✿ Rumah SalYa ✿: 2015

Fresh from the owner...

30 December 2015

Hampir ke penghujung tahun.

Dah sampai ke penghujung tahun. Blog pun dah lama tak update. Banyak pekerjaan nak kena buat walaupun housewife je. Tambahan pulak cuti sekolah. Lagi la terlebih kerja. Haha..

Harapnya tahun baru mendatang ni menjadikan kita lebih baik daripada tahun sebelumnya. Dan semoga keadaan ekonomi kita tidak membuatkan kita terus-terusan sakit kepala.

Jom simpan emas untuk masa hadapan. Nilai wang akan susut tapi emas akan tetap jadi emas dan berharga selamanya... (^_-)

posted from Bloggeroid

24 November 2015

Dua pasang kembar saya.



ni kembar sulung saya. hehe... bukan kembar pun sebenarnya. tapi kalau dah selang setahun, memang nampak la macam kembar. sama je besarnya. dan tinggi pun lebih kurang je. yang membezakan aku rasa berat je. perangai pun totally different jugak. memang tak sama. 

kalau time kamceng tu memang kamceng sangat. tapi kalau datang angin tak sebulu, memang baik punya gaduh. anak-anak masa kecik macam ni la. kalau ke mana-mana mesti orang tanya. kembar ke? tambahan kalau pakai baju yang hampir sama warna or sama paten dan warna. tudung sama pun macam tu jugak. memang orang tanya la macam-macam mana pun.

kalau tak sama pakaian pun orang tanya jugak. aku dengan my imam biasanya senyum je bila ditanya. sebab budak berdua ni akan jawab sendiri bagi pihak dia orang. kecuali la time orang tanya dia orang tak ada berdekatan. bila orang kata 'sama', aku akan tengok dia orang ni sekali lagi. memang tak sama la. kat mana yang samanya? size badan? huhu...



ni  lagi sepasang kembar aku yang comel. haha... yang ni tunggu masa je sebelum orang tanya soalan yang sama macam Alya dengan Anis. buat masa sekarang ni Afiq kecik lagi. tunggu la umurnya setahun nanti. lepas tu sama la soalannya. dan nanti time dia orang pulak akan jawab soalan tu sendiri.

cuma baru-baru ni ada orang tanya, kembar ke Aus dengan Afiq ni. dia nampak daripada dalam kereta. tapi yang aku bawak keluar cuma Aus je. itu pun sebab dia nak ikut ambil Kak Ngahnya balik daripada sekolah. bila ditanya aku jawab la tak.

sebabnya Afiq kecik lagi. belum setahun pun sedangkan Aus dah dua tahun dah pun. dah boleh cakap. dah boleh jalan. makanya dia cakap la daripada luar nampak macam sama besar je. itu sebab dia ingatkan kembar. hehe... sama besar ke? tak ada la sama pun. Afiq kecik sikit sebab masih baby lagi. Aus dah hampir penuh giginya... ^_^

apa-apa pun, ada anak-anak yang berbeza setahun je ni memang untung. walaupun bukan kembar, orang tetap la ingat kembar. hikhikhik... untung la tu kan?! rezeki daripada Allah tu. alhamdulillah...Azfar je la berbeza sikit. beza dia dengan Anis dua tahun dan dnegan Aus pun dua tahun. sebab tu dia pelik sikit. hehe...

semoga membesar dengan baik dan jadik anak-anak yang solehah dan soleh hendaknya. cemerlang dunia dan akhirat dalam apa juga bidang yang jadi pilihan. ibu abah cuma boleh doakan je.

we love you kiddos to the moon and back. for the rest of our lives... muaahhh...


Mood ke laut dalam.


kemas kini blog kejap. ambik mood balik. kah3... mood ni kejap ada kejap tak ada. selalunya tak ada la. nak buat macam mana. tadi tengok list masa starting berblog dulu. ramai dah yang tak aktif berblog sekarang. ada yang dan dua tiga tahun tinggalkan blog tanpa update. makanya terpaksa la hamba delete. ada yang dah privacykan blog masing-masing.

aku pun sama je. mood dah banyak ke laut dalam sekarang walaupun cerita tu ada je. bukan senang nak ambik mood tu semula. makan masa. kalau terajin ada la seentri dalam seminggu. itupun mujur jugak la kalau seminggu. kalau sebulan? haha... sabar je la.

aku sayang blog aku ni. ada banyak benda dalam ni. kenal kawan-kawan pun kat sini. kena tarik nafas panjang-panjang. doa-doa la semoga mood tu kembali bertandang... ^_^



06 November 2015

Masuk airlah pulak.


Aku guna handphone biasa-biasa je lepas sony cracked kena gigit dengan Aus. Beli yang second je. Aus memang mat gajet. Haha... Tapi bukan selalu la. Aku ada install preschool punya games. Cepat jugak dia tangkap macam mana nak main game tu.

Tapi atas sebab-sebab keselamatan, aku uninstall semula. Sebelum ni aku guna samsung ace je. Kecik je. Cukup la untuk whatsapp je. Entah berapa puluh ratus kali terhempas, tercampak pun aku tak tau la. Tapi alhamdulillah. Masih sihat. Cumanya nak berblog thru handphone tu tak boleh la.

Kemudian tukar yang skrin besar sikit. Tidaklah sebesar sony tapi boleh la. Untuk menyedapkan mata dan berblog. Memorynya pun boleh la. Leagoo lead 5. Orang tu kata jangan bagi masuk air sudah. Nanti jammed terus.



Handphone ni pun sama. Dah berpuluh kali jatuh. Yang aku secara tak sengaja jatuhkan pun ada, anak-anak jatuhkan pun ada. Alhamdulillah, tahan lasak. Tapi jangan harap secanggih handphone lain la.

Dan jugak dah dua kali masuk air. Dua-dua Aus yang buat. Adoiii la... Siap duduk bawah mentari tengahari sebab air penuh kat skrin. Memang ingat dah 'selamat' dah handphone ni. Tapi survived.

Dan yang terbaru, dua hari lepas. Masuk air jugak. Kali ni effect kat lens. Mula-mula tak perasan tapi bila tengok macam 'weng' je handphone ni mesti ada air. Bukak memang ada kesan basah tapi tak dapat detect kat mana.

Bila macam dah ok sikit skrinnya, try nak ambik pic baru perasan ada air. Hoho... Seharian jugak la can't connect to camera. Sabar je la. Tapi puas hati la sebab lasak. Walaupun orang kata jangan kena air, alhamdulillah... dua kali kena air pun survived lagi.

Bukan semua handphone brand-brand biasa ni tahan lasak. Tapi ada je yg memang lasak dan terbaik. Tak kisah la. Asal boleh guna sudah... ~(^◇^)/


posted from Bloggeroid

04 November 2015

Tamira oh Tamira.



TAMIRA JAMU AIR KUNYIT : -

1. Tamira tak panas

2. Tamira boleh diamalkan oleh ibu mengandung

3. Tamira tak keringkan darah

4.Tamira tak cepatkan menopause

5. Tamira boleh diamalkan walaupun ada darah tinggi dan kencing manis (boleh consume dengan ubat-ubatan sebab tamira bukan ubat)

6. Tamira boleh je diamalkan oleh anda yang makan vit c

7. Tamira milk booster

8. Tamira energy booster

9. Tamira elokkan perjalanan darah sekaligus elokkan aturan period

10. Yg paling utama.. Tamira tiada BAHAN PENGAWET


Jom kita bertamira. Sedap deh!!! Sekali cuba pasti nak lagi. RM35 termasuk pos. Produk terlajak laris ni. Jangan tunggu lama-lama. Moh kita jaga diri mulai sekarang... Whatsapp/telegram: 0172561005


29 October 2015

Kelebihan Si Air Kunyit Tamira.


1001 kebaikan,antaranya :-

💠 mencegah dan merawat kanser dan tumor

💠 mencantikkan dan mencerahkan kulit

💠 menaikkan aura seri

💠 melangsingkan badan/kempiskan perut

💠 cantikkan kuku, rambut dan bibir

💠 cantikkan tumit yang merekah

💠 sempitkan dan mantapkan miss v

💠 naikkan nafsu syahwat dan mengembalikan kehangatan, keintiman yang maksima

💠 bantu proses kesuburan

💠 menguatkan pegangan rahim

💠 banyakkan susu badan

💠buang angin-angin dalam badan

💠 bantu rawat dan cunkan balik peranakan/tombong

💠 bantu rawat buasir/sembelit

💠 bantu naikkan selera makan anak-anak

💠 menstabilkan hormon/haid tak teratur

💠 mengencangkan payudara dan memantapkan punggung supaya tak gelebeh

💠 cegah angin pasang/hernia

💠 rawat keputihan

💠 rawat badan berbau/ketiak berbau

💠 rawat miss v yang busuk

💠 rawat kurap/kayap/kudis buta/bisul

💠 rawat gatal-gatal

💠 bantu rawat kencing manis/darah tinggi/jantung/kolestrol/strok/darah rendah/darah putih lebih/talesemia

💠 bantu rawat ekzema

💠 bantu rawat selesema/batuk/lelah/asma

💠 bantu rawat gastrik

💠 bantu rawat ependiks

💠 bantu rawat kembung baby atau kanak-kanak

💠 bantu rawat demam denggi/demam panas/demam hat seram sejuk

💠 bantu rawat batu dalam hempedu

💠 bantu rawat dan cegah gaot

💠 bantu rawat batu karang

💠 bantu rawat resdung

💠 bantu rawat sakit kepala/migrain

💠 bantu rawat usus buntu/prostat

💠 bantu rawat tiroid/fibroid

💠 bantu rawat ulser mulut/sariawan

💠 melambatkan proses monopos

💠 bantu rawat 'cyst'

💠 bantu rawat sakit tumit/lutut/pinggang/belakang

💠 bantu rawat sakit hati

💠 bantu atasi masalah mood swing/moody

💠 bantu atasi lesu/letih

💠 bantu cantikkan darah hb

💠 bantu atasi masalah 'morning sickness' tika hamil

💠 bantu merawat dan mencegah jaundis

💠 bantu mencomelkan dan mencantikkan kulit bayi supaya takde selaput masa lahir serta bantu tumbesaran bayi dalam kandungan

💠 bantu elak kaki bengkak semasa hamil

💠 bantu menguatkan imun badan kanak-kanak dan dewasa serta warga tua

💠 bantu elak cacing kanak-kanak

💠 bantu lancarkan peredaran darah

💠 bantu rawat bisa tebuan/lipan/cali

DAN SEBAGAINYA

✅ boleh diamal oleh kanak-kanak, remaja, anak dara, teruna, lelaki, perempuan, tua, mahupun muda

✅ boleh diamal oleh ibu hamil dan menyusu bayi.

Digelar JAMU AJAIB.
Digelar RAJA JAMU.
Digelar JAMU TRENDING.

Seisi keluarga kamu perlukan TAMIRA!!! Jom cuba sebotol. Dengan izin Allah juga semuanya

💡 0172561005 💡


posted from Bloggeroid


28 October 2015

~ WW #123 ~ Happy 8-month Afiq.




Cepat sangat besarnya. Banyak jugak akalnya. Belum boleh merangkak 100% tapi dah pandai mendaki anak tangga. Hoho... 

Tak berapa suka tidur dalam buai dan tak duduk dalam baby walker jugak. Semoga membesar jadi anak yang soleh ye Imam Muda Muhammad Imran Afiq..  ( ˘ ³˘)♥



27 October 2015

Afiq discaj dan Jamu Air Kunyit.



Minggu lepas appointment terakhir Afiq dengan Klinik Pakar Kanak-kanak HSA. Lepas ni dah tak ada 'lawatan tapak' ke hospital lagi. Alhamdulillah.

Sudahlah parking susah nak dapat. Kalau lambat memang kena tawaf la baru ada parking. Tapi tu bukan kerja aku. Haha... 

Sampai kat parking biasanya aku berjalan je ke bangunan klinik tu dengan Afiq. Kecuali kalau sampai pukul 7 lebih memang satu family la masuk ke dalam. 

Cuti la semua daripada sekolah. Siapa nak ambik dia orang balik sekolah kalau aku hantar pun. Sebab kalau dah ber'appointment' ni biasanya ambik masa lama.


Itupun menunggu nak jumpa doktor dekat sejam lebih jugak baru nombor kita. Memang berjanggut kat klinik tu. Phewww...!!! Macam-macam ragam budak ada. Macam-macam sakit boleh tengok.

Since Afiq punya ujian semua normal, berat, panjang dan ukur lilit kepala okay ditambah dengan perkembangan dia yang semakin aktif tu, makanya doc kata: "Kita bagi discaj la dekat Afiq. Semuanya okay je. Mak pun dah tak sabar-sabar nak balik. Kalau ada apa-apa datang refer kat sini.' Hik3... ^o^ 

Memang penat menunggu. Letih. Sebelum turn jumpa doc, memang jimpa la parents lain bawak baby. Bila tegur-tegur dan tanya, sama kes macam Afiq. Baby nak dekat sebulan tapi jaundis still ada. Kena repeat blood test dengan urine. Kalau urine tak sangkut tu alhamdulillah.

So pregnant mommies boleh try Tamira Jamu Air Kunyit ni. Salah satu manfaat dia boleh tolong reducekan baby kena kuning selain daripada cantikkan kulit baby. 

Nak minum time dalam pantang pun boleh. Memang bagus sangat-sangat la. Selain melancarkan peredaran darah, tolong tambahkan susu jugak. Mana tahu serasi badan dengan Jamu Air Kunyit ni.

Berminat boleh whatsapp tau. Nak yau lebih lanjut pun okay je... 0172561005. Nak tau pasal menyimpan emas dengan powergold pun boleh. Ramai dah artis termasuk imam muda yang dah tahu betapa pentingnya simpanan emas.

 Jom pakat2 menyimpan emas walaupun hanya 0.5g sebulan yang mana harganya memang sangat mampu milik.


Tamira Si Jamu Air Kunyit.




Ni entri nak perkenalkan si Tamira yang super-duper best. Air kunyit yang super sedap.

Dengar je kunyit dah takut-takut nak minum. InsyaAllah, dijamin sedap. Produk kesihatan secara alami. Kalau dah try produk lain tak berkesan, mana tahu sesuai dengan si Tamira ni.

Moh kita bercerita sikit tentang Tamira si Jamu Air Kunyit ni. Berkenal-kenalan dulu. Dah tahu baru boleh cuba kan?! (∩_∩)

APA ITU TAMIRA

TAMIRA adalah JAMU AIR KUNYIT buatan nenek Kak Mira yang sangat AJAIB dan SEMULAJADI !

Direneh dalam periuk nenek selama 4 jam. Direneh dgn penuh iman dan kasih sayang serta teliti.

TAMIRA bukan resipi google atau resipi tangkap muat.

TAMIRA direneh mengikut resipi asli nenek dari Jawa Tengah.

TAMIRA direneh dan diimbangi dengan 7 bahan semulajadi yang sangat hebat dan berkualiti serta diimport dari Jawa Tengah dan Medan iaitu :-

💮 kunyit hidup

💮 pokok sarang semut (yang mana ada disebut dalam Al-Quran, sangat mujarab untuk mencegah dan merawat kanser)

💮 gula batu (sangat-sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis)

💮 daun beluntas

💮 madu ratu

💮 temulawak putih

💮 asam jawa

Jadi... dengan seimbangnya 7 bahan-bahan ini, maka TAMIRA JAMU AIR KUNYIT TIDAK MENGERINGKAN DARAH dan MEMPERCEPATKAN MONOPOS seperti mitos yang biasa uolls dengat tu.

77 KETURUNAN NENEK AMAL TAMIRA DARI BABY LAGI AIH!!! ALHAMDULILLAH, TAKDAK LAGI YANG KERING DARAH ATAU MONOPOS UMUR 40.

MAK FOUNDER SENDIRI, ALHAMDULILLAH KANSER PAYUDARA TAHAP 3, TANPA KEMO, TANPA OPERATE... SEMBUH!!! BENJOLAN PUN DAH TAKDAK. SEL KANSER TU MASIH ADA. TAPI TAK AKTIF DAH.

ALHAMDULILLAH. IKHTIAR DENGAN TAMIRA. AMAL TAMIRA HARI-HARI.

TAPI... AWAS!!! HANYA TAMIRA YANG TAK KERINGKAN DARAH. JAMU-JAMU KUNYIT CAP LAIN KAMI TAK TAU. JANGAN TANYA KAMI CAP LAIN. HEHE..

* rasa TAMIRA tersangat sedap sampai ramai yang ketagih. Kunyit-kunyit nipis. Masam-masam manis. Gas-gas nipis... *

* sangat-sangat sedap sampai kanak-kanak pun suka *


p/s: nanti kita cerita tentang khasiatnya pulak ye. Ibu hamil dengan menyusu pun boleh minum tau. banyak sangat kelebihannya.

Berminat nak tau boleh whatsapp: 0172561005


    
posted from Bloggeroid


26 October 2015

Setelah terperap.


Dah lama sangat tak update blog. Rindu tapi malas nak menaip. Haha... Macam mana tu? Ada macam-macam cerita. Nanti kita mulakan satu-satu ye.

Ada juga cerita pasal emas dan produk terbaru yang lain. Nanti iolls kongsi. Benda baik keja la kongsi. Kan? Kebaikannya kita sama-sama dapat. Berminat atau tak itu terpulang pada diri masing-masing.

Nak menaip entri tentang Tamira. Eh, ada ahli keluarga baru nama Tamira ke? Adalah... Nanti kita-kita story ye. Hehe... (^_−)☆



13 September 2015

Kenapa Powergold jadi pilihan?!



Simpanan emas untuk masa depan.


Bop Shah Alam. 
12/9/15


Percaya atau tidak, kekuatan PowerGold terletak pada 1gram! Tiada lagi syarikat emas yang mampu untuk keluarkan produk 1gram dgn harga yg sangat rendah. Kenapa? Kerana kos pembuatan 1gram sangat tinggi!! Tapi powergold mampu!! 

Tak percaya? Surveylah sendiri di luar. Paling rendah yg ada 2 gram. Itu pun mahal beserta dengan kos upah. 

1. Peniaga-peniaga emas cina semakin cemburu dengan kita (melayu). Kenapa? Kerana makin hari makin bertambah pembeli mereka yang celik emas.

Nampak tak, yang selalu beri sales kepada mereka adalah melayu! Kaum melayu ok! 

2. Public Gold semakin goyang dengan power gold. Sales public gold semakin hari semakin menurun. Kenapa? Kerana orang "kita"  juga dah bijak memilih mana yang terbaik untu mereka. 

Nampak tak? Sales mereka kebanyakannya datang dari buyer melayu juga! Bila kita  sudah mula celik emas, kita sendiri akan pilih untuk support peniaga bumiputra! 

3. Dulu, sebelum wujud power gold, public gold tiada dinar 999.9. Mereka hanya keluarkan dinar 917 sahaja. Kini pesaing mereka power gold keluarkan produk dinar 999.9, mereka mula meniru powergold sedikit demi sedikit.

4. Kita teruskan bersaing, jangan anggap melayu ni lemah. Kita perlu bangun untuk menaik kan taraf ekonomi melayu sendiri dengan berniaga emas! Hanya dengan emas kita boleh bersaing dengan semua kaum especially cina.

5. Sentiasalah support company bumiputra. Emas bukan sebarang perniagaan, dengan modal yang sangat minima kita mampu menjadi tokey emas! This is real business!  Bukan tipu-tipu punya! Beli emas dapat emas di tangan. 

6. PowerGold bukan skim pelaburan emas! Powergold sediakan platform untuk ahli-ahlinya menjana income dengan modal yang paling rendah dipasaran! Anda usaha anda dapat! 

7. Dalan jangkamasa 3 tahun, dulu dari sales 500g sebulan, kini sales powergold telah mencecah jutaan ringgit sebulan. 1 hari 1 juta sales! 30 hari?? Agak-agak sehari berapa kilo emas terjual?? 


Anda buat Anda Dapat! 
Anda terlajak hebat!!

Tak nak buat simpan je emas tu untuk kegunaan masa depan.

Anda tetap untung dengan menyimpan emas.


06 September 2015

Anis turns 6.



A strong girl indeed. 6 tahun dulu pernah cakap dengan dia: 'Ibu tahu adik kuat. Cepat sembuh ye. Tapi kalau dah tak kuat, ibu redakan adik pergi.' Sangat sedih masa tu.

Tapi alhamdulillah... Allah masih pinjamkan anak solehah Nur Anis Insyirah ni untuk kami.

Semoga cemerlang dunia akhirat sayang Anis... (。’▽’。)♡

30 August 2015

Aus turns 2.



Banyak benda nak cerita tapi ada kekangan masa. Nak blogwalking pun tak sempat lagi.

Tapi sebab hari ni hari istimewa, taip jugak entri untuk kesekian kalinya sebab entri yang pakai apps hilang entah ke mana. Huhu...

Hari ni birthday Aus. Dah besar dah budak kecik ni. Panjang akalnya. Boleh tahan nakalnya. Budak tengah membesar. Paling tak boleh blah bila jiran-jiran dia panggil nama je. Macam kawan-kawan dia pulak. Sabar je la.

Muhammad Aus Irsyad, harapnya jadik anak yang soleh, cemerlang dunia akhirat. Doa kami sentiasa mengiringi kamu duhai anak... (。’▽’。)♡


24 August 2015

Catuan air dan aktiviti sepanjang minggu.



Seluruh Pasir Gmudang dah kena catu airnya. Empangan Layang-layang air dah susut. Start catuan 16/8/2015. Tapi untuk kawasan sub zon 3 start 17/8.

Ada banyak zon dan ada banyak sub zon jugak. Sehari ada air dan 2 hari tak ada air. Catuan ni sampai 16/9. Sebulan. Tapi tak tahu la kalau dia extend lagi. Semuanya bergantung pada air kat empangan juga.

Alhamdulillah, tak ada gangguan sangat la walaupun tak ada air yang banyak macam biasa. Bagusnya catuan air ni kita belajar berjimat. Belajar menghargai. Kalau tak, guna ait macam apa entah.

Cuma bila tiba bab-bab nak memasak dan basuh pinggan mangkuk tu la mac leceh sikit sebab air yang mengalir direct ke sinki dapur pun putus. Leceh nak angkut pinggan mangkuk, sayur bagai ke bilik air.

Ada je rumah yang tukar paip masa renovate terus ke tangki. Jadi time tak ada air pun tak ada masalah sebab sinki dapur pun guna air tangki. Memasak pun ala kadar je. Banyak periuk belanga, pinggan mangkuk nak basuh. Time ada air baru aman nak basuh semua. Lega.

Altiviti sepanjang minggu pun biasa je. Tak ada perubahan apa-apa. Tak terjejas la. Cuma sabtu petang, anak dara berdua tu dah ada aktiviti baru. Jadinya tinggal la si adik-adik bertiga kat rumah.

Sampaikan Azfar pun berbunyi baru-baru ni: 'Habis tu abang nak main dengan siapa?' Bukan main sangat pun. Gaduh je lebih. Pening kepala mak... (~_^)

Aktiviti mak sentiasa la penuh dengan budak 5 beradik. Busy la sentiasa. Haha...


posted from Bloggeroid

12 August 2015

~ WW #122 ~ Teacher for a lifetime.






Walaupun dah tak jadi cikgu Alya dengan Anis since last year, hubungan tu tak pernah putus. Sempat juga la beraya kat rumah Teacher Safia ni. Kalau dah pernah jadi cikgu, selamanya akan jadi cikgu... (♥ω♥*)


31 July 2015

Jika Syawal terakhir.

Maafkan la salah dan silap. Tertutur yang tidak biasa, terkata kasar bahasa, terumpat tanpa sengaja... Andai ada hutang piutang yang tidak sempat terlunas mohon dicari ahli keluarga. Segala-galanya boleh berlaku sekelip mata.

Ajal maut sudah ditentukan. Bagaimana kesudahan kita belum dapat dipastikan. Bertuah bagi mereka yang dijemput pulang dalam redha dan rahmat Allah. Harapnya, kita juga bergitu. Berkesudahan yang baik-baik saja.

Dunia kita pun dah 'sakit' sangat. Entah lama mana kita bakal menghuninya, kita pun tak pasti. Putaran masa cepat je sekarang. Baru je duduk, dah nak tengahari rupanya. Allahu...

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMU ini, hamba yang beriman. Bukan tergolong dalam golongan yang kufur. Amin ya rabbal alamin...

posted from Bloggeroid

29 July 2015

~ WW #121 ~ Kuih raya pertama.






Baru buat dua hari lepas. Dan yang tinggal sekarang hanyalah balang-balang kosong je. Huhu... Tahun lepas 6 jenis mampu buat. Tahun ni tak cukup tangan. Buat pun untuk makan anak-anak je... ^o^


25 July 2015

UTI dan Afiq - Part 2.


Okay... kita sambung la cerita pasal si Afiq. Ini bukan pengakhiran sebab dia still ada appointment dengan HSA.

Doc kata, 4 kali repeat urine dalam kencingnya tu ada kuman yang sama. Persistence. Boleh jadi kuman lain-lain kot sebab tiap kali doc ni tengok rekod dia, intonasi suara tu macam pelik kuman tu kekal dalam urine.

Dan UTI ni kalau tak buat treatment boleh rosakkan buah pinggang dia. Jadi kena masuk wad untuk masuk antibiotik ikut salur darah. Tak boleh bagi antibiotik makan lagi dah. 


Doc yang suruh masuk wad kata dalam 3 ke 5 hari je masuk antibiotik tu. Tapi bila dah masuk wad, doc lain bagitau antibiotik kena masuk at least for 5 days okay. Kalau still ada, kena completekan 7 days punya treatment.

Day 5 baru repeat urine untuk tahu kuman tu still ada ke tak. Maknanya tetap la kena completekan 7 days punya treatment. Huhu...


24 July 2015

UTI dan Afiq - Part 1.


Sebelum detect ada UTI (kencing kotor), jaundice Afiq masa dalam hari selalu turun naik. Duduk bawah lampu dua tiga kaki jugak. Hari yang berbeza-beza. Turun pun tak banyak mana. Cukup 3 minggu jaundice dia still tak sampai bawah 10 walaupun turun 11. Tapi doc nak bawah 10.
Dan disebabkan dia 35 weeks je lahirnya, doc takut dia ada kencing kotor. Doc kata kadang-kadang kencing kotor pun boleh sebabkan jaundice jadik lama. Even baby yang lahir normal pun ada yang ambik masa sebulan jugak baru jaundice hilang. Tak semestinya premature babies je.
Makanya dapat surat refer ke HSA untuk check urine dengan darah sekali. Kebetulan Afiq memang kena ke hospital pun untuk hearing test. Rasanya ni untuk babies yang lahir premature dengan ada masalah lain kot. 
Alhamdulillah, tak ada masalah hearing. Dah setel kat situ kena ambik air kencing dengan darah untuk tengok jaundice ada lagi ke tak, kencing ada kuman ke.
Tapi result dapat after 2 weeks. Maknanya, lagi dua minggu kena datang semula. Memang sebulan tu dua kali wajib pergi hospital. Penat sikit tak apalah asal si kecik ni sihat. Even sebelum balik raya pun kena mengadap doc jugak. Adeh...
Afiq kena buat urine test 4 kali. Bukan sekali tau. First time buat tu dah tau ada kencing kotor. Jaundice clear tapi kencingnya tak. Dapat antibiotik untuk clearkan kuman. 
Lepas makan untuk seminggu kena datang buat test lagi untuk tengok kuman mati ke tak. Resultnya kuman tak mati tapi doc tak puas hati repeat lagi urine. Result pending. Repeat sekali lagi. 
Bab repeat la paling leceh sekali. Adoiii la... Nanti kita sambung lagi ye. Ada keje sikit nak buat... (⌒o⌒)

Mati itu pasti.



Mati itu sangat pasti. Cuma bagaimana kesudahan kematian kita, itu yang kita tak pasti. Sepanjang Ramadhan dan Syawal ni banyak sangat kematian. Beruntung la mereka yang meninggalkan dunia dalam bulan Ramadhan.

Sedih itu pun pasti buat mereka yang masih hidup. Sememangnya kehilangan itu dirasai. Kakak aku yang kehilangan suami dua tahun lepas pun masih terasa kesannya sehingga kini. Masih juga mengalirkan airmata bila rindu bertamu. Rindu yang tak pernah kenal erti jemu.

Seorang sahabat baru saja kehilangan suami tercinta ketika Syawal kedua kita raikan. Sakit suaminya sudah lama. Tapi meninggalnya bukan sebab buah pinggang. Berkampung di wad sepanjang ramadhan. Anaknya cuma seorang. Darjah 2. Sangat rapat dengan si suami.

Lepas operation suaminya tidak sedarkan diri sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Anaknya pasti menerima pukulan paling hebat. Tidak menangis kata sahabat yang melawat. Cuma menyepikan diri. Masih keliru barangkali.

Katanya ada virus yang tak dapat dikenalpasti menyerang usus besar si suami. Walaupun dah dibuang 30cm daripada usus besar tu, virus tu dah sampai ke jantung dan menamatkan terus perjalanan si suami di muka bumi ni.

Semalam juga mendapat perkhabaran suami kepada sepupu husben pergi secara mengejut atas kerusi di rumah sendiri. Sempat bersembang raya ketiga sebelum kami pulang ke Pahang. Raya keempat dia sekeluarga mahu menghantar anaknya kembali ke asrama di JB sebelum mereka bertolak balik ke Perlis.

Tidak nampak sakitnya ketika bersembang hari tu. Katanya kemungkinan sakit jantung. Anak perempuannya pasti terasa kesan ditinggalkan. Tahun ini pula peperiksaan besar menanti. Adik lelakinya apatah lagi.

Sakit, belum tentu mati awal. Sihat, belum tentu panjang perjalanannya. Tua, belum pergi dulu. Muda, belum pasti perjalanan hidupnya. 

Hakikatnya ajal sudah ditentukan. Bagaimana dan apa sebabnya hanya DIA yang tahu. Cuma bersyukurlah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas dan bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukan.

Bagaimana kesudahan kita? Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini. Amiiiinnn...


22 July 2015

~ WW #120 ~ Aidilfitri Dungun 2015.




Alhamdulillah... Tahun ni semua ada. Tak ada yang berkecuali. Tak ada rebut-rebut nak balik kampung siapa. Mana-mana pun boleh.

Sesi fotografi pun berlangsung dekat nak maghrib. Adoiii la... Tapi sebab once a year semua orang ada, boleh la. Tahun depan belum tentu jumpa. Belum tentu sempat ada semuanya.

Apa yang pasti, raya untuk anak-anak sebab dia orang paling happy dapat balik kampung dan dapat baju raya... ≧∇≦

posted from Bloggeroid

17 July 2015

Salam Aidifitri 2015.



Ramadhan akhirnya meninggalkan kita. Syawal akhirnya menjelma tiba. Semoga ibadah kita diterima olehNYA.

 Harapnya masih dapat bertemu ramadhan di tahun hadapan.

Jika ada tersilap kata, terkasar bahasa mohon diampunkan. 0-0 ye...

10 July 2015

Dinding misteri.


Punya la malas nak update entri. Pesal entah. Sabar je la. Haha... Mood nak bercerita pasal UTI si Afiq tu ada. Tapi mood nak menaip tu tak ada. Nanti-nanti la kita sembang pasal UTI tu.

Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki untuk cat rumah. Walaupun husben banyak cuti dua bulan lepas ni sebab Afiq keluar masuk wad je tapi rezeki tu ada di mana-mana kan?

Kaler dah tentunya aku yang kena pilih. Husben kata aku yang tentukan. Makanya aku pilih color yellow green lawan dengan blue success. Cantik jugak kombinasi ni.

First stage husben cat guna yellow green dulu. Sebab untuk blue success tu sikit je ruangnya. Cat jimat banyak sebab bukan guna roller. Guna brush je. Kalau roller mahunya pakai sampai 2 tin. 

Jadik 'hasil seni' budak-budak ni terpadam la bila kena cat.. Memang banyak area dia orang conteng. Bukan dengan pensel je. Kaler pensel, pen, crayon. Hoho...

Tapi yang jadi misterinya dinding dekat sliding door. Dah cat banyak kali pun tetap timbul contengannya. Berubah-ubah. Bukan sama semuanya walaupun ada yang sama.

Mula-mula ingat budak-budak ni conteng lagi. Tapi lepas cat kali kedua, ada lagi timbul. Cat lagi sekali pun timbul jugak. Tebalkan cat lagi pun sama. Sekarang ni makin banyak kesan contengan tu timbul.

Misteri betul la. Ada yang 'menumpang' agaknya kat situ. Hehe... Husben kata 'sumpahan dinding'. Cat ke tak, tetap la ada kesan tu. Berlainan tapi ada contengan yang kekal sama je timbul. Misteri betul!!!



my foot: husbeb ada kata, dinding tu tak sama kemampatannya. sebab tu ia serap cat. jadik kena guna solution lain la untuk hilangkan kesan contengan tu. misteri la sangat. sabar je la.


06 July 2015

Puasa oh puasa.


Ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi. Sekejap je masa berlalu. Tahun depan entah bertemu entahkan tidak.

Jika masih bertemu, alhamdulillah. Jika tidak, sudah sampai masanya kita dijemput pulang. Harapnya agar 'bekalan' itu mencukupi.

Semalam masa temankan husben tengok tv, terdengar la satu ceramah daripada satu video tentang bumi kita yang semakin 'tenat' ni.

Tentang peralihan kutub utara dan selatan. Betapa semakin hari semakin laju pergerakkannya. Yang mana mengikut kajian, 2015 adalah tahun di mana kitub utara akan ke selatan dan selatan ke utara.

Ustaz tu ada sebut pasal tanda-tanda kiamat besar. Memang gerun dengar ceramah tu. Sempat ke kita ni bertaubat? Itupun masih leka dengan hal duniawi.

Walaupun tahu dunia makin sakit tapi macam tak ada keinsafan je. Kalau kita masih selamat, alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan ruang untuk bertaubat dan memohon keampunan kepadanya.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat.
posted from Bloggeroid

02 July 2015

Temujanji kami.


Seawal pagi di sini hari ni. Pukul 7 dah sampai HSA. Haha... Gila awal. Ikut buku, appointment dia pukul 7.30 pagi. Untuk buat ultrasound. 

Kalau missed appointment ni, kena tunggu lagi 6 bulan pulak untuk buat ultrasound. Itu kata husben la sebab dia yang handle borang masa discaj dulu. 
Sampai-sampai je tak adalah terus ke bilik x-ray sebab form bagai kat klinik paed ni.

Jadik orang pertama you. Dah ambik nombor kena tunggu bagai. Dekat pukul 7.30 jugak la baru dapat form untuk pergi buat ultrasound. Lama gila menunggu. Tunggu nak on pc, nak cari report. Tapi tak apa. Dah jadi orang first tu kira okay la.


Kemudian ke sini untuk buat ultrasound. Ini untuk check buah pinggang dengan pundi kencing ai Afiq. Nak tengok ada kelainan atau tak. Ada bengkak ke apa ke.

Pun jadi orang pertama sampai. Walaupun dah dapat nombor bukan dipanggil masuk terus. Menunggu lagi kat luar. Sampai la ada lagi dua orang patients baru sampai. Kemudian baru panggil masuk.

Dah masuk tak terus buat. Menunggu lagi kat dalam. Pergh...!!! Dok menunggu tu yang tak boleh tahan. Kalau kita orang dewasa tak apa. Ini melibatkan baby. Menunggu lama-lama buat dia mengamuk la.

Nak tidur, nak susu. Even yang dua orang sampai lepas aku tu pun dah siap dulu. Afiq tak start-start pun lagi. Almost 8 baru doc sampai. Time tu Afiq memang nak start mengamuk dah.
 
Lama pulak nak buat ultrasound sebab time kali si kecik ni mengamuk, doc tak dapat nak capture pic buah pinggang dia. Siap kencing atas bed masa ultrasound. Nasib baik doc ni scan pundi kencing dia dulu. Kalau tak memang kena kencing la alamatnya.

Dah settle kena patah balik ke tempat tadi untuk jumpa doc. Sebelum tu kena timbang dulu. Dalam bilik timbang baru dapat tau kena repeat urine c&s pulak. Adeh... Jadi, sebelum jumpa doc kita ambik urine dulu.

Settle ambik urine baru boleh jumpa doc. Tapi menunggu lagi. Kali ni lagi lama. Bilik untuk aku jumpa doc tu, no.5 tak keluar-keluar daripada aku start duduk sampai la kena ke tempat lain pulak.

Itupun dah lama tunggu baru la nurse ni datang bagitau suruh hantar sample air kencing ke makmal. Kena tunggu sejam untuk dapatkan result. Kita tunggu sendiri tau. Nasib baik air kencing dah ambik awal-awal. Kalau tak, menunggu lagi.

Urine tu ada dua botol. Satu untuk fast result. The other one yang ambik masa 3 days baru tau sama ada problem tu still occurs or not. Rumit kan melibatkan baby ni... (๏_๏)


Kat sini kena tunggu lebih kurang sejam. Redha je la. Tunggu result penat juge tapi nak buat macam mana. Nak berjalan-jalan pun dah penat rasanya.
Tapi tak sampai sejam pun dah dapat result. 

Alhamdulillah... Urusan jumpa doc pun kejap je. Nak menunggu result bagai tu yang lama. Sabar je la.

Ujian ini pahit tapi ada manisnya jika kita sabar dan redha kan?! ~_~




01 July 2015

Edisi khas raya.



Emas 999.9 ni adalah seberat 0.5g je. Packaging khas raya. Daripada bagi duit kertas yang makin susut nilainya tu, baik bagi emas untuk simpanan masa depan dorang. Kalau tak kita yang celik emas ni ajar dorang siapa lagi nak ajar kan?

Harganya ikut kadar harga emas semasa. Tapi tak adalah melebihi RM150.

Matawang makin susut nilai. Emas simpanan terbaik. Tak mampu beli yang mahal-mahal, kita beli yang semampunya. Janji istiqomah.
Berminat nak tau boleh whatsapp: 0172561005. 

Emas Powergold terbaik... ^o^


30 June 2015

Bulan Mei yang ditinggalkan.


Sebenarnya cerita banyak tapi mood yang tak ada. Masa bulan Mei tu hp yang tak ada. Hp yang biasa guna tu rosak. Skrinnya menyala tapi tak boleh touch.

Cracked kat bahagian bawah digigit Aus. Adoyai...!!! Nak tukar skrin serupa macam beli hp baru. Tapi sayang. InsyaAllah... akan ku usahakn jugak untuk repair. Ni kira throwback je la.



Starting dengan cerita Azfar yang celebrate birthday in May. Dia budak 13 Mei. Hehe... Ini masa celebrate birthday kat kindy untuk budak-budak yang lahir daripada bulan Jan til May plus dengan sambutan hari guru sekali. Muka memang terbaik la... (⌒o⌒)



My dearly sister yang celebrate her birthday on 17th. Dia la yang banyak tolong aku thru thick and thin. Walaupun tak ada pertalian apa-apa, we're still buddies.

Last time jumpa dia 7 years back. Entah bila la boleh jumpa lagi. Huhu... Thank you sis and love you sampai bila-bila ( ˘ ³˘)♥



Berlaku dalam bulan Mei jugak. Afiq warded sebab kena UTI (kencing kotor). Lepas 4 kali screening untuk urine dia akhirnya warded sebabnya persistence kuman yang sama.

Daripada first screening sampailah yang ke-4 kalinya. Ingatkan 3 hari je tapi kena completed antibiotics for 5 days dan sambung lagi the next 2 days. Redha sesangat.



Anniversary me and hubby. Just wish je sebab warded lagi time ni. Tak ada celebration. Ok la. At least ingatkan. Semoga kekal ikatan ni hingga ke sana. Amiiinnn...



The born of baby Husna. Ini anak Kerry (BIL) dengan Piah. Last 2 years dia orang lost their first baby boy, Muhammad Baihaqi. Siapa yang pernah baca tau la cerita tu. The first baby survived few hours je.

Alhamdulillah, Allah gantikan baru dengan kedatangan Husna. First baby operate and this time around pun operate sebab songsang even dah masuk minggu akhir. Dah try pusing pun dia taknak pusing. Last opt, operate je la.


*Banyak cerita tapi tak sempat nak cerita satu-satu sebab handphone yang sementara tu tak berapa ok bila nak taip entri. Makanya bersabar saja la dengan pix dan cerita yang ada.

Semoga perjalanan dan urusan kehidupan kami di tahun ini dipermudahkan walaupun banyak dugaan dan rintangan. Doakan kami sekeluarga kuat... `(*∩_∩*)′

posted from Bloggeroid

17 June 2015

~ WW #119 ~ Rentetan Peristiwa.








my foot: semoga dipermudahkan perjalanan hidupmu wahai anakku Muhammad Imran Afiq.


posted from Bloggeroid

15 June 2015

Kampung oh kampung.


Kalau taip entri guna hp memang kena banyak sabar. Kalau entri hilang, memang sabar jugak la. Ada cara ke nak trace entri hilang. Dah banyak kali jadik sebenarnya. Memang sabar la. Sebab idea pertama dah tak sama macam idea kedua.

Cuti sekolah baru ni merasa jugak la budak-budak ni balik kampung walaupun minggu kedua je balik. Kalau masa ada Kerry dulu, hari pertama cuti sekolah dah ada kat kampung. Itu sebab Kerry suka balik. Tiap-tiap minggu nak balik. Boleh tumpang je sebab on the way tu mesti lalu kat Pekan punya la. Husben pun akan ambik semula sehari sebelum.

Tapi sekarang tak lagi dah. Budak-budak ni memang suka balik kampung. Ramai tukang layan. Ye la.. Jarang jumpa kan. Sesekali jumpa tu memang excited lebih. Banyak kerja nak buat. Pagi-pagi je kalau tak dia orang ni pergi ke ibu rumah, budak-budak sana pulak yang datang.

Tak ada hal sangat la. Tujuan utama balik kampung ni nak gembirakan anak-anak je. Dia orang happy alhamdulillah. Itu dah cukup buat ibu dengan abah ni. Nak main basikal pun main la. Kawasan rumah tok abah ni luas.

Nak kejar ayam ke apa... ikut suka la. Kalau Aus 24 dok sebut ayam je. Bukan pasal tak pernah tengok ayam tapi memang dia suka ayam la agaknya. Hari pertama sampai kampung, dia ajak Tok Abah lastik cicak. Haha... Pantang nampak cicak, mintak getah nak lastik. Itu ajaran abah dia la tu.

Kali ni memang berkampung betul kat kampung. Adoiii... Aku dengan Afiq la. Orang lain tak. Macam-macam la. Benda nak jadi. Redha je la. Bukan mintak pun. Terima dengan tenang dan sabar... v(=∩_∩=)フ


posted from Bloggeroid

03 June 2015

~ WW #118 ~ Jom beli.





Dah lama tak cerita pasal emas ni sebab sibuk handle Afiq tambahan pulak dengan hp yang tak berapa sihat. Hari ni cuma nak update pasal emas 0.5g, keluaran khas raya. 

Apakata raya tahun ni kita pakat-pakat bagi emas ni kat parents ke anak-anak. Asyik bagi duit yang makin susut nilainya, jom tukar kepada emas pulak. Saving masa depan ni.  Berminat boleh whatsapp: 017-2561005.

01 June 2015

Cerita tentang dia.



Dah lama tak berblog. Kekangan handphone sebenarnya. Berat-berat sangat apps ni ia susah sikit nak terima. Rindu jugak la nak bercerita di sini. Masih ada ke yang datang melawat? Hik3... Bukan bajet fames. Mana la tau ada yang rindu.

Afiq baru je 3 hari keluar wad. Apa kes masuk wad? Tak ada kes. Saja je lepak-lepak santai kat wad kan. Haha... Banyak la kau punya lepak. 7 hari berkampung dalam wad memang mencabar la. Keauan kat anak-anak. Kesian kat encik suami.

Kata orang okay la masuk wad. Dapat percutian percuma. Kalau anak sorang boleh la cakap. Anak ramai ni lain. Teringat macam mana la dia orang pergi sekolah dengan abah yang handle? Mesti kesian. Sebab banyak benda mak yang buat. Kesian kat bapak tak tau apa. Terpaksa la belajar jugak. Tak ada pilihan.

Afiq warded sebab UTI with kpm. Bahasa mudah kencing kotor. Selalu jadik kat baby girl. Boy jarang. Dah la kpm tu kuman paling jahat yang boleh cure dengan certain antibiotics je. Kalau tak rawat akan efek pada buah pinggang dia. 4 kali ambik sample urine, 4 kali tu jugak la kuman yang sama je muncul. Persistent. Dah try cure dengan ubat makan tak jalan, jawabnya warded la. Masuk antibiotik ikut salur darah.

Bukan dua tiga hari tapi TUJUH hari kat wad. Wah3.. Doc yang refer Afiq ke wad ni cakap dalam 3 hari ke 5 hari je. Tapi end up sampai 7. Memang sabar dan redha je dengan ujian Allah ni. Ada sebab kenapa DIA uji kita kan? Tanda DIA sayang.

Alhamdulillah, beruntung sebenarnya diberi ujian Allah ni. Menyedarkan kita yang alpa dan leka ni. Ya Allah... Sungguh kadang-kadang kita lupa siapa sebenarnya kita ni disisiNYA sampailah DIA ingatkan kita dengan ujian dan dugaan. Baru sedar diri.

Teruknya kita sebagai hamba. Sabar je la.

29 April 2015

~ WW #117 ~ Bulat.






Handphone utama dah rosak. Makanya tak dapat update blog. Mujur jugak ada handphone backup penawar duka lara. Belanja pic Afiq sekeping. Hari ni nak cucuk 2 bulan. Kejap je dah 2 bulan kan? Huhu..

posted from Bloggeroid

24 April 2015

Saat diperlukan.




Masa ke HSA untuk ambik ubat Afiq, aku settlekan hal appointment dia dan husben pergi ambik ubat kat farmasi. Line untuk ambik nombor memang panjang. Aku dah siap pun husben tak dapat nombor lagi.

Jadik menunggu je la dengan anak-anak dengan jayanya. Budak-budak ni cepat bosan. Sementara menunggu tu, aku bagi dia orang ruang explore dekat tapak pameran gitu. Memang kalau boleh tak nak bawak dia orang ke hospital ni. Tapi nak buat macam mana.

Dalam pada tu aku nampak sorang lelaki ni pegang helmet dengan beg plastik. Mundar mandir tak tahu nak ke mana. Dia senyum pandang aku kemudian tanya aku datang dengan siapa. Aku cakap la dengan husben.

Dia cakap dia baru keluar wad. 6 bulan duduk kat wad sebab tibi. Tak kerja tak apa. Jadi aku tanya dia nak ambik ubat ke sebab ada kat bahagian farmasi kan. Dia cakap dah ambik ubat. Tengah cari RM15. Nak buat tambang balik. Dah 6 bulan tak kerja. Duit pun tak ada. Badan pun tak kuat lagi katanya.

6 bulan kat wad dengan kes tibi? Memang tibi dia dah teruk. Tapi dia survived. Dia cari duit tambang tapi dia tak mintak dengan aku. Dia cuma cakap je. Kebetulan memang aku tak bawak purse pun. Aku panggil anak-anak terus pergi depan farmasi. Hehe...

Tunggu husben kat situ pulak. Memang nak elak mamat tu. Hospital environment banyak penyakit. Dia pulak baru je lepas keluar wad sebab tibi. Kena sambung makan ubat lagi selagi tak betul-betul okay. Budak-budak berisiko. Husben aku pn br je putus ubat.

Lama gila nak bolehkan berhenti makan ubat tibi sebab pakar tak ada setiap kali dia ada appointment. Cancelled memanjang. Doc biasa tak berani nak putuskan. Last putuskan pun doc lelaki. Doc biasa. Pakar tak ada. Dia tengok x-ray and called doc pakar bagitau husben dekat setahun kena makan ubat. Lungs pun dah clear.

Eh, cerita benda lain pulak! Bukan jijik ke apa dengan mamat tu. Tak ada la. Aku kesian betulnya dengan dia. Baru keluar wad. Duit tak ada nak balik. Kalau aku kat tempat dia pun pening. Lama mana nak duduk kat hospital? Dia tak mintak duit pun dengan aku. Dia cuma cakap nak cari duit RM15 nak buat tambang balik.

Aku cakap dengan husben. Sebab lepas aku blah, dia duduk je kat situ tak buat apa-apa. Agak-agak dia fikir siapa la yang nak hulurkan duit kat dia. Sebab tak semua orang sanggup tolong orang lain. Aku cakap jugak kat husben dia tak mintak duit. Kesian. Kalau dia mintak mungkin lain sikit. Tapi tak ada pun dia cakap: "Akak ada duit tak?"

Sebenarnya kami dah lalui semua tu. Sangat memahami. Kami bantu seadanya. Memang dia duduk jauh. Husben kata balik la. Tak payah duduk lama-lama kat hospital. Dan dia balik lepas tu. Allah gerakkan dia untuk bertemu kami. Untuk kami bantu sebab kami pernah rasa apa yang dia rasa. Cuma dia tak ada duit langsung. Kami ni duit sangkut tapi alhamdulillah tetap dibantu.

Bukan nak cerita pasal kebaikan. Tapi nak cerita pasal dia bertemu kami saat diperlukan. Perasaan tu kami dah rasa. Membantu sesama manusia. Sekurang-kurangnya sifat ihsan tu masih ada.

Ya Allah, terima kasih untuk segala-galanya.


posted from Bloggeroid

23 April 2015

Menerima dengan redha.




Alhamdulillah, jaundice Afiq dah clear. Dah tak ada kuning lagi dah. Tapi ada pulak benda lain yang sangkut. Urine dia. Sabar je la. Dugaan betul. Tapi tak apa la. Asal dia sihat, itu dah cukup sebenarnya.

Last month ambik darah dengan urine Afiq. Lepas tu tunggu 2 weeks untuk appointment dengan doc plus ambik darah baru untuk dibandingkan dengan darah sebelum ni. Sample darah kena hantar sendiri ke makmal tau. Dekat je tempatnya.

Tapi melilau jugak la mencari. Haha.. Dah hantar sample darah, kena tunggu result. Sejam. Perghhh... berkarat menunggu! Tapi sabar je. Dah dapat result darah baru boleh jumpa doktor. Kebetulan masa aku datang tu orang ramai.


Mujur jugak time nak jumpa doc tu kejap je. Macam biasa, doc tanya lebih kurang. History parents dia nak tau. The same story kena repeat over and over again. Tapi cerita je la. Nak buat maam mana.

Doc checked Afiq and tengok result darah. Dia kata kuning dah clear. Sibuk pulak kata mata Afiq bulat besar. Macam pandai sangat sebab melilau je mata si Afiq ni tengok sana sini. Hehe... Lepas tu menunggu. Aku pun tak tau kenapa aku kena tunggu lagi.

Orang lain keluar masuk dah. Tapi aku kat dalam lagi, terpinga-pinga tak tau kenapa menunggu. Rupa-rupanya tunggu result urine. Adeh...!!! Doc kata result urine Afiq sangkut. Ada kuman. Kena ambik urine lagi sekali.

Doc kata lagi, dia orang akan checked semua termasuk la tiriod bagai. Okay. Pergi la ambik urine pulak. Aku bab nak ambik urine la lemah sikit. Nak kena pegang peha anak. Senang nak masukkan alat tu. Adoiii...!!!


Settle ambik urine boleh balik. Kalau ada kuman lagi dia orang akan call. Memang dia orang called. Isnin baru ni untuk ambik ubat. Itu pun lepas seminggu. Kes Afiq tak teruk. Sebabnya masa doc tengok result,dia ada mention pasal baby yang kena warded due to urine dia yang kotor. Tapi tak tau la pulak kalau telinga aku ni tersumbat ke salah dengar. Huhu...

Makanya, hari ahad ni akan ke hospital lagi untuk urine test buat kesekian kalinya. Next appointment will be in May. The second week. Hmmm...

Setiap orang dugaan dan ujiannya tak sama. Ini dugaan buat kami sekeluarga. Tak apa. Kami terima dengan redha sebab ini petanda Allah masih sayangkan kami.


posted from Bloggeroid

22 April 2015

~ WW #116 ~ Ubat.






Kecik-kecik dah kena makan ubat. Semoga dipermudahkan Allah ye Muhammad Imran Afiq.


posted from Bloggeroid

20 April 2015

Bercampur-campur.

Mood nak update blog tu ada. Tapi mood nak menaip tu tak ada. Macam mana tu? Mata ni tiap kali nak menaip je ngantuk. Sabar je la.

Ambik mood nak menaip entri sambil susukan Afiq. Kejap lagi sambung taip entri panjang berjela. Hehe...

posted from Bloggeroid

15 April 2015

~ WW #115 ~ Berserah...





Harap boleh discaj la hendaknya... Ya Allah, permudahkanlah!!!


posted from Bloggeroid

13 April 2015

Viral oh viral.




Sambil menunggu giliran Afiq kat Klinik Pakar Kanak-kanak ni, update blog la kejap. Kenapa ke sini? Afiq kena refer pasal jaundice dia tu la. Lama menunggu. Ramai pulak orang hari ni. Pening kepala mak. Hehe...

Ini nak bercerita pasal viral kat fb dgn whatsapp. Aku sebenarnya tak faham macam mana la orang boleh viralkan certain-certain tanpa pasti kesahihan berita tu. Okay, aku pun pernah buat dulu. Tapi dulu-dulu la. Bila tau berita tu tak betul, terus stop.

Nak share apa-apa pun dah malas sebenarnya unless aku rasa benda tu sahih baru la aku share dengan jayanya. Tak kira la apa pun yang orang share, video ke gambar ke or even story-morie ni kena la pastikan betul je tak. Selalunya sembarang je orang kita. Dapat, baca tapi tak tau betul ke tak... terus share. Mungkin nak jadi orang paling awal tau pasal tu kot. Wallahualam.

Contoh terbaru, kes vitagen. Itu belum lagi post-post pix orang pakai tudung tapi pakai skirt saja, pakai baju sampai nampak pakaian dalam. Kita pun tak pasti betul ke dia pakai skirt pendek dengan tudung. Dunia teknologi ni macam-macam boleh buat. Memang ada je yang pakai tudung tapi masyaAllah... daripada baju sampai ke seluar macam balut kulit nangka.

Aku ada je jumpa. Speechless tapi boleh tengok je la. Sebab kat klinik. Ada jugak pregnant pakai tudung tapi nampak pusat sebab baju ketat. Suami relax je sebelah tak kata apa. Macam-macam fesyen pun ada. Tapi belum sampai nak ambik gambar. Itu kira aibkan dia. Kalau betul nak tegur, pergi dekat. Bagitau elok-elok.

Bukan ke bila kita dah tunjuk dalam fb ke whatsapp kita secara tak langsung buka aib dia. Orang lain swbar dan kutuk, buka lagi aib kita. Apa hak kita nak aibkan orang. Salah tetap salah. Kalau betul sekalipun dia salah, cara teguran tu kena betul. Kita ni guna teknologi kadang-kadang dengan tujuan salah.

Kadang-kadang tak berniat pun tapi dah buat tetap la salah. Kadang-kadang dah sedap mengata bagai baru tau cerita tu salah. Dah tu nak mintak maaf dengan siapa? Nak cari orang tu? Kalau jumpa okay la. Kalau dia maafkan pun okay jugak. Tapi kalau tak?

Sebab tu sebelum sebarkan apa-apa, kena check banyak benda. Bukan main sebar je. Tak pasal-pasal kita nenanggungnya nanti. Mana-mana hadis yang tak sahih pun kena chexk. Kadang-kadang yang dah keluar bagitau hadis tu palsu setahun lepas pun ada jugak yang sebarkan lagi tahun ni. Tak ambik port ke tak baca?

Sekadar peringatan untuk diri sendiri agar lebih berhati-hati.
p
osted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign