✿ Rumah SalYa ✿: July 2014

Fresh from the owner...

31 July 2014

Doa yang terkesan di hati seorang aku.


video

Dah macam tajuk cerpen dah. Haha... Tapi doa ni sentiasa beri kesan dalam hati aku setiap kali buka dan baca. Menusuk terus dalam hati.

Doa isteri kepada suami. Ya Allah... jika dia sememangnya ditakdirkan untukku, satukanlah hati kami dalam iman dan atas keredhaanMU jua.


30 July 2014

Blessing.







my foot: picture tells us everything. subhanallah.





29 July 2014

Seorang lelaki...


~ ♥ .Seorang Lelaki Mecuba Sedaya-Upaya Untuk Menjaga Perasaan Kamu...Meskipun Kadang-Kala Dialah yang Telah Menyakiti Kamu...

~ ♥.Seorang Lelaki Mencuba Untuk Menjadi Yang Terbaik Untuk Kamu..Meskipun Dia Tahu Dia Tidak Mampu...

~ ♥ Seorang Lelaki Sanggup Merendah Egonya Demi Mencintai Kamu...

~ ♥ Seorang Lelaki Yang Sejati Akan Sentiasa Berdiri Di belakang Kamu..Dan menyokong Segala Tindakan Kamu...

~ ♥ Seorang Lelaki Akan Menjaga Kamu Dengan Sepenuh Cintanya Jika Ditakdirkan Kamu Menjadi Miliknya...

~ ♥ Seorang Lelaki Juga Mampu Menitiskan Air Matanya...Jika Ia Melibat Hati..Perasaan...Cinta..Dan Nyawa Seseorang yang Dicintainya...

~ ♥ Seorang Lelaki Sanggup Mengadaikan Nyawanya Jika Hanya Itulah Caranya Untuk Membahagiakan Orang Yang Dicintainya...

Dan..

Seorang Lelaki Yg Bergelar Suami..Mampu Memberi Kamu Sesuatu Yang Lebih Dan Tidak Mampu Diberi Oleh Kekasih Hati Kamu...

Iaitu...Cinta Yang Ikhlas, Suci Dan Diredhai Allah ~


Oleh Itu...
Dengarlah Rintihan Hati Mereka...Seperti Mana Mereka Berada Di Sisi Kamu Ketika Kamu Memerlukanya..

Kerana Tanpa Mereka..
Kamu Umpama Sebentuk Permata Yang Tiada Nilainya...

♥.♥

# Diari Hati Seorang Lelaki....



p/s: copy paste daripada fb.

28 July 2014

Ada kalanya sukar.



Hakikatnya tak semua orang mampu meminta maaf dan tak semua orang mampu memaafkan. Hakikatnya lebih mudah melukakan daripada mengubati. Hakikatnya jugak, kata-kata yang terluah tanpa sedar itu akan meninggalkan kesan parut berpanjangan.

Memohon maaf memerlukan kekuatan yang tersendiri dan yang memaafkan merupakan the strongest person sebab tak semua orang boleh melakukan itu. Betul? Tambahan bila tidak biasa meminta maaf. Lagi sukar nak ubah sikap kan? Adoiii la...

Dah kenapa dengan aku ni? Sebab aku rasa aku susah jugak nak minta maaf. Terutama bila aku rasa aku betul dan pihak satu lagi rasa dia pun betul. Sudahnya aku buat tak tahu dan pihak satu lagi mula berbulu dan menyimpan rasa terbuku.

Bukan ego tak nak mengaku tapi perangainya memang begitu. Kena belajar ni untuk mengaku silap sendiri. Ego ke sampai rasa besar diri? Tak pulak rasa diri ego tapi pihak lain mungkin rasa sebaliknya. Hmmm... ╥﹏╥

posted from Bloggeroid

Apa ada pada kawan?


Sebenarnya nak post entri ni dah lama. Tapi malas nak menaip. Makanya cerita ni cuma berlegar dalam kepala je la. Ini luahan hati seorang aku terhadap kawan. Dah kenal dan berkawan lama pun tak semestinya kita orangnya macam mana kan...

Alkisahnya mengenai Pandora Inspired yang aku jual. Biar la tak untung besar pun tapi aku suka sebab bracelet tu comel. Nak beli ori memang tak la. Bukan semua orang mampu. Mahal. Walaupun boleh cuci tapi bukan boleh gadai pun pandora berbanding emas kan?!

Dua orang kawan yang aku kenal daripada zaman belajar lagi cakaplah dia orang berkenan dengan design sekian-sekian. Mintak tolong booked. Takut ada orang ambik kaler yang dia orang suka. Masing-masing kata akan bayar time gaji. Masa tu nak gaji ada la dalam sebulan lagi lebih kurang.

Memang excited ni memilih. Memang cakap nak la. Siap kata nak bayar deposit lagi sebab tempoh booking lama. Pandora inspired ni kalau lambat memang habis la kaler yang kita nak tu. Asalnya nak bayar deposit dalam masa terdekat.

Lepas seminggu tanya lagi. Akan masukkan a.s.a.p. okay la. Kawan. Tunggu je la. Lepas seminggu, tanya lagi... berjanji lagi. Cukup time kena bayar sebab dah gaji, tak jadi ambik. Tak cukup bajet.

Aku tak ada la marah sangat sebab bajet tak cukup tu. Tapi masa nak tu berjanji bagai. Siap suruh booked. Kalau rasa tak yakin jangan booked dulu.

Booked biasanya untuk 3 hari je dan kalau lama memang kena bayar deposit. Yang sorang lagi memang senyap je. Sampai sekarang senyap. Ari tu kata nak bayar lepas keluar wad. Tapi senyap je sampai sekarang. Malas dah nak tanya.

Bracelet tu pun dah jual. Dia order sebelum delivered. Kemudian ada masalah baby jaundice, bengkak susu, operate. Tapi tu la. Janji tinggal janji je la. Aku tak kisah jugak tapi aku dah cakap, apa-apa pun bagitahu. Jangan senyap je. Hmmm... senyap jugak. Senyap la nak senyap pun.

Member yang sama yang beria nak bayar deposit tu baru-baru ni order lagi. Dia mintak maaf dah sebelum tu. Bagitahu memang tak sangka tak cukup bajet. Kali ni bagi design, tanya ada tak bentuk macam dalam pic. Okay... Layan jugak la sebab terpedaya dengan kata-kata manis. Haha... Kali ni nak bayar 16hb lepas dapat bantuan Aidilfitri RM500 tu.

Bila sampai je hari patut bayar, dia senyap je. Makanya aku tanya la. Dan jawapannya lupa nak bagitahu tak jadik beli. Kali ni tak cakap banyak la. Tak jadi beli sudah. Malas nak dengar alasan lagi la. Anggap je tak ada rezeki. Lepas ni malas la nak percaya dengan kawan-kawan biar dah kenal lama pun. Nak beli bayar deposit baru proceed order.

Kena positifkan diri la. Adat berniaga. Kalau tak ada dugaan, tak sah. Sabar je la dan reda.


#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforGAZA

posted from Bloggeroid

Aidilfitri 2014.



Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah 1 Syawal. Alhamdulillah, budak dua beradik berjaya menghabiskan 29 hari puasa tanpa masalah. Tanpa ragam. Kejut sahur pun alhamdulillah, sangat senang. Puasa penuh pun sebab dia orang nak. Tanpa paksaan.

Aidilfitri ni jugak Aidilfitri kedua buat Aus. Aus lahir bulan Syawal tahun lepas walaupun dah hujung-hujung tapi tetap Syawal jugak. Cumanya kali ni nak pakai baju melayu bagai la. Azfar dah ada geng baju melayu selain abah. Azfar memang tak puasa la kan. Kalau tahun lepas dia tunggu kakaks balik school baru nak makan. Sekarang tak lagi. Asal lapar je mintak makan. Haha...

Raya kali ni berada diperantauan. Tanpa baju raya baru sebab semuanya ada kat kampung. Tak tahu la jadik balik kampung ke tidak. Reda je la. Pagi raya ni pakai je la apa yang ada. Anak-anak pun tak kisah bila cakap baju raya baru tak ada kat sini. Dia orang pulak suggest pakai baju raya tahun lepas. Sedih pulak.

Raya pada aku untuk gembirakan anak-anak je. Dia orang dah puasa penuh, mesti nak happy-happy kan? Tapi nak buat macam mana. Dugaan mendatang. Terpaksa la beraya kat sini je. Dah la persiaapn raya langsung tak ada kat rumah ni. Tak bersedia apa pun.

Walaupun raya kita mungkin tak sama macam orang lain, at least anak-anak ibu tahu tak semestinya apa yang kita plan akan completely jadik. Kita cuma mampu merancang je kan... ≥﹏≤

Apa pun... Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Sambutlah dengan sebaik-baiknya. Jamgan lupakan kesengsaraan saudara-saudara kita di sana yang sentiasa berjuang setiap hari. Semoga mereka semua diberkati Allah SWT hendaknya.

posted from Bloggeroid

18 July 2014

Pray for MH17 and MH370.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pesawat MH17 ditembak jatuh. Pesawat tu membawa 295 penumpang. Katanya tak ada yang survive. Innalillah... Dugaan bulan mulia buat keluarga mangsa yang beragama Islam. Belum reda dengan kehilangan MH370, MAS terima tamparan paling hebat untuk kali kedua.

Siapa kita nak halang kalau sudah ditentukan Allah begitulah cara kematian mereka. Berdoa agar keluarga mangsa yang terlibat tabah dan sabar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Allahu... Memikirkan keluarga sudah menunggu kepulangan mereka untuk menyambut Aidilfitri bersama, sedih rasanya. Mengharapkan mereka muncul tanpa cacat cela tapi menerima jenazah juga adanya. Harapan ceria berganti duka. Tabahlah dengan ujian Allah ini. Redalah...

Hanya mampu tumpang simpati. Memikirkan jika my BIL yang berada di dalam pesawat, mesti remuk rendam hati keluarga yang menanti. Alhamdulillah... Dia selamat kembali ke Malaysia dua minggu yang lalu untuk menyambut syawal bersama keluarga.

Bertabahlah... Allah ada bersama kamu!!!

posted from Bloggeroid

17 July 2014

Servis kereta.

Puasa pun tinggal seminggu lebih je lagi. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis. Ya Allah... sayangnya nak tinggalkan Ramadan ni. Entah tahun depan belum tentu bertemu lagi kan?

Tahun ni raya tak tahu nak balik mana. Haha... Boleh gitu? Sebabnya husben kan kena ambik ubat tibi setiap dua hari sekali. Kalau nak balik kena dapat surat bertulis daripada doktor. Balik pun mungkin tak lama mana. Nurse kata biasa 3 hari je doc bagi. Kalau balik kampung mungkin lepas dia ambik ubat kat klinik pagi tu.

Siapa drive pun belum decide. Haha... Serba serbi belum. Balik mana-mana pun tak kisah. Husben pun sama aku pun sama. Tapi pagi raya mungkin kat kampung aku sebab kalau balik pun 27hb. Tak adanya nak direct balik Ganu. Husben kata dia tak larat kalau nak drive direct. Tengok la nanti.

Hari ni nak pergi servis kereta. Punya la ramai orang nak servis kereta sampaikan slot kosong cuma ada 1 je. Pukul 10.15 pagi. Alamatnya tak ke sekolah la budak dua beradik. Takut tak sempat nak patah balik ambik. Siapa nak drive nanti pun tak tahu lagi. Sampaikan nak pergi servis kereta pun kena tentukan siapa. Alahai... Punya la malas dua-dua driver nak bawak kereta. Macam mana tu? Haha...

posted from Bloggeroid

16 July 2014

~ WW #87 ~ My friend is a writer.







posted from Bloggeroid

Demam.




Budak kecik ni demam hari Tok Abah nak balik. Dua hari jugak la demamnya. Walaupun happy dappy tapi masuk hari kedua meragam sampaikan husben kata tak paayh masak la. Beli je. Susah dengan anak lagi.

Hari ni alhamdulillah... dah okay. Dah ketawa, dah boleh tinggalkan dengan kakaks. Ibu boleh masak. Kalau dua hari lepas abah ada temankan berbuka dan bersahur. Tapi start semalam dah kerja. Makanya kami berlima je la.

Budak dua beradik terasa la sikit sebab Tok Abah dah balik. Kalau tak, Tok Abah ada temankan berbuka dengan bersahur. Kesian pulak. Tapi nak buat macam mana. Sekarang ni pun berbuka seadanya. Aku dengan anak-anak berbuka pun biasa-biasa je.

Kalau ada ayah aku lain. Orang tua ni selera bukan sama macam orang muda. Makanan pun memilih. Tapi seronok. At least blh jaga dia sementara dia masih ada ni kan. Hmmm... *sigh.


posted from Bloggeroid

14 July 2014

Alkisah...


Konon-kononnya nak update blog pagi ni. Sekali banyak kerja tertangguh, tak jadi daaa... Semalam Ops Mengemas. Buang semua barang yang tak berguna. Itu pun tak habis kemas lagi. Malam ni sambung lagi insyaAllah.

Nasib baik jugak la Aus tak meragam mana. Kejap-kejap je bangun menyusu. Senang mak buat kerja.

Saja update ringkas-ringkas. Janji ad. Jangan tak ada langsung. Hehe... Nak ambik anak-anak sekolah pulak. Alhamdulillah... Cuaca mendung. Sejuk sikit rasa.

11 July 2014

Cerita puasa dua beradik.



Alhamdulillah... Anak-anak solehah ni masih berpuasa penuh. Belum ada yang meragam lebih-lebih macam tahun lepas. Last year dia orang belajar puasa. Alya dapatlah puasa 17 hari dan Anis 15 hari. Tahun ni mungkin lain sikit sebab Tok Abahnya ada sama. Semangat pun lain la. Lagi pulak, dia orang memang excited tunggu datangnya Ramadan.

Ada dua kejadian yang buatkan aku bangga dengan semangat anak-anak solehah ni nak habiskan puasa. Kejadian pertama melibatkan Anis. Dia sakit dada dengan pening. Sakit dada sebab dia batuk. Makan banyak coklat tapi kurang minum plain water. Tu sebab batuk.

Aku pun tak ada la memaksa. Balik dari school aku cakap kat dia kalau nak berbuka, berbuka je la. Tapi dia tak nak. Even abah suruh pun dia tak nak cakap. Memang dia tak berbuka langsung. Naknya habiskan puasa dia tu.

Lepas dua hari, Alya pulak sakit gigi. Menangis-nangis. Ambik dia daripada school pun nangis-nangis jugak. Dia nak berkumur dengan air garam. Aku layankan je. Ada ragam sikit sebab dia sakit gigi kan. Tapi tetap habiskan puasa dia jugak. Dalam pada sakit gigi pun tetap layan Aus. Alahai... Anak solehah! Adik tak tinggal okay.

Aku tak ada la nak menunjuk-nunjuk ke apa. Setakat puasa je pun. Tapi semangat dia orang tu cukup buat aku rasa bangga la. Budak-budak kalau ikutkan dapat peluang berbuka, memang direbutnya. Dan dia orang pun tanya bila masuk waktu solat kena sembahyang ke? Memang la. Kalau tak pandai baca sangat pun tak apa. Keinginan tu ada. Permulaan yang cukup baik aku rasa.

Semangat dia orang tu yang buatkan aku rasa terharu gila. Ya Allah... Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Satu hari kalau dia orang terbaca ke or memang sengaja baca, at least dia orang tahu perkembangan dia orang masa kecik macam mana.

And each moment I cherish you guys la. Sebab budak empat beradik ni la yang buatkan rumah ni riuh-rendah, hingar-bingar, macam tongkang pecah. Bersyukur dengan adanya kamu dan kamu dan kamu dan kamu.

posted from Bloggeroid

10 July 2014

Dugaan tiga Ramadan.




Almdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan yang mulia ni. Selamat menjalani ibadah puasa dan lain-lain ibadah sunat yang lain. Hari ni dah hari ketiga. Kejap je dah masuk 3 ari. Blog pun dah lama tak update. Macam mana tu? Busy la sekarang. Busy la sangat. Haha...

Sekarang ni temankan husben ke klinik untuk ambik mc. Semalam dah pergi. Tapi untuk checked. Doc kata kalau tak okay jugak datang semula untuk mc. Husben kerja malam. Tapi takut lambat-lambat doc marah pulak. Semalam pergi pun dah petang. Menunggu pun sikit punya lama. Adoiii la...

Husben ni sakit gigi. Doc kata bengkak. Memang kalau bengkak tak boleh cabut. Kena tunggu bengkak surut. Husben pulak dah tak tahan. Sakit sangat katanya. Habis tu nak buat macam mana? Suruh ambik painkiller yang power sikit tak nak. Maka bertahan la dengan sakit tu sampai sekarang.

Ini ramadan ketiga diduga. Tiga tahun sebelum tu demam sampai kena paksa berbuka. Memang nak muntah je kerjanya. Kesian, aku suruh je dia berbuka. Habis tu kalau pengsan macam mana? Dengan hypo lagi. Dengan panas badannya lagi. Sudahnya, nak tak nak dia makan jugak. Tinggal pun sehari tu je la.

Ramadan berikutnya sakit gigi. Memang sakit. Seminggu kemudian cabut. Itu pun nak cabut gigi takut jugak. Hoho... Tapi dah tak tahan pergi je la cabut. Nak simpan pun buat apa kan?

Dan ramadan kali ni pun sakit gigi jugak. Lagi extreme daripada ramadan sebelum ni. Sampai mc. Siap dengan ubat bagai dic bagi. Sampaikan doc kata kalau sakit lagi terpaksa cabut jugak which is sangat sakit dan itu last choice dia bagi la. Husben stick dengan ubat dulu. Surutkan bengkak, baru cabut.

Gigi la paling sakit sekali kalau nak cabut. Time dia bius pun sakit. Adehhhh... Sabar je la. Sakit tu menggugurkan dosa selama mana kita reda dengannya. Ramadan diduga petanda Allah ingat dan sayang dengan kita.




my foot: entri ditaip 3 ramadan. punya lama nak publish kan? adoiii... sabar je la.


posted from Bloggeroid

09 July 2014

~ WW #86 ~ Harta kami.




my foot: mood ke laut. hoho...




Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign