✿ Rumah SalYa ✿: June 2014

Fresh from the owner...

25 June 2014

My sister's work.




Hasil kerja my sis. 5 hari ikut kursus sulaman. Siap ada kelas malam lagi nak siapkan hasil sulaman ni. Guna reben. Peralatan dua bagi. Just datang belajar je. Ni salah satu program MUIP untuk ibu-ibu tunggal terpilih. She was the lucky one.

Ada untuk hiasan dinding yang mana aku terdelete pulak la pic tu. Adeh... Gantung je kat dinding. Cantik jugak. Aku baru nak rembat tak dibaginya pulak. Yang beg tu dia tersilap ukur. Sebab tu terpaksa modify dan bunga tu macam tak center.

Ada sarung cushion jugak. Yang tu aku dah rembat. Tunggu beli cushion je. Boleh letak dalam kereta. Last but not least pun aku rembat. Balang kuih. Haha... See, untung jadik adik ni sebab banyak yang boleh dirembat.

My sis dapat bantuan mesin jahit jugak. Sebab dia boleh menjahit. Boleh buat tudung jugak. Raya last year dia buatkan tudung untuk aku dengan anak-anak. Aku request kaler je. Tahun ni pun aku request tudung jugak. Senang sebab dia dah tau style tudung plus kepanjangan dan kelabuhan yang macam mana aku nak.

Ada yang nak order tudung? Boleh bagi kain dengan design. Nanti dia buatkan. Haha... Baru nak mulakan hidup baru. Doakan yaang terbaik je buat my sis. I love you la sis... Forever!!!
posted from Bloggeroid

24 June 2014

Macam kakak sepupu.

Anak buah aku yang paling tua umur 17 tahun. Yang paling muda baru sebulan lebih. Itu belah aku je. Belah husben yang paling muda baru je berapa hari lahirnya. Paling tua 16 tahun. Ada yang besar dan ada yang kecik. Belah aku ramai perempuan. Tapi belah husben ramai lelaki. Okay... seimbang la tu kan.

Kalau balik kampung aku, anak-anak bauh aku dah macam geng. Yang paling kamceng pun dah sangat besar. Dah 12 tahun. Masa kecik selalu ikut aku pergi mana-mana. Tidur pun dengan aku. Even demam pun nak aku jugak. Tak nak dengan maknya. Bila aku dah kawin, dia started tidur dengan ayah aku. Sampai sekarang. Daripada umurnya 5 tahun tidur dengan ayah aku. Hoho...

Kata anak buah aku: 'Acu ni macam kakak sepupu. Tak ada gaya mak sedara.' Haha... Muda ek mak saudara sorang ni?! Kakak sepupu pun kakak sepupu la. Janji happy. Bergaduh ke apa ke memang macam adik-beradik je orang tengok. Entah apa-apa la Acu ni. Sabar je la. Nak buat macam mana. At that kind of age, kita kena buat budak-budak ni macam kawan.

Apa-apa hal dia orang willing bercerita tanpa kita nak pun. Tadah telinga je la dengar. Cerita dia orang suka siapa, ada boyfriend/girlfriend ke tak... memang dia orang cerita la. Gedik je dengar. Anak buah aku yang sorang lagi kalau dia datang rumah mesti hulur pipi untuk aku cubit. Ngeee... Chubby sangat. Geram pulak. Masa umur 7 tahun kurus je pun. Dah darjah 5 ni gemuk bukan main lagi.

Even aku bawak anak-anak pergi kedai ke mana-mana je la, ada yang tanya: 'Anak ke?' Kenapa? Tak percaya ke? Terutama kalau melibatkan Aus. Putih gebu sangat tak sama macam kulit mak kot tu yang orang tanya tu. Mungkin jugak sebab mak ni awet muda. Kah3... Sabar je la. ^o^

posted from Bloggeroid

23 June 2014

Anak yatim.


Anak buah aku anak yatim. Dah setahun abang ipar aku meninggal. Kejap je dah setahun. Masa result pmr keluar, dia terkenal la sebab satu-satunya calon yang dapat straight 8Bs. Haha... Terbaik!

Dia exam pun ayahnya dah tak ada. Bahagian dia kan? Tapi alhamdulillah, walaupun tak ada A tapi still okay. Dan dia pilih nak masuk kolej vokasional. 4 tahun tempoh pengajian dia. Pilihannya: welding.

Cuti sekolah baru ni dia cuma cuti seminggu je. Style kolej. Kalau ikutkan dia nak balik naik bas je. Maknya kerja. Lagi pulak maknya tak ada kereta. Kebetulan aku balik, aku la hantar dia ke kolej. Takkan nak bagi dia naik bas. Kesian pulak. Kuantan je pun. Tapi tu la. Selagi boleh, on je aku ni.

Petang tu sampai je kat sekolah dia, aku tengok ramai kawan-kawannya mak ayah yang hantar. Okay, mungkin aku yang ter'feeling' lebih... tapi terkesan jugak dalam hati kalau time balik kita tengok ke orang lain mak ayah hantar. Nak harap ayah dah tak ada. Ada mak saudara pun okay la. Boleh jugak hantar.

Orang lain ada yang lebih susah daripada tu kan? Betul. Tapi selagi mak saudara boleh tolong, aku tolong je. Masa aku suspek denggi time belajar dulu pun sedih gila sebab tak ada orang nak datang melawat. Seminggu kat wad, ayah aku je called. Nak datang memang susah.

Harapkan warden hostel la datang bawak anggur bagai. Dia jugak la yang hantar plus ambik aku daripada hospital. Mahal kenangan tu. Lagi pulak aku faham macam mana rasanya tengok orang lain parents hantar balik hostel. Anak lelaki pun manusia jugak. Masa arwah ayah dia meninggal, dia menangis belakang. Nampak macam okay. Tapi menangis pulak tiba-tiba.

Hopefully dia boleh habiskan 4 tahun kat kolej vokasional tu. Boleh la dia bantu maknya lepas tu. Dia plan pun tak nak pergi jauh daripada maknya. Nak kerja pun dekat-dekat situ jugak. InsyaAllah, niay dia baik ada la rezekinya.


posted from Bloggeroid

Jangan terlebih mengata.


Cerita tentang budak cacat yang diabaikan tu memang tengah hot sekarang. Semua orang tengah mencari salah si emak. Tak kira mana celah pun, orang akan korek dan gali sampai dapat cerita dan rupa sebenar si emak. Bila dah tahu, boleh pergi 'serang' kat fb. Tak pun update status dan mengutuk-ngutuk perbuatan dia yang macam tak ada hati perut tu.

Ayah aku memang tak boleh tengok budak lelaki tu. Reminded him of arwah adik aku. Kalau hidup dah 33 tahun dah sekarang. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Masa umurnya 9 tahun dia meninggal sebab demam panas. Kisah lama tapi bagi kesan besar dalam diri seorang ayah. Tambahan pulak ayah aku yang jaga adik aku tu.

Kisah Muhammad Firdaus ni memang ramai yang simpati. Dan ramai jugak yang mengata si emak. Pada aku, nak mengata biar la berpada-pada. Ini bukan sorang yang mengutuk si emak. Ramai. Entah berapa puluh ribu entah. Kita tak tahu cerita sebenar. Based pada akhbar dan tv je. Lepas tu tengok fb emaknya, mengata dan mengutuk lagi macam-macam.

Mungkin emaknya memang bermasalah yang kita sendiri tak tahu. Nampak profile pic fb memang cun tapi tu semua tak memungkinkan kita untuk judge dia kan? Macam sebelum ni kes anak tinggal emak kat hotel. Berkoyan-koyan orang kutuk, mengata dia tanpa tahu cerita sebenar. Tengik apa yang kat paper tulis terus kita judge dia anak derhaka.

Bila dah tahu cerita, apa pun tak boleh buat. Pergi la carik dia dan mintak maaf sebab termengata lebih. Boleh? Jangan sebab apa yang kita termengata dan terkutuk jadik sebab kita kena carik si polan dan si polan kat Padang Mahsyar.

 Besar tempat kat sana. Berapa ramai umat yang ada? Haiwan-haiwan lagi? Kat sana kita tak ada ruang untuk bergerak melainkan tempat kita berdiri tu je. Punyalah ramai manusia.

Sanggup ke nak mencari kat sana? Biarlah apa pun yang tertulis dalam akhbar mahupun yang tertayang di tv. Kita jangan la mengata dan mengutuk emaknya lebih-lebih tanpa tahu cerita sebenar. Kesian kat diri sendiri.

Sekadar pandangan aku sebagai seorang insan yang malas nak pikir lebih-lebih takut terpalit dosa tanpa sengaja sebab apa yang dibaca tak tahu kesahihannya macam mana. Kesian dalam hati tanpa perlu kutuk mengutuk di fb emaknya. Sekian.

posted from Bloggeroid

17 June 2014

Dua batang gigi.





At the age of 9-month, si kecik comel ni dah tumbuh dua batang gigi. Bahagian bawah. Baru perasan hari ni. Sebabnya gigi tu baru je keluar. Boleh nampak dengan boleh rasa. Dua batang serentak. Bahagian atas tak nampak bayang pun lagi.

Alkisahnya masa suapkan dia nasi lemak. Rasa macam tajam-tajam pada jari. Dua tuga kali suap rasa tak puas hati. Gosok gigi bawah rasa tajam. Bila tengok, nampak dah giginya. Hehe...

Ala, gigi anak tumbuh pun kecoh. Bukan kecoh. Tapi teruja. Kakaks dengan abang tumbuh gigi umur setahun. Memang setahun. Aus 9 bulan dah ada dua batang gigi. Okay, mak memang suka je. Tumbuh gigi je pun kan. Entah apa-apa entah.

Dan Aus sangat ramah dan sangat riuh orangnya. Haha... Adik-beradiknya memang riuh la. Nak buat macam mana. Keturunan abah. Hoho...


posted from Bloggeroid

Update sambil tunggu anak-anak.

Tak sempat nak post entri pagi tadi. I busy you. Haha... Ni sambil tunggu anak-anak balik school. Tu yang update kejap.

Pagi tadi ke klinik. Lepas tu balik je masak. Dengan Aus yang tak nak berenggang tu, apa pun tak boleh. Hoho...

Nak drive pun tak senang. Tension Ibu. Drive jugak la sama ada dengan dia ataupun dengar je dia melalak. Wuhuu... Redha je la.























































































































\pp

posted from Bloggeroid

16 June 2014

Rezeki bulan Mei.


Alhamdulillah. Hadiah untuk pertandingan menulis cerpen pendek tu dah selamat aku terima. Rafina Mimi kata nasib baik aku bagi email add kat dia. Jadi dia pulak boleh try sent email kat aku. Tak tahu kat mana silap sampai email yang aku sent tu dia tak dapat. Mengumpul koleksi novel la dengan jayanya. Hehe....

Dan bulan lepas jugak dapat la hadiah untuk joint GA Jemari Asmara. Alhamdulillah. Rezeki tu. Walaupun bukan kemenangan besar tapi seronok la walaupun kecil-kecilan je. Joint pun untuk seronok-seronok.

Dua minggu cuti sekolah, blog pun tak berupdate mana. Cuti sekolah memang bercuti betul la. Buah mempelam banyak yang gugur. Jadik habuan burung, kera, lembu, biri-biri. Memang rezeki dia orang. Sebabnya buah tu tak berapa nak elok. Boleh je makan tapi ada ulat buah didalamnya. Ada je yang elok. Tapi dalam 10 biji tu ada satu je.
;
Kera yang makan buah pelam tu banyak. Tapi ada dua ekor yang ayah aku suruh alert. Bapak kera yang besar. Sebabnya bapak kera dua ekor tu garang. Jangan dok acah-acah dia la. Nanti dikejarnya. Anak buah aku nyaris jugak la kena. Patut dipanggil perhilitan je kan?

Banyak benda nak cerita. Tapi melayan Aus ni saja dah macam tak cukup masa. Haha... Nanti blogwalking ye.


10 June 2014

Perang dua helai.




Masa tunggu kakaks mengaji terperasan macam terlebih perang je rambut mamat kecik ni. Bila telek baru perasan ada dua helai rambut Aus yang memang perang tersangatlah obviousnya.

Nasib baik perang dua helai tu je. Kalau semua rambut perang? Mesti dah macam anak orang putih kan? Haha... Orang putih la sangat.

Ok... saja je nak cerita pasal keperangan rambutnya yang dua helai tu je. Jadik tak ada la nak merepek hal lain pun kan. ≧∇≦





my foot: mesti ramai tengok Piala Thomas semalam kan? belum ada rezeki piala tu nak balik Malaysia. sabar je la.

p/s: entri dalam draft lupa nak publish. hoho...


posted from Bloggeroid

09 June 2014

Menghadap line yang sengal.


Assalamualaikum... Kejap je dah hari Isnin. Hari Khamis insyaAllah nak balik semula. Pejam celik pejam celik cuti sekolah pun dah nak habis. Kat kampung memang tak update blog sangat. Hp asyik hilang je. Kejap kat orang ni. Kejap kat orang tu. Kejap dekat charger. Adehhh...

Balik kali ni anak-anak tak ada la main panas sangat macam sebelum ni. Mungkin sebab orang-orang kat rumah ni pun tak sihat mana. Ada yang demam, muntah. Jaduk aktiviti luar tu memang kureng. Tambahan cuaca panas boleh tahan. Lebuh baik duduk dalam rumah je.

Salah satu sebab tak berapa nak update: L.I.N.E!!! Entah kenapa la line ni tersangatlah menensionkan kepala. Selalunya E. Ada masa-masa tu okay tapi sangat sekejap. Tu pasal jadik malas nak update.

Rasa macam nak tukar line je. Guna YES okay ke tak?

posted from Bloggeroid

03 June 2014

Alkisah balik kampung.


Hari nak balik kampung baru packing baju. Haha... Sambil packing, masak buat bekal perjalanan. Anis start tak sedap badan. Sakit tekak. Muntah kahak seawal pagi. Lepas makan mee muntahkan mee pulak. Adeh... Ibunya pun sama je. Selesema. Mata pun pedih je. Tapi sebab dah packing barang and anak-anak pun dah ready, gagahkan jugak balik.

Husben kata kalau tak sihat postpone balik sebab yang kena drive pun aku. Dia nak jadik co-pilot je. Nak tengok skill. Boleh tak next time drive sendiri je. Ngeee... Start perjalanan memang kena tegur je. Adehhh... Katanya dia cuma tegur kalau benda tu merbahaya. Kalau tak, memang dia relax je la. Starting je. Dia tunjuk jalan segala. Katanya lagi dekat ikut highway berbanding jalan yang aku sedia tahu tu.

Aus pun sangat la baiknya. Okay je dengan abah. Tidur tak ada nangis-nangis. Memang senang nak berjalan jauh la dengan si kecik ni. Cumanya bila dah sampai kat kampung ni dia tak nak dengan orang. Leceh la sikit. Adehhh... Tapi sepanjang perjalanan memang terbaik la Aus ni.

Entri kena sambung kejap lagi la. Asyik berebut hp je dengan bebudak ni. Baru taip satu perenggan dah mintak hp. Acane? Entri ni pun dah karang daripada semalam tapi tak siap-siap jugak la. Sedih betul. Haha... Cerita banyak. Nanti la. Try karang dan bw jugak. Sabo je la.


posted from Bloggeroid

02 June 2014

Cuti panjang pun bermula.




InsyaAllah, akan memulakan perjalanan hari ni balik kampung dengan aku terpaksa drive sendiri. Huhu... Husben ada. Tapi dia dah cakap tak nak drive langsung. Dia nak tengok macam mana aku drive plus ingat jalan balik ke tidak. Senang nak lepaskan balik sendiri nanti katanya.

Lagi satu, nak balik semula ke sini dia takkan datang ambik. Aku kena balik sendiri dengan ditemani ayah aku la. Ayah aku dah janji nak datang kalau aku balik cuti sekolah. Hehe... Tapi husben aku ni unpredictable sikit. Kalau dia rasa macam tak sedap hati je, sure dia datang jugak ambik. Biar la tak drive pun. Janji ada.

Tapi, aku ni tak pasti la boleh drive ke tidak sepanjang perjalanan. Sebabnya Aus meragam je semalam. Tak minum susu daripada pukul 11 sampai la pukul 4. Tidur pun nangis-nangis. Pukul 5 tadi baru menyusu jugak. Salah satu sebab kenapa husben suruh balik. Bawak jumpa ustaz si Aus ni.

Bab berat badan tu pulak, aku pun tak tau la kenapa jatuh banyak sangat. Sebelum ni 56kg kot. Timbang masa saringan untuk tibi. Bila timbang semula, Ya Allah... Kurang banyak kg nih. Salah satu simptom tibi turun berat badan akibat hilang selera makan. Selera makan tak kurang ye. Makan je. Cuma bila makan dengan anak-anak tu je la, sesuap mulut mak... bersuap-suap mulut anak. Mak kenyang macam tu je.

Selain daripada Aus meragam sepanjang malam dan dua tiga hari ni, aku tak berapa sihat. Selesema. Makanya, memang ada alasan la tak nak drive kan. Kah3... Lagi pulak baju pun tak packing. Satu apa pun tak buat. Husben penyayang cakap, campak je dalam beg. Tak payah lipat. Haha...


my foot: entri patut post hari sabtu tapi sebab tak sihat, terlupa nak langsung. haha... Alhamdulillah, dah selamat sampai kampung hari sabtu petang.


posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign