✿ Rumah SalYa ✿: March 2014

Fresh from the owner...

31 March 2014

My dad is my angel.



Balik kampung cuti sekolah sebab dah janji nak balik dengan ayah aku. Dah lama sangat tak balik. Kalau tak bulan 12 tu balik jugak. Tapi kali ni tak balik pun. Nak buat macam mana. Banyak halangan. Jadi memang tak boleh balik. Kebetulan pulak ayah aku tu deman, tak ada selera makan, bisa-bisa badan sampai tak boleh tidur malam. Asal baring je batuk. Memang tak boleh tidur la.

Tapi aku balik Ganu dulu baru balik Pahang. Tidur kat rumah kakak aku yang tak berapa nak siap tu. Ayah aku tak nak duduk kat 'ibu rumah'. Ada banyak sebab. Tu pasal dia yang duduk kat rumah kakak aku tu. Kenapa kakak aku tak duduk kat rumah dia? Dapur tak siap lagi. Susah nak masak bagai. Dah siap esok dia duduk la situ. Anak-anak pun aku bawak tidur kat situ. Kiranya macam temankan ayah aku la.

First night tidur kat situ, memang ayah aku tak tidur mana. Batuk je. Aku kejap-kejap tanya dia okay ke tak. Bila senyap tu tidur la seminit dua. Kemudian batuk lagi. Sampaikan dia marah la aku pun tak tidur jugak sebab dia. Haha... Dia sibuk suruh aku tidur. Aku kesiankan dia tak dapat tidur. Tiap-tiap malam macam tu. Daripada dalam bilik, duduk kat luar. Duduk atas kerusi. Kemudian duduk kat bawah tempat aku tidur dengan anak-anak. Ada satu malam tu dia tak boleh tidur, aku layan dia sembang daripada pukul 3 pagi. Pukul 5 pagi baru la dia cakap nak baring dalam bilik.

Dia ada ke hospital buat ujian darah. Result normal kecuali alt dengan ast kot lebih sikit berbanding biasa. Dah tak larat pasal tak tidur malam, dia ajak ke hospital untuk tanya kenapa. Abang aku bawak ke private. Dia dah biasa dengan doc tu kot. Doc checked cakap ada kuman sikit kat paru-paru. Dapat antibiotik dengan segala mak nenek ubat. Alhamdulillah... Hari aku nak balik tu, awal pagi nampak dia tidur lena je. Malam tu pun boleh la tidur berbanding sebelum ni. Selera makan pun okay la sikit. Alhamdulillah... bersyukur sangat-sangat.

Ayah aku ada kekurangannya tapi kita manusia biasa pun tak perfect. Biar la macam mana pun dan apa orang nak cakap sekalipun, dia tetap yang terbaik!!!

Miss you la abah!!! Huhu...
posted from Bloggeroid

Alhamdulillah... Rezeki!!!



Menang tempat keempat pertandingan menulis cerpen pendek anjuran rafinamimi dot com. Cerpen yang ditaip dalam masa sehari pun tak sampai. Time tu nak hantar time tu la baru sibuk-sibuk nak taip cerpen. Hoho...

Alhamdulillah... Rezeki.

posted from Bloggeroid

30 March 2014

Rifqi Di Dunia Nyum-nyum.



Buku ni sampai tengahari tadi. Awal pula sampainya sedangkan kawan aku tu pos semalam. Kenapa aku cakap macam tu? Ada kisah sebenarnya. Kisah sebelum cuti sekolah dengan poslaju yang sengal. Huhu...

Even kawan aku tu pun terkejut buku tu sampai dah dengan jayanya. Buku ni cantik. Presentation memang baik la. First impression budak-budak bila tengok memang teruja gila. Anak-anak aku la tu. Haha... Excited sangat nak suruh aku baca bila tengok keseluruhan buku penuh warna-warni.

Harga pun tak ada la mahal sangat. Memang sesuai untuk budak-budak. Memupuk minat membaca. Aku suruh dia sign dalam buku tu. Walaupun member tapi dia up sikit sebab dah ada buku cerita yg diterbitkan. Semua buku cerita kanak-kanak. Padahal dulu sama-sama sent cerpen ke Mingguan Wanita.

Dan dia jugak adalah penulis untuk buku Budak Tin yang pernah aku buat entrinya last month kot. Nanti kena cari link tu la.

Ada yang berminat dengan buku ni? Boleh pm aku or cari kat bookstore. Tak salah keluarkan duit untuk tanamkan minat membaca dalam diri anak-anak kan?

posted from Bloggeroid

24 March 2014

Selamat tinggal Dungun.



Sekejap je dah hari isnin. Rasa macam baru je balik kampung. Kejap-kejap lagi nak balik Pekan pulak. Budak-budak ni tak nak balik lagi. Tapi dah timing. Nak buat macam mana? Nanti kita balik lagi ek?! Bulan 5 ada cuti sekolah. Tak pun balik raya. Tahun ni tak tahu lagi nak raya kat mana.

Apa pun, sesekali balik seronok jugak. Next time eh?! Thanks MIL for everything. Sayang kamu ketat-ketat. Mmuaahh...

posted from Bloggeroid

19 March 2014

Zaman kanak-kanak punya cerita.



Chewing gums tu favorite. Harga pun murah je. Tapi sekarang dah mahal. Tak macam dulu-dulu. Ingat la dok dalam kelas mengunyah chewing gums secara curi-curi. Time sambung belajar pun sama. Nak elak ngantuk punya pasal. Tapi kadang-kadang tu tak jalan jugak.

Even nak balik kampung pun dok mengunyah chewing gum dalam bus. Suka sangat. Tapi dah bila start dah ehem... ehem... ngan husben, dia mintak stopped makan. Makanya berhenti la aku secara perlahan-lahan. Dah lama jugak la aku tak makan chewing gum. Dah bertahun-tahun. Ada jugak mcm teringin tapi setakat teringin je la. Haha...

Itu la kisah aku dan chewing gum. Okay... entri sengal!!!

posted from Bloggeroid

Jiran oh jiran.


tidak mahu bercerita panjang. itu pun kalau tak membebel yang bukan-bukan ye. haha... semalam sembang-sembang kosong dengan jiran depan rumah. dia balik kerja dan kebetulan aku keluar depan rumah. biasa la jiran aku ni berkenankan si Aus tu je. hahaha... tambahan pulak dia kan duduk sorang je. jadi seronok la dia pegang Aus. Aus ni pulak memang baik. duduk luar rumah senyap la dia. tapi bukan tengok orang sangat pun. tengok bawah je.

jiran aku ni tempat kerjanya jauh. macam husben aku jugak la. macam aku jugak dulu. tempat kerja jauh gila. duduk dekat tempat kerja tak nak. aku tak nak sebab sewa mahal. banyak rumah kosong. takkan la aku nak sewa sorang-sorang. husben pulak sebab dah beli rumah. takkan nak bayar sewa rumah lagi, rumah sendiri lagi. berulang-alik la dia adanya. yang akak ni pulak bosan duduk berdekatan dengan tempat kerja. environment 'memenatkan mata' katanya. ye la... kat tempat kerja dah muka yang sama. kalau keluar berjalan-jalan pun tengok muka yang sama. stress. itu kata dia. aku belum pernah jumpa muka yang sama kat tempat tinggal aku. hari-hari kena tukar pengangkutan awam sebab malas nak drive.

tengok la. intro saja dah panjang kan? *___* entah apa-apa entah. diakhir cerita, lepas bertanyakan isu nyamuk (ada lagi ke nyamuk kat rumah?) yang mana lepas hujan turun ni dah kurang sikit kecuali kalau sidai kain kat tempat lembap memang nyamuk banyak. itu normal. alhamdulillah. hujan rahmat ni mengurangkan nyamuk jugak. dalam rumah ada la seekor dua. tapi sangat limited edition. itu pun mati ditampar jugak. geramnya nyamuk ni bukan spesis aedes tapi nyamuk tiruk yang gigit sekejap gatalnya bukan main lagi. akak jiran ni bertanyakan pasal gangguan. erk...?!! okay. maksud 'gangguan' tu?

tak boleh ke kalau tak tanya. hahaha... jiran-jiran aku ni sangat ramah kalau bercerita tentang benda yang satu tu. tak diminta pun rajinnya bercerita. aku bukan terlalu berani dan bukan jugak terlalu penakut. segala-galanya aku gantungkan kepada Yang Maha Esa. agar dilindungi juga adanya. husben selalu cakap, baik pada aku mahupun anak-anak, jangan takutkan makhluk. takut hanya pada Allah. hanya DIA yang layaknya kita takuti. tapi ye la... kalau dah datang seram tu nak buat macam mana kan? akak ni tanya macam ada tak bunyi apa-apa kat rumah. aku cuma bercerita tentang Alya je la. tentang kejadian yang dia nampak lepas abah dia terlibat dengan Opss Menangkap Jin. lepas tu, alhamdulillah...

mungkin jugak ada bunyi-bunyi pintu ke apa ke yang mana aku rasa jiran je kot. ye la, kalau tutup pintu kuat memang rumah sebelah pun dengar. cumanya berharap agar tak diganggu je la. akak ni kata dia selalu jugak dengar orang main guli kat rumah dia. especially kalau dia kat area bawah. kadang-kadang dengar macam budak berlari-lari kat tangga. rumah dia diapit oleh jiran-jiran yang ada anak kecik. semuanya boleh tahan belaka. dan dia duduk sorang. kalau suami dia datang okay je la. dia dah cari sorang Ustaz untuk tengok-tengokkan. 

tapak rumah ni saja asalnya ladang kelapa sawit. dan berdekatan dengan area rumah ni (atas bukit) pernah ada kes orang mati dibunuh dan dibakar. dan jiran lain bercerita yang lorong belakang rumah aku paling 'keras'. aku rasa mana-mana lorong pun sama. cuma kebetulan ada yang ternampak kat belakang lorong rumah aku ni. makanya tu yang cakap macam tu. setiap tempat ada. cuma ada yang nampak dan ada yang tidak. kena beringat sentiasa la. tapi yang pasti, Allah itu Maha Berkuasa. mohon perlindungan denganNYA kerana Allah adalah sebaik-baik perlindung.



~ WW #74 ~ My favorite items.



posted from Bloggeroid

18 March 2014

Kakak penyayang.



Alhamdulillah, Alya dah boleh diharap sangat jagakan adik. Kadang-kadang didukung Aus dan dibawa berjalan ke sana sini. Takut jugak tengok sebab adik lagi besar daripada kakak. Cumanya bila dah tengok tv ada masa jadi lupa dengan adik. Hmmm...

Dan Alya selalu tanya kenapa orang tu keluar tak pakai tudung? Aku jawab je dia orang tak takut dosa, tak sayang mak ayah. Sampaikan jiran yang tak pakai tudung pun dia nak tegur. Tapi aku stoppedkan dia. Kata-kata budak ni jujur. Tapi belum tentu semua org boleh terima. Especially orang-orang tua ni. Nanti ada cakap-cakap belakang yang tak sedap didengar. Kalau dah suami sendiri tak tegur, siapa kita nak cakap apa-apa kan?! Huhu...

posted from Bloggeroid

Keluarga Sihat 1st Giveaway.


memulakan pagi hari dengan menyertai GA daripada Ibu Yusuf dan Maryam. dah lama jugak Jemari Asmara tak buat Ga. sekarang dah tukar nama kepada Keluarga Sihat. bukan Keluarga Terlebih Sihat ye. hehehe... jangan marah ye kat Zefa. 

cara-cara nak join pun senang je. macam GA yang kak Zefa buat sebelum ni la.


Giveaway kali ni macam yang dulu-dulu juga sempoi dan mudah. Syarat-syaratnya:

1. Follow Jemari Asmara
2. Buat entry ringkas dengan tajuk Keluarga Sihat 1st Giveaway dan link kan semula ke entry ini
3. Tepek poster giveaway ini dan juga link kan semula ke entry ini..
4. Komen di entry ini; "Saya join Keluarga Sihat 1st Giveaway" dan letakkan sekali link entry masing-masing..


tarikh tamat adalah pada 31 Mac. jom la meriahkan GA ni. bukan kena bayar pun kan? tekan keyboard je. siapa la yang bertuah untuk dapat bekalan Vit C sebulan tu ye? macam best je. macam syok je. 

pakat ramai-ramai join jom!!!




17 March 2014

Eh, belum lagilah!!!



Kata orang-orang tua, kalau ibu jari kaki masuk mulut nak ada adik kan? Haha... Belum lagi. Lambat lagi. According to the father yang ini memang 'adik'. Entah. Tak tahulah. Kalau yang terakhir pun tak apalah kan? Dah itu je rezekinya. Hehe... Aus oh Aus!!!

posted from Bloggeroid

Mendung yang menyenangkan.



Alhamdulillah... Semalam hujan lebat daripada pagi membawa ke malam. Rahmat Allah. Panas terik disejukkan titisan hujan akhirnya. Pagi ni mendung. Sangat menyenangkan. Alhamdulillah, syukur padaMU Ya ALLAH!!!


posted from Bloggeroid

16 March 2014

Sudah jatuh bergolek



pukul 11 malam tadi. ingatkan dia dah tidur ataupun mungkin aku yang terlelap dulu. aku rasa dalam pada aku tepuk-tepuk dia tidur tu... sahih la aku terlelap. sedar-sedar je dengar dia menangis. adeh... jatuh la pulak. mesti ada benda yang dia nak ambik ni. alahai... Aus!!! nasib baik jugak tilam je tanpa katil. tak ada la tinggi mana pun. tak dengar pulak bunyi dia jatuh. dengar dia menangis je. nasib baik jugak la sekejap. berdebar la jugak bila anak-anak kecik ni jatuh.

teringat Anis. dua kali jatuh katil. sekali tu dia bergolek ke tepi. sekali lagi awal pagi dia bergolek macam mana entah. jatuhnya tu pulak hujung kaki. lepas tu buang katil. eh... jatuh jugak. grrr...!!! aku rasa semua ada kes jatuh daripada tilam ni. anak-anak ni betul la. alhamdulillah... lepas tu dia okay je. basuhkan kepala. senyap dia. segar mata mak dibuatnya.

malam tadi lambat pulak tidurnya si Aus ni. biasanya dalam pukul 6.30 petang aku tak bagi dia tidur. akan terlajak sikit membawa ke maghrib. timing orang nak solat tu la dia bangun. tapi semalam sebab dia mengantuk sangat bagi je la tidur. bila dia dah tidur petang, malamnya lambat pulak la boleh tidur. baru 7 bulan tapi dah macam abang dengan kakak-kakak dia dah. tapi mungkin jugak sebab panas kot. berpeluh-peluh dia makanya kurang selesa sikit la. 

apa pun, lepas tu dia mengombeng dan baru la tidur. emak join tidur lepas pastikan dia betul-betul tidur. Fuhhh...!!!


posted from Bloggeroid


15 March 2014

Sama seperti aku.



nampak garisan putih di langit tu? itu adalah salah sebuah kapal terbang yang akan melalui langit di mana aku berada sekarang. budak-budak bertuah ni excited pulak bila nampak kapal terbang ni. siap menjerit dengan melambai bagai lagi. macam la orang dalam kapal terbang tu dengar kan? kelakar pulak. kenapa? sebab mengingatkan aku pada zaman aku kecik-kecik dulu. serupa dan sama. suka lambai siap jerit lagi: "Babai kapal terbang." kali ni menurun kat budak tiga beradik ni. haha... ada aku kesah??? (^_____^)


posted from Bloggeroid

14 March 2014

Eh, dah nak cuti ke?!



nak bercerita sikit je tentang lelaki ini. minggu depan budak-budak cuti sekolah. ayah aku pun dah bising-bising tak nak balik kampung ke sebab bulan 12 last year langsung tak balik. Aus dah tujuh bulan tapi tak balik-balik jugak lagi. adeh... orang-orang kat kampung la sibuk sangat nak tengok. kalau husben tak boleh hantar, abang sulung aku boleh datang ambik. entah apa-apa la. punya la nak suruh balik kan? husben ada cakap, kalau nak balik kampung balik la. tanya Kerry dia ada nak balik kampung ke cuti sekolah ni. nanti dia boleh drop kat Pekan sebelum balik Ganu. nak balik semula ke Johor, husben la datang ambik.

memang Kerry nak balik pun. last dia kat sini bulan 4 before dia naik laut semula. insyaAllah... tak ada aral Jumaat pagi sebelum subuh nak balik. aku nak tengok dia akan sampai sini sebelum 7 ke lepas pukul 7. plan dia nak balik hari khamis lepas kerja. 5.30 petang bertolak lebih kurang pukul 6.30 la kot. Aus tak pernah jalan jauh lagi jadi kena consider jugak. lagi pun, aku plan nak balik Ganu dulu. nanti Kerry nak balik Johor semula dia drop la aku kat Pekan. adil la tu. dah lama jugak tak balik Ganu pun.

seminggu la husben akan duduk sorang-sorang kat rumah. alahai... kesian la pulak. tambahan dia kan sakit. tapi dah makin okay sikit lepas dia tak nak makan pil kuning tu lagi. selera makan pun dah makin okay. alhamdulillah... kena pulak 23hb dia tak kerja sebab kena ke klinik daripada pagi sampai malam. ada la timing-timing dia kena pergi klinik tu. lagi kesian dia sorang-sorang. tapi dia kata, dia akan okay je. nak balik kampung je pun. tapi sayang pulak nak tinggalkan. macam mana? Alya sahih la menangis kalau tinggalkan abah dia sorang-sorang kat rumah. kalau boleh nak angkut abah sekali balik tapi kerja takkan nak tinggalkan pulak.

seminggu je pun. tapi seminggu pun dah lama gila kan? adeh...!!!








Hari tua.





my foot: senyum tanpa perlu kata apa-apa.
posted from Bloggeroid

Sedekahlah dengan ikhlas.



nak bercerita kejadian dua minggu lepas kot. aku pun dah lupa. lepas hantar barang ke Nationwide (yang mana aku rasa macam malas je nak guna service tu lagi. nanti cerita) untuk dipos ke dua tempat, aku dan anak-anak temankan la husben pergi makan ubat. masa tu dah pukul 12 lebih sikit. klinik tutup pukul 1. dia suruh aku drive tapi aku cakap kalau aku drive lambat la sampai. haha... dasar malas kan?! disebabkan masa tu dah nak dekat pukul 1, jadik dia parking kat atas je sebab orang pun tak ramai mana dah.

hari khamis kat sini half day. boleh je dia nak pergi petang tu kejap. tapi alang-alang dah keluar. panas pulak tu. takkan dia nak keluar semula. kesian jugak sebab dia tak tidur pun lagi lepas balik kerja. aku dengan anak-anak tunggu dalam kereta je sementara dia pergi makan. dia memang akan elakkan anak-anak ikit dia makan ubat. kuman banyak dekat tibi area tu. kata dia la. budakbudak ni memang sibuk nak ikut. bukan tahu sakit ke apa ke.

dalam pada menunggu, aku terpandang seorang lelaki tua. bukan warganegara. dok menunggu je kat klinik tu. tapi tak ada la fikir bukan-bukan pun sampai la husben datang dan masuk dalam kereta. orang tua tu pun datang. dia bagi pic yang ada tulisan ayat Quran dengan pic Kaabah. katanya percuma. husben pun okay la. lepas tu dia doa la sikit. BM tak berapa pandai. dari Pakistan. dia kata sedekah la kat dia sikit. erkk...?! tadi kata percuma. lepas tu kena sedekah pulak? husben hulur la sikit. dia cakap: "Sepuluh ringgit. Sedekah sepuluh ringgit." okay... husben aku kata mana ada sedekah RM10. sebab dia dok mintak RM10. siap bukak baju tunjuk kesan parut kat dada.

husben kata bukan kedekut nak bagi. tapi bila mintak itu dah tak dikira sedekah. sudahlah mintak sedekah, siap request nak berapa. kata dia lagi, kalau ikutkan dia tak nak bagi. sebab galakkan warga asing buat macam tu. datang Malaysia senang-senang je mintak sedekah. orang-orang kita ni baik hati. bagi je la. kadang-kadang bukan dia orang bukan tak boleh kerja pun. tapi nak cari jalan mudah je.

aku selalu jugak terserempak dengan orang-orang macam tu. bahkan orang tempatan pun ada. nak tolak kang kesian pulak. takut la dia orang ni bukan betul sangat. tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal sebab tak dapat duit bahaya jugak. setakat beli seplastik air tu boleh la bagi duit. bukan kedekut tapi tak tahu ke mana hala la dia orang guna duit tu. ada yang macam lalok-lalok tapi cakap macam tak makan seminggu. ada macam pakcik-pakcik buat muka sedih. macam-macam ragam orang yang mintak sedekah ni. 

dunia... nak buat macam mana?!!!




13 March 2014

2nd time dengan peneram aka denderam.



second time buat sebab husben teringin sangat nak makan. cari kat pasar malam, tak ada jugak jual. kat gerai jual kuih petang-petang pun sama. dah dua hari cari pun tak ada jual. makanya, husben mintak buatkan. gigih la google resepi. first time buat memang failed. aku tak tahu la sama ada orang tu salah tulis resepi or aku yang salah adun tapi hasilnya walaupun boleh dimakan tapi tak sama rasanya. plus keras jugaklah. kira bernasib baik baling ke dinding pecah. husben kata rasa tepung gandum. dah sukatan antara tepung gandum dengan beras tu sama, nak buat macam mana? tak rasa pun tepung berasnya.

google pulak resepi orang lain. kali ni sukatan tepung gandumnya sikit je. dua sudu besar la lebih kurang. hasilnya lebih baik berbanding yang pertama. rasa pun dah lebih kurang macam yang biasa beli tu. sukatan tepung pun guna tepung beras kesemuanya tambah dengan tepung gandum dua sudu besar.  secawan gula pasir dengan 600g gula merah masak atas api dengan air secawan. nak bagi gula hancur je pun. aku letak garam sikit. air suam-suam tu gaulkan dengan tepung. uli la macam mana pun.

rehatkan kejap lepas tu boleh canai. aku ni buat ikut suka je. tak ada la comel sangat rupanya tu. janji boleh makan. anak-anak pun suka. goreng dengan api yang panas. kejap je. kalau lama memang hangus la. cepat masak kuih ni. ingat nak bagi jiran jugak sebab dia buat tak menjadi. disebabkan malas nak canai, makanya terbantut la hasrat tu. hehe...

posted from Bloggeroid

12 March 2014

Mesej sengal seorang abang.







aku dengan abang aku sama-sama duduk di perantauan. eleh... perantauanlah sangat. aku kat Johor dan dia di Selangor. dia abang betul-betul atas aku. abang aku pun dua orang je. sulung dengan yang inilah. zaman sekolah dulu kalau dia tak masakkan lauk, alamatnya pergi sekolah tak makan nasi la. haha... sengal kan? nak pergi sekolah pun abang yang masak ke? opkos la. dah la aku dengan dia sama-sama sekolah petang. kalau basikal aku rosak dan balik or pergi sekolah kena naik dengan dia, macam tak ikhlas je nak bawak aku.

dalam pada kita #prayforMH370, jangan pulak kita lupakan jasa ahli bomba yang bertungkus lumus padamkan hutan yang terbakar akibat cuaca panas sekarang ni. aku rasa bomba Malaysia ni paling tak dihargai la. gaji pun ciput je aku rasa berbanding dengan penjawat awam yang lain sedangkan kerja dia orang pun bukan kerja remeh-temeh. especially kalau kebakaran secara besar-besaran. silap-silap anggota dia orang ada yang terkorban. tapi tak ada yang pandang sangat pun.

kenapa aku cakap macam tu? sebabnya abang aku ni ahli bomba. see... dah dua minngu dia kerja direct 24/7. ada kita tahu? ada orang lain kisah? kesian kan? kalau lambat padamkan kebakaran pun bomba jugak kena. alahai... apa pun bro, aku salute kau la. gaji kau mungkin kecik tapi hati dengan semangat ahli bomba yang lain memang besar la. terbaik la!!!


posted from Bloggeroid

~ WW #73 ~ 7-month Aus!!!




posted from Bloggeroid

11 March 2014

Tahun lepas punya cerita.


ni cerita tahun lepas. terjumpa pics dalam folder. tahun lepas kan tahun malas nak berblog sebab 'bawak' Aus. haha... cerita tahun ni je la. buat kenang-kenangan. aku dengan jiran depan rumah ni sebelum ni tak ada la bertegur sapa sangat pun. setakat senyum-senyum kambing je la.dengar-dengar jiran je la cerita pasal dia. dia second wife la... apa la. itu hal dia. bukan dia kacau kita pun. dia balik kerja terus masuk rumah. penat. malas nak bercampur dengan jiran yang kadang-kadang boleh tahan jugak.

last year dia bercuti ke Sarawak. aku dengan dia senegeri. tapi dia ingat aku orang Kelantan. hikhikhik... jadi bila tengok lama benor la jiran ni tak ada kat rumah. 4 hari la lebih dan kurang. hari ni dia balik, esoknya dia tak kerja lagi. penat kot. 'jet lag'. hahaha... jet lag la sangat. dia datang rumah aku hantar buah tangan dan buah kaki segala. eh... eh... baiknya jiran aku ni. baru sedar kan? ye la. aku pun baru je lagi duduk sini. mana la nak tahu jiran ni macam mana. jiran tu pulak macam mana kan.

fm dari Kuching.

ikan oh ikan!!!

kek lapis sarawak.

tiga benda ni yang akak tu bagi. alhamdulillah... rezeki kami. tak adalah aku perhatikan dia bagi kat siapa-siapa. yang pastinya dekat jiran sebelah-sebelah dia termasuklah jiran sebelah rumah aku ni. yang cikgu itulah. terima kasih ye kak. baru tahun ni dia tahu aku bukan orang Kelantan. itu pun selepas dia tanya masa majlis maulud kat rumah jiran: 'Tak balik Kelantan ke?' aku macam... 'Tak la. Saya orang Pahang. Husben orang Terengganu.' walaupun sama kaler benderanya tapi design tak sama. ha, tak adalah menjawab gitu. aku tahu dia orang Pahang sebabnya aku tanya dia tak balik kampung ke. masa tu nak raya. kiranya aku balik kampung dulu la daripada dia. masa tu dia cakap dia orang Pahang. dekat je.

dan malam tu jugak la dia cakap dia ada sedara-mara dekat sekolah itu dan ini. eh, tau pulak dia kawasan Pekan tu. sebabnya dia bukan orang Pekan pun. Mentakab ke Jerantut. macam tu la. aku pun dah lupa. haha... dia la yang pegangkan Aus sementara aku makan. dan sekarang ni kalau dia nampak Aus mesti dia tegur. dan dialah jiran aku yang di'tegur' jiran lain untuk buat IVF. daaa...



my foot: jiran-jiran ni tak ada la teruk sangat. tapi kadang-kadang datang jugak tahap kesengalan dia orang ni. adoiii... time tu memang poyo la!!!




Kodomo Lion time!!!

masih terkial-kila nak bw. haha... tak boleh nak on laptop selalu sebabnya laptopn ni sengal. adoiii la... tambahan pulak dengan Aus yang sekarang ni kalau terlepas pandang je dah mula menjilat mat tempat dia baring. entah apa yang dia suka sangat dengan mat boboiboy tu pun aku tak tahu la. kadang-kadang-kadang besi buai tu dia jilat. pening-pening. sekarang ni macam askar je dia. asal ada je benda yang dia nak, laju je ke depan.
itu cerita Aus. tapi bukan nak cerita pasal Aus pun. hehe... nak cerita pasal Alya dengan Anis. last week aad la orang kodomo lion datang ke tadika dia orang. macam last year jugak. balik dari school je bercerita la dia orang best dengar orang kodomo tu itu, ini, begitu, begini. mak layankan je. asal seronok tak apa la. katanya jugak cikgu suruh bawak berus gigi dengan cawan. nak suruh gosok gigi la tu. tapi bila tanya dia oang cakap tak ada pun sesisesi gosok gigi. tak sempat kot.
last year punya.

hujung-hujung sesi tu biasa la. ada gift untuk budak-budak ni. seronok la dia orang. walhal berus gigi je pun. berus gigi pun dah cukup besar maknanya untuk budak-budak kecik ni. teringat masa sekolah dulu. ada pertandingan apa entah. aku dapat berus gigi. seronoknya jangan cakap la. macam dapat duit sepuluh ringgit. (^____^) mungkin ada budak-budak yang tak excited. ala... berus gigi je pun kan?! tapi anak-anak aku seronok je.

this year punya.

last year Alya dapat button badge. katanya ada dua sesi pembahagian. tapi Anis tetap tak dapat-dapat sampai sudah. tak kisah la. this year Alya dapat frame kertas. dia jawab soalan, dia dapat la. yang tak jawab soalan memang tak dapat. standard budak-budak la. kadang-kadang malu nak jawab. kadang-kadang takut. kat dalam frame tu Alya dah siap lukis dan tulis nama dia lagi. nanti nak letak pic dan lekatkan dekat meja tulis dia orang. semangat sikit kot nak buat kerja kat meja tulis. kalau tak homework buat depan tv, depan sliding.. huhu... even dah ada meja tulis ni kejap je buat kat situ. lepas tu buat kat depan tv jugak. dah buat tinggalkan. mak jugaklah yang kena kutip buku bagai tu.

kalau last year dapat berus gigi kaler hijau dengan kuning. this year kaler biru dengan pink pulak. kalau last year Alya hijau dan Anis kuning. this year Alya punya biru dan Anis pink. Alya kata dia nak pink. sebab biru tak ada banyak. sikit je orang dapat biru termasuk dia. kalau pink tu ramai la. aku cakap okay la dapat biru. limited edition. mana best ramai-ramai dapat kaler sama. Anis dia memang tak kisah pun. walaupu dia suka pink tapi kalau dapat biru pun dia tak kisah. simple sangat budak kecik sorang ni.

apa-apa pun, asal happy dah cukup buat mak pun happy jugak. budak-budak ni nak pergi lawatan ke ladang buah tapi bila abahnya baca terms and condition gitu yang mana pihak sekolah tak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku, makanya macam dia berta hati je nak bagi. tak tahu la kalau keputusan last minit berubah kan?!






my foot: himax5 tu lepas campur dengan air akan rasa payau macam air zam-zam. tapi aku ada rasa extra pahit sikit. tak tahu la kalau aku je yang rasa macam tu. sebab husben kata dia rasa payau je. padahal 21 titik je untuk 500ml. insyaAllah... ubat tu.




10 March 2014

InsyaAllah menjadi ubat.



berniat untuk menjadikan ini sebagai ubat. mana tahu berkesan. dengan izin Allah juga adanya. untuk dijadikan minuman sekeluarga. campuran air zam-zam juga. kalau serasi maka jadi. berkesan nanti update kat sini. tak susah nak guna pun. setitik untuk 50ml air minuman. untuk penyakit tambah 2 titik. disarankan minum 1.5 liter air minuman bersamaan dengan 63 titik untuk ada penyakit. kenapa lebih 3? sunat. nombor ganjil.




my foot: semoga selamatlah hendaknya penumpang-penumpang dan cabin crew MH370.


posted from Bloggeroid

07 March 2014

Terima kasih Nora Karim.



Sampai tengahari tadi. Dah baca 2-3 pages. Terima kasih ye Nora. Ingat nak mesej personally tapi tak nampak nombor fon pulak kat resit poslaju. Husben kata bagus jugak buku ni. Boleh baca sama-sama. Hehe...

Tak sangka boleh dapat buku ni. Sebabnya Nora cuma nak cari seorang pemenang. Tapi kemudian berubah fikiran untuk bagi kat dua pemenang dan aku salah seorang daripadanya. Alhamdulillah... Rezeki!


posted from Bloggeroid

Sedapnya jari.



First time tengok tidur hisap ibu jari. Biasa pegang mainan je. Tapi kali ni reject mainan, hisap ibu jari lagi sedap.

Aus comel... Aus comel.
posted from Bloggeroid

06 March 2014

Kerana Kau.



Di saat ku menjadi pilihan... Kau menjadikan ku yang pertama... Di saat ku dalam kesedihan... Kau menyanyikan lagu irama... Ku mampu tempuhi halangan.. .Tapi tidak akan ku mampu tanpamu...

mahu bercerita tentang dia. tentang keadaan kesihatannya yang tak begitu baik. sejak dia batuk 7-8 bulan yang lalu, kesihatan dia makin lama makin down. kerap demam. mc, cuti tu memang biasa. kadang-kadang mc sampai 5 hari. nasib baik la sebelum tu jarang ambik mc. kalau ada pun sehari dalam sebulan. bukan tiap-tiap bulan. sebelum deliveredkan Aus pun dia tengah mc seminggu sebab batuk dengan demam. doc pun dah kenal muka dia. ubat batuk tak makan jugak. makan pun tak ada kesan. madu, ubat MIL dengan adik dia bagi pun macam tak ada kesan sangat.

kurus? memang. tapi saja tak nak mengaku kan? nak sedapkan hati sendiri. bila tak ada selera sangat, dia makan roti je. nasi tu susah la nak sentuh. kadang-kadang tak makan pun. katanya Allah dah tarik nikmat makan. memang tak rasa apa kalau makan pun. pahit je. tengok dia makan memang sedap tapi bila tanya apa rasa, jawapannya memang sentiasa je 'entah'!!! nasi pun kalau aku masak dia makan tak sampai setengah senduk. memang sikit gila. dan itu bukan dia sebelum sakit.

dua hari lepas, dia tanya nurse ubat apa yang dia consume tu. ada berapa jenis pil untuk tibi entah. dan salah satunya pil kecik kaler kuning. dia cakap dia tak nak makan pil kecik kaler kuning tu. pil tu untuk tambah selera makan. dia cakap makan ke tak ke... selera makan dia tetap macam tu. dah 40 hari treatment baru la nak stop makan kan? aku masak asam pedas pari hari sebelumnya tu. makan jugak walaupun tak banyak. hari dia stopped makan uabt kaler kuning tu, aku masakkan dia nasi minyak dengan daging kurma dan ayam pedas termasuk la acar (yang dia request daripada sebelum tu lagi). alhamdulillah... menambah makannya.

semalam masak siakap tiga rasa pun menambah jugak makan. aku ada buat wafer. banyak jugak dia makan. siap tapau bawak pergi kerja lagi. memang lepas berhenti makan ubat kaler kuning tu (tak sesuai dengan badan dia kot), selera dia dah ada sikit. alhamdulillah... syukur sangat-sangat. sampaikan lepas makan dia cakap: "Gemuk dah sikit kan? Dah tak rasa tulang dah." ceh... poyo je. baru berselera makan dua hari dah kata gemuk. entah apa-apa entah.




my foot: sedang berusaha keras membalas jejak kasih. adoiii... berhadapan dengan kesengalan line lagi. sabar je la.




Anak soleh: Azfar!!!


dah lama tak bercerita tentang Azfar. anak soleh yang nakal ni. huhu... memang ada perangai abah la sebab abah geleng kepala bila tengok tahap kenakalan dia. abah kan nakal masa kecik-kecik dulu. selalu jadi mangsa dia adalah Kak Ngah aka Anis. suka buli Anis. tumbuk la, ajak lawan la. dia ingat kakak dia tu raksaksa agaknya. banyak sangat tengok Ultraman dengan Ryukendo la ni. pening kepala kalau tak bagi. dengan abah akan berebut chanel. sudahnya, mak jugak yang kena campur tangan. pening kepala mak.

mulut makin lama macam bertih jagung. bercakap je kecuali dia tidur. celik mata je bercakap tak berhenti. time tengok kartun sekalipun dia akan bercakap. siap datang ke dapur lagi bercerita. lepas tu sambung tengok tv semula. sel-sel otak tak reti nak duduk diam. haha... jiran-jiran suka la dengar dia bercakap. kalau bawak berjalan mesti orang tanya umur. this year dah nak masuk tiga tahun dah. besar dah pun. lagi satu orang akan tanya still pakai diapers ke? tak dah. malam pakai jugak. takut mak terbabas tidur lupa nak kejutkan dia bangun kencing. especially kalau dia banyak sangat minum air sebelum tidur.

'membuang' pun dah kurang dah buang dalam diapers. dalam bilik air. terutama kalau dia dah sakit perut sangat, mak ada kerja. dia request la nak membuang dalam bilik air. tandas rumah ni kan tandas duduk. jadi dia macam takut-takut sikit. takut jatuh ke dalam lubang tandas tu. belum tukar lagi ke tandas cangkung. kena tunggu la dia membuang. tapi dia tak bagi tengok or tunggu dalam bilik air. nanti dia kata kita nak intai dia. tak ada maknanya nak intai. hoho...

kalau hantar Alya dengan anis pergi school, balik daripada tu mesti dia suruh singgah kedai. tak kisah la beli apa pun janji singgah kedai. entah apa-apa entah. tahun depan insyaAllah... dah boleh mula sekolah ye. ingat nak hantar tadika dekat dengan rumah tapi tak ambik pulak budak 4 tahun. makanya mungkin ke Seri Kancil jugalah dia. tapi itu hujung tahun punya cerita. hujung tahun pun dah tak lama kan? sekarang pun dah bulan 3. kejap je masa berlalu. fuhhh...!!!




my foot: doakan semoga lya afrina cepat sembuh. asya mesti rindukan mama. dugaan betul kan?!




05 March 2014

Sayang abang!!!



Bila semua orang dah tidur termasuk adik Aus dan matanya masih gagah menonton tv. Ibu sibuk lipat kain dan si abang yang soleh ni la dok tepukkan adik tidur. Pantang adik bergerak... mesti dia tengok.

Sayang adik ni...

posted from Bloggeroid

~ WW #72 ~ My Sayangs!!!


posted from Bloggeroid

Cerita birthday yang dah dua bulan berlalu.


sekadar untuk jadik kenang-kenangan. birthday kami tahun ni tak ada kek. ada pun untuk anak-anak je. untuk Alya pun tak buat goody bag macam last year. mungkin penghujung tahun beli kek dan celbrate kat sekolah sekali dengan Anis. last year Anis punya birthday pun tak ada goody bag sebab mak dalam pantang. abah je belikan kek ada Angry Bird. and Tok Abah was there to celebrate. tak ada la celebrate sangat pun. potong kek macam biasa je la.

last year belikan husben kek. this year just bagi card je. at least ada jugak la something walaupun card sampai lewat. haha... thank you ch@. entry lambat gila kan? tapi dah up dulu kat instagram. makan-makan istimewa? tak ada la. masa tu pun dia dah start sakit. selera pun tak ada mana. jadinya makan je macam biasa.

request kaler red and blue.

siap ada nama lagi.

pop up I Love U ni yang paling aku suka.

cantik la hasil kerja ch@. memang tak rugi la tempah. anak-anak la paling sibuk nak tengok kek dengan pop up I Love U tu sampai husben kata simpan. kalau tak entah apa jadi dengan kad tu. kadang-kadang benda yang simple tu dah okay. sebelum-sebelum ni pun ada jugak bagi kad. tapi yang ni kira special sebab handmade. pos laju lagi okay. haha...






ini pulak untuk aku daripada whatsapp group Family sebelah husben. Adik P ingat la sebab birthday aku hari ni dan dia pulak esok. kalau tahun-tahun sebelum ni, malam new year mesti wish kat arwah BIL aku. this year tak ada. kadang-kadang rasa macam ada je dia. aku tak ada masa dia meninggal kan. balik-balik je dia orang tengah ready nak mandikan jenazah. time flies. yang hidup pasti akan mati jugak. alhamdulillah... sebab masih dipanjangkan usia kan?! esok lusa belum tentu lagi ada. bersedialah. semoga mati kita dalam iman.









Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign