✿ Rumah SalYa ✿: November 2014

Fresh from the owner...

30 November 2014

Alya dan graduasi.


video

Sekadar kenang-kenangan untuk si manis saya. Mini graduasi pertamanya. Anak solehah ni. The level of confident is high according to the teachers la. Sama macam abah. 

Aku rasa, bukan rasa tapi memang... banyak benda dia ikut encik husben. Perangainya. Level of confident dengan highly motivatednya. Alya memang fokus time buat kerja. 

Baran sikit same like the father. Haha... Sebab tu agaknya dia lahir kat HSNZ, Kuala Terengganu. Jadik ikut encik husben la sikit perangainya. Pembantu yang sangat boleh diharapkan. Baru 6 tahun tapi bab jaga Aus memang superb la.

Cuma dah namanya budak. Ada masa-masa memang perangai budak la. Biasa la tu. Dan aku cuba la tak mengharapkan lebih daripada apa yang dia boleh buat. Semoga anak solehah ibu abah ni akan sentiasa dilindungi Allah dunia dan akhirat. Amiiinnn...

28 November 2014

Apa pandan-pandan?




Jumpa ni kat fb masa tengah tengok-tengok status orang lain. Lepas tu rasa nak gelak sendiri. Memang betul la kan. Mungkin ada je yang tak alami semua ni. Tapi aku pernah la.

Masuk je dewan exam, siap pilih seat. Nak exam macam biasa la. Tetap ada huhu haha jugak. Budak-budak. Hehe... ^o^ Tapi kejap je. Lepas tu senyap la. Dapat je kertas soalan, tengok apa yang patut dan kemudian keluarlah pertanyaan: 'Apa nama lecturer kita ha?'

Dalam kelas panggil sir or mr or miss or mem. Puan dengan cik pun ada jugak. Lepas tu short form nama lecturer. Cukup masa, time nak exam... baru la terkial-kial nak cari nama lecturer. Macam mana tu?

Tapi yang paling kelakar bila budak ni tanya dan siap bagi jawapan ikut apa yang dia ingat la. 'Eh, nama Mr.Siva, Sivamurugan Pandan kan?' ╥﹏╥ Kalau Mr.Siva dengar ni mahunya menitis airmata dia. Apa 'Pandan-pandan?' Sekarang dah jadik Dr.Siva. Fames jugak dia ni. Dipinjamkan pada kita orang untuk ajar subjek apa entah. BM dia memang superb. Terbaik!!!



Pic tu pun cilok kat fb Dr.Siva. Boleh trace kan yang mana satu dia. Haha... Adoiii la! Sampai sekarang tak lupa walaupun dah bertahun benda ni berlaku. Nama dia Sivamurugan Pandian la. Tapi tu la. Kenangan kan? Jenis yang 'tuang' kelas lagi la tak ingat nama lecturer kan? Kan?


posted from Bloggeroid

27 November 2014

UPSR bukanlah penamat cerita.


Semalam result upsr keluar. Kawan-kawan yang anaknya ambik upsr dah update dalam group anak masing-masing dapat 5A. Dua orang je pun anaknya ambik upsr. Haha... Yang lain tu ada anak tengah tunggu turn. Ada yang dah sudah. Haish, kawin awal masing-masing ni!

Anak buah aku dua orang ambik upsr. Tunggu jugak result tapi tak ada whatsapp pun dari kampung. Pukul 11 lebih pun result tak keluar lagi. Sekolah ni dari dulu memanjang je lambat. Tahun ni dropped budak-budak yang dapat 5A. Tekanan sebab kena repeat paper la tu. Baru upsr dah stress gila-gila dah budak-budak ni.



Dua orang anak buah aku ni. Yang sebelah kanan tu resultnya 4A 1B. Cemerlang daripada kakak dengan abang dia. Yang sebelah kiri tu result dia memang cemerlang jugak. 4B 1C. Aku macam terharu la dengar dia dapat 4B. Cikgu dia pun terkejut dengan result dia tu. Tak percaya. Habis tu macam mana? Haha... Yang 1 dia orang tu sains.

Halim aka De aku memang tak heran kalau dia dapat 4A pun. Dia okay je time belajar. Turun naik kelas tu biasa. Pengawas perpustakaan macam kakak dia jugaktime sekolah dulu. Kakak dia sekarang pun pengawas perpustakaan. Tapi Alan... rasa kelakar pun ada. Dia daripada darjah 1 sampai 6 duduk kelas belakang. Bangga tu duduk kelas belakang. Berjaya mengekalkan prestasi katanya. Itu la yang dia bangga-banggakan kalau aku tanya sampai bila nak duduk kelas belakang. Adeh...≥﹏≤

Membaca pun lambat. Darjah 5 kot br blh baca betul. Tapi tak berapa betul jugak lagi. Kiranya dia slow learner sebab dia pun lambat bercakap. Sampai sekarang pun pelatnya still ada. Kesan kerap sangat jatuh dalam bilik air kot. Tapi itulah... rezeki dia. Bangga jugaklah dengan pencapaiannya tu. Pada aku itu dah cemerlang sangat.


Dan semalam ada je yang aku nampak bawak tuala kecik. Senang nak menangis. Ada sorang mak ni nak belikan anak dia aiskrim. Kebetulan aku pun nal beli jugak. Puas la pujuk anaknya tu tapi anak dia tak layan. Tak nak la apa la... Mak dia pandang aku sambil buat muka. Nampak pakai uniform jadinya aku tanya baru ambik result ke? A'ah... jawab maknya. Tapi result tak macam yang dia jangka. Itu yang dia frust sangat sampai tak nak makan.

Kata maknya lagi, dia checked dengan cikgunya kertas math. Kalau ikutkan dia dapat A. Tapi tak sama dengan result. Abang dia cemerlang lagi. Patah hati la tu. Aku dengar je. Upsr bukanlah penentu. Ia cuma baby steps untuk maju. Tak semestinya result teruk takkan pandai sampai bila-bila. Ada semangat on je. Semua benda boleh.

Tapi budak-budak uang dah diajar stress dari kecik ni susah jugak. Cakap la macam mana pun... kalau dia nak A, mesti dapat A. Dapat B macam ni la jadinya. Which I'm trying to avoid from applying this to my kids. Tak boleh nak score macam orang lain tak apa la. Ikut kemampuan diri. At least dah cuba. Berusaha dan mencuba. Selebihnya Allah tentukan.

Yang mana cemerlang upsr ni, tahniah. Well done. Good job kids. Yang mana tidak tu, cuma lagi next time. Panjang lagi masanya. Good luck. Pada anak buah aku yang dua orang tu... congrates!!!


26 November 2014

~ WW #97 ~Emas & Masa Depan.








my foot: menyimpanlah daripada sekarang. 1gm sebulan. bukan semata-mata untuk diri sendiri tapi untuk kepentingan akan datang. untuk keluarga juga. emas akan tetap kekal sebagai emas. 

jom menyimpan. nak tau lebih lanjut pasal simpanan emas ni boleh whatsapp ke telegram no kat flyer tu. nak contact aku pun boleh jugak. belum terlambat pun nak menyimpan emas... 😁😁😁

posted from Bloggeroid

25 November 2014

Selesema dan batuk.




Bukan aku tapi Aus. Selesema dan batuk. Tidur pun tak lena mana sebab dok batuk je. Siang ada jugak dengar dia batuk. Tapi kejap-kejap je la. Bila malam, memang selang seminit batuk. Tekak gatal je. Keaian dia.

Semalam lepas muntah, memang dia tak lena sampai ke pagi. Pukul 6 dah bangun mandi. Lepas tu aku bawak turun bawah la. Bagi tidur dalan buai. Harap-harap lena la. Still kejap-kejap batuk tapi tak seteruk kalau tidur atas tilam. Habuk terlebih la tu.

Sekarang ni dia tengah tidur kali kedua. Biasanya tidur siang cuma dua kali je. Pukul 9 dengan pukul 3. Tadi pukul 6.30 dah tidur sekali, ni lagi sekali memandangkan dia tak sihat mana. Petang nanti mungkin tidur lagi sekali kot. Tak tahu la.

Makanya dengan ini, aku pun nak lelapkan mata barang sekejapan. Hoho... Asalnya entri ni lain. Tapi hp ni sengal pulak. Dia pergi save entri kosong. Entah apa-apa entah. Sabar je la. Buat jugak la entri ringkas ni. 

Actually ni kali kedua jadi. Hangin je rasa. Mungkin sebab line jugak kot. Tak tau la. Apa pun kalau guna hp memang kena taip sepatah dua kata je sebabnya kalau entri hilang, hati tak la sakit sangat... ≥﹏≤

posted from Bloggeroid

24 November 2014

You're still the ONE!!!





my foot: always be the one that i run to & the one that i love. now & for always... 😍😍😍


posted from Bloggeroid

Inilah kita...







my foot: sentap!!! aku adalah hambaMU yang lalai dan mudah alpa... 〒_〒

posted from Bloggeroid

20 November 2014

Hari terakhir...



Last day kat kindy. Tak sempat nak beli hadiah kat cikgu-cikgu. Jadinya bagi kek je la. Ingat nak cari pin shawl. Tapi tak keluar ke mana-mana nak carik pin shawl apanya. Haha... Syahdu pulak rasa. Tetibe je kan?! Sampai cikgu pun cakap kat budak dua beradik, kenapa Anis tak teruskan kindy dia kat situ. Nak buat macam mana. Anis dapat pra.

Tapi cikgu-cikgu pun suka jugak dengan Anis. Kalau aku ambik dia orang, Anis mesti cakap... hari ni dapat gula-gula la, cikgu ni bagi nuget, cikgu tu bagi bekal dia sikit. Memang ada je la benda dia dapat sampai Alya pun cakap: 'Asyik Kak Ngah je.' Haha... Nak buat macam mana. Dah cikgu nak bagi.

Kek ni asal kejadiaannya okay je. Tapi dilanyak Azfar masa dia melompat-lompat dalam kereta. Adeh... Nak marah-marah pun buat apa. Bukan boleh betulkan pun. Nasib baik sikit je cacatnya. Tak apa la. Janji boleh makan... ^o^

Alya dengan Anis pun ada tanya kenapa tak boleh sekolah kat situ lagi. Kalau Alya memang tak boleh la sebab nak masuk darjah 1. Anis pulak abahnya nak dia biasakan diri dia dengan environment sekolah. Cuma Azfar je tak tahu nak hantar ke sekolah mana lagi. Rasa macam nak hantar ke Seri Kancil jugak. Tengok la nanti macam mana.

Sekarang ni nak plan aktiviti cuti sekolah. Kalau tau balik kampung, senang. Tak tahu ni kena plan aktiviti berfaedah sikit la. Tambahan bacaan untuk Alya, spelling untuk budak dua-beradik ni jugak. Layihan menulis untuk Azfar. Tambahan 'menyibuk' untuk Aus. Haha... Harap-harap okay la hendaknya.

posted from Bloggeroid

19 November 2014

Kak Long Alya.







my foot: sayang kamu selama-lamanya.


posted from Bloggeroid

17 November 2014

Mood hujan.



Bila hujan, mood pun sama macam hujan. Sejuk je. Nak pegang handphone pun malas. Haha... Sekarang ni mendung je pagi-pagi. Petang-petang baru hujan. Bangun pagi nak mandi bukan main sejuk lagi.

Minggu ni minggu last sekolah. Lepas tu cuti panjang. Tak ada plan lagi nak buat apa dan nak ke mana. Budak 4 beradik ajak balik kampung. Eh, 3 orang je la memandangkan Aus bukan reti request apa-apa pun lagi. Haha...

Tak ada nampak bayang-bayang boleh balik pun. Aku nak drive sendiri? Memang tak la. Susah sikit dengan Aus sekarang. Walaupun dia minum botol, tapi kalau dah dia kata nak dengan ibu... ibu jugak la adanya. Nak drive macam mana kalau dia ada sama atas riba ke. Phening!!! 

Nak balik pun kena awal-awal jugak. Kalau dah separuh cuti, memang takkan ke mana la jawabnya sebab keadaan cuaca tak menentu ni. Boleh jadi banjir. Jadi reda je la anak-anak ye kalau tak balik kampung. Ada hikmah la kalau tak jadi balik. Nanti kita buat aktiviti sama-sama ek...



16 November 2014

Terima kasih dan selamat tinggal.


Langkah kedua Alya sebagai pelajar tadika bermula di sini. Langkah pertama Anis juga di sini. Sudah dua tahun masing-masing menimba ilmu di Tadika Sri Kancil. Guru-guru untuk tahun ini saja silih berganti. Jika tahun lepas hanya 3 orang, penghujung tahun bertambah lagi seorang. Kemudiannya berhenti, kekal 3, berhenti dan bertambah. Begitulah. Sehingga ke hari ini kekallah bertiga.

Hari ni hari bertemu ibu bapa. Hari untuk ambil report card. Alhamdulillah... Dapat pics convo Alya termasuk dengan pic kelas beserta gambar pasport untuk kegunaan darjah 1 nanti. Tak payah penat-penat nak ke studio. Cikgu dah sediakan.


Perkembangan Alya cukup baik. Dah banyak yang dia achieved sepanjang berada kat Tadika Sri Kancil ni. Kebolehan, komitmen... Alya memang highly motivated. Keinginan dia pun sama tinggi jugak. Selagi tak dapat selagi tu la dia cuba. Itu Alya. Exams dia baru-baru ni okay jugak.

Cuma maths la dia ada buat minor mistakes. Mungkin sebab soalan tu buatkan dia tak faham mana nak jawab. Tak apa. Ada masa untuk belajar lagi. Boleh perbaiki kekurangan tu kat sekolah rendah. Jangan rasa tertekan dengan kelebihan orang. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Bila kita pandang orang 'terlebih', kita lupa dengan keupayaan diri sendiri.


Ini jugak tahun terakhir untuk Anis. Next year dia masuk pra. Rasa sayang pulak lepaskan dia masuk pra. Bukan sebab pra tak bagus walaupun aku ada dengar-dengar pra kat sini macam kureng sikit, tapi dia dah selesa dengan tempat ni kan. Tapi terlalu selesa pun tak boleh jugak. Tak apalah. Dia boleh belajar environment sebenar sekolah bila dia masuk pra.


Perkembangan dia pun okay. Exams okay tak ada masalah. Cuma Anis bukan macam Alya. Adik-beradik dah tentu tak sama dalam semua segi kan? Anis ni asal boleh je. Banyak 'tak apalah' berbanding buat. Tak semestinya dia mengadap homework lepas balik sekolah, kerja tu akan siap. Kadang-kadang esok pagi baru sambung buat semula. Macam mana tu? ^o^

Ada masa tengah buat homework, pergi makan la. Minum air la. Sudahnya kerja tertangguh. Sabar je la. InsyaAllah... Next year boleh perbaiki mana yang kurang. Tambahan, ada jugak kawan dia daripada tadika sekarang yang dapat pra walaupun tak sekelas.


Alhamdulillah... perkembangan dua beradik ni okay sangat kat kindy. Terima kasih cikgu-cikgu Tadika Sri Kancil. Tanpa permulaan ini, anak-anak aku mungkin takkan secemerlang sekarang. Dan selamat tinggal kerana tiada lagi yang akan memulakan langkah baru di sana mengikuti jejak langkah si kakak.

Untuk anak-anak, Ibu doakan agar kamu semua jadi insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Semoga berjaya gapai impian masing-masing hendaknya. Amiiinnnn...

posted from Bloggeroid

Lillahi ta'ala.

Sebaris ayat yang meninggalkan kesan dalam hati. Ayat yang mengungkapkan kebenaran rahsia hati yang tersembunyi. Reda dengan apa saja yang datang bertandang.

Untuk peringatan pada diri sendiri agar tak pernah lupa. Biarlah kata-kata itu meninggalkan parut selamanya sepertimana kata-kata lain juga adanya.

Lillahi ta'ala... bukti yang cukup bermakna. Terima kasih atas segala-galanya.

posted from Bloggeroid

13 November 2014

Telekung lycra tidak sah solat.


Terbaca tentang ni kat instagram dua hari lepas. Kemudian ada yang upload kat group usrah. Bagus jugak ada group macam ni. Boleh timba ilmu. Berkongsi sesuatu yang tidak kita tahu. Aku pun tak berani nak kata telekung lycra tu buatkan solat kita tak sah. Sebab lycra yang aku ada tebal je. Warna pun gelap. Semoga apa yang tertulis bermanafaat untuk semua.



Soalan :

Apakah hukum memakai kain telekung lycra semasa solat? Adakah benar tidak sah solat dengan memakainya kerana nampak susuk badan?

Jawapan :

بسم الله الرحمن الرحيم

Telekung lycra menjadi pilihan wanita, pada pandangan kita, ialah kerana faktor cuaca di tempat kita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sedang berbadan dua, ataupun sedang di ambang menopause. Mereka ingin beribadah dengan selesa, lalu ingin memilih jenis kain yang selesa dipakai.

TELEKUNG BUKAN SYARAT SAH SOLAT

Selalu kita sebutkan, memakai telekung bukankah suatu kewajipan. Syarat sah solat itu ialah menutup aurat, bukan memakai telekung solat. Pakaian untuk solat tidak semestinya berwarna putih, tidak semestinya kosong tanpa corak. Jika pakaian harian kita sudah bersih, cukup syarat menutup aurat, longgar, kita boleh solat dengan pakaian harian itu.

Memakai telekung bukan syarat sah, tetapi kerana kebiasaan dan keselesaan kita, walaupun pada asalnya supaya aurat lebih tertutup dengan sempurna. Mungkin juga kerana pakaian harian ataupun pakaian kerja kita tidak cukup syarat menutup aurat, makanya, apabila hendak solat, kita memang mesti memakai telekung untuk menutup aurat yang masih tidak lengkap tertutup.

Sebenarnya, aurat dalam solat dan aurat di luar solat (apabila ada lelaki ajnabi/bukan mahram) sama sahaja. Sama perlu ditutup sempurna, sama batas auratnya. Bahkan ada mazhab yang mengatakan aurat dalam solat semasa tiada lelaki ajnabi lebih ringan berbanding aurat di luar solat. Bagi mazhab Abu Hanifah, kaki (ظهر القدم) boleh dibuka apabila solat semasa ketiadaan lelaki ajnabi.

PAKAIAN KETAT ATAU MENAMPAKKAN SUSUK BADAN SEMASA SOLAT

Persoalan dalam hal ini sebenarnya ialah, apa hukum solat dengan memakai pakaian yang ketat/menampakkan susuk badan, sedangkan pakaian itu memang tebal tidak menampakkan kulit, dan sudah menutup bahagian aurat yang perlu ditutup?

Para ulama' mengatakan solat itu SAH, tetapi MAKRUH, dan jika ia dipakai semasa solat yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi, perbuatan itu BERDOSA.

Antara lain :

Al-Syeikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah mengatakan :

"Wajib memakai pakaian yang menutup aurat, walaupun pakaian itu ketat menampakkan bentuk aurat. Sekiranya pakaian itu nipis sehingga nampak putih ataupun merahnya kulit, pakaian itu tidak boleh dipakai dalam solat."

Al-Syeikh Saleh al-Fawzan memfatwakan sahnya solat wanita yang memakai pakaian ketat yang menutup seluruh bahagian auratnya, dalam masa yang sama, berdosa memakai pakaian begitu.

Beliau mengatakan :

"Pakaian ketat yang menyerlahkan bentuk badan wanita tidak boleh dipakai. Pakaian ketat tidak boleh dipakai baik oleh lelaki mahupun wanita, lebih-lebih lagi kaum wanita, kerana lebih banyak fitnah ada pada mereka.

Adapun hukum solat dengan memakai pakaian ketat, sekiranya ia menutupi bahagian aurat, maka solatnya SAH kerana adanya penutup aurat, namun berdosa orang yang solat dengan memakai pakaian ketat, kerana dia (seolah-olah) melanggar satu daripada peraturan solat dengan sebab ketatnya pakaian yang dipakainya itu. Ini dari satu sudut.
Dari sudut kedua pula, ia menarik pandangan, lebih-lebih lagi kaum wanita. Maka wajib bagi wanita memakai pakaian yang longgar sempurna menutup auratnya :
tidak menampakkan bentuk badannya, tidak menarik pandangan kepadanya, tidak nipis ataupun jarang, sebaliknya pakaian itu hendaklah menutup wanita itu dengan sempurna."

KESIMPULAN : HUKUM TELEKUNG LYCRA?

➡ Sekiranya telekung lycra dipakai menyerlahkan susuk badan, maka hukumnya sama seperti pakaian ketat. Sah solat, tetapi makruh. Berdosa jika dipakai di hadapan lelaki ajnabi.

➡ Sekiranya pakaian harian yang dipakai itu tebal, sehingga memakai telekung lycra pun tidak menampakkan susuk badan kerana sudah dilapisi pakaian tebal di dalamnya, ia tidak dikira sebagai ketat.

Pastikan pakaian yang kita pakai tidak menyerlahkan susuk badan, tidak kira apa jenis pun nama kain dan potongannya. Baik di dalam solat, mahupun di luar solat, apabila dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.

والله اعلم


Rujukan ringkas :

Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Abu Malik Kamal, Sahih Fiqh Sunnah
http://islamqa.info/ar/143733
http://islamqa.info/ar/46529
http://ar.m.wikipedia.org/wiki/قدم

Boleh jugak rujuk blog ni untuk tambah ilmu: Blog Ustazah Ani

posted from Bloggeroid

12 November 2014

~ WW #96 ~ 'Rumah' baru saya.






my foot: hasil sentuhan Dayang Deno. i like. simple je dah cukup. tak nak crowded. nama blog pun dah tukar baru. hehe... ye la. sekarang ni 4A. kalau 5 ke 6 A macam mana? nak kena tukar jugak kan? mungkin yang ni kekal kot namanya. siapa-siapa yang nak tukar cat rumah boleh contact Dayang Deno ni. servis tip top...

posted from Bloggeroid

11 November 2014

Exam oh exam...



Nak buat entri ringkas je sebenarnya. Entah boleh entahkan tidak. Sebab tadi bukak fb. Nampak satu status kat fb pasal parent ni tak dapat nak akses result exam anak-anaknya. Jadik kalut kejap. Serba tak kena mak ni dibuatnya. Selagi tak tahu result, selagi tu la hati tak tenang. Ye la... mak bapak dah berhabis duit bayarkan tuisyen untuk anak-anak. Kalau tak score tak tahu la. Anak-anak ni sekolah rendah lagi. Belum darjah 3 pun.

Tinggi harapan parents untuk tengok anak-anak score. Tapi at this kind of age, result exams tu penting ke? Okay la. Penting. Tapi kalau dapat B ke C ke... dah dikira gagal? Kadang-kadang kesian dengan budak-budak bila parents expect more daripada apa yang dia orang boleh buat. Bukan bermaksud dia orang tak boleh buat. Tapi ada budak-budak ni lambat sikit perkembangannya.

Tak semestinya tak excell masa sekolah rendah dia oang takkan boleh buat langsung. Ada je result spm biasa-biasa je tapi masa kat uni cemerlang. Ada je daripada sekolah rendah dah bright gila. Itu bonus. As parents rasanya kita bagi galakan dan dorongan je la. Kalau tak boleh buat, tak apa. At least dia orang dah cuba kan? Itu yang penting.

Biar la apa orang nak cakap asalkan dia orang tak stress dengan harapan tinggi ibu bapa ni. Even dapat result cemerlang dan masuk SBP pun belum tentu dia orang akan terus cemerlang sampai ke akhirnya kan? Ada je yang sekolah biasa tapi result gempak. Atas keinginan dan usaha individu tu sendiri. Dapat masuk SBP ni kira bonus sebab cikgu-cikgu dia antara yang terbaik. Tapi yang orang tak tahu cikgu-cikgu pun stress nak kena kekalkan ranking.

Aku pun daripada sekolah harian. Tak ada stress-stress zaman belajar dulu. Habis je degree. Alhamdulillah. Jadinya aku pun tak nak la anak-anak aku rasa tertekan semata-mata nak score dan gembirakan hati parents dia orang ni. Janji dah usaha. Selebihnya doa dan tawakal la. Doa ibu bapa jugak penting. Doakan yang terbaik untuk anak-anak.

Okay, itu aku cuma point of view. Ada orang mungkin tak setuju. Tak apa. Pilihan masing-masing. Jangan sampai anak-anak stress dah la. Cemerlang tapi stress tak ada makna. Tambahan dengan sistem baru sekarang ni. Ya Allah... permudahkanlah urusan anak-anakku di dunia dan akhirat. Amiiiinnn....
posted from Bloggeroid

10 November 2014

Botol pun okay.



Aus dah belajar minum fm thru botol. Senang kalau nak tinggalkan dia dengan encik suami. At least ada susu. Tak ada la dia meragam sangat. First time cuba, beli dugro small size. Testing katakan. Botol susu pun kecik je. Balik rumah tried bagi, alhamdulillah... dia minum walaupun tak habis. Masa tu buat pun sikit je. Plain dugro aku belikan. Hari yang sama tapi waktu berbeza baru la nampak dia habiskan susu yg aku buat suku botol je. Tak ada reject. Minum okay je.

Dia sorang je minum susu putih. Kakak-kakaknya minum dutch lady coklat. Kemudian tukar dengan dugro coklat. Bila putus botol, terus putus susu. Cuma sekarang ni ada la jugak nak minum semula susu coklat. Alya request daripada abahya suruh beli. Tapi tukang minum banyaknya si Azfar. Azfar daripada kecik reject botol. Paten lain ni. Memang tak nak minum ikut botol. Kalau dalam cup okay je.

Tu la kata... anak-anak ni ragamnya berbeza-beza. Takkan sama antara satu sama lain. Kalau ada pun sikit sangat la persamaan dia orang tu. Alya dengan Anis pun dah pandai buatkan susu untuk Aus. Biasanya, Anis la yang buat. Cakap je adik nak susu, mesti dia volunteer nak buat. Hehe... Senang kerja ibu kan. Tukang bagi susu pulak biasanya Alya sebab Aus lagi suka Alya berbanding Anis.

Kak Long layan adik lembut sikit. Kalau Kak Ngah ni kasar. Apa-apa pun memang dia nak dengan Kak Longnya. Dah nama pun Kak Long kan? Sifat ke'kakak'kan tu memang jelas la... (♡˙︶˙♡) Hai, besar dah anak-anak. Kejap je rasa. Makin besar anak-anak, makin tua la kita. Hehe... Ibu doakan anak-anak ibu cemerlang dunia akhirat. Jadik anak-anak yang soleh dan solehah la hendaknya. Amiiiinnn....

posted from Bloggeroid

Gigi kekal pertama.



Sudah besar. Tadi aku tengok dia makan mempelam. Lain macam cara makannya. Pelik, jadinya aku tanya kenapa makan macam tu. Alya jawab yang gigi bawah dia bergoyang. Sebatang je. Aku cakap okay la. Nanti tumbuh gigi baru. Dia jawab, bergoyang sebab ada gigi baru tumbuh. Aku tengok la. Eh, dah ada gigi kekal!

Haha... Macam excited la pulak. Padahal gigi je pun. Ala, apa-apa yang melibatkan anak-anak ni memang teruja. Bila besar dia orang tahu - ooo... masa ni gigi aku keluar rupanya - semua benda mak ni nak cerita... °.*\( ˆoˆ )/*.°

Adik-adik dia lagi teruja. Haha... Aku expect gigi kekal dia tumbuh masa umur 7 tahun. Awal pulak keluarnya. Biasa kalau gigi susu lambat tumbuh, gigi kekal pun sama. Tak kisah la tu. Cumanya aku pesan kerap-kerap la goyangkan gigi tu. Nanti lagi cepat dia tercabut. Dia pulak dok suruh aku yang goyangkan. Alahai anak... Sabar je la.

Bila gigi kekal dah ada, makanya segala bentuk coklat mahupun gula-gula memang kena kurangkan la. Itu abah dah pesan lama dulu dah. Kecuali kalau kawan-kawan bagi. Ada exception la. Kalau beli sendiri memang tak la kan...

Kalau kat kampung ni mahunya hari-hari dok kunyah gula-gula je. Tukang belinya ramai. Dok sendiri ni boleh kontrol walaupun kadang-kadang dapat jugak daripada cikgu-cikgu dengan kawan-kawan. Hmmm...

posted from Bloggeroid

09 November 2014

Pra Sri Cahaya.



Alhamdulillah... Urusan registration dengan ukur uniform pra Anis dah setel semalam. Rezeki dia untuk masuk pra next year. Bukan senang nak masuk pra. Borang permohanan dikeluarkan dalam 150 keping je. Tapi masa aku hantar borang Anis tu tak sampai 100 orang pun hantar semula borang tu. Itu pun aku hantar kiranya hari last dah tu. Reason hantar last day sebab encik suami kena setelkan fotostat slip gaji terbaru dia.

Masa Alya dulu tak sempat ambik borang pun walhal tarikh tutup untuk ambik borang panjang je lagi. Itu pun sebab termissed. Baru pindah sini. Jadi macam blur sikit la. Masa tanya dia cakap borang dah habis. 200 borang last year tapi yang returned semula tak sampai pun 100. Tu pasal tahun ni dikurangkan pengeluaran borang tu kot. Habis tu kalau 150 borang keluar tapi yang hantar tak sampai pun 100, macam mana tu?

Lepas register, kena dengar taklimat. Tapi dalam 3 orang yang bagi taklimat cuma seorang je aku boleh fokus. Yang lain-lain macam cakap sorang-sorang. Suara kena telan dengan mic. Pra sekolah ni ada 3 buah kelas. Setiap kelas cuma ada 25 orang students je. Jadik next year tak ada lagi tadika swasta kecuali untuk Azfar je la.

Cumanya, waktu kedatangan ke sekolah seawal jam 7 pagi. Hoho... Terbaik!!! Alya memang kena ambik van la untuk ke sekolah agama. Kalau tak, takut tak terkejar. Sebab sekolah agama dengan sekolah kebangsaan ni halanya berbeza. Azfar aku boleh mintak cikgu datang ambik dengan hantar. Sekolah kebangsaan waktu petang untuk Alya aku boleh hantar dengan ambik. Tak ada masalah kot. Harapnya la.

Apa-apa pun semangat jugaklah maknya ni nak setelkan anak-anak sekolah next year. Mesti pening-pening lalat dibuatnya. Haha... Tadika Seri Kancil, selamat tinggal. Kemungkinan besar Azfar pun takkan dihantar ke situ lagi dah sebab plan untuk Azfar dengan Aus berbeza. Dipermudahkanlah hendaknya. InsyaAllah...

posted from Bloggeroid

07 November 2014

Sudah tiba ke penghujungnya.



Kami sefamily di sini malam ini. To support and watch our dearest Alya's perfomance. Last year tak join sebab dia tak nak. Tahun ni wajib sebab dia dah 6 tahun. So no more kindy la lepas ni.

Ini pun tahun last Anis kat Tadika Seri Kancil. Dan Azfar takkan join masuk sini sebab nak try tadika lain. Kalau tau daripada awal Anis tak masuk sini lagi dah, boleh mintak cikgu serapkan dia untuk join perfomance. Tapi tak tau. Nak buat macam mana.

Kalau semua benda serba tahu, susah pulak nanti kan? Hoho... Dah 6 tahun rupanya Alya. Sudah besar. Dan Tadika Seri Kancil ni la tempat dia belajar mengeja, membaca, mengira... kenal erti berkawan. Hopefully besar nanti tak lupa akan jasa cikgu-cikgu tu.

Bye-bye Tadika Seri Kancil.

posted from Bloggeroid

06 November 2014

Bas legend...




Bila kawan-kawan time belajar dulu whatsapp gambar ni, terkenang-kenang masa silam. Cewah... silam la sangat. Teringat betapa legendnya bas ni. Banyak jasanya pada kami students ni. Ye la.. time tu ni la pengangkutan yang ada. Tambang pun tak mahal mana.

Dewan kuliah dengan kolej kediaman bukan dekat. Kalau dah habis kuliah dan balik hostel, memang akan naik bas legend ni. Ye la... nak berebut naik bas yang universiti sediakan memang mencabar. Students ramai. Bukan senang. Kadang-kadang tu time habis kuliah bukan time bas ambik students. Makanya kena naik bas legend ni la.

Ada jugak yang terus ke pkns. Tak singgah pun hostel. Sama ada nak jalan-jalan or beli barang. Masa tu pkns tu dah dikira okay. Ke subang or sunway piramid memang dah kira grand gila-gila la. Masa tu mana ada sacc mall ke plaza alam sentral. Naik bas pink ni kira best la. Sekarang aku tak pasti ada lagi ke tak. Last kata dh mansuh bas ni. Dah tukar dengan rapid kl yang canggih tu. Haha...

Bas legend. Bas mini pink. Yamg manis-manis sentiasa dalam ingatan... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid

05 November 2014

~ WW #95 ~ My Happiness!!!






my foot: bukan wang ringgit jadi ukuran. cukuplah apa yang ada dan insan-insan kesayangan ini di hadapan mata. jiwang gitu... (๑ơ ₃ ơ)♥

posted from Bloggeroid

03 November 2014

Proses penyembuhan.


Konon-konon nak update blog. Dah taip satu perenggan lepas tu berhenti. Kemas rumah bagai, masak semua tak jugak sambung-sambung. Adeh... Tak larat! Selesema dalam proses nak okay. Tapi tekak pulak sakit. Batuk-batuk. Sabar je la. Dah perit rasa tekak sebab batuk. Aus pun sama. Batuk jugak. Selesema pun tak okay lagi.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNYA ni. Ya Allah, sayangnya DIA pada kita sebab itu diberikan ujian agar kita tidak lupa padaNYA. Tapi hamba-hambaNYA ni selalu alpa dan leka. Bila sakit baru ingat. Bila sihat lupa diri. Astagfirullah... Moga tidak lupa diri juga adanya.

posted from Bloggeroid

02 November 2014

Sakit itu rahmat.



Sakit yang datang tanda Allah sayangkan kita kan? Reda dengan sakit yang datang. Sebelum ni encik suami yang demam. Kesnya buang sampah dalam hujan. Lori sampah datang tak menentu sekarang. Sengal je. Masa lori sampah datang, hujan. Ada satu plastik sampah yang tak letak dalam tong sebab dok punggah barang-barang. 

Jadinya malas nak guna banyak plastik beg. Encik suami pulak jenis manja. Tak boleh kena hujan. Nak kejar ke lori sampah, aku mintak dia je buang sebab aku nak kena sarung tudung lagi, Aus lagi. Ambik masa la kan. Akibatnya, esok demam dengan selesema plus batuk.

Lepas encik suami, Aus pulak batuk, selesema dengan demam. Next was Anis. Kemudian maknya pulak. Adeh... Bergilir-gilir. Aus ada ragam sikit la sebab lama jugak tak sakit. Alhamdulillah, demam tak lama. Selesema dengan batuk je yang tinggal. 

Bila mak take over, still boleh buat kerja. Cumanya ada rasa pening-pening sebab selesema. Hidung ni 24 jam gatal je. Berhingus bagai. Huhu... 'Nikmat' yang Allah bagi. Tapi tak apa. Sakit ni menghapus dosa-dosa kecik kan?!

Mood nak berblog tu ada. Tapi ada je kerja nak kena buat. Tak terkejar pulak nak menaip even satu entri pun. Tambahan masa Aus demam bagai, langsung tak nak berenggang. Sabar je la. Nasib baik jugak la budak-budak ni bila dah besar, sakit je nak abah. Bukan nak ibu. Selamat. Haha... Ini pun sambil-sambil baring je menaip entri sekeping. Boleh la daripada tak ada langsung... ^o^

posted from Bloggeroid

Terima kasih Mat Yo!




Merata-rata dok cerita tentang bola. Final Pahang dan JDT. Stadium penuh. Padang dengan skrin berskala besar pun penuh. Semua nak tengok bola. Kedai mamak apatah lagi. Aku tengok pun kejap je. Lepas JDT leading dengan 2 - 1, aku bawak anak-anak naik bilik, tidur. Tambahan pulak dengan flu ni. Tak ada makna nak menonton bola der. Last sebelum aku tertidur, Pahang berjaya ikat JDT. Lepas tu semuanya terpadam. Haha... (*゚▽゚)ノ

Tersedar kemudiannya tengok ada dua whatsapp daripada encik suami. Dah replied, tengok fb sebab nak tau keputusan bola. Eh, Pahang menang! Juara lagi. Biarpun bukan kemenangan sebab penalti, tapi tetap la menang kan?! Aku ni duduk ke Johor tapi tak ada la nak sokong JDT walaupun ahli kecik dalam rumah ni lahir kat Johor. Kesian... dia sorang je orang Johor. Encik suami dan Alya orang Terengganu. Anis, Azfar dan aku orang Pahang. Ngeee...

Semua dok menyalahkan Mat Yo sebab gagal sempurnakan penalti. Dah nasib badan, Mat Yo yang kena. Kalau Mat Yo sepak penalti tadi dan gol, mesti orang julang dan sanjung. Bila tak masuk, semua dok kata, buang je Mat Yo tahun depan. Kesian Mat Yo. Dan hakikatnya macam tu la. Kalau menang dijulang. Kalah sure kena tendang. Dah adat permainan. Kena ada yang menang. Ada yang kalah. Mana boleh seri. Dah tertulis Pahang menang, jadi menang la Pahang. Biar la tak ada pemain terbaik pun tapi anak jati sendiri main untuk pasukan itu kan lebih baik... ( ˘ ³˘)♥

Apa pun, terima kasih Mat Yo sebab kegagalan anda menjaringkan gol melayakkan Pahang untuk menjulang piala ini sekali lagi. Hogoh Pahang Hogoh! Terbaik!!!

posted from Bloggeroid

01 November 2014

Graduation Day yang ditunda.




Dah nak habis tadika dah Alya. Cepat je masa kan. Sedar tak sedar dh nak masuk darjah 1 tahun depan. Sepatutnya malam ni graduation day dia. Tapi ramai pulak parents mintak tukar sebab nak tengok bola. Sengal je. Encik suami takde hal pun buat malam ni. Sebab dia bukan kaki bola 100%. Tengok tu tengok jugak. Tapi tak taksub la. Kalau kena kerja, tak tengok bola pun tak apa.

Elok-elok buat hari sabtu malam, tunda pulak ke jumaat malam. Dah la jumaat encik suami kerja. Tak ke dah susahkan orang tadika ni? Nak senangkan parents lain, ada pulak parents lain yang susah. Tak pasal-pasal kena apply cuti. Walhal kalau buat malam ni pun tak ada hal. Ada je tadika lain buat malam ni. Parents mana la yang taksub sangat tengok bola tu? Huhu... Sabar je la.

Kebetulan encik suami this week dah dua kali cuti. Sekali tu sebab dia demam. Yang sekali lagi sebab Aus demam. Of course la dia as abah tak nak miss moment anak buat perfomance kan. Tambahan pulak ni tahun last Alya kat tadika ni. Anis jugak. Cumanya, Anis tak buat perfomance. Nanti datang tengok je. Next year Anis dapat masuk pra. Bukan senang nak masuk pra kat sini. Alhamdulillah... ada tertulis rezeki buat Nur Anis Insyirah.

Graduation Day Alya yang sepatutnya berlangsung 1st Nov bertukar la tarikhnya ke minggu depan 7hb. Sabar je la. Reda! Setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya. Sentiasalah berfikiran positif. Hmmm...

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign