Fresh from the owner...

29 January 2015

Azfar dan Husna.



Haha... Husna tu bukan nama awek ek! Tapi nama tadika tempat Azfar belajar sekarang. Tadika Nur Husna. Minggu ni minggu kedua dia sekolah. Alhamdulillah... okay la. Main reason hantar dia seawal 4 tahun ni sebab nak biasakan dia dengan environment sekolah je. Bukan sebab nak dia belajar gila-gila. Azfar manja sikit. Jadi kena train la jangan dok nak berkepit dengan mak je. Hehe...

Lagipun Alya dengan Anis pun masuk sekolah masa umur 4 tahun. First week sekolah memang nangis la. Mungkin sebab dia sorang je kat situ. Macam Anis, dia ada Alya masa mula-mula masuk tadika. Kat rumah okay je. Tapi sampai sekolah mula la nak berdrama bagai. Mak macam biasa. Hati kering. Jadi time nangis tu tinggalkan je. Ikut tak sampai hati tu memang la. Tapi tak boleh jugak ikutkan sangat.

Masuk minggu kedua dah okay. Tak ada nangis-nangis lagi. Hari-hari ada je homework. Bab mewarna memang 'cantik' la. Kalau oren, semua oren. Kalau tak cakap memang oren semua la. Haha... Kelakar la pulak. Bab makan memang senang. Alhamdulillah. Kalau roti, roti je la dia makan. Biasa pun dia request nak roti je dengan cloud 9.

Dia dah makin okay kat tadika. Cumanya hari-hari tanya kenapa kena pergi sekolah. Jenuh mak nak jawab. Timing bangun pagi-pagi pun alhamdulillah... tak ada masalah jugak. Kalau pukul 6 kejut bangun, 15 minit lepas tu baru mandi. Itu belum masuk drama berbalah dengan the kakaks. Adehhh...

Tapi at the end of the day, dia okay-okay je. Balik kindy, main kejap lepas tu tidur. Mak pun rehat sama. Tambahan pulak sekarang ni lagi tak berapa nak sihat. Aus pun tengah nak recover daripada flu. Tak nak tidur buai lagi. Layan je la... (๑ơ ₃ ơ)♥

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Budak comey yg semakin bagus ke kindder... ;)

    ReplyDelete
  2. Ehh azfar dah sekolah.rasa macam baru he baca mada dia baby..kejap Sgt mass berlalu Sekarang kan..oklah dah boleh adapt dengan husna.hehe..

    ReplyDelete
  3. Haa? Mak tak berapa nak sihat tu adakah bermakna Aus akan menjadi abang? Part yg bertanya tiap2 hari kenapa dia gi skolah tu Kak Sal jawab apa ye?

    ReplyDelete
  4. sempat lagi berbalah dengan kakaknya..heheh

    ReplyDelete
  5. semoga Azfar baik-baik saja..
    lagi lama lagi dia suka school kot kan..
    ramai kawan =)

    ReplyDelete
  6. comelnya dia paaki unifom sekolah :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign