✿ Rumah SalYa ✿: May 2014

Fresh from the owner...

30 May 2014

Kisah bengkak susu.


Adeh... Ada apa dengan semalam. Tak ada apa jugak. Bengkak dah makin surut. Dah tak sakit lagi. Alhamdulillah. Husben kata banyak sangat pengeluaran susu. Tu yang jadik bengkak tu. Alhamdulillah, itu rezeki Aus.

Doc kata dia bagi antibiotik yang power rangers sikit. And extra. Sebab tempat bengkak tu merah. Ye la... dah 7 hari baru nak pergi check. Time siang tak ada sakit sangat. Tapi bila malam baru la rasa extra sakit. Mungkin sebab sejuk waktu malam ni.

Aku pun tak tahu mana yang respond dulu, antibiotik ke ubat surut bengkak. Masa Alya, ubat surut bengkak hospital dengan klinik aku makan tetap tak jalan. Sakit tetap sakit. Nak solat time rukuk dengan sujud lagi sakit. Memang redha je la. Demam sepanjang bengkak susu tu entah berapa kali.

Alya time ibu dia sakit memang tak banyak ragam. Aku tidur, dia pun tidur. Bangun menyusu, tidur. Petua untuk kurangkan bengkak susu memang cuba semua. 

Kobis la paling serasi. Bila letak rasa macam okay sikit. Tapi still tak hilangkan bengkak susu pun. Bila pecah kat bahagian tepi breast, pergi ke KMC.

Doc suggested operate je. Tapi baby kena stopped breastfeeding. Alya baru 3 bulan. Ubat hentikan susu pun dapat la. Dalam seminggu ambik masa untuk pengeluaran susu berhenti sepenuhnya. S

ebab dah pecah. Susu still diproduce tapi jalan semua dah tersumbat. Dalam redha tu tetap la alternatif lain untuk sembuhkan bahagian pecah tu.

Nak stop breastfeeding Alya? Belum la kot. Kesian. Dia baby sangat lagi. Allah permudahkan urusan dengan temukan ubatnya. Niat baik, insyaAllah... Allah bantu. Jumpa dengan Gel Gamat Healin. 

Sapu la kat tempat pecah siang malam. Alhamdulillah... luka tu makin tertutup sikit-sikit. Tak perlu operate. Tak payah nak telan ubat hentikan susu. Memang syukur sangat-sangat.

Semua tu jadi kenangan sampai sekarang. Bila jadi je bengkak susu mesti teringat. Sakit memang sakit. Tapi selagi boleh, biar la anak-anak ni minum susu ibu je. Khasiat lebih. Bonding pun lebih.


posted from Bloggeroid

Kifarah dan bukannya karma.








my foot: semalam lupa pulak nak stated yang berat aku turun banyak. Perghhh... terkedu kejap. 46 ke 48 kg je. Ini berat underweight. Tapi nurse tu kata ok la, diet. Masa bila diet entah. Huhu...


posted from Bloggeroid

29 May 2014

Appointment yang tertunda.



Sepatutnya ke sini sehari selepas birthday Azfar tapi tak pergi pun sebab ada hal sikit. Sudahnya tunda ke hari ni. Ini appointment untuk tibi. Next appointment lagi 6 bulan.

Aku dah sah-sah kena x-ray. Memang dia cakap awal-awal lagi dah. Lepas x-ray kena jumpa doc. This time around lain pulak doc ni. Dia ambik x-ray dan tengok. Kemudian ambik yang lama. Tengok lagi. Kejap-kejap bandingkan dengan yang baru. Ada yang tak kena la tu.

Kemudian dia cakap nak tunjuk x-ray kat bosnya tapi bos tak ada la pulak. Bilaaku tanya ad something wrong ke dia cakap tak ada apa-apa. Ala, doc ni. Macam la aku tak tahu. Jadinya dia cakap kalau ada apa-apa dia orang akan call. See!!! Sedangkan sebelum ni tak ada apa pun.

Dia pesan mintak nurse bahagian tibi hantar semula x-ray tu kat dia untuk ditunjukkan pada bosnya. Suspicious kan? Kalau tak ada apa-apa mesti dia tak mintak semula la x-ray tu. Eleh... macam la aku tak tahu. Apa-apa je la.

Husben la yang jumpa nurse bahagian tibi tu. Entah apa dia cakap aku pun tak tau sebab aku tunggu kat luar je. Tapi yang aku dapat tangkap dia kata ada kelainan pada x-ray aku tu. Mungkin salur darah tersumbat kot.

Tunggu je la nanti apa pun resultnya.


posted from Bloggeroid

28 May 2014

~ WW #85 ~ Anak-anak ribena.









my foot: Sultan Perak mangkat. Innalillah...


posted from Bloggeroid

27 May 2014

A token of appreciation.




Husben cakap kat anak-anak: 'Ini kereta ibu. Abah bagi awal sikit hadiah anniversary.' ≥﹏≤ Sangat terharu sebab aku tak mintak pun. Ini bermakna apa-apa hal memang aku la yang kena drive which aku rasa jadik penumpang lagi seronok. Haha...

Sebab husben dia pemerhati dalam diam. Kalau silap drive memang kena la. Bukan la dia marah tapi menegur. Semalam kena sekali. Dia cakap aku guna brek kereta tak betul. Okay, memang pun. Kena baiki lagi. Kalau tak macam bullets la kena nanti.

Husben kata disebabkan dah 'lemak' sangat jadik co-pilot, kena asah skill yang 7 tahun dulu aku bawak selamba je jalan jauh. Sekarang ni ada rasa macam tak berapa nak yakin lagi tapi trying to develop semula perasaan takut-takut berani tu ye.

Kalau dulu selamba je langgar kereta yang parking tepi jalan sampai nak lalu pun susah. Bukan langgar kereta tapi side mirror je sampai tercabut. Sorry ye tuan kereta. Itu di KL. Di Shah Alam, tercium bontot myvi dekat roundabout sampai orang tu pulak takut-takut nak mintak ganti rugi. Husben ada okay. Tengok muka husben pun tak, macam mana?

Sempena cuti sekolah, husben kata drive sendiri la kalau nak balik kampung. Errkkk... Betul ke ni bagi aku drive jauh tanpa dia? Yakin? Dia jawab: 'Yakin!' Macam tak percaya je. Husben kata tak boleh cuti plus sayang nak ambik cuti. Boleh percaya ke tak ni?

Aku rasa tak pun sebab Aus kecik lagi. Breastfeesing pulak tu. Hari tu dia ada cakap tunggu la Aus dah besar sikit dalam setahun dan tak mengempeng sangat, boleh la aku bawak anak-anak je balik. Sekarang ni kalau Aus menangis, susah pada aku. Itu kata dia. Tapi semalam cakap lain.

Kita tunggu dan lihat je la. Ini kereta yang tak berapa nak baru tu ye. Masa tu ia baru seminggu ada kat rumah. Alhamdulillah... rezeki anak-anak. Sekarang dah sebulan lebih. Bukan kereta mewah tapi tetap jadi keperluan.

Thank you husben for this token of appreciation.

posted from Bloggeroid

Kenapa saya Big M?





Bajet macam la orang nak tahu kan? Haha... Tak kisah la. Nak bagitahu jugak. Kadang-kadang ada sebab Big M ni jadi. Bukan saja-saja. Walaupun selalunya saja-saja je memBig M kan diri sendiri. ^o^

Tengok pic tu boleh agak tak kenapa? Benda ni tak pernah jadi. Last jadi pun masa dalam pantang. Pernah jadi sekali dulu. Kira teruk jugak la sampai doc nak operate. Masa tu Alya dah 3 bulan. Memang demam. Bengkak teruk sampai pecah sikit tempat bengkak tu. Merah jangan cakaplah. Makan ubat hospital bagi pun tak jalan. Memang dah clogged.

Pergi berurut, Ya Allah... sakit jangan cakaplah. Tapi tak ada la menjerit-jerit. Muka cool gila tapi sakit tu Allah je tau. Tukang urut pun siap cakap ada yang lagi teruk daripada aku datang. Tapi aku dah lupa kesudahan cerita dia. Hehe... Doc punya suggestion la yang terbaik. Mintak tolong husben sucked. Ubat dah tak jalan.

Kali ni jadik pulak time Aus. Adehhh...!!! Sabar dan redha je la. Aus dah nak masuk 9 bulan dah pun. Aku ingat lepas pantang tak ada dah kejadian macam ni. Rupa-rupanya ada. Last week la aku noticed. Bangun subuh pagi nak mandi, rasa macam tak berapa best je breast yang problem sejak dulu ni.

Rasa macam bengkak sikit. Rasa ngilu-ngilu gitu. Bila picit nak keluarkan susu, minyak keluar dulu baru susu. Lepas tu minyak sekali dengan susu. Memang berminyak-minyak. 

Lepas daripada sesi mengeluarkan susu tu la baru rasa sakit. Dan bengkak the next day. Bukan the whole breast tapi satu part je. Still boleh buat kerja lain walaupun kadang-kadang rasa terganggu jugak.

Kadang-kadang datang rasa menyucuk tu. Sakit la. Bila rasa bengkak, kepala dah fikir lain. Dalaman ni tak nampak kan? Tapi Aus menyusu lagi. Okay, mungkin terlebih fikir. Kalau ada entri yang aku buat pun entri paksa. Sebab tak nak la sunyi sangat blog ni.

Kesnya aku kena bengkak susu at the age Aus nak masuk 9 bulan. Memang plan nak taip detail tadi. Tapi macam panjang sangat la pulak. Kita buat. By parts la ye. Ada yang nak tau jugak ke cerita pasal Alya tu? Saja je cerita tak habis kan? Hahaha...







my foot: selamat cuti sekolah ye anak-anak. manfaat cuti sekolah sebaiknya.


posted from Bloggeroid

26 May 2014

Pandora Inspired yang cun.

Memang cun-cun. Haha... Even ada customer yang bagitahu husben terus setuju nak beli bila tengok harga murah berbanding Pandora ori. Mana mampu nak beli ribu-riban. Kalau adacpun yang mampu, husben cakap baik beli emas. Itu kat customer jugak. Macam-macam kan?

Pandora Inspired ni guna silver plated. Ada pandora stamping pada setiap bracelet. Mak anak sama-sama boleh melaram. Time raya la paling syok sebab boleh sedondon. Aku ada dua anak dara. Seronok pakai sama. Hehe...

Design baru Pandora Inspired:






















posted from Bloggeroid

Jika bukan rezeki.


Hari tu aku dapat saguhati untuk pertandingan menulis cerpen pendek Rafina Mimi. First emel aku sent pada 28 Mac beberapa hari lepas keputusan keluar.



Kemudian terbaca post Rafina Mimi bagitahu ada dua pemenang tak respon. Disebabkan tak sure siapa, aku sent lagi dan lagi. Sekalipun hadiah bukanlah besar mana pun, tapi keseronokkan menang tu buat teruja lebih. Haha...

Tadi terbuka hati nak tengok blog Rafina Mimi. Sampai sudah la dia tak dapat emel aku. Aku sent lagi tadi untuk kesekian kalinya. Kalau ada rezeki ada la. Kalau tak ada tu, nak buat macam mana kan? Reda sajalah.


Happy 7th Anniversary.








my foot: 7 years had passed. Love you still and will love you always. insyaAllah. semoga kekal sehingga ke syurga. amiinnn...


posted from Bloggeroid

22 May 2014

Big M plus terlupa.



Konon nak update jugak satu entri semalam. Sekali tu dapat mesej daripada hotlink bagitau dah expired internetnya. Hoho... Adoiii la... Jadinya sempat la whatsapp husben mintak tolong belikan topup. Tunggu punya tunggu sampai sudah tak dapat nombor topup.

Tadi saja je tengok whatsapp dia. Eh, dia sent semalam tapi aku tak dapat sebab internet dah expired kan. Tak pulak dia mesej bagitau dah sent. Dia ingatkan aku dapat kot. Kalau aku tak tengok whatsapp dia sampai cerah la aku tak tahu dia ada belikan topup. Alahai suamiku.

Big M tu memang menular sekarang ni. Sabar je la. Berusaha keras la agar tak malas-malas. Nak topup broadband pulak esok. Mungkin jugak nak tukar lain. Tengok la macam mana.

Sekarang ni hujan lebat siap guruh dengan kilat memancar-mancar lagi. Apa pun, alhamdulillah. Hujan rahmat sentiasa turun kat Pasir Gudang ni. Sejuk la tidur malam ni, insyaAllah.



posted from Bloggeroid

20 May 2014

Hari terbuka kindy Alya Anis.


Tidaklah rajin. Tapi dah pegang hp ni update sajalah satu entri pagi ni. Hehe... Hari ni hari terbuka tadika Alya dengan Anis. Makanya tak sekolah la budak solehah dua beradik. Nanti ibu je pergi tadika ambik report card dengan tanya cikgu perkembangan dia orang kat sekolah.

Tapi yang pasti, budak-budak ni mesti nak ikut punya. Lepas hantar dia orang mengaji pagi ni terus gerak ke tadika la kot. Tengoklah macam mana. Semalam baru sempat buatkan hadiah untuk hari guru dia orang. Hari ni nak bagi kat guru mengaji pulak. Guru mengaji pun guru juga. Orang yang mengajar sampai pandai baca Al-Quran kan.

Budak dua beradik sibuk nak bagi mug. Tapi tahun lepas dah bagi pun. Walaupun cikgu lama cuma tinggal sorang tapi takkan bak bagi mug juga. Sudahnya ibu tukar dengan brooch. Buat kad menggunakan kertas sticker ditampal pada magnet paper. Jadi cikgunya boleh tampal kat peti ais ye. Tak sempat nak snap pics sebab busy.

Pagi semalam baru teringat hadiah tak bersampul lagi. Macam mana tu? Haha... Kelam-kelibut la jugak. Sebenarnya ingatan tu je yang bermakna. Hadiah tu menambah warna. Tanda terima kasih sebab ilmu yang diberi lebih berharga kan?


posted from Bloggeroid

19 May 2014

Big M.


Tak ada mood nak menaip dua tiga hari ni. Mungkin sebab badan tak berapa sihat. Pegang hp pun malas. Macam mana? Dua hari ni banyak tidur je. Jumaat Sabtu budak dua beradik tak sekolah. Relax sikit la.

Aus pulak tak berapa nak tidur dalam buai. Tidur atas dukung or sambil menyusu... lepas tu baru boleh letak dalam buai. Dua hari tu aku bawak masuk bilik je. Tidur dalam bilik sejam dua. Memang lama jugak tidurnya. Mungkin jugak sebab batuk dengan selesema tak baik lagi.

Sekarang ni still batuk. Selesema dah ok. Cumanya meragam tak nak tidur buai jugak. Sabar je la. Penat la berdondang sayang. Bukan ringan-ringan lagi dah si imam muda ni. Adoiii la anak...

Semua-semua tu jadik penyumbang pada perasaan M tu la. Hari ni pun sama. Kejap bukak blog. Tak sampai seminit dah closed. Pesal entah. Malam ni sementara menunggu budak tiga beradik habiskan cerita Ninja Hatori, layan jugak la tulis blog. Sayang pulak kalau tak taip apa-apa.

Nanti-nanti bw ye. Mata pun dah sama ngantuk jugak. Macam mana tu?


posted from Bloggeroid

16 May 2014

Buku, mangkuk dan almari.








  1. my foot: diforward kawan dalam group whatsapp.


posted from Bloggeroid

15 May 2014

Alkisah katak 'mengendung'?


Pernah dengar katak 'mengendung'? Aku hari-hari dengar kisah si katak mengendung ni. Hari- hari jugak la gelak tak hingat.

Alkisahnya bila aku buat bandung selasih. Biji selasih tu kan macam telur katak. Jadinya untuk anak-anak ni aku cakap la aku letak telur katak kat dalam. Mula-mula tak nak minum sebab takut telur menetas kat dalam perut. Tapi lama-lama ok je.

Bila aku buat bandung selasih ni, Azfar mesti cakap: 'Ibu letak katak mengendung ke?' Dan aku akan tanya dia: 'Katak apa?' Azfar akan tunjuk la biji selasih tu sambil jawab: 'Katak mengendung'. Time-time tu jugak la gelak. Kelakar bunyi katak mengendung.

Aku betulkan la katak 'mengandung'. Tapi katak tak mengandung. Katak bertelur. Kadang-kadang bila dia cakap katak mengendung tu dan aku mintak dia ulang sebut, dia akan cakap: 'Ibu gelak la. Kelakar katak mengendung.' Pandai buat ibu ketawa. Haha... ^o^

Tapi sekarang dia dah tahu dah. Kalau cakap dekat abah dia mesti dia kata katak bertelur. Haha... Kalau tak sampai sudah la katak mengendung.


First time!!!




Aus tak tidur sepanjang malam tadi. Bukan tak tidur langsung. Tidur la dalam 5-15 minit. Setiap setengah jam je nangis. Lama jugak nak bolegkan dia senyap dan tidur. Pukul 10, 11, 12 dan last sekali pukul 3. Langsung tak nak tidur. Puas pujuk rasanya.

Aus sebenarnya batuk dengan selesema. Batuk baru semalam. Selesema dah 2-3 hari. Masa nak tidur malam tadi ok je. Dah lama sikit dia tersedar dan menangis. Ibu pun dah lelap. Layan je la.

Bila dia menangis lagi laju nafas dia. Lagi macam susah nak bernafas. Memang aku perasan ada bunyi sikit. Tapi dia macam aktif je pun. Jadi wait and see la. Sampai la pukul 3 lebih tadi bila dia tak nak tidur langsung.

Tengok nak bernafas pun susah. Makanya, kejut la budak 3 beradik. Takkan nak bawa Aus pergi klinik nak tinggalkan dia orang. Tersedar nanti susah pulak. Dia orang ok je bangun. Tak ada masalah pun.

Pukul 3 pagi tu la pergi cari klinik 24 hours. Nak ambik neb je. Dekat dengan perumahan ni klinik tutup. Yang bukak kedai mamak dengan 7e. Kedai runcit 24 jam pun bukak la. Dah tak ada klinik dekat, kena pergi yang jauh. Aus masa tu dah senyap. Dok tengok alam sekitar. Tengok bulan. Still breathing laju.

Sampai klinik, dapat neb dan ubat bagai... baru la nampak aktif semula. Mulut pun dah bising. Itu pun ada 1 je klinik 24 hours. Nasib baik ada. Kalau kat kampung, pergi emergency je. Kat sini hospital jauh. Huhu... 

Balik dari klinik baru la boleh tidur tanpa perlu dipangku, didukung. Bila batuk pun ok je. Kalau tak tadi, batuk pun nangis. Dah boleh tidur dengan tenang.

Kakaks dengan abang pun dah tidur jugak. First time dalam sejarah duduk PG ni aku pergi klinik seawal pagi untuk nebkan si Aus. Kat kampung pun pernah tapi aku tak angkut semua anak-anak. Tinggalkan je. Yang ni kena bawak semua sebab husben kerja malam.

Apa pun, fast recovery Aus sayang!




14 May 2014

~ WW #84 ~ Imam Muda 2.








my foot: insyaAllah.


posted from Bloggeroid

~ WW #83 ~ Made by Alya.

my foot: so sweet of you sayang. sepanjang malam buat kad. katanya: 'Kak Long sayang Ibu.' Ibu pun sayang Kak Long soooo muuuccchhh... ( ˘ ³˘)♥

13 May 2014

Sanah helwah Azfar sayang.








my foot: abang yang baik. doa ibu semoga jadi anak yang baik juga soleh di dunia mahupun akhirat. We love you soooo muuuccchhh...!!! ٩(๛ ˘ ³˘)۶♥


posted from Bloggeroid

Alya oh Alya.


Ni cerita minggu sudah. Asyik terlupa je nak cerita. Minggu sudah budak-budak ni tak berapa sihat. Ada yang batuk, sakit perut, demam dengan headachenya lagi. Sakit yang berbeza-beza. Tapi tak apa.

Alya memang susah nak makan nasi. Tapi dia paling suka bubur. Alya tu kalau makan suap laju je. Tapi disebabkan Aus tak berapa nak sihat makanya dia tak makan la sangat. Kecuali apa yang aku bagi bekal kat sekolah.

Tak pun kalau Anis makan, dia menyibuk la. Aku mintak Anis je suapkan si kakak tu makan. Tapi dia tak nak makan. Memang dah paksa ni. Dia cakap tak sedap tekak. Ok la kaalu gitu. Paksa-paksa nanti keluar semula isi perut, lagi susah. Lagi meragam.

Jadi malam tu tidur je la macam biasa. Aku pun tak ada la lena sangat. Dok perhatikan Aus. Lebih kurang pukul 3 lebih aku tertido. Kemudian aku dengar suara Anis tanya: 'Siapa bukak pintu?' Pintu bilik terbukak tapi tak ada la luas pun. Aku kunci pintu bilik sebab husben kerja malam. Anak-anak semua lego satu bilik je. Senang nak monitor.

Kemudian Anis tanya lagi: 'Kak Long mana?' Adeh... Macam mamai-mamai gitu. Dengar Alya tak ada terus bangun. Tengok jam baru pukul 4 lebih. Mana pulak dia pergi. Cari dalam bilik dia tak ada. Tengok dalam bilik air luar pun tak ada. Mana tau sakit perut ke apa. Belum nak panik lagi ye.

Turun tangga, nampak elok je dia kat meja tengah makan buah jambu. Senyap je. Dah la lampu bawah dia tak bukak. Harapkan lampu dapur je. Dan yang aku sangat la terkejutnya tu... sebab dia berani pulak turun bawah sorang-sorang. Pukul 4 pagi tu.

Dia cakap dia dah kejut tapi aku macam tak bagi respond. Baru sangat tido. Memang tak berapa nak sedar la. Aku tanya dia lapar ke? Dia cakap lapar. Jadi buatkan dia nasi goreng dengan air milo. Lepas makan, dia naik atas tido macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dalam hati, mengigau ke apa Alya ni? Huhu...

Bila kenangkan dia turun sorang-sorang kat bawah sebab lapar, hati ibu ni... 'Ya Allah... Kesiannya anak aku.' Lapar punya pasal boleh je turun sorang-sorang. Tak takut apa pun. Ibu je la macam dramatik sikit masa nak turun. Ada lebihan 'imaginasi' dalam kepala ye. Padahal tak ada apa-apa pun. Saja je nak buat scary movie... ^o^


- Tarikh kejadian: 6 Mei -



12 May 2014

Simple dish.



Masakan orang malas. Haha... Tak nak cerita banyak. Hari ni punya masakan namanya Nasi Air Sambal Gesek. Cuma nak bercerita pasal sambal gesek tu. Dalam bekas yang kaler merah tu la.

Simple dish. Cukuplah dengan nasi yang dimasak lembik ala-ala macam nak jadi bubur gitu. Letak sup, sambal gesek dengan telur asin. Alhamdulillah... Kenyang.

Sambal gesek tu agaknya orang jawa punya kot. Aku ambik daripada seorang sahabat fb yang memang suka memasak. Macam-macam yang dia masak. Kiranya sambal gesek ni macam ganti sambal belacan la.

Goreng segenggam ikan bilis dengan minyak sikit. Lepas tu campur dengan cili padi dalam 5 biji, lada merah dalam 3 biji dan jugak bawang merah dalam 5 ulas dan dipotong kecik-kecik. Goreng sampai layu. Lepas tu tumbuk. Campur garam sikit dan perah dengan asam limau. Sedap jugak.


Makan tengah panas. Terangkat. Terbaik la. Terima kasih pada penyumbang resepi. Sedap je pada tekak aku. Anak-anak makan nasi dengan sup je. Pedas la sikit sambal gesek aku ni. Hehe...



posted from Bloggeroid

Makanlah banyak buah-buahan.







my foot: jadi lepas ni kena makan banyak buah la ye... (*'▽'*)♪


posted from Bloggeroid

Alya, Anis dan exam.


Last week, budak dua beradik exam. Daripada Ahad sampai Rabu. Paling relax Anis. 24/7 relax minah kecik tu. Periksa ke tak ke... sama je. Tak siap homework pun sama jugak. Memang jarang tak siap homework kecuali kalau dia demam tak datang sekolah and cikgu bagi kerja sepanjang dia tak datang tu untuk buat kat rumah.

Tapi Alya lain sikit. Kalau dia terlupa buat homework memang dia gelabah gila. Ada la jugak jadik. Balik sekolah aku akan tanya ada homework ke tak. Kemudian akan tanya lagi. Dan last sekali petang la aku tanya ada tak homework. Tapi time nak tido malam tu la baru cakap ada 1 homework lupa nak buat.

Macam mana tu? Mula la gelabah. Pesan suruh kejut awal-awal nak buat homework. Kebiasaan spelling la. Time pagi la baru nak buat. Sambil aku masak sambil layan dia spelling bagai. Adoiii la... Alhamdulillah, pagi-pagi tu penerimaan dia sangat la bagusnya. Tapi yang geram tu bila tanya cakap tak ada. Dah malam baru ada.

Dekat-dekat nak exam lagi la haru. Anis macam biasa la. Relax sister, sister relax. Alya la dok mengira hari bila nak exam. Sampai tak nak pergi sekolah pun ada. Takut nak exam. Takut tak boleh jawab soalan. Nanti cikgu marah katanya. 'Kalau tak boleh jawab macam mana?'

Alahai anak!!! Kecik-kecik dah stress nak exam. Masuk primary school macam mana la agaknya. Kesian la pulak. Ibu dengan abah okay je. Tak dapat jawab tak apa. Dah cuba kan. Tak dapat 100%  pun tak apa. Buat yang termampu je. Dah berusaha.

Apa pun... Ibu dengan abah doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu ni. Yang penting jadik anak solehah dunia dan akhirat.



11 May 2014

Selamat Hari Ibu.




Hari-hari adalah hari ibu. Tak kira masa dan bila serta di mana. Hargai seorang wanita bernama ibu maka raikanlah dia.

Semoga ibu-ibu kita dilindungiNYA. Sayangilah dia sementara masih ada.


posted from Bloggeroid

10 May 2014

Aus yang comot.



Budak kecik ni demam campak rupanya. Hoho... Demamnya pun tak teruk dan kejap je. Lepas okay demam, the next day keluar biji-biji merah ni.

Patut la pagi masa nak hantar kakaks pergi school nampak comot je muka si kecik ni. Pesal ek? Sekali telek-telek nampak la sebab ke'comot'annya tu.

Kakaks dengan abang at the age of 7 - 8 months, memang kena demam campak ni. Menurun kat adik jugak rupanya.

Tak apalah sayang. Janji tak meragam. Cepat sembuh ye... (♡˙︶˙♡)



my foot: aku terlupa nak publish entry ni rupanya. hahaha... sengal.


posted from Bloggeroid

07 May 2014

Yang kita lihat dan dengar.


Hujan turun lagi membasahi bumi. Alhamdulillah... Hilang panas membahang. Tadi masa kalut nak angkat baju sebab hujan dah turun rintik-rintik (husben dah sound dulu, 'hujan' katanya. Tapi masa tu tak hujan lagi. Aku pulak tengah memasak kat dapur. Encik husben pegang Aus. Makanya aku buat selamba derk je. Hehe... Sekali tu hujan sungguh! Isk3...), aku dengar jiran depan marahkan anak dia.

Anak dia cakap 'nanti cikgu marah' sambil nangis-nangis. Maknya dah naik angin. Sekali terpandang ke aksi maknya tu. Aku rasa untuk budak sebesar anak dia yang umurnya around 11 years, sangat tak berapa patut la. Maknya cekak leher kot sambil marah-marah dan si anak menangis sambil cakap sakit. Budak-budak ni emosinya lain.

Dia akan besar dengan hasil didikan macam tu dan tak mustahil kalau dia pun jadi pembengis jugak nanti. Kesian aku tengok budak tu. Dah dia takut cikgu marah, nak buat macam mana? Marahkan dia pun tak solve problem jugak. Tapi cara handle tu yang tak berapa nak betul.

Jangan cekak leher anak. Biar marah macam mana pun. Aku garang jugak dengan anak-anak tapi belum sampai tahap buat macam tu. Anak-anak pun tahu kalau aku dengan husben marah, bukan sebab suka-suka. Tapi sebab sayang plus tak nak dia orang buat salah. Salah sikit-sikit tu biasa. Tapi kalau salah sebab kita dah tegur dua tiga kali memang kena la. Haha...

Setakat marah je la. Nanti bagi la reason kenapa kan supaya dia orang tahu. Tapi itu la... tengok pada apa yang jiran tu buat pada anak-anak dia, aku terfikir apa perasaan dia orang? Hari-hari boleh dengar suara sia marahkan anak-anaknya. Harapnya aku tak jadi macam dia la. Takut...

Aku pun tak mengata dia. Cuma mengingatkan diri sendiri jangan la berkasar sangat dengan anak-anak. Apa yang kita buat dengan apa yang kita cakap, kadang-kadang kita tak sedar jiran-jiran lain boleh dengar dan lihat. Minta dijauhkanlah hendaknya segala sikap dan sifat macam tu... -_-#



~ WW #82 ~ Photobook baru.






my foot: hadiah kemenangan last year. submitted photos last month. baru je sampai. hehe...


posted from Bloggeroid

06 May 2014

Dapat juga yang baru.




Memang dah lama nak beli. Tapi tak berkesempatan. Balik kampung guna kakak aku punya. Sedap je. Sejuk. Nak mengadap Sang Pencipta pun nak cantik-cantik juga.

Tak jumpa lagi yang kaler macam kakak aku tu. Hijau lumut. Kalau ada pun yang tak berapa nak lumut sangat. Haha... Survey-survey online pun murah jugak. Jenis kain lycra memang sejuk.


Hari sabtu jalan-jalan jumpa booth jual telekung. Bila tanya dia cakap RM40. Okay. Memamg harga berbaloi. Husben kata kalau nak, beli je la. Dah dapat green light baru boleh beli. Ngeee... Boleh tambah telekung yang sedia ada.

Kali ni pilih kaler dark blue. Kalau bertahi lalat tak nampak pun sebab gelap. Next time nak beli kaler maroon. Tak pun merah. Banyak jugak booth yang ada kat situ tapi tak ada tengok setiap booth pun. Baju muslimah pun murah-murah. Husben offer jugak. Tapi tak apa la. Lain kali je la.

Minta air dengan abah sebab cuaca panas pulak.

Datang ke Bukit Layang-layang ni pun sebab husben dah berjanji dengan anak-anak. Jadinya anak-anak menuntut janji la. Nak tak naj, ibu jugak la yang kena jadi supir. Redha sajalah... ≥﹏≤

posted from Bloggeroid

Lain yang demam, lain yang cari perhatian.



Budak kecik ni demam lagi. Tapi tak seteruk demam bulan lepas. Macam baru je kan demam. Memang pun. Aus ni demam terkejut. Terjatuh masa Alya tengokkan. Dia duduk dengan adiknya ni. Bila adik melonjak ke belakang dia tak sempat pegang dan jatuh. Masa tu aku on the way nak ambik si kecik ni la lepas basuh tangan.

Malam tu still main macam biasa. Tapi masa pegang rasa kaki dengan tangan tu hangat je. Checked suhu tak demam pun. Meragam la jugak sikit-sikit. Esoknya baru demam betul. Itu pun dah petang sangat dah baru la dok menangis je. Sampai abah nak kerja pun tak jadi kerja sebab kesian dengar si kecik nangis.

Malam tu dia 'starter' dua kali. Badan tak panas. Tapi bila check je melebihi 38°c. Bawak mandi la. Berapa kali entah bangun mandikan dia sebab panas dan asyik tersentak je. Bawak ke klinik pun dapat ubat. Doc kata tekak merah. Itu pun boleh sebabkan demam malam. Ada budak memang demam malam je. Alhamdulillah... Malam ni abah kerja, dan Aus okay-okay je. Demam tapi tak ada la macam dua hari lepas.



Sepanjang abah tak kerja dua hari lepas, budak-budak ni memang nakkan perhatian abahnya lebih sikit. Macam-macam peel ada. Abah dah la kureng sihat. Tapi nak buat macam mana? Aku cakap dengan husben: 'They seek your attention la. Jarang sangat ada masa kat rumah malam-malam.' 6 bulan plus mungkin tambah lagi 3 bulan, husben akan kerja malam je. Dah habis treatment baru la masuk shift dua minggu pagi dan dua minggu malam.

Memang tak jumpa abah kecuali hari tak kerja je. Siang-siang abah nak tidur sebab kerja malam tak boleh nak tidur mana. Kena handle project. Dah la dua orang je kerja malam. Balik rumah mesti mengadu oenat dengan tak dapat nak tidur sebab banyak sangat mold turun. Nak harapkan 'worker' pun tak boleh jugak. Dia 'staff' kena recheck apa anak buah buat. Huhu...

Tu la perangai budak-budak ni kalau abah ada. Nak berkepit je. Semua nak bercerita. Abah pun naik pening sebab tak tahu nak dengar yang mana dulu. Dengan adik yang kadang-kadang menangis tu lagi. Surrender kejap kena jaga anak ramai. Haha... Baru tau!!!


posted from Bloggeroid

05 May 2014

Berselfie dengan anak-anak bujang.




Ini aktiviti semalam. Nak isi minyak kereta. Alang-alang tu bawak husben terus ke klinik untuk makan ubat sebab nak isi minyak akan melalui jalan yang sama.

Sekarang aku je kena drive. Husben kata nak biasakan aku semula dengan semua tu. Tak ada la bergantung dengan dia je. Time terdesak memang boleh drive ke mana-mana pun. Dia cuma nak mahirkan aku semula dengan jalan-jalan kat sini.

Dah lama jadik penunpang sampai jalan-jalan senang pun malas nak hafal. Ngeee... Teknik memandu pun kena gilap semula ye. Kalau tidak kena sound. Tak nak sentap baik polish semula semua. ^o^

Jadinya semalam, sementara menunggu abah makan ubat, makanya kami bertiga pun ber'selfie'lah dalam kereta. Si kakak berdua tak ada. Still kat sekolah. Kiranya lepas isi minyak baru ambik dia orang. Ingat nak ajak abah ber'selfie' jugak. Tapi dah lambat, apa pun tak sempat. Tak ingat sebetulnya.

Next time la kita berselfie satu keluarga. Kat studio time raya ye. Macam biasa... :-P



my foot: belum sempat habiskan blogwalking. super busy. hehe... nanti-nanti i visit u okay!!!


01 May 2014

Fenomena Oat Choco.

image

Makanan yang jadik kegemaran orang ramai sekarang. Oat dengan white choc ni. Ada banyak jenis sebenarnya. Aku dah rasa lebih kurang 5 jenis dengan brand yang berbeza. Tapi yang paling popular aku rasa yang bawah sekali dalam pic tu. Yang kaler hijau tu.

Sedap tu sedap la. Aku suka. Tapi husben tak bagi makan banyak-banyak. Sikit-sikit je boleh la. Sampaikan kawan-kawan husben mibtak belikan untuk dia orang. Tapi stok kat kedai pun tak banyak dah. Minggy depan pulak datang katanya. Tunggu je la.

Tapi sedapnya oat ni pada aku tak ada la sampai teringat-ingat kalau tak dapat. Ada... makan. Tak ada, ok je. Apa sebabnya jadik fenomena? Sebab kalau makan kenyang? Sesuai untuk orang diet? Ye ke? Entah... Aku pun tak tahu.

Makan je la. Janji masuk mulut sedap. Dan halal jugak ye.


Design lain untuk Pandora Inspired.

Semuanya berharga bawah RM100. Dah termasuk postage jugak. Kalau nak beli yang ori tak mampu, inspired pun dah macam ori kan? Tapi Sabah Sarawak kena add RM10 untuk postage.

Mana la tau nak pakai time raya. Nak request sama pattern untuk diri sendiri dengan anak pun boleh. Cuma bagi ukuran pergelangan tangan anak la. Mak dengan anak-anak boleh pakai. Nak untuk anak saja pun boleh.

Jom layan gambar.































Berminat boleh pm ye: 0172561005

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign