✿ Rumah SalYa ✿: December 2014

Fresh from the owner...

31 December 2014

~ WW #101 ~ Sujudku!!!








my foot: macam ni pun boleh. adehhh.. Aus dah besar. cepatnya besar. rasa macam baru je lagi dapat dia. hehe...


                    posted from Bloggeroid

30 December 2014

Dugaan penghujung 2014.




Gambar cilok daripada fb. Kemusnahan yang tersingkap selepas banjir mula surut. Lumpur di sana sini. Kediaman musnah. Haiwan ternakan bergelimpangan. Segala-galanya memang menduga emosi. Kini tiada apa yang tinggal. Sehelai sepinggang. Musibah yang tak terduga untuk kita muhasabah diri jugak adanya.

Diuji kerana Allah sayang. Jika Allah tidak peduli, semuanya dah tak berguna lagi. Melihatkan keadaan, sedihnya pasti tak terucap dengan kata-kata. Ke mana lagi mereka akan pergi. Kediaman baru mengambil masa juga untuk dibina semula.

Tapi kejadian ini pastinya menjadikan mereka lebih kuat daripada sebelumnya. Bantuan tetap tiba. Lambat dan cepat, itu saja bezanya. Harap dengan bantuan yang ada dapat memulihkan semangat mereka. Biarpun tidak seberapa, sekurang-kurangnya ada juga.

Tabahlah wahai saudara-saudaraku yang ditimpa bencana. Semoga musibah ini terus menyatukan dan menguatkan ukhwah kita juga adanya. Semoga kamu dan kamu tabah sentiasa.


posted from Bloggeroid

29 December 2014

Bila banjir melanda.




Musibah menimpa untuk kita muhasabah diri. Hanya mampu berdoa buat mereka-mereka yang kehilangan hampir semuanya. Ada yang turut kehilangan ahli keluarga. Bersyukurlah kerana kita masih selamat. Walaupun keadaan akan mengambil masa untuk pulih, harapnya mereka yang ditimpa bencana ini tabah, sabar dan reda dengan ujian Allah.

Pekan jugak dah naik air. Dah lama tak banjir macam ni. Setiap tahun banjir juga. Tapi banjir yang tidak membimbangkan la. Kali ini masing-masing berwaspada. Takut jadi macam banjir tahun 1971. Belum lahir tapi tahu juga ceritanya.

Dilindungi la kita daripada terus dilanda musibah. Segala-galanya datang daripada Allah. Turunnya ujian dan dugaan ni pastinya bersebab. Untuk kita fikirkan bersama-sama.

posted from Bloggeroid

24 December 2014

~ WW #100 ~ Sedapnya!!!







#prayfornegeri2dilandabanjir

posted from Bloggeroid

23 December 2014

Banjir dan peringatan.




Teruk banjir tahun ni kat pantai timur. Ada je update keadaan semasa kat sana. Kat Johor ni alhamdulillah... ada masa hujan, ada masa cerah je. Ada masa pulak mendung. Kesian dekat mangsa-mangsa banjir. Terutama yang dah buat persiapan persekolahan anak-anak tapi banjir musnahkan semua.

Nak buat macam mana. Kena reda dengan ujian Allah kan? Yang mana kehilangan harta benda tu pun kena banyak bersabar. Kereta, motor rosak masuk air banjir. Rumah lagi. Alatan elektrik. Ya Allah, permudahkanlah.

Semoga mangsa-mangsa ini tabahlah hendaknya. Sama-sama la berdoa untuk keselamatan mereka-mereka saudara kita di sana.



p/s:-

jom menyimpan emas. sahut kempen: 1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga. emas takkan susut nilai ye kalau nak dibandingkan dengan ringgit. jom bermula sekrang. belum terlambat lagi ye. boleh sembang-sembang jugak ye: 017-2561005


"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpablah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" Hadis Rasulullah SAW: Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hambali. 


posted from Bloggeroid


Pemenang-pemenang baru.


GA sehari dah tamat. Pemenang-pemenang pun dah pilih. Tapi sampai ke hari Isnin tak ada respon daripada pemenang-pemenang. Akak ni susah sikit nak bw. Nak alert kamu & kamu. Bila dapat bw pun dua tiga bw sehari. Kadang-kadang sempat tinggalkan komen. Kadang-kadang tidak.

Disebabkan tak ada yang menuntut walaupun keputusan dah umum sehari selepas, makanya akak umumkan la pemenang-pemenang baru. Dua orang yang bertuah tu adalah:-

2. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com

&

7. http://lovelyever.blogspot.com

Boleh email details kat: nuranisalya@gmail.com or whatsapp for fast reply: 017-2561005



p/s:-

jom menyimpan emas. sahut kempen: 1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga. emas takkan susut nilai ye kalau nak dibandingkan dengan ringgit. jom bermula sekarang. belum terlambat lagi ye. boleh sembang-sembang jugak ye: 017-2561005


"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpablah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" Hadis Rasulullah SAW: Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hambali. 





22 December 2014

Bahulu yamg super simple.




Dapat resepi je terus buat walaupun acuan bahulu tak ada. Tak ada acuan tapi loyang kek kan ada. Boleh je kalau nak. Hehe... Cara nak buat pun senang. Bahan pun tak banyak. Cuma nak kena ada 3 benda je. Boleh la setakat nak buat makan-makan.

Ini first try. Lupa nak letak coklat urai walhal masa tengah mix bahan tu dok ingatkan letak coklat urai sedap ni. Bila letak dalam loyang, langsung tak ingat. Dah makan baru la teringat semula ke coklat urai tu. Huhu...

Pic ni pun asal boleh je. Keluarkan daripada oven, terus je potong. Tak ingat langsung nak ambik gambar buat kenangan... ≧∇≦ Ceh, kenangan la sangat!!! Jom usha resepi:-



Dah boleh try baking-baking bahulu. Cicah air kopi pun sedap ni. Mudah dan cepat. Anak-anak insyaAllah... suka. Kalau anak-anak tak suka, mak la suka. Haha...


p/s:-

 moh ler kita menyimpan emas. kalau tak mulakan sekarang, bila lagi? masa takkan tunggu kita. yang perlu bertindak adalah diri sendiri. 1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga. jangan tunggu emas mahal. nanti menyesal. dah tak ada gunanya lagi. whatsapp untuk info.

posted from Bloggeroid


20 December 2014

GA tamat sudah.

alhamdulillah... semalam tepat jam 11.59 malam, mini GA dah berakhir. ada sembilan orang yang joint. boleh check list kat bawah ye:-
1.       http://adna2029.blogspot.com/
9.       http://theonlygirl98.blogspot.com

mereka yang bertuah tu adalah:-

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


dan jugak


boleh email nama dan alamat penuh kat akak ye: nuranisalya@gmail.com or boleh whatsapp jugak: 017-2561005. Kalau tak ada respon dalam dua tiga hari ni, pemenang-pemenang baru akan dipilih ye.



p/s:-
jom menyimpan emas. sahut kempen: 1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga. emas takkan susut nilai ye kalau nak dibandingkan dengan ringgit. jom bermula sekrang. belum terlambat lagi ye. boleh sembang-sembang jugak ye: 017-2561005

"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpablah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" Hadis Rasulullah SAW: Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hambali. 





19 December 2014

Ada apa dengan zoo?




Cerita ahad lepas. Bawak anak-anak solehah dan soleh ni ke zoo. Zoo Johor je pun. Zoo Saleng dah tutup. Antara dua zoo tu, nak masuk ke Zoo Saleng la paling mahal. Berpuluh ringgit jugak la. Banyak jugak haiwan tapi zoo tu dah tutup pun sebab beroperasi secara haram. Paling kesian singa kat Zoo Saleng tu. Kurus melidi. Tak cukup makan. Tapi tu cerita 3 ke 4 tahun lepas.

Ini kali kedua bawak anak-anak soleh solehah ni ke zoo. First time, Aus tak ada lagi. Kali ni bawak Aus yang dah setahun 3 bulan tu. Kiranya dah setahun lebih la tak ke sini. Lama gila... ^o^ Kalau masa datang dulu gajah tak ada sebab pergi hantar training, kali ni pun sama. Gajah tu hilang masa training kot. Haha...



Tujuan ke sini pun sebab Alya teringin nak pegang burung. Dulu mak pak je yang pegang. Tapi tak ada rezeki dia. Sekarang ni yang ada cuma boleh bagi makan kat unta je. Okay la tu daripada tak ada langsung. Unta pun unta la.

Singa pun nak kata cukup makan, boleh la. Tak ada la macam singa kat Zoo Saleng yang boleh nampak tulang temulangnya tu. Ramai jugak orang yang datang. Mungkin sebab weekend. Mungkin jugak sebab cuti sekolah.



Aus, belum sampai zoo lagi dah selamat dibuai mimpi. Dah melawat unta, kandang singa pun still tidur jugak lagi. Nak keluar daripada kandang singa tu la baru dia sedar. Cerah je mata tengok ramai orang.

Nak kata best ke zoo ni, tak ada la best sangat pun. Tak banyak haiwan untuk cuci mata. Kiranya untuk memuaskan hati anak-anak tu boleh la. Kalau ke Zoo Negara best la sebab haiwan pun banyak. Kalau Zoo Saleng ada jugak beruang, kat sini tak ada. Setakat burung-burung makkaw tu ada la. Burung-burung kecik dalam sangkar besar. Boleh la.



Sebelum balik, anak-anak soleh solehah ni pow abahnya lollipop besar tu. Kalau kat kedai kat shopping mall, RM4 je. Kat sini RM5. Beli untuk 3 orang je. Aus terkecuali. Dia mesti pow kakak-kakak dengan abang dia punya la. Lollipop yang dia pegang tu Anis yang punya. Dia perasan dia punya la tu.

Sebelum ni ada beli lollipop macam tu. Makan tahun nak habis. Sikit je dia orang makan. Selebihnya semut yang sebat. Tapi kali ni banyak jugak yang dia orang habiskan. Tinggal suku je lagi nak habis. Lepas tu tak nak makan dah.

Apa yang seronok ke zoo ni bila anak-anak happy. Itu dah cukup baik. Dah cukup buat mak ayah pun happy walaupun bila sampai je rumah flat terus. Mak la yang flat. Sabar je la.





Jom menyimpan emas. Kita sahut kempen: 1g emas, 1 bulan, 1 keluarga. Nak tahu lebih lanjut boleh whatsapp. Sekadar nak bertanya pun okay. Kita menyimpan untuk masa depan. Kalau bukan untuk kita, untuk orang yang kita sayang kan?


posted from Bloggeroid

Mini GA Sehari!!!




Dengan lafaz: Mini GA ini dimulakan ye sayang-sayang.


Tak ada syarat-syarat untuk join Mini GA ni. 
Cuma tinggalkan link kat ruangan komen. 
Tak ada link blog, akaun fb pun boleh.
GA tamat pukul 11.59 malam ni ye.

Ramai ke tak yang join tak jadi masalah. Kalau dua orang pun, dua orang je la. Dah itu je yang ada. Haha... Suka-suka je sebagai menghargai kamu dan kamu.

Apa pun, good luck okay!







my foot: jom kita join kempen menyimpan emas 1 gram, 1 bulan, 1 keluarga. tahun depan dah ada gst. 


p/s: bila dah ada gst ni macam-macam benda kena kontrol. daripada kita membazir beli sesuatu yang tak perlu, baik kita buat pelaburan dengan emas. Untuk masa deoan kita jugak. tapi kena istiqomah. emas takkan susut nilai tapi nilai matawang akan susut ye. jom bermula sekarang. masih belum terlambat.



posted from Bloggeroid

18 December 2014

Klinik gigi dan rawatan.




Tajuk entri skema. Haha... Ni cerita minggu lepas. Tapi sebab tak berapa nak sihat, makanya tak terbuat la entri. Bila belek-belek gambar baru teringat entri tentang ini tak buat lagi. Ini lawatan pertama Alya dan Anis ke klinik gigi. Setakat nurse datang sekolah ajar gosok gigi ada la. Tapi check dengan rawat tak ada lagi.

Bawak ke klinik pun sebab gigi susu Alya tu dah bergoyang dan gigi kekal dia dah keluar. Pemahaman aku yang tak berapa nak reti pasal gigi susu ni, kalau rosak ke bergoyang ke boleh je cabut. Tak ada masalah. Kalau tak cabut nanti gigi kekal tumbuh tak cantik.

Rupanya pemahaman aku tu salah. Adeh... Gigi susu kalau rosak ke bergoyang biasa-biasa je, tak perlu cabut dulu. Biarkan je kecuali kalau sakit. Sebabnya, kalau cabut awal-awal nanti gigi kekal tak ada penunjuk arah. Mula la gigi kekal tu keluar senget la, berlapis-lapis la. Tak ada guide. Gigi susu tu as a guide untuk gigi sebenar keluar. Ooo... macam tu rupanya. Haha... sengal ye sebab baru tahu... ⊙_⊙



Alya masa cabut gigi tu aku keluar sebab dia takut. First time. Nurse suruh tinggalkan je. Jadi aku tinggalkan je la. Kalau tak lagi lama ber'ibu-ibu' kat dalam tu. Berdrama bagai. Tak ada mak senang sikit. Dia reti pulak. Anis giginya tak cabut tapi ditampal je. Ada yang rosak tapi dibiarkan je la. Kalau sakit baru datang semula.

Lepas settle semua, seronok pulak anak solehah dua orang ni. Kalau boleh hari-hari nak pergi klinik gigi. Dah tak takut lagi dah. Adoiii la...



Kapas untuk cabut gigi ni pun Alya bawak ke mana-mana 3 hari 3 malam. Nak menunjukkan betapa sukanya nak pergi ke klinik gigi lepas ni... ^o^


Berminat nak join kempen 1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga? Boleh whatsapp walaupun sekadar untuk bertanya. Pelaburan masa depan dengan emas. Jangan tunggu sampai esok!!!

posted from Bloggeroid

17 December 2014

Mini GA hujung tahun.




Dah lama tak buat GA. Mini GA pun okay la. Dah sampai ke penghujung tahun pun kan? Hadiah untuk dua orang. Mungkin tak seberapa tapi cukup bermakna.

Pin shawl untuk mereka yang bertuah. Si dedaun emas dan rose putih. Mini GA sehari ni insyaAllah akan bermula Jumaat ni. Ambik berkat hari jumaat.

Bukan follower pun boleh join. Cuma tinggalkan link je kat ruangan komen. Senang kacang je kan? (*゚▽゚)ノ Bukan hari ni tapi Jumaat ye (19 Dis 2014).






Jom join kempen: 1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga. Simpanan kita di masa depan. Kalau istiqomah, insyaAllah... kita boleh lakukan. Jika bukan untuk diri sendiri, ubtuk keluarga tersayang. Jom mulakan sekarang. Berminat boleh whatsapp.


posted from Bloggeroid

~ WW #99 ~ Gift.









my foot: ada apa dengan ini? nanti cerita. banyak cerita tertangguh sebab tak sihat. huhu...

p/s: jom menyimpan emas. Kempen 1g emas, 1 bulan, 1 keluarga. emas bukan pelaburan cepat kaya tapi simpanan berguna di masa depan... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid

09 December 2014

Produk Organik.




Selalu sangat guna barang-barang yang ada chemical kan? Kalau syampu dengan shower foam tu memang ada chemical la. Paraben, sulfate apa benda entah. Haha... 

Ni produk organik yang baru je dikeluarkan. Tak ada la baru sangat. Produk ni keluar awal tapi biasa la. Kena ada pengguna dulu baru boleh tahu okay tak okay. Kalau tak cuba mana nak tahu kan?

Produknya ada banyak tapi kita kasi intro sikit-sikit je dulu. (*゚▽゚)ノ Sesetngah orang mungkin kata mahal. Dah namanya organik, mahal la sikit. Sikit je pun. Untuk kesihatan diri tak ada la salahnya mahal sikit.









Ini antara barang-barang organik untuk kecantikan dan jugak kegunaan harian. Syampu rambut dalam bentuk bar tu memang menarik.

Sebenarnya bila guna teringat zaman budak-budak dulu. Mandi air perigi. Sabun mandi tu la jadi syampu rambut jugak. Lumur satu badan. Nostalgia tu. Sekarang ni susah nak jumpa tempat yang ada perigi. Kalau ada pun tak banyak. Banyak pun perigi buta je la.

Sambil-sambil syampu rambut guna syampu bar ni, boleh la senyum-senyum sendiri ingat kisah lama. Senyum je la kan samvil duduk bawah shower kononnya shower tu macam air hujan. Hmmm...




Jom menyimpan emas. Menyimpan untuk masa depan. Harga emas takkan menunggu kita. Makin lama makin naik tau. Jom! Jom! ~ 017-2561005

posted from Bloggeroid

08 December 2014

Princess untuk Alya dan Anis.




Frozen dh setahun berlalu pun tapi still budak-budak ni kemaruk Frozen lagi. Adeh... Semuanya nak Frozen kalau boleh. Dah keluar Cinderella pun Frozen jugak yang ditengoknya. Haha...

Yang kat atas tu mini bookmark. Boleh guna untuk mengaji jugak. Dah lama nak beli untuk anak solehah dua orang ni. Baru ni la terbeli. Kebetulan ada less 40% daripada sugarbeads. Boleh tengok kat instagram. Ada pin shawl, ada keychain. Bracelet pun ada. Semuanya tengah less sampai 16 Dis ni.

Untuk anak solehah berdua, aku request bentuk crown ala-ala princess. Kebetulan ada tulisan princess kat situ. Memang cantik la. Cumanya aku bezakan pada kaler beads je. Pink tu kalau ikutkan untuk Anis dan purple tu untuk Alya. Tapi nampak gayanya macam Alya je nak kaler pink tu sebab ada combination kaler lain... ≥﹏≤

Harap tak berebut la sebab Alya dah start tanya bila penanda tu nak sampai. Hehe... Kalau berebut jugak next time kena beli lain la. Kena tengok kaler beads tu macam mana. Baru okay. Nanti dia orang boleh pilih sendiri. Next year belikan untuk Azfar pulak sebab dia pun akan start mengaji. Alahai... Dah besar la anak-anak soleh dan solehah ni... ⊙_⊙




Jom menyimpan emas. Menyimpan untuk masa depan. Harga emas takkan menunggu kita. Makin lama makin naik tau. Jom! Jom! ~ 017-2561005


posted from Bloggeroid

05 December 2014

Emas akan tetap jadi emas.



Ramai antara kita yang ada simpanan kat bank. Yang tak ada tu nak buat macam mana. Tapi kena menyimpan la mulai sekarang kan? Yang ini kena istiqomah. Kalau tak boleh nak tinggu time gaji, boleh je simpan RM5 sehari. Cukup sebulan boleh la beli emas segram. Segram je sebulan. Tak banyak tapi cukuplah. Yang terlebih mampu boleh la beli banyak lagi.

"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpablah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" Hadis Rasulullah SAW: Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hambali. 

 



Inilah salah satu sebab kenapa perlu simpan emas. Kadang-kadang kita fikir, tunggu dulu la. Duit ada lagi. Memang la duit ada lagi. Sampai bila? RM50 yang ada sekarang pun boleh beli apa je? Kalau dulu penuh beg plastik kiri kanan dengan RM50 tu. 

Sekarang ni satu beg plastik kecik tu je. Susu anak dengan aiskrim je dah habis RM50. Secara kasarnyalah kan. Kena sama-sama istiqomah husben & wife. Kalau husben susah nak simpan, wife la kena uruskan. Tapi kena ingat ye. Ni bukan pelaburan. Apatah lagi la skim cepat kaya.

Nanti kata beli emas ni mesti boleh kaya. Boleh la kalau usaha bersungguh. Setakat cakap je pun tak guna. Hehe.. 

Goldbar. Segram emas 999.9. Kecik je pun.



Takkan la kita nak tunggu sampai ringgit tak ada nilai kan? Time tu memang tak ada guna lagi dah. Emas mungkin dah mencanak naik harganya. Sebab tu kena bermula sekarang sementara emas masih murah.


Kalau nak beli emas murah, jadilah ahli. Ada pakej. Sekarang yang dikeluarkan adalah pakej dinar 1/4g. Nak beli 1 dinar, boleh jugak tapi mahal la. 1 dinar bersamaan dengan 4.25g.  Pakej dinar 1/4g ni harganya RM450. Ada benefits kalau jadik ahli.

Emas ni kalau nak jual semula ke company yang kita beli pun boleh, nak jual kat tempat lain pun boleh. Tak ada masalah. Yang bermasalah kita ni yang nak menyimpan. Dok tangguh je dari hari ke jari. Bulan ke bulan dan tahun ke tahun.


Bertindaklah daripada sekarang. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk anak-anak. Siapa-siapa yang nak kawin tu, boleh tukar hantaran daripada wang ke emas. Baru betul kan?

Kalau kita tak mulakan langkah pertama, siapa lagi nak mulakan. Kena ingat jugak, emas ni bukan untuk kaya. Kita nak buat pelaburan jangka panjang. Untuk keluarga kita jugalah adanya. Emas kita beli hak kita!!!

Jom menyimpan emas segram dua... ╰(*´︶`*)╯ Kempen segram emas sebulan untuk sekeluarga. Jom ler kita sama-sama istiqomah...






Setahun dua kali.


Apa yang setahun dua kali entah. Haha... Birthday encik husben. Setiap tahun mesti dua kali. Tak ada la celebrate pun. Cuma beli kek je. Tapi bukan la dua kali setahun. Usually beli kek ikut birthday dalam surat beranak. Tu pun kek biasa kongsi je dengan aku... ^o^ Celebrate sekali dengan wife kan senang. Lovey-dovey gitu. Sebenarnya nak jimat sebab beza birthday pun berapa hari je.

Original date untuk birthday encik husben is today. 5hb Dis. Biasa la zaman-zaman dulu. Lambat register. Kena pulak hujung-hujung tahun. Jadinya ada je yang tunggu tahun berikutnya. Aku pun sama. Cumanya aku tak tahu original date aku bila. Ayah aku malas nak tulis dalam surat beranak. Sabar je la. Salah satu persamaan aku dengan encik husben, itulah... `(*∩_∩*)′



Sanah helwah Honey Bunny. Dah tua dah. Semoga terus menjadi pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang. We love you always... muuaaahhh... ( ˘ ³˘)♥

posted from Bloggeroid

04 December 2014

Bukan nak kaya tapi nak kongsi bersama.


Dah taip entri sebenarnya. Tapi line ni sengal dia tak save pulak entri tu. Tak pasal-pasal kena taip baru. Dah la dua entri pulak tu. Sakit pulak hati kita ni.

Kempen segram emas sebulan untuk sekeluarga

Bukan kempen untuk nak cepat kaya tapi kempen istiqomah menyimpan emas untuk masa depan.


Nanti ada entri untuk cerita pasal ni. Tak ada la sedetail mana pun. Sekadar basic knowledge untuk memahami betapa pentingnya menyimpan emas ni. Goldbar 1g ni emas 999.9 tau.


Sementara emas masih murah ni, baik beli sekarang. Kalau dah mahal baru nak beli, memang bajet lari la. Kalau sekarang buat saving untuk anak RM200 dan diri sendiri pun RM200 jugak, belilah dua gram emas. Sekarang mungkin tak nampak apa-apa. 

Yang penting dah ada simpanan untuk masa depan. Ringgit akan susut nilai. Tapi emas berbeza. Penjual tak simpan emas kita tu. Pembeli akan simpan sendiri. Dan tak ada perjanjian tersembunyi. Sebabnya emas kita tu kita yang punya. Apahal pulak orang lain nak kan? Haha.. 


Nak tau lanjut boleh whatsapp tau. Nak sembang-sembang pun boleh whatsapp jugak ^o^ : 0172561005


 

03 December 2014

~ WW #98 ~ Azfar ke sini.









my foot: jom menyimpan emas sebulan segram. kalau jadik ahli lagi banyak benefits. emas kita simpan sendiri. untuk simpanan masa depan ni. belum telambat kalau nak menyimpan. berminat nak tahu boleh wassap - 0172561005

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign