✿ Rumah SalYa ✿: April 2014

Fresh from the owner...

30 April 2014

~ WW #81 ~ Buah hati tak berapa nak baru.






my foot: post untuk kenang-kenangan. hehe... kesayangan kami.

posted from Bloggeroid

29 April 2014

Tersedak susu, apa yang kita perlu lakukan.


image  

Pic tak ada kene mengena dengan cerita. Tapi berkongsi sesuatu yang aku baca. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu. Tapi ilmu ni wajib la kita kongsikan. Especially melibatkan anak kecil. Sekurang-kurangnya kita boleh lakukan sesuatu. Perkongsian ni aku ambil dari sini: 

http://www.mamapeduli.info/2013/07/tersedak-susu-apa-perlu-dilakukan.html?m=1

Kalau rajin nak baca klik je link tu. Tapi 
aku ambik main point utama dia apa yang kita perlu buat kalau baby tesedak susu. Firstly, jangan panik. Aku tahu kalau husben ada, aku akan panik. Tapi kalau aku sendiri je, insyaAllah... aku boleh je bertenang.

Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur,” katanya.

image
google je. Aus pun ada tapi chrome.

Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang,” katanya.


Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.


image


Yang paling utama, jangan sesekali anda panik

Terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda seperti contoh di atas.

Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.

Bagaimana Caranya Melakukan CPR?

Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda.



28 April 2014

Banyak cerita.


Okay... Obama datang Malaysia. Jadi apa kena mengena dengan aku? Memang tak ada. PM berselfie dengan Obama pun jadik bahan. Biar la dia menteri ke PM ke manusia biasa sekalipun, kalau dia suka berselfie dan tak susahkan orang... apa nak hairan.

Ha... bukan nak bercerita pasal Obama datang Malaysia pun. Tapi nak bercerita pasal pic ni. Dua orang di belakang ni are my friends. Memang kecoh la kat group whatsapp yang dua orang ni masuk tv bagai. Memang jadik bahan la seminggu.

image

Even kawan seorang lagi tersilap sent mesej pun jadik bahan dalan group. Alkisahnya nak sent ke husben. Tapi tersent kat group. Haha..  Memang kena je la. Nak buat macam mana? Dah tersent tak boleh buat apa la. Kena redha je... ^o^

Hari ni pergi shopping barang dapur. Husben kata dia dah malas nak drive. Lepas ni aku je la jadik driver memandangkan Aus sangat baik budaknya. Tak ada masalah pun duduk dalam kereta dengan abah. Tak macam budak tiga beradik masa baby. Tak nak duduk langsung dengan abahnya. Yang ni comel je. Memang baik la.

Aisey... Dah lama tak bawak kereta jalan jauh. Setakat highway tak banyak kenderaan pernah la. Itu pun sekali dua je. Husben kata penat dah jadi driver. Haha... saja je kan. Kena belajar semula untuk drive jarak jauh. Dah 6 tahun tinggalkan. Pernah kena saman sekali ye. Ngeee...  Nanti nak balik kampung dia cakap: 'Ibu drive la. Kereta Ibu.' Huhu...


Aus dan perhatian.



Budak kecik ni selalu je jadik perhatian. Ada je orang nak cakap gemuknya, sihatnya (yang mana masa dia demam seminggu dan tak nak makan langsung, even lepas demam pun sama sampai ibu jadik susah hati... Still orang kata debab) dia. Selain tu, mata dia orang notice first selain daripada kulit dia yang putih gebu tu. Aus memang cerah daripada kakak-kakak dengan abangnya.

Aku tak ada la mintak perhatian tapi baru-baru ni bawak dia dan abangnya ke hypermarket. Time nak bayar, dengar sorang cashier ni panggil suruh bayar kat tempat dia walhal barang-barang husben yang bayarkan kat kaunter lain. Aku pun pergi je la kat kaunter dia.

Ingatkan apa tapi dia geram tengok Aus. Dok cium je. Dia kata comel. Nak pegang tak boleh. Bos marah. Aku macam... errrkkk!!! Husben pun tanya, kenal ke? Aku cakap tak. Tapi dia panggil. Ingatkan nak apa. Nak cuit-cuit Aus rupanya. Cikgu-cikgu sekolah Alya dengan Anis pun suka tengok. Debab.

Alhamdulillah... lepas 3 hari baik demam baru la ada selera nak makan. Itu pun sikit-sikit. Okay la daripada tak nak makan langsung. Sekarang ni dah okay dah. Makan pun banyak je. Memang bersyukur sangat-sangat. Masa tak nak makan tu susah hati la jugak sebab dia bergantung dengan susu badan je. Dah besar, tak cukup susu je.

Babies ni semuanya comel. Bukan puji anak sendiri comel. Tak la. Tapi kalau aku tak puji siapa lagi nak puji kan? Hehe... Aku pun suka je tengok babies lain. Comel dengan telatah dan gelagat dia orang. Comel dengan cara dia orang yang tersendiri. Tak ada babies yang tak comel. Even yang ada kekurangan sekalipun. Siapa kita yang nak cakap baby tu comel baby ni tak comel. Sebab comel dan cantik tu kan ke subjektif.



my foot: entah apa-apa entah.


posted from Bloggeroid

26 April 2014

Using Soffice.


Try guna software lain untuk update blog melalui android ni. Biasa guna 'bloggeroid'. Kali ni guna 'soffice' pulak. Macam nenarik jugak software ni. Boleh adjust nak center ke bold direct daripada software ni. Tak macam bloggeroid. Kena guna certain cara umtuk centerkan or boldkan text.

Dapat tau pasal software ni melalui Jemari Asmara. Menarik la berbanding bloggeroid. Boleh gunakan selalu. Kalau nak try install boleh ke playstore and search for word press and blogger kalau tak silap aku.
Still belajar macam mana nak guna software ni. Hoho...

image

image


25 April 2014

Showing and telling.

So true la. Husben aku macam itu la. Bukan jenis yang suka cakap tapi jenis yang suka tunjuk. Nak dengar cakap tu bukan tak ada langsung tapi limited edition la. Haha... Walaupun dia ramah orangnya tapi bukan jenis suka express his feelings. Nevermind.
Walaupun dalam keadaan gaduh-gaduh manja, dia tetap la tunjuk dia sayang. Hoho... Macam baru-baru ni dia belikan something. Kat anak-anak la dia cakap 'barang' tu ibu yang punya. Untuk abah lain la pulak. Sebab tu bila melibatkan 'barang' yang satu tu, mesti aku yang kena handle. Entah apa-apa entah.
Apa pun... Terima kasih walaupun aku tak mintak semua tu. Thank you for being the best. And thank you for trying to be the best Imam to all of us. Love you lots..




24 April 2014

Minggu-minggu akhir seorang cikgu.

Lambat bersiaran hari ni. Mood ni kadang-kadng melayang jugak. Jadinya nak buat entri satu pun malas. Macam mana? Ceritanya tak pernah kurang. Ada je. Dengan keletah Aus, kerenah si abang dengan kakak-kakak yang memang tak pernah putus. Itulah kebahagiaannya kan?

This week, sebenarnya start semalam aku hantar semula budak-budak ni ke school. Dah hampir 3 minggu cikgu ambik dan hantar balik. Last week cikgu cakap this month last month dia kat tadika tu. Dapat offer kerja tempat lain.

Tahun ni 2 orang cikgu daripada last year resign. Yg sorang lagi kena transfered. Dah 2 months jugak dia orang dapat cikgu baru. 2 orang jugak. Dan akan dapat lagi sorang nanti.







Ber'whatsapp' dengan cikgu. Biasa jugak la whatsapp dengan cikgu ni dok tanya perihal budak-budak ni plus kalau nak mintak cikgu ambik dia orang pun senang. Hehe...

Dah biasa mengajar tapi bila dapat offer lebih baik takkan nak tolak kan? Tak apa la cikgu. Kita jumpa je la kat mana-mana nanti ek. Harapnya gembira di tempat baru.

posted from Bloggeroid

23 April 2014

Kes tak nak mintak tolong.



Tengah siap-siap nak pergi kerja ni. Pakai baju hujan sebab cuaca tak berapa nak okay. Kalau mendung sangat dekat area rumah, deekat highway dah hujan lebat. Siap banjir lagi.



Abah pakai baju, budak dua beradik dok sibuk 'berperang' kat situ. Mula-mula okay tapi lama-lama bergaduh sebab berebut kerusi. Walhal kerusi ada dua dah kat luar tu. Abah tak layan sangat sebab sibuk betulkan something kat baju hujan. Aku perhatikan je. Nak tengok apa dia nak buat.



Last-last berbunyi jugak jugak. Susah pulak nak zip. Tapi tak nak mintak tolong. Just cakap dengan anak-anak yang tengah berebut kerusi tu. Entah apa-apa entah. Aku dekat sliding perhatikan je dulu. Dah terkial-kial tak boleh nak zip baru aku keluar.

Mengada-ngada kan tak nak mintak tolong. Aku zip kejap je dah okay... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid

~ WW #80 ~ Selfie.







my foot: saja nak berselfie dengan anak-anak lepas abah pergi kerja. Haha... Pandora Inspired tu materialnya silver plated with pandora stamping.

posted from Bloggeroid

22 April 2014

Cerita makan-makan waktu hujan.


Entri tanpa pic. Malas pulak nak tepek barang sekeping. Haha... Tak ambik sekeping pun pic roti sebab tak bercadang pun nak masukkan dalam blog. Tapi saja nak bercerita je pasal roti yang jadik fenomena ni. Ala... dah ramai yang bercerita pasal roti ni. Kalau rajin google je.

Memang plan nak buat. Tapi mood tak ada. Bila dah start buat macam rajin la pulak. Dah dua kali buat pun. Untuk anak-anak makan. Anak-anak ni alhamdulillah... apa je yang aku masak semuanya dia orang kata sedap.

Untuk dua bekas roti tu pun dia orang yang makan. Sebenarnya sukakan sos butterscotch tu. Tapi dok ulang makan je la. Tambahan pulak semalam hujan. Nak makan jela kerjanya. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak. Ayam pedas yang aku masak pun dia orang kata sedapnya. Siap cium bau lagi.

Dan anak soleh dan solehah tiga beradik tu la dok perabihkan ayam masak pedas yang aku campur dengan sos masam manis. Alkisahnya husben aku ni masa mintak dia belikan sos plum dia sure tak ingat tapi malas nak tanya. Makanya dia beli la sos masam manis sekali sebab tak tahu aku nak guna yang mana kan.

Sos masam manis mana pernah beli. Jadinya aku campur je ikut suka hati time masak. Tu yang berbau harum lebih tu. Haha... Sos plum tu biasanya aku guna untuk gantikan sos ikan. Aku tak suka rasa sos ikan tapi aku suka rasa sos plum.

Dan anak-anak ni bila semua benda kita masak dia cakap sedap, kembang je hati ibu. Anis dengan Azfar memang suka makan. Alya western sikit sebab makan memilih. Nasi makan sikit je. Itu pun dalam seminggu 3 ke 4 kali je makan. Tapi kalau roti, kek, tart memang laju je dia makan. Tak apa la. Makan la selagi boleh.

Sekian. Hehe... (♡˙︶˙♡)

posted from Bloggeroid

Cerita jiranku.


Lepak kat luar kejap semalam lepas hujan berhenti. Bagi Aus ambik udara segar lepas hujan. Kebetulan jiran sorang ni baru balik ambik anak-anak dia daripada sekolah. Dok sembang la kat luar kejap sementara tunggu husben siap-siap nak pergi kerja. Jarang dah jumpa jiran ni. Kalau jumpa pun seawal pagi dengan waktu petang macam ni la.

Sembang-sembang kosong je pasal anak, pasal kereta. Jiran ni pangkat adik dengan aku. Dia bercerita kejadian dia bawak anak-anak dia ke Zoo Johor. Hadiah sebab anak-anak dapat nombor 1 kat sekolah. Sampai kat zoo hujan baru berhenti plus dah pukul 4. Memang dah petang sangat la sebab zoo tutup pukul 6.

Dia cakap, keesokkan harinya anak dia nombor dua dok nangis-nangis bagitahu kaki kirinya sakit. Macam kejang. Tak boleh bangun. Meraung-raung. Sampaikan abang si adik pun nangis tengok adiknya nangis. Apa hal pulak? Haha...

Bawak ke petang, sakitnya tak hilang tapi makin menjadi-jadi. Kejap sakit kat betis. Kemudian kat peha. Dia panggil tukang urut kat belakang. Yang urutkan aku lepas bersalin tu. Dia kata akak tu pegang kejap terus tarik tangan dia. Akak tu tanya dia ada bawak anak-anak pergi mana-mana ke semalam. Dia cakap la ke zoo. Akak tu pun cakap anak dia tu dah terlanggar 'benda'. Teruk jugak ni. Akak tu terpaksa minta tolong akak dia yang berada jauh untuk tarik 'benda' tu keluar.

Menurut kata akak yang urut tu, si kakaknya yang tarik tu bagitahu yang anak dia terlanggar 'baby tengah merangkak'. Sebab tu 'baby' tu dok ada dalam betis dia. Kejap kat betis, kejap kat peha. Kiranya bernasib baik tak sampai ke pinggang. Dan paling bernasib baik sebab 'benda' tu baby. Kalau tak, meracau dah anaknya tu. Lepas tarik tu, okay sikit. Malam tu jugak dia sefamily pergi ke pusat perubatan islam.

Sampai sana ustaz kata 'benda' tu dah tak ada. Tapi kesan cakaran baby tu je tinggal. Itu yang jalannnya berdengkot-dengkot. Ustaz tu kata kalau 'benda' tu ada, mesti anaknya tak nak masuk bila sampai kat tempat perubatan tu. Huh! Scary? Benda-benda tu ada. Nak takut apanya? Setakat seram-seram tu boleh la. Dah rasa, nak buat macam mana.

Kesimpulan jangan bawak anak-anak ke zoo lepas hujan dan waktu petang. Jangan la bagi dia orang bergelak ketawa sangat waktu petang kat tempat-tempat yang tak diyakini. Husben marah kalau anak-anak ni gelak sakan tak ingat. Ada vision tak elok dia nampak. Selalunya betul la tu. Huhu...

posted from Bloggeroid

21 April 2014

Dua beradik.



Bila Alya dengan Anis dah ke tadika, tinggallah anak-anak soleh dua beradik ni. Kalau sebelum ni Azfar sorang je. Sekarang dah ada kawan. Kalau tahun depan Azfar sekolah, tinggallah Aus sorang. Haha... Kena plan baru ni. Tak ada la. Husben kata for the mean time... biarlah dengan 4 ni dulu. "Kesian kat Ibu." Bawak anak-anak lelaki selama 9 bulan tak sama dengan bawak anak-anak perempuan selama 8 bulan. Tapi aku tak kata tak nak. Husben kata biarlah dulu... ^o^

Azfar sangat sayang dengan adik. Kalau akuu mintak dia tolong jagakan adik, insyaAllah dia jaga. Paling tak pun dia jerit je bagitahu apa adik dia buat. Kalau adik dalam buai pun dia tolong tengokkan. Nak pegang belum boleh lagi. Even dudukkan adik pun kena tolak, tumbang dia ke belakang. Hoho...

Azfar sejak dulu mulut tak boleh senyap. Time demam pun bising je. Pada aku tu lebih baik daripada dia demam merengek bagai. Buat aku susah hati. Kalau dia demam bercakap, itu tandanya dia still boleh fight demamnya tu. Jiran-jiran pun suka dengar dia bercakap. 

Alhamdulillah... Ikut abah suka bercakap ni. Kalaiu bab makan, aku tegah dia ambik banyak ke makan ke... dan kalau dia makan jugak tapi tak habis nanti dia cakap la: "Tu la... Ibu dah kata tak habis kan? Tak dengar cakap ork?!" Ada masa dan ketika dia akan keluarkan ayat power-power: "Tak boleh fokus." Fokus okay. Kau ado? Haha...

Aus still dengan kecomelannya. Mulut pun bising jugak macam abang. The run in the family I guess. Daripada Alya, Anis, Azfar dan sekarang Aus... memang suka bercakap la. Aus belum lagi. Tapi potensi ke arah itulah. Ada je benda nak tanya, nak cerita. Tak apalah. Ibu okay je bising-bising pun. Abah je la tak berapa boleh nak dengar. Abah kan ada pantang larang sikit. Jadik kena ikut.

Apa pun, anak-anak soleh memang menghiburkan hati la. Sentiasa. InsyaAllah... Semoga jadik anak soleh dunia akhirat. Aminnn...


posted from Bloggeroid

Puyuh dan merpati.




Bukan cerita pendek. Perihal husben belikan puyuh dan merpati. Untuk anak-anak makan katanya. Puyuh aku memang biasa makan. Beli je senang. Tapi merpati dah berpuluh tahun tak makan. Pernah makan sekali je pun. Itu pun dah ingat-ingat lupa. Rasa macam masak sup.

Daging puyuh lembut. Goreng pun sedap. Tapi tukar menu la pulak. Try masak halia. Merpati tu dalam pada aku macam ingat-ingat rasanya liat, aku pergi hentam goreng. Haha... Tak ingat punya pasal. Kena rebus lama rupanya nak masak merpati. Liat memang liat. Sabar je la.

Aku makan masa tengah panas. Walaupun liat still sedap. Tapi husben dok mengomel la pasal merpati yang liat tu. Dia makan daging merpati dah sejuk. Hehe... Tak cakap nak masak apa kan. Nasib la. Makan je la apa aku masak. Tak kira la liat ke tak. Tapi yang pasti at the end of the day, merpati dua ekor tu habis jugak dimakan oleh ibu dengan abah. Anak-anak makan puyuh je.

Jadik, next time tak nak beli merpati lagi katanya. Nak try daging rusa pulak. Yang ni aku tak ingat aku makan daging rusa ke kancil. Apa yang pasti daging tu dimasak rendang. Okay... tunggu daging rusa pulak. Kena rebus dulu ke sebelum masak ek?


posted from Bloggeroid

17 April 2014

Apa-apa pun boleh Ibu.



Budak dua-beradik ni kalau ke tadika aku bekalkan dia orang makanan sebab tadika tak sediakan makanan kan. Tak macam masa kat PASTI. Tadika sediakan semuanya. Kemas pun sama. Kalau tak sempat aku ajak dia orang beli je. Kadang-kadang bekalkan Gardenia yang harganya 70 sen tu. Tapi aku make sure dia orang makan benda berat kat rumah kalau bekalan diaborang biasa-biasa je.

Bawak telur goreng sebiji pun okay. Telur mata. Memang dia orang tak kisah bawak bekal apa pun. Janji bekal. Tapi dia orang lagi suka kalau aku masak. Tak kira la apa pun janji aku masak. Nasi goreng dengan kicap plus telur pun jadi. Selera makan dia orang ni tak sama. Kalau Alya dia suka nasi goreng telur tanpa ada bahan-bahan lain. Anis kira makan je apa pun.

Baik daripada demam ni dia orang nak bawak bekal nasi goreng je. Jadi sepanajng minggu ni aku goreng nasi je la untuk dia orang. Bagus jugak sebab balik daripada tadika ada masanya aku tak masak lagi. Bila bawak bekal nasi, dia orang kenyang sikit sementara nak tunggu makan petang. Bagusnya kalau aku ajak pergi beli makanan biasanya dia orang tak nak. Nak jugak aku masak. Senang la bila sekolah nanti. Bagi bekal je. Terjamin sikit kesihatan kan?

Doa seorang ibu semoga jadik anak-anak yang solehah dan cemerlang di dunia dan akhirat. Aminnn...

posted from Bloggeroid

Cuti sekolah yang lalu... - finale.


Siap ada finale bagai. Haha... Kat kampung banyak aktiviti, banyak cerita. Tapi tak sempat sangat nak berblog. Okay... keje sikit je tapi bak relax je lebih. Nak pegang telefon pun untuk main game je. Haha... Itu pun kejap-kejap je. Aku cuma layan game Frozen Free Fall. 

Dulu main candy crush jugak. Tapi aku rasa frozen punya game ni visual dia lagi cun la. Sama je macam main candy crush. Kena fikir strategi macam mana nak jalan tapi aku tak fikir pun. Hentam je main. Janji lepas level. Emoji pun aku dah uninstall. Rupanya dia tambah level lagi. Daripada 40 levels dah naik. Tak ada masa nak main lagi dah.

Sekarang ni pulak tengah nak kemaskan rumah. Bersepah sejak budak-budak ni demam. Langsung apa pun tak boleh buat. Bila dah okay sikit ni dan tidur Aus pun dah nak okay macam dulu, baru senang nak buat keje. Kalau tak, nak dukung je dia. Adoiii la... Itu belum kira time abang demam abang nak dukung jugak. Dah tu kalau mak demam siapa nak dukung? Abahnya dah tentu tak larat. ^o^

Jom layan pic aktiviti dia orang masa kat kampung. Hari-hari dok request nak mandi kolam. Kolam ni Alya dengan Anis yang punya. Memang sengaja tak bawak balik. Tinggalkan je kat kampung. Senang sesekali balik boleh mandi kolam. Perbanyakkan bil air ayah aku. Hehe...











Memang seronok la dia orang main. Kakak sepupu di orang yang paling besar layan. Aku dok sibuk buat hal sendiri. Sense Kali jengukkan kepala tengok apa dia orang buat. Memang happy gila la. 

Ini pun dah request nak balik kampung cuti sekolah nanti. Tapi tak pasti lagi boleh ke tak. Abah bukan senang nak cuti. Keje tengah banyak. Nak suruh aku drive sendiri? Belum tentu dia nak bagi. Tunggu je la...

posted from Bloggeroid

Menghabiskan yang terbengkalai.



Sedang berusaha menghabiskan bw ke blog-blog kamu dan kamu. Ini daripada last year tau. Last year kan alah sikit dengan laptop tambahan pulak dengan laptop yang rosak agak lama.

Dah habiskan sebahagian besar secar berperingkat-peringkat. Tinggal banyak ni lagi. Maaf atas kunjungan yang lambat. BW pun ikut hp je sebab malas nak on laptop. Sambil baring- baring pun boleh. Lepas tu hp ke mana, aku pun dah selamat dibuai mimpi. Hehe...

Walaupun ada blog yang dah tak aktif... still kena ziarah. Biar lambat asal jangan tak ada langsung kan? ≧∇≦ Apa pun, good luck untuk aku. Cayuk! Cayuk!

posted from Bloggeroid

16 April 2014

~ WW #79 ~ Just recover.






my foot: alhamdulillah... Demam tak ada. Tinggal batuk dengan selesema je lagi.

posted from Bloggeroid

15 April 2014

Cuti sekolah yang lalu... - part 2.


Sambung cerita cuti sekolah yang lepas. Dari Dungun ke Pekan. Kat Pekan lagi ramai sepupu-sepapat. Lagi bamyak aktiviti. Lagi luas kawasan nak jelajah. Tambahan pulak abang aku ada bina reban ayam yang agak besar la jugak. Reban lama dah tak diguna pakai lagi dah. 

Dalam 5 ke 6 tahun sekali baru la ayam-ayam ni dapat reban baru. Isk3... kesian. Bertelur pun kat sebarang tempat je. Dah ada reban baru ni boleh la bertelur dalam tu dengan aman damai. Haha...

Jom layan gambar sepanjang kat kampung:-


Azfar dengan De, Chik dan Pia.


Alya dengan Mirul, tangkap anak ayam.


Aus dengan Abang Ma dan Abang Alan.


De dengan Chik sibuk nak bergambar dengan ayam.


Aus, Alya dengan De.


Aus dengan Ayah Long.


Aus dengan Abang Aman.


Aus dengan Tok Abah.

posted from Bloggeroid

14 April 2014

Another year older. Sanah helwah dad!!!



Birthdaynya semalam. Tapi entrinya hari ini. Tak kisah la. Doa seorang anak semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan terus diberikan keupayaan untuk beribadat kepadaNYA.

Aku ajak ikut aku balik sini, tak nak. Kesian kat cucu-cucu tak ada orang nak ambik. Padahal dia pun tak sihat mana. Ikut aku balik boleh rehat-rehat. Ada jugak orang nak jaga dia daripada duduk rumah sorang-sorang. Boleh jugak bawak jalan-jalan.

Bulan 5 nanti nak bawak dia balik sini. Lama mana dia nak duduk ikut dia la. Aku okay je. Kalau duduk dengan aku makan je la kerjanya. Haha... Macam masa dia datang jaga aku dalam pantang. Dia makan pagi, sebelum tengahari, tengahari, minum petang dan makan malam. Pakej.

Memang aku nak dia datang. Harap dia datang la. Apa pun, Selamat Ulangtahun yang ke-73 Abah!!!

posted from Bloggeroid

Sepupu datang melawat.



Aus dan Azzam. Dua-dua tak berapa sihat. Aus baru okay demam. Azzam pun sama. Masing-masing batuk dan selesema. Demam pun sama lama. Lebih kurang seminggu. Cuma Azzam up sikit sebab ibunya doktor. 3 bulan extra cuti mak dia ambik semata-mata nak jaga anak sulungnya ni. Next two weeks dah start keje semula.

Penjagaan aku dengan dia pun tak ada bezanya untuk anak demam. Cumanya aku tak ada kerap sangat bagi ubat demam. Ada la dalam 3 kali je sepanjang dia demam tu. Itu pun sebab suhu tinggi sangat. Aku takut tak sedar bila tertidur. 

Ye la... direct 2 minggu anak-anak demam. Tidur pun tak serupa tidur. Takut terlelap dan tak checked suhu, nanti panas sangat bahaya jugak. Ini demam paling lama la untuk Aus. Untuk batuk dengan selesema, aku bagi jugak makan madu sikit dengan sapukan garlic oil, steaming, tepukkan percussion dan letak kunyit kat ubun-ubun dengan zon T.

Haha... Nak cerita pasal Azzam datang melawat je pun semalam. Ibunya ada buat kenduri tapi aku tak pergi sebab Aus still demam masa tu. Disebabkan dia orang dah nak balik KL semula hari ni, tu yang dia orang datang singgah kejap. Tak datang nanti apa pulak kata abang dia (husben la tu). 

Ikut besar, Aus lagi besar. Tapi Aus tua dua bulan daripada Azzam. Logik la besar pun kan. Itu pun maknya kata berat Azzam tak naik masa umur 5 bulan. Statik. Tapi aku rasa Aus pun dah susut banyak. Hari ketiga demam sampai sekarang dia refuse makanan. Mungkin sebab tekak dia sakit lagi. Harap-harap tak lama la. Takkan nak bergantung dengan susu aku je. Tak cukup.

Apa pun... Azzam, nanti ada masa kami datang jenguk Azzam kat KL ek. Dan speedy recovery to both of you my love... ٩(๛ ˘ ³˘)۶♥

posted from Bloggeroid

13 April 2014

Let It Go dalam 25 bahasa.

Disney's Frozen - "Let It Go" Multi-Language Full…: http://youtu.be/OC83NA5tAGE





my foot: layan!!!

posted from Bloggeroid

Bag kanvas saya.



Ini backpack aka handbag jugak. Dua dalam satu. Beli sebab rimas je nak bawak handbag. Mana nak dukung si kecik lagi, nak sandang handbag lagi. Serabut. Masa balik kampung cuti sekolah tu hari, aku tak bawak balik handbag. End up ada barang yang tertinggal dalam tu. Tak pasal-pasal husben kena pos kat kampung. Nak buat macam mana. Kononnya tak bawak handbag okay je. Tapi tu la.... nak isi barang anak-anak pulak tak ada tempat... ≥﹏≤

Geram punya pasal, pergi ekspo cari backpack. Kebetulan balik Pahang ada ekspo baru bukak. Pergi la cari dengan jayanya. Jumpa bag ni. Kanvas. Murah pun murah. Tukang jual cakap boleh jadik handbag jugak ni. Bagus-bagus. Kanvas pun kanvas la. Ada kulit tapi serabut nak guna buat apa. Ada dua tiga warna. Tapi biru ni nampak paling okay. Design pun okay berbanding yang dua lagi. Makanya campak je barang-barang anak dalam ty. Kalau malas nak bawak, suruh je anak-anak yang besar bawak. Settle. Hehe...



Ini pulak shoulder bag yang baru sampai semalam. Aku tebus kupon yang aku dapat daripada zalora. Puas dok scroll mencari benda yang sesuai beli. Ada dua tiga. Tapi last-last aku ambik yang setara harganya dengan kupon yang aku dapat. Yang ini pun kanvas jugak. Ada dua kaler. Satu lagi brown. Tapi design pulak aku tak berkenan. Lagi pulak aku tak ada kaler merah. Aku ambik je la yang ni. Tapi bukan merah. Pink Rose. Macam kusam sikit kalernya. Aku suka tapi bag tu besar sikit. Boleh la isi banyak barang. Tuala, baju spare, pampers tiga empat keping... macam-macam la.

Sekarang ni aku ada dua la bag kanvas. Handbags pun ada. Boleh la gilir-gilir guna kalau aku rajin nak tukar. Kalau la. Ngeee... Habis tu, pasal bag pun nak cerita? Cerita la. Dah nama pun blog personal. Tapi seronok jugak shopping kat zalora ni. Macam rambang mata pun ada. Servis pun cepat je despite of cerita yang tak sedap aku pernah dengar sebelum ni pasal zalora ni menipu la apa la.

Apa pun, terima kasih zalora untuk voucher yang diberi. Next time boleh shopping kat zalora lagi... (♡˙︶˙♡)
posted from Bloggeroid

11 April 2014

Hari Jumaat yang mulia.



Alhamdulillah... budak kecik ini sudah tidak demam. Walaupun masih tidak sihat sepenuhnya, sekurang-kurangnya demam tu dah kebah dan reda. Lega hati mak. Tak ada la dengar dia meragam malam-malam. Kesian sebab mak pun tak tahu kat mana sakitnya. Setakat tak tidur malam tu apalah sangat. Yang penting dia selesa.

Demam kali ni lama sikit. 6 hari. Sebelum ni 4 hari je. Suhu paling tinggi cecah 39°c plus. Kaki tangan sejuk tapi bila check suhu, memang tinggi. Bawak mandi la. Menggigil-gigil. Tapi nak buat macam mana. Demam macam ni la yang buat risau lebih. Kalau jenis panas tu boleh jgk rasa dengan tapak tangan je. Yang macam ni kena alert lebih.

Apa pun... dah sihat ni, lega sangat. Tak risau sangat walaupun batuk dengan selesema still ada.


posted from Bloggeroid

Cheese meleleh-leleh.



Cheese leleh dalam balang. Sedap ni. Harga RM17 sebalang. Kos pos RM6. Ada 3 perisa: coklat, strawberi dan ovanilla. Nak cuba boleh bagitau. Dijamin sedap.

Nak lagi sedap?



Yang ni lagi super sedap? Kenapa? Cuba tengok pic lama sikit. Cheese leleh lagi tebal daripada kek. Harga pun up sikit la. RM28 sebekas. Postage RM6. Berminat boleh bagitahu ye.


posted from Bloggeroid

Berlindung di bawah langit yang sama.



Miss kampung la. Keadaannya takkan sama. Kampung tetap kampung. Dan bandar akan tetap kekal bandar. Nak buat macam mana? DIA menentukan semuanya. Bersyukur apa adanya. Alhamdulillah.


posted from Bloggeroid

10 April 2014

Hijab Cantik Buat Muslimah.


Berapa ramai di antara kita yang sedar akan kepentingan berhijab? Hijab ini bukan sekdar fesyen semasa malahan ia juga merupakan salah satu lambang ketaatan muslimah terhadap tuntutan agama. Tidak salah berfesyen sambil mengenakan hijab. Namun, biarlah gaya berfesyen itu sesuai dengan hijab yang kita kenakan di kepala. Tidak guna berhijab jika fesyen yang dikenakan tidak selari dengan tuntutan agama. 

Lihat saja artis-artis tanahair yang tampil berhijab. Tetap manis dan bersesuaian dengan fesyen yang digayakan. Berhijab tidak membataskan fesyen. Malahan para muslimah masih boleh menggayakan hijab anda dengan gaya tradisional, kontemporari mahupun menggabungkan kedua gaya ini dalam menampilkan sesuatu yang berbeza.


Antara selebriti tanahair yang tetap manis berhijab dan pandai menggayakan hijab dengan fesyen semasa adalah Wardina Safiyyah, Dato’ Siti Nurhaliza, Diana Emir, Raja Farah dan ramai lagi. Berhijab tidak membataskan mereka untuk kelihatan cant Ik dan manis bergaya. Malahan ia turut menjadi ikutan bagi meraka yang mementingkankepentingan berhijab dan kecantikkan serta keselesaan dalam berfesyen.

Terdapat banyak rekaan hijab yang boleh didapati dalam pasaran. Selain daripada itu pilihan warna yang pelbagai juga memberikan kelebihan buat wanita di luar sana. Ini memberikan peluang untuk mereka bergaya sakan dengan fesyen tudung terkini dengan stail yang berbeza. Hijab juga amat sesuai untuk dipadankan dengan baju Muslimah seperti baju kurung moden, blouse Muslimah, Muslimah top, jubah moden, kaftan dan baju kurung peplum moden. Berikan sentuhan kreatif anda tersendiri bagi mendapatkan penampilan yang lebih sesuai dengan cita rasa dan menyerlahkan sisi personaliti anda. Dengan cara ini anda pasti akan menjadi perhatian bagi mereka yang memerhati! 


Jika tidak punya masa terluang untuk ke pusat membeli-belah, kenapa tidak beli saja hijab anda secara online? Ia bukan saja menjimatkan masa malahan lebih mudah kerana semuanya terletak di hujung jari anda. Apa tunggu lagi??? Jom mulakan retail theraphy anda.



my foot: iklan ini dibawakan khas oleh Zalora.


Inspired by Pandora.

Gelang-gelang comel. Kalau nak beli Pandora real, mahu termenung panjang dibuatnya. Boleh request design. Harga pun mampu milik. Yang ni ready stok. Less than RM100. Semua harga ni dah termasuk dengan harga pos.

Jom layan gelang-gelang ready stok.


























Ada yang berminat? Nak request ke nak beli boleh whatsapp ye: 0172561005.


posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign