✿ Rumah SalYa ✿: September 2014

Fresh from the owner...

26 September 2014

Jumaat sudah.

Sekejap je dah jumaat. Pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan 9 nih. Aku entri yang nak publish daripada hari isnin dok terperam sampai la ke hari ni. Haha... Taip benti taip benti. Nak buat macam mana.

Nak pegang hp pun malas kadang-kadang tu. Sabar je la. Ini pun malas jugak sebenarnya. Tapi sebab nak pesan kat husben beli nasi kerabu, makanya merajinkan diri la menaip barang sepatah dua kata. Hehe... Tak ada la kosong sangat sepanjang minggu. At least ada satu entri. Hehe...

Next week dah raya haji. Ada yang balik kampung ke? Tahun ni beraya kat Johor la macam biasa. Masak special dah tentu. Walaupun untuk makan sendiri je. Ada masa kalau mood terbaik memang masak special jugak. Tak payah tunggu raya.

Hah, ada yang beli baju raya ke untuk raya haji ni? Kalau tengok online, ada je jualan sempena raya haji. Sabo je la. Adehhh... Okay la. Nak tunggu nasi kerabu dulu. Wah sedap tu. Kamu dan kamu makan apa pagi ni?

posted from Bloggeroid

19 September 2014

Adoiii la line.



Adoiii la... Pesal entah line sekarang ni macam tak berapa nak best. Nak bw pun susah sebab lambat sangat loading. Huhu... Sedih. Apatah lagi nak update blog.

Okay... bab update blog tu senang je walaupun line sengal. Sebab guna apps ni lain sikit. Tapi bw tu memang betul la. Loading dengan line internet 'E' memang macam apa entah. Line terbaik kan 'H+'. Time tu sedap la. Sebab tak ada sekatan bagai.

Dah la guna handphone. Entah bila la nak dibaiki cpu tu. Kalau baiki cpu tak payah n bawak turun naik laptop. Leceh. Skrin besar ni sedap sikit nak berblog berbanding skrin kecik hp. Macam-macam boleh buat kan? Cumanya kelebihan hp ni sambil-sambil tunggu anak ngaji pun boleh bw ke update blog.

Alhamdulillah... Bersyukur dengan apa yang ada walaupun line ni sengal-sengal alam. Plan internet apa yang best ek? Prepaid la. Yang bawak masuk ceruk kampung pun line still okay. Streamyx ada? Hmmm...

posted from Bloggeroid

17 September 2014

~ WW #91 ~ Penangan kek coklat.









my foot: adik-beradik tukang 'cuci' mangkuk. haha... clean and clear.

posted from Bloggeroid

15 September 2014

Alahai jiran.

Cuma nak bercerita pasal jiran aku ni. Dia ada sakit tiga serangkai. Last two years dia ada jaga budak. Tapi berhenti sebab tak tahan dengan sikap mak budak tu. Masa tu aku datang kat sini pun kejap-kejap je. Sesekali tu sembang dengan jiran sebelah nampak la kereta mak pada budak yang dia jaga. Makanya jiran ni pun cakap la kesian kat akak tu.

Daripada cerita dapat tau la yang mak pada budak yang jiran aku ni jaga selalu dang lewat ambik anak dia. Senang cakap ikut suka hati dia je la nak ambik bila pun. Jiran aku ni pulak hati lembut. Adeh... Anak asuhan dia tu duduk lorong belakang. Dekat je la dengan rumah si akak ni.

Masa bulan puasa lagi la kesian. Maknya datang ambik anak lepas waktu berbuka. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Adoiii... Bulan puasa patutnya ambik la awal. Time sefamily berkumpul. Ini tidak. Lepas berbuka baru datang. Kadang-kadang tu siap dah mandi bagai baru ambik. Biasa mak-mak ni habis waktu kerja terus ambik anak. Segelintir je perangai macam ni.

Tak tahan dengan perangai mak, akak ni decided tak nak jaga lagi dah. Tambahan pulak dia tak sihat mana. Tapi tadi aku tengok pintu pagar rumah berkunci bagai. Ingatkan akak ni tak ada tapi jiran sebelah rumah cakap ada je. Cuma saja kunci pintu bagai. Sebabnya mak pada anak asuhan dia dulu tu tak reti rupanya. Lepas dua tahun pun still hantar anak dia ke rumah akak ni. Hantar saja-saja je tau. Tak ada bayaran.

Maknya kalau nampak pagar tak berkunci akan drop anak depan pagar tu kemudian terus blah. Anak tu akan masuk la dalam kawasan rumah. Kita kalau budak takkan n biarkan kat luar je kan. Kesian. Mak tak reti jaga anak, tak pasal-pasal orang lain kena tanggung. Dah la si abang kalau datang rumah akak ni tak nak balik. Puas pujuk sampai anak akak ni la terpaksa hantar balik.

Aku cuma terfikir macam mana la mak dia jaga anak-anak kat rumah. Boleh je tinggal anak kat bekas pengasuh macam tu je. Tak ada rasa malu langsung sampai akak ni terpaksa kunci pintu pagar bagai. Itu pun tak reti lagi. Dah menyusahkan orang. Dah dua tahun. Kalau sebulan dua macam okay lagi. Kalau rasa tak puas solo baik jangan ada anak. Sian kat anak-anak tu.

Even jiran aku yang sorang lagi selalu jugak dok luahkan perasaan belakang-belakang. Mak balik kerja awal tapi kadang-kadang ambik anak lambat. Ada sekali tu, orf nampak si mak tengah minum dengan kawan-kawan. Macam mana tu? Kalau lambat bagitau la. Bagi la reason jugak. Bukan buat tak tahu je. Sebab tu aku malas nak jaga anak orang walaupun ada yang tanya.

Takut kesian budak tu. Pengasuh marahkan mak tapi tak cakap. Lepaskan kat anak jagaan. Kesian emosi budak. Lebih baik jaga anak sendiri je kan? Huhu...

posted from Bloggeroid

10 September 2014

~ WW #90 ~ Digigit Aus.






my foot: selalu sangat buat adik marah. biasa adik gigit jari je. kali ni kena gigit pipi pulak. baru tau rasa syok ke tak mengusik. hehe...


08 September 2014

Susu kambing perasa Cappucino.



Sedap susu kambing ni. Kalau dulu dok minum nescafe je sampai kena sound dengan husben. Macam addicted la jugak. Tak boleh kalau tak minum. Tapi sekarang dah okay. Tak ada nescafe pun tak apa.

Paling kuat pun dua sachets je sehari. Selebihnya minum la air masak. Banyak minum manis pun tak okay jugak. Anak-anak nanti ikut. Dia orang minum air manis pun pagi dengan petang. Pagi tu minum susu coklat. Kadang-kadang teh, teh o. Nak cicah biskut ke roti ke pun buat air manis.

Adehhh... Nak cite pasal susu kambing je pun. Tapi cite jugak la apa anak-anak minum hari-hari. Sabar je la.

posted from Bloggeroid

06 September 2014

Belanja selfie sekeping.




Pose budak demam. Alhamdulillah, dah makin baik. Dah kurang panas badannya. Walaupun makan tak banyak mana tapi makan tetap makan. Cuma ragamnya tu tak hilang. Adoiii la... Dah boleh main dengan kakaks dan abang tapi tak boleh hilang emak. Ada masa tak boleh berenggang langsung.

Hari khamis bawak dia ambik Alya dengan Anis daripada kindy sebab abah dah janji nak bawak beli kek dengan carik barang-barang untuk goddie bags Anis. Aku assumed nak pergi area kawasan rumah je. Jadik Aus aku tak pakaikan seluar. Just baju yang aku rendam dengan air garam bukit dan pakaikan pada dia. Kiranya kalau nak beli apa-apa, aku dengan Aus duduk dalam kereta je la.

Sekali abah dia bawak pergi kilang Apollo dengan Giant. Adeh... Kata abah: 'Tak apalah. Demam. Nak kisah apa dengan orang.' Hoho... Layankan aje la abah oiii... Tapi Aus ni time bawak berjalan, macam sihat la pulak. Tak ada masalah pun. Cumanya sepanjang perjalanan pergi balik ada la 2-3 kali dia tidur walaupun kejap-kejap je.

Pic kat atas tu masa on the way balik. Senyap je dalam kereta. Sekali tengok macam comel pulak pose budak demam ni. Selfie la sekeping dua. Hehe... Apa pun kali ni beli kek sebiji je untuk 3 orang. Ok la tu. Jimat sikit kan? ≧∇≦Lagi pun masing-masing siap request cake slice dengan abah ikut citarasa sendiri. Kek besar dapat. Kek kecik pun dapat. Layan...



Buruk deco kek ni. Kaler pun tak kena langsung. Tak kreatif betul la. Aku rasa nak cepuk budak kaunter tu pun ada. Reda je la. Janji kek sedap sudah.

posted from Bloggeroid

05 September 2014

Sanah helwah Kak Ngah.




Hari ni genap umur Anis aka Kak Ngah 5 tahun. Hari ni jugak buat Ops Gunting Rambut. Serabut tengok rambut panjang tapi tak nak jaga. Itu penampilan barunya la. Tukang gunting pun jiran je. Hehe... Jimat kos. Dia willing nak tolong guntingkan.

Kak Ngah orangnya simple je. Serba-serbi simple. Boleh tengok daripada hasil mewarna homeworknya. Dah 5 tahun tapi kalau dia memang malas, habis semua dia kaler guna satu warna je. Kalau ungu, daripada orang sampai ke background pun ungu. Berbeza sangat dengan Kak Long.

Anak solehah ni boleh diharap. Ada masa-masa memang la penat bersuruh. Tapi selalunya okay je. Kadang-kadang kalau diperhatikan, Kak Ngah kurang fokus. Dia akan fokus pada apa yng dia suka je. Apa yang dia kurang suka memang dia buat sambil lewa je.

Suka conteng dinding rumah. Pening kepala mak. Adoiii la... Tapi Anis anak yang kuat semangatnya. Kalau tak, dah lama dia 'tinggal'kan kami. Alhamdulillah, syukur masih berpeluang tengok dia membesar. Semoga jadik anak yang solehah dunia akhirat sayang Anis.

Sanah helwah Nur Anis Insyirah. Have a happy day...

posted from Bloggeroid

04 September 2014

Aus dan taman plus the kids moment.


Sempena dengan birthday Aus, bawak la budak empat beradik ke taman. Plan asal nak bawak last 2 weeks tapi ibunya kurang sihat makanya plan tertangguh. Kesian jugak. Tapi nak buat macam mana. Luckily budak tiga orang ni jenis memahami. Alhamdulillah. Sejuk hati ibu... (*゚▽゚)ノ


Dekat Bukit Layang-layang tu pulak ada expo sempena dengan sambutan merdeka. Selain bawak budak-budak ke taman, cuci mata la jugak. Tapi tak ada la beia sangat berjalan sebab panas. Budak-budak ni pulak, dah dapat apa yang dia orang nak boleh balik. Tak kisah dah benda lain.


Budak-budak ni memang sakan main kat taman. Happy gila. Seronok tengok dia orang. Tak kira panas, memang seronok bukan main lagi. Hmmm... Nak bawak selalu tu memang tak dapat la. Tapi sesekali pergi tu memang dia orang appreciate.


Aus pun sama jugak. Tak nak berdukung bagai. Nak berjalan je. Padahal baru dua tiga tapak ke pandai berjalan. Selebihnya kena pegang. Tapi semangat nak berjalan tu bukan main lagi. Layankan aje la.


Bab bawak main tu abah la handle. Ibu tak berapa nak larat nelayan. Tapi bila tengok abah penat, ibu ambik alih jugak. Tak ada la kejam sangat aku ni. Haha... Tambahan pulak bila abah balik kerja malam terus ajak anak-anak pergi taman. Dengan tak tidurnya tu. Alahai... naknya gembirakan anak-anak, sanggup korbankan waktu tidur.


Next time boleh pergi lagi. Tapi pergi awal sikit la. Hari tu sampai pukul 10 lebih pun panas matahari memang bakar kulit. Huhu...

Panas atas dunia pun tak tahan. Kat sana macam mana la agaknya. Taaaakuuuuutttt!!! (╥╯﹏╰╥)ง


posted from Bloggeroid

Roti gebu.





Memang gebu. Cicah dengan kopi pun sedap time hujan-hujan ni. Tak pun letak planta. Makan gitu je. Memang sedap.

Cara nak buat pun senang kacang. Hehe... Memang berganda-ganda naik. Nak buat roti sarang lebah guna adunan ni pun boleh je. InsyaAllah, buat dengan kasih sayang... mesti jadi punya... ^_^





*resepi copy paste daripada fb.


posted from Bloggeroid

03 September 2014

~ WW #89 ~ Cucuk demam.






my foot: cucuk setahun ni demam pulak. sebelum ni dapat double injections, alhamdulillah... ok pulak. mungkin sebab Aus tak berapa sihat daripada mula kot. sabar je la.

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign