✿ Rumah SalYa ✿: October 2014

Fresh from the owner...

30 October 2014

Jika sudah sampai masanya.




Dapat berita daripada kampung last two days, anak saudara aku meninggal dunia. Kes langgar lari katanya. Aku kenal anak saudara aku tu daripada kecik sebab maknya tu muka macam arwah mak. Sepupu aku tu la. Kiranya rapat jugak la. Even masa aku mengajar dulu, dia tu ada. Tapi aku tak ajar kelas dia. Nanti jadi pelik pulak. Hehe...

Baru nak masuk 30 tahun tapi dah dijemput kembali ke pangkuan Sang Pencipta. Ajal dia kan? Aku macam terkejut jugak la dengar. Sebab last aku datang rumah my cousin tu raya tahun lepas. Masa tu adik arwah bagitahu kakak dia macam sakit. Selalu jugak meraung malam-malam macam tu la ceritanya. Ada anak 3 orang. Kecik lagi anak-anaknya. Luckily dia duduk dengan parents.

According tu my sis yang pergi melawat, anak dia yang bongsu pun parah. Arwah bawak 3 orang anak dia naik motor nak pergi rumah mak angkat dia. Bergesel dengan kereta. Dan arwah dalam proses nak divorce. Bercerai mati akhirnya. Last aku jumpa dia masa dia tengah sarat anak nombor 3. Time tu dia dengan husbennya.

Terbayang-bayang rupa paras dia. Bila d sampai tempoh yang dah Allah tetapkan, siapa kita nak menghalang semua ni kan? Bahagian dia macam tu. Bahagian kita tak tahu lagi. Semoga tenang di alam sana. Al-fatihah...


posted from Bloggeroid

29 October 2014

~ WW #94 ~ Kampung's View.








my foot: subhanallah... balik kampung lepas gian ke pantai. Johor kan cuti seminggu Deepavali. hehe...

posted from Bloggeroid

15 October 2014

Blogwalking.


Hoho... Dah lama tak blogwalking. Sekarang ni kureng sihat sikit la. Tambahan pulak dengan handphone pun kureng jugak. Sebenarnya malas nak pegang handphone. Laptop apatah lagi. Bukak time dgr ayat Quran je. Memang jadik amalan tidur dengan ayat Quran. Kalau tidak rasa sunyi je.

Sekarang ni dengan Azfar yang tak berapa nak sihat lagi la. Lepas tidurkan Aus waktu pagi, aku pun ambik la peluang lelapkan mata jugak. Ngantuk. Tak tahan mata ni. 

Sebabnya Azfar ni berjaga malam-malam. Temperature dia asal malam je tinggi. Semalam cecah la 39°C plus2. Lepas mandikan baru la dia tidur semula. Itu pun tak ada la nak lena mana. Ibunya lagi la.

Apa yang bagusnya demam kali ni dia tak ada la meragam mana. Siang okay je. Makan pun macam biasa. Cuma tak banyak tapi tetap makan. Bila malam je la kena jaga-jaga sikit. 

Itu la sebabnya tak berapa nak blogwalking. Tambahan pulak bila anak soleh yang kecik ni baru dapat kaki. Nak 'hilang' je kerjanya... ^o^

Okay, alasan je lebih tu. Walaupun 75% daripadanya adalah benar, selebihnya M je. Haha... Sabar je la.

posted from Bloggeroid

~ WW #93 ~ My cute little driver.









my foot: kalau dah pegang stering jangan harap la boleh lepas. adeh... kalau aku tengah drive pun dia sama sibuk nak duduk atas riba. pening kepala ibu... ≧∇≦

posted from Bloggeroid

13 October 2014

Ujian saringan kelas.



Sabtu lepas bawak Alya ke sekolah. Tahun depan kan nak masuk darjah 1 dah insyaAllah. Sabtu tu ada saringan untuk tentukan kelas dia tahun depan. Pergi dengan anak-anak je memang heaven. Pening kepala kejap. Haha...

Kebetulan Azfar tak sihat. Ada ragam sikit. Kejap-kejap cakap lamanya. Bila nak balik. Kesian jugak tapi nak buat macam mana. Melepek je sepanjang sejam pertama. Mujur jugak ada Anis dok tengokkan Aus yang baru dapat kaki tu. Budak kecik tu bukan boleh duduk diam. Anis la dok ikut mana adik dia nak pergi. Hehe...

Alya masa mula-mula tu macam tak berapa nak excited. Takut la, apa la. Aku pun masa baru sampai tengok budak-budak ni pakai baju kindy. Tapi masa buat pengesahan tak ada pulak dia orang cakap kena pakai baju kindy. Ingat nak balik semula tapi tak jadi. Tak apalah. Bukan orientasi pun. Cuma nak exam kecil-kecilan je. Haha...

Alya exam kat bilik 1. Ada lebih kurang 15 bilik kot. Aku tak ada la nak sibuk-sibuk dekat budak-budak. Cikgu ada. Cikgu boleh uruskan. Tapi ramai parents yang sama menyelit. Pada aku tak perlu kot. Jadi kesukaran pada cikgu-cikgu tu nanti. Masa Alya exam, parents dengar taklimat pasal kssr. Tahun ni last kbsr punya sistem. Pasal linus, kbat.

Kat mana patut ambik drop and ambik anak. Which gate you should use sebab ada 3 gates. Rules and regulations. Bla bla bla... Alya lepas exam dok bercerita dia dapat kawan baru. Dah excited sikit. Hopefully dia okay-okay je nanti. Kelas mana dia dapat tak penting. Apa yang penting dia dia belajar surviving skills kat sekolah. Sekarang ni semuanya bukan based pada exam je. Kalau tak ada social skills pn tak boleh jugak. Sebab sekarang ni sistem kita kan exam-oriented. Baca buku, study, hafal... cemerlang la insyaAllah. Boleh la dapat berapa A sekalipun.

Tapi berdasarkan buku pun tak boleh jugak kalau fail bab komunikasi, adab segala. Apa pun, yang terbaik la untuk Nur Ismahani Alya. Tak ada tekanan ye. Belajar ikut kemampuan. Yang penting happy pergi sekolah. Jangan stress... ٩(๛ ˘ ³˘)۶♥

posted from Bloggeroid

10 October 2014

Ujian mata.


Try ni. Cuba test ketajaman penglihatan kita:.


http://106.186.25.143/kuku-kube/en-3

⊙_⊙

Mata burung: 31

Mata biasa: 21-30

Penglihatan lemah:15-20

Mudahan Allah menyembuhkan mata anda: 10-14

^o^




my foot: dapat dari group whatsapp. bagus untuk uji mata sendiri. Alhamdulillah... mata burung rupanya. 😁😁😁

posted from Bloggeroid

09 October 2014

Kesayangan hamba.



Haha... Title bukan main lagi. Pic tu husben whatsapp time kerja. Time kerja tak ada. Awal-awal malam memang tak ada kerja. Masuk tengah malam kerja pun banyak. Bila tak ada kerja dia duduk baring kat situ la. Tak seempuk tilam kat rumah tapi boleh la untuk rehatkan badan kejap. Bila kerja 'turun' langsung tak boleh nak rehat mana.

Balik rumah konpem mengadu keje banyak, penat. Kadang-kadang tinggalkan keje tak siap. Penat dah. Orang shift siang sambung la. Itu kata dia. Shift siang lagi ramai orang berbanding malam. Malam cuma ada 3 orang. Kerja pulak berlambak. Kalau kena sorang mc ke cuti ke lagi la penat. Lagi kesian.

Sekarang ni kantin tempat dia biasa lepak sebelum masuk keje dah tak bagi pekerja dari seksyen lain masuk tanpa pass. Dia kata leceh la nak tukar pass bagai. Alahai... lagi kesian. Makanya sekarang dia bawak bekal je dari rumah. Lucky me husben ni sangat la simple bab makan. Selalunya dia nak roti bakar je.

Roti bakar time panas sedap la makan. Tapi bila dah sejuk mana sedap sangat pun. Tapi husben kata tak kisah. Dah la roti bakar dia biasa makan pukul 2 pagi. Alhamdulillah... Memang senang nak jaga perut dia.

Kalau tanya nak makan apa dia mesti cakap ikut suka la. Tak pun ikut selera aku. Kalau tunggu dia request, alamat tak makanlah. Cumanya dia western tak berapa sangat la sebab perut orang kampung. Tapi boleh je makan. Hehe...

Alhamdulillah... Dapat yang simple sangat, senang nak handle. Biarlah tak sesempurna mana pun tapi you are still the best husben in the world. The one that I ❤, for now and always. InsyaAllah...

*tetiba jiwang karat pulak... 😊😊😊*

posted from Bloggeroid

08 October 2014

Ucapkanlah.



Terima kasih atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada kami sekeluarga. Terima kasih untuk setiap satu darinya. Alhamdulillah adalah sebaik-baik ucapan.

Disaat memerlukan, didatangkan bantuan dalam pelbagai cara. Alhamdulillah. Syukur atas rahmat dari Yang Maha Esa.

posted from Bloggeroid

07 October 2014

Tanpa rasa.

Update jugak sebab dah lama sangat pegang handphone. Daripada tadi dok bukak tutup je bloggeroid ni. Mood ada n menaip tapi rasa tu tak ada.

Nak bercerita pasal raya pun jadi malas. Mungkin kejap lagi lepas masak ada la rasa tu kot. Hehe...

Harap-harap la. Walaupun cuti raya kira agak lama, daripada jumaat sampai isnin, tapi kami sefamily tak balik pun. Husben save cuti untuk balik kampung lagi 2 minggu. Bukan balik Pahang tapi balik Ganu.

Pahang bila-bila pun boleh balik sebab dekat. Kalau Ganu ni jauh sikit. Setakat cuti dua tiga hari buat penat badan je nak drive. Especially my driver. Kalau bernasib baik boleh la aku tolong drive jugak. Kalau tak, harapkan dia sorang je la. Kesian. Huhu...

Okay la. Nanti cerita lagi. Ado kojo nak kene buat. See you then.

posted from Bloggeroid

01 October 2014

~ WW #92 ~ My two heroes!!!







my foot: cuma tinggal dua orang ni je la kat rumah bila kakaks pergi sekolah. Next year tinggal Aus sorang la pulak... 😁

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign