✿ Rumah SalYa ✿: August 2014

Fresh from the owner...

30 August 2014

Aus turns 1.




30/08/2014 @ 8.16pm, genap la umur Aus setahun. Dah besar. Cepat je masa berlalu. Macam tak percaya je dah setahun pun budak kecik ni.

Memang ikut Alya la Aus ni. Sebab dia still bertatih. Belum boleh berjalan sendiri. Setakat dua tiga tapak boleh la. Tapi tak kisah sangat pun. Banyak perkembangannya yang berlaku depan mata. Itu dah cukup puaskan hati mak.

Aus dah besar. Kek nanti beli sekali dengan Anis aka kak ngah. Sebab beza ari pun tak jauh. Abah malas nak beli kek sampai dua tiga kali. Hoho...

InsyaAllah, ada rezeki hujung tahun depan kita celebrate semua birthdays all together. Beli satu kek besar dan letak semua nama. Terbaik kan?!

Apa pun, ibu doakan Aus jadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Doa ibu sentiasa mengiringi Muhammad Aus Irsyad. Sanah helwah Aus sayang... ( ˘ ³˘)♥

posted from Bloggeroid

28 August 2014

Buah hati saya.


alhamdulillah... treatment untuk 6 bulan kalau ikutkan dah tamat. tapi kena tunggu keputusan x-ray next week sama ada kena lanjutkan lagi 3 bulan or dah boleh tamatkan terus. tahap kesihatan pun dah makin okay rasanya. tapi untuk dia memang kena tambah tretment. doc pun dah cakap awal-awal sebelum ni pun. tapi tak apalah. as long as dia sihat, itu dah cukup bagi aku.

biarlah dia tak seromantik Zill, Rindu Awak 200% tu tapi dia ada caranya tersendiri. tiba-tiba je Zill tu termasuk dalam cerita kan? aku rasa ramai kot yang berangan nak lelaki macam Zill tu. ada je. sekarang ni mesti ramai kemaruk tengok Rindu Awak 200% sebab nak tengok Zill. haha... boleh tahan jugak Zul tu berlakon. aku bukan suka dia pun sebelum ni tapi tengok dia berlakon dalam cerita tu macam relaks je. macam okay la jugak kau ni Zul Ariffin. kehkehkeh...

berat pun dah naik. sebelum ni jatuh banyak masa mula-mula sakit. even aku pun berat turun banyak sebelum puasa. masa raya timbang cuma naik dua kilo je. sedih betul. tapi sekarnag ni dah put on weight kot aku ni ha. encik husben pun sama. berat makin naik. alhamdulillah. semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan buat insan yang kami sayangi ni.

memang ada buat salah dengan awak. harapnya dimaafkan salah dan silap saya. dan mohon halal semuanya. rindu dan sayang awak melebihi segala-galanya. harapnya kekal sehingga ke syurga. amin....

~ WW #88 ~ Alahai adik!!!







my foot: budak kecik ni dah pandai bukak pintu kabinet, keluarkan barang dan menyelit masuk. adoiii la... nak tarik bawak keluar menjerit bagai. entah apa yang best duduk dalam tu pun maknya tak tahu. sabar je la. sabar jugak berhadapan dengan line internet sekarang ni. aku pun tak tahu apa yang tak kena dengan celcom ni. sengal je rasa.

posted from Bloggeroid

27 August 2014

Duit palsu.



Pagi ni hujan. Sejuk sangat. Alhamdulillah... Hujan je kat sini. Kalau tak pagi, petang. Tidur malam pun sejuk je. Tapi bukan nak cerita pasal hujan pun. Pagi ni awal sikit beli kuih. Kes malas nak masak. Haha... Bukan la malas tapi tak ada bahan. Beli pun kat rumah jiran.

Biasa aku bawak duit kecik je. Kalau tak syiling, duit seringgit. Tapi hari ni bawak duit RM20. Suasana kan gelap sikit sebab hujan, jadinya jiran aku ni dok telek bawah cahaya lampu duit tu. Ye la. Duit RM20 ni kan lebih kurang RM10 je. Kena la tengok extra careful sikit.

Tapi si jiran ni cakap, semalam dia kena tipu. Dia dapat RM50 duit palsu. Aku tanya mana tahu. Dia cakap masa kat kedai la cashier cakap duit tu palsu. Malu dia katanya. Tapi aku cakap nak malu apanya. Kita bukan tahu duit tu palsu ke tidak. D kita pun susah nak agak duit tu datang daripada mana.

Biasa yang kena tipu peniaga kecil-kecilan la. Kesian kan sebab yang berniaga kecik-kecik ni bukan ada mesin untuk scan pun. Sabar je la. Kena extra careful la sebab kita pun tak tahu bila kita akan terkena kan?

posted from Bloggeroid

26 August 2014

Bosan.



Macam tak ada apa yang nak taip walhal cerita banyak. Duduk menunggu anak-anak mengaji, taip jugak la entri barang sekeping dua.

Bila la merasa boleh pergi vacation ni? Dah lama tak berjalan-jalan. Hehe... Tak apa la. Ada rezeki ada la.

posted from Bloggeroid

25 August 2014

Sebiji epal sehari.



Budak kecik ni makan macam-macam. Pantang tengok orang makan mesti dia nak jugak. Dah nak masuk setahun pun umur dia. Hujung minggu ni insyaAllah. Cepat je masa berlalu kan? Dah nak setahun dah pun.

Sekarang ni pun Aus tengah dalam proses nak berjalan. Nak kata lambat tu tidak la. Alya berjalan masa uur dia setahun 3 bulan. Anis masa setahun. Azfar lagi dua minggu nak setahun. Kiranya, Aus ni ikut Kak Long aka Alya la. Okay... bukan nak cerita pasal epal pun. Tapi pasal mamat kecik ni.

Petang-petang baru nak up entri. Entah apa-apa entah. Banyak dah yang budak kecik ni belajar. Naik tangga memang dah expert. Nak apa-apa hulur tangan je mintak. Sabar je la. Paling rapat dengan Alya. Mandi tiap-tiap hari pun dengan Alya. Kalau kak long tak ada, abang la ganti. Azfar memang sayang adik. Melayan.

Anak-anak ni perangai pelbagai. Pening jugak terutama kalau ada sorang kuat mengusik. Serabut mak. Haha... Tapi kalau tak ada dia orang, sunyi pulak. Bersyukur sangat sebab dalam keadaan sekarang masih boleh dengar hingar-bingar, jerit-pekik dia orang.

Apa pun, Aus suka dengan epal hijau. Ala, bukan setakat epal hijau, rambutan, duku, pulasan... semua dia suka. Pemakan macam kakak dengan abangnya jugak. Tak ikut Alya sebab Alya susah nak makan. Eh, Alya sorang je lain daripada yang lain. Walaupun bukan pemakan orangnya, alhamdulillah... dialah paling susah nak sakit. Terbalik kan? Hmmm...

posted from Bloggeroid

21 August 2014

Menerimalah kritikan si kecil.


tajuk entah apa-apa. saja nak cerita pasal anak dara sulung saya ni ha. tukar saya pulak boleh ke? aku ni macam kureng kick la pulak. hehe... alkisahnya, anak dara saya ni kalau berhadapan dengan orang yang dia kenal memang 'bahaya' sikit. budak-budak ni kan ke jujur. apa yang keluar daripada mulut dia tu apa yang terlintas di fikiran dia dan apa yang dia tahu kan.

tapi masalahnya, tak semua orang suka kebenaran yang keluar daripada mulut budak-budak kecik ni. mungkin sebab dia orang rasa dia orang lagi tahu kot. ataupun ego je lebih. Alya kalau tengok orang tak bertudung ke seksi ke apa ke dia akan cakap, berdosa la itu la ini la. kebetulan pulak, my jiran meamng tak pakai tudung kalau setakat duduk sembang depan pagar or dia keluar kejap beli makanan kat kedai seawal pagi. kalau berjalan-jalan tu pakai la.

budak dua beradik ni pulak dah ditrained daripada kecik untuk pakai tudung. plus dah cakap dengan dia orang kalau tak pakai tudung ni berdosa sebab nampak aurat. kesian kat abah kena tanggung dosa Kak Long dengan Kak Ngah. dosa Ibu lagi nak tanggung. dosa abah lagi. huhu... tapi dia orang memahami. walaupun dia orang tahu dia orang kecik lagi tapi wajib pakai tudung untuk tutup aurat. so kalau keluar nak main-main depan rumah pun dia orang pakai tudung. tapi ada masa-masanya tak jugak. kadang-kadang tu berlari masuk rumah cari tudung. hehe...

dengan anak jiran.

Alya selalunya jujur berkata-kata kalau melibatkan bab aurat ni. ada la dua tiga kali dia cakap tapi selalunya aku pesan dengan dia (kita gunakan saya tu kadang-kadang je la. boleh gitu?!) jangan cakap kuat-kuat. jiran ni kita ukan tahu sangat hati budinya. takut nanti anak-anak tersalah cakap dia terasa pulak. satu pagi tu, aku bersembang dengan jiran ni sebelum hantar budak dua beradik ke sekolah. dia pulak kebetulan bawak keluar si kecik dia. dan si kecik tu cuma pakai diaper je. tapi ada baju je pun. terus la dia ambik seluar pakaikan kat si kecik sambil mulut cakap tutup aurat. malu. okay... mak tak pakai tudung okay.

dan Alya dengan jujurnya cakap: "Rambut pun aurat jugak." subhanallah... dia baru 6 tahun. aku pandang dia, aku cakap jangan cakap kuat-kuat. jiran-jiran ni kalau terasa mungkin lain pulak cerita yang keluar. sebab aku kat sini pun baru setahun lebih. kadang-kadang kalau kebetulan keluar dan ada jiran bersembang, ada je dengar macam sindiran-sindiran dia orang pada jiran-jiran tertentu. contohnya: "Ala... macam tak tahu dia macam mana." sebab tu aku dalam seminggu boleh kira la berapa kali je bagi anak-anak main kat luar. haha... malas. nanti tersembang dan terdengar sembangan yang bukan-bukan.

jujurnya, kalau anak-anak kecil berkata-kata pasal aurat tu... kenalah terima kan? Alya selalu jugak cakap: "Kesian kat pakcik tot sebab mak dia (aka the wife) tak nak pakai tudung. Mesti tanggung dosa kan?" dan aku selalu cakap: "Nak buat macam mana. Dah pakcik tot tak nak tegur isteri dia. Kena tanggung la." tapi terlebih jujur pun boleh jadi masalah. tak jujur nanti, kat sana dia carik kita pulak sebab tak tegur dia masa atas dunia. habis tu kalau husben sendiri pun okay je, kita nak buat macam mana? huhuhu...





20 August 2014

~ WW #87 ~ Sayang Adik.





posted from Bloggeroid

Selamat kembali.


harapnya mood okay nak berblog plus bw. hehe... insyaAllah... akakn mulakan kembali aktiviti berblog ni. cerita banyak. ye la. alkisah anak-anak kan tapi mak ni kurang daya maju sikit la. kurang sihat. sekarang ni nak berblog dengan laptop semula. macam malas nak berblog dengan henpon. ye la... kadang-kadang pegang dan bukak bloggeroid. time nak menaip, buat benda lain. macam mana? sengal tak sengal.

insyaAllah... nak kembali dengan hobi lama. mood ni kadang-kadang kena paksa. kalau ikutkan je memang tak ke mana pun. kena lawan bak kata husben. penyokong setia okay. pada yang masih sudi singgah kat sini, terima kasih daun keladi. nanti raya tahun depan bagi daun keladi je la ek?!

hari ni pulak anak-anak ada sesi bergambar. Alya la kena pakai comel sikit sebab dia kan dah nak graduate tadika. next year dah masuk darjah 1. wah, dah besar la!!! Anis kalau ada rezeki nak masukkan ke pra. kalau tak dapat, tak pasti la nak hantar ke mana lagi. Azfar dah ada sekolah untuk dia. tapi jiran-jiran suggest carik la tadika lain dulu sebab tadika yang nak hantar ni rate dah naik katanya. tapi tadika tu je yang dekat dengan rumah dan ada pembelajaran Bahasa Cina. kat sini kalau plan nak hantar anak ke sekolah cina nak kena hantar anak ke tadika cina selama 3 tahun. tapi plan nak hantar ke tahfiz pun ada jugak untuk Azfar ni. tengok la macam mana.

kita plan je kan tapi yang menentukan Allah SWT. apa pun... anti kita cerita ye. nak settle anak-aak sekolah dulu. doakan la akak ni kembali bersemangat nak berblog. hoho...



15 August 2014

Cerita raya kami.


Entri yang dah seminggu terperam.




Satu-satunya pic raya yang ada. Haha... Sangat sedih. Tak ada pic raya family langsung tahun ni. Macam-macam hal jadik. Redha je la. Dugaan tu kan petanda Allah sayangkan kita. Raya pertama tahun ni adalah di Johor. Haha... Tak sempat nak balik beraya kat kampung. Macam mana tu? Panjang ceritanya.

Raya kedua baru balik kampung. Singgah kat Pekan kejap sebelum balik Dungun. Dua hari kat Dungun kemudian balik semula ke Pekan sebelum balik Johor semula untuk rutin harian. Kuih raya yang aku buat, raya pertama tu dah habis 3 balang. Abahnya dengan anak-anak makan. Huhu...

Memang tak ada kuih raya la lepas tu sebab tak beli jugak. Memang tahun ni simple-sesimple-simplenya punya raya. Untuk anak-anak kalau diberi kesempatan lagi untuk raya dan puasa, ibu abah tebus tahun depan ye. Janji baju baru tetap ada walaupun baju raya pertama tak ada. Ibu tetap buat nasi minyak lawan dengan kurma daging dan acar timun raya pertama tu kan walaupun sarapan pagi dengan mee lidi je dulu.

Memang raya tahun ni jadi kenangan la. Alhamdulillah... anak-anak tak bersungut. Okay je. Tetap happy sepanjang hari walaupun kita tak ke mana-mana. Memerap je kat rumah. Keluar pun ke kedai je la. Dan alhamdulillah jugak, tahniah Kak Long dengan Kak Ngah sebab berjaya habiskan puasa 29 hari tanpa rungutan. Terbaik!!!

Kalau ikutkan banyak nak cerita. Setiap satu dengan penuh details kalau boleh. Tapi sanggup ke nak baca panjang lebar punya cerita. Sudah la berhadapan dengan line internet yang tiba-tiba semput tahap siput ni. Adoiii la... Sabar je la akak ni.

posted from Bloggeroid

09 August 2014

Boleh berblog sudah.


Haha... Beminggu tanpa telefon terlebih pintar. Semuanya dah selamat dijual. Tiba-tiba rasa nak jual walhal sayang jugak dengan telefon berdua tu. Encik suami pun dah cakap, tukar la pada high specs punya. Duit tak cukup dia tambah. Meaning hasil daripada yang aku jual tu la.

So, tak ada wassap bagai. Hidup pun macam orang normal. Huh, macam la selama ni tak normal pun! Last thursday baru dapat ganti yang baru. Alhamdulillah... Ada jugak la daripada tak ada. Sayangs aku berdua tu harapnya berada dalam tangan orang yang penyayang. Huhu...

InsyaAllah akan berblog macam biasa. Ambik masa sikit untuk bw memandangkan laptop tak nak detect modem broadband dan telefon pulak tengah buat uji kaji. Makanya, reda sajalah ye.

See you sooonnnnn....


01 August 2014

Makanan Yang Mengenyangkan.



Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?

Telur

Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.

Sup sayur-sayuran

Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

Gandum

Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.

Epal

Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.

Kekacang

Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.

Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda.

Selamat mencuba!


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign