantar Azfar. Dia masuk 7.45 am.

Around 8.30 am kena ambik Alya. Habis sekolah agama pukul 8.45 am. Terus hantar ngaji. Setel je balik rumah. Siap-siap masak untuk tengaharu dan siapkan bekal Alya jugak. Ambik Anis pukul 11.15 am, hantar ngaji. Dah siap ambik Azfar pulak. Balik rumah, siapkan Alya untuk je sekolah petang. Setel.

Petang-petang sikit kalau tak abah dia ambik, aku la yang ambik Alya balik sekolah. Day 1 ni kami sama-sama hantar dan ambik. Hoho... Pack tak jadual untuk sepanjang tahun ni? Reda je la... ╥﹏╥

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign