✿ Rumah SalYa ✿: February 2014

Fresh from the owner...

28 February 2014

Aus dan budak kecik anak jiran.



Aus dan Arisha anak jiran depan rumah. Sama tahun kelahiran. Beza bulan je. Aus bulan 8 dan Arisha ni bulan 10. Keluar memang besar minah kecik ni. 3.5kg. Aus br 2.75kg.

Jiran aku ni rajin masak. Ada je pinggan mangkuk yang sampai. Aku pun pening nak bagi apa kat dia. Katanya pulangkan kosong pun tak apa. Adehhh... Malu la pulak nak pulangkan pinggan kosong je kan?!

Esok dia nak masak nasi minyak. Mesti sampai punya la kat rumah sedangkan pinggan ada lagi 1 tak pulangkan. Tambah koleksi la nampaknya. Hehe...

Comel-comel je budak-budak kecik sekarang kan???

posted from Bloggeroid

Budak mulut bising.



Kalau dia dah start menjerit memang sakit telinga. Kuat jerit budak kecik ni. Sekarang aku dah letak dia dalam walker. Senang nak buat kerja. Tak ada la dia baring je. At least boleh tengok kakak-kakak dengan abang main kat porch.

Petang-petang bawak dia orang adik-beradik main kat luar. Tengok. Bukan biarkan dia orang je. Bahaya tu kita tak nampak. Orang nak culik pun senang. Biar la lain tak tengok anak dia orang pun. Selagi boleh aku tengok. Kalau tak jangan keluar la.

Hari ni anak-anak tak sekolah. Lambat sikit bersiaran. Pegang telefon pun kejap-kejap je. Mata mengantuk pulak lepas settle semua benda. Adeh...!!!

posted from Bloggeroid

27 February 2014

Alahai kawan-kawan...



Haha... Sengal kan kawan-kawan aku? Ini kawan-kawan sekolah menengah berpuluh tahun yang lalu. Alhamdulillah... Still keep in touch. Jumpa kat fb. Lepas tu bila ada whatsapp panjangkan pulak kat situ. Group kaum hawa je ni. Kalau ada kaum adam susah dia orang nak censored-censored cerita. Haha...

Dia orang ni tak berubah langsung. Kalau ada pun tang fizikal je la. Muka sikit-sikit. Antara kawan-kawan aku ni cuma dua orang je aku pernah jumpa. Yang lain-lain tak berkesempatan. Dan salah sorang antara kawan aku ni akan fly ke negara arab. Dia nurse.

Dia nak collect duit banyak-banyak before ambik semula anak-anak untuk duduk dengan dia. Apa pun, aku doakan yang terbaik la untuk ko Imah.

Apa pun, korang memang kawan terbaik la. Sayang korang ketat-ketat.

posted from Bloggeroid

Pemandu yang bengong.

Sangat bengang dengan drivers yang bengong tahap tak ingat. Hari ni banyak kali berhadapan dengan pemandu yang sengal. Ya Allah... Memang uji kesabaran. Belum lagi mahu hilang rasa geram.

Seawal pagi berhadapan dengan dua buah kereta dipersimpangan yang sayang gila nak bagi signal. Kita nak keluar simpang pun takut. Takut la tiba-tiba dia nak jalan terus. Tapi masuk simpang rupanya. Melangu la kita ni menunggu. Kereta depan dengan belakang pulak tu tak bagi signal. Itu cerita pagi tadi.

On the way ambik budak-budak ni. Kes kat simpang jugak. Kes signal lambat bagi. Dah la bawak macam siput. Sikit lagi nak masuk simpang baru bagi signal. Oiii... Tak payah bagi la. Buang masa je. Asyik nak menyumpah orang pun tak baik jugak. Tapi geram la.

Itu belum lagi yang parking kereta sembarangan. Orang lain pun nak ambik anak sekolah jugak. Tapi jangan la parking sampai susahkan orang nak jalan. Mana letak akal entah. Dah nampak susah nak lalu pun buat selamba je duduk dalam kereta. Adoiii...

Jenis yang 1 lagi ni pun sengal jugak. Dah nampak kita gerak masuk simpang, dia yang parking tepi tu bila kita dah sampai sebelah, gerak jugak. Terkejut mak. Kes-kes macam ni la yang boleh sebabkan accident.

Aku dari jauh dah bagi signal. Senang la ko nak pecut keluar simpang. Tak ada la sayang signal sangat. Kalau ada signal pun tapi tak guna buat apa. Baik cari kereta tak ada signal. Senang sikit nak langgar. Huh!!!!

posted from Bloggeroid

Musim nyamuk.



aku tak tahulah tempat lain, tapi area taman tempat tinggal aku ni memang musim nyamuk sekarang. nyamuk tiruk sebab nyamuk ni gigit sikit je tapi gatalnya Ya Allah... tak payah nak tunggu ia kenyang bagai. asalnya bila husben sah ada tibi, rumah kena open semua tingkap pintu bagai. kalau dapat cahay matahari kena selak langsir dan bukak tingkap luas-luas sebab kuman tibi akan berada dalam rumah selama 8 jam. 8 jam ye. bukan 8 minit. jadi hari-hari la bukak semua tingkap sliding tu. sebelum ni memang tak ada nyamuk pun. kalau ada seekor dua yang masuk tu biasa la. sebab bukak pintu. petang baru tutup kan.

lepas dua hari bukak tingkap tu, asal malam je nyamuk menyerang. gigit sana sini. anak-anak la kesian. dok gatal-gatal. sapukan minyak untuk hilangkan gatal walaupun tahu kesan gatal tu akan ambik masa jugak nak hilang. letak la minyak banyak mana pun. ada cara nak hilangkan gatal. tapi takkan aku nak turun bawah semata-mata nak hilangkan rasa gatal tu. panaskan belakang sudu dan tekapkan pada tempat gatal tu. cara tu akan mematikan protein yang nyamuk tu dah inject kat bahagian gatal tu la.

mula-mula aku ingatkan sebab bukak tingkap. bayangkan la kalau semalaman tu 5-6 ekor nyamuk dok menyerang. dah 'bunuh' yang sekor tu sekor lagi datang tapi sejam sekali. agaknya kawan dia tunggu tak balik-balik tu yang kawan dia datang buat tugasan dia yang terhenti tu agaknya kot. haha... lepas tu try tutup tingkap dan tak bukak selama dua tiga hari. ini lepas kuarantin husben habis la. selama dua minggu tu memang bukak tingkap segala. tak miss. dah tutup tingkap pun nyamuk still banyak. sebelum ni ada jugak bukak tingkap. tapi sekor je biasanya yang datang serang. kali ni banyak. berekor-ekor pulak tu. tension. memang kalau sekali dah kena gigit tu memang alert la. takut kena kat anak-anak.

bila dok sembang dengan jiran-jiran, rumah masing-masing pun sama. sembur ridsect bagai dia orang. ada yang guna ubat nyamuk elektrik. kalau pergi beli barang, memang ada je yang beli spray. dan semalm aku beli spray sebab kesian kat budak-budak ni. tak tahan dah kena gigit. sebelum tidur spray dulu bilik. tutup kejap bagi mesra alam. aku guna Fumakilla Citron. google tak ada pulak pic dia. esok je la snap. selalunya ridsect yang famous. tapi saja nak try Fumakilla tu. Ridsect hari tu ada orang sembur rumah berbau sampai ke rumah aku. adehhh... Fumakilla Citron ni bau ala-ala buah citrus gitu. tak ada la busuk macam ridsect. tapi spray ni banyak jenis la pulak. ada yang H2O la, entah apa jenis pun tak tahu. tapi functionnya nak kasi mati itu nyamuk. 

alhamdulillah... budak-budak tidur lena je tanpa gangguan nyamuk. tapi nyamuk ni kan cepat immune dengan 'ubat' yang patut 'sembuhkan' dia orang kan? dah habis ni kena tukar lain la. kes nyamuk ni sebab musim kering. lagi kering patutnya tak ada nyamuk. tapi sekarang ni lagi kering lagi banyak nyamuk jadik dari malam membawa ke pagi ni selamat la aku daripada kira berapa ekor nyamuk la yang dah kenyang gigit budak-budak ni... ^_____^







my foot: lagi geram kalau nampak nyamuk tu kenyang tapi terlepas dari melenyeknya. sampai sudah teringat-ingat. haha...




26 February 2014

Saringan tibi untuk kami.


sambung entri tadi. panjang-panjang sangat penat nak baca. untuk anak-anak jugak ni. tibi boleh dirawati. jadi jangan risau la kalau tahu orang tu ada sakit tibi. kalau takut sangat pergi buat saringan. tak sakit pun. arwah abang ipar aku pernah kena tibi. tahun 2005. MIL pun pernah kena. tahun 2007. arwah abang ipar ambik masa 9 bulan untuk recover. MIL kena 6 bulan makan ubat. bergantung pada kita jugak sebenarnya. tiap-tiap hari kena makan ubat kat klinik selama 6 bulan tu. jadik husben akan kerja malam la untuk tempoh 6 bulan akan datang ni. nurse kat klinik cakap, husben bernasib baik company boleh berkompromi bagi kerja malam je. ada pesakit tu kena berhenti kerja sebab company tak bagi kerja malam. susah la dia nak makan ubat bagai. ubat pulak bukan kecik-kecik. husben cakap ada this woman kena tibi. lepas dia okay... anak dia yang kena pulak. budak 4 tahun. memang seksa nak makan ubat. elakkan la dari terkena budak-budak. 

lepas detect ada tibi, kami sefamily memang kena buat saringan kecuali Aus sebab dia dikira baru je terima BCG. pergi pagi. mula-mula dia cucuk ubat kat tangan kiri. nurse pesan kalau gatal ke apa ke jangan garu. jangan letak minyak jugak. biar macam tu je. dalam tempoh 72 jam kena tunggu. nak tengok ada apa-apa jadik pada tempat yang dia cucuk tu. kalau husben dalam masa sehari tu je dah rasa kesan. gatal la. alhamdulillah... aku dengan anak-anak okay je. cuma time nak cucuk tu ada macam-macam aksi la. budak-budak. Alya je okay time cucuk. Anis meronta bagai. Azfar serah diri. tapi time nak cucuk tu menangis bukan main lagi. haha... untuk aku dikira extra. kena x-ray, ambik darah. make sure tak pregnant la time tu. sebab tibi dia orang tak akan buat untuk pregnant mothers. tambahan pulak ada x-ray kan.

lepas 72 jam kena pergi klinik semula untuk ukur kesan cucuk tu. bukan senang nak tengok. macam husben obvious sangat. bengkak tempat cucuk tu. 15cm. lebih daripada 10cm dikira ada tibi la. aku check untuk aku dengan anak-anak. nampak macam tak ada bengkak kan kecuali Azfar nampak jelas sikit bengkaknya. bila check je, Anis sorang je 8cm. Alya dengan Azfar 9cm. aku? haha... aku 13cm okay. positif tibi. tapi tak batuk, selera makan okay. sebab salah satu simptom tibi batuk lebih 2 minggu dengan kurang selera makan. kena jumpa doc. untuk anak-anak check pulak nanti bulan 5. disebabkan aku positif tibi makanya kena la ambik kahak untuk 3 hari berturut-turut. mana nak cari kahak kalau tak batuk? awal pagi sebelum gosok gigi tu macam ada lendir dalam mulut kan? itu la yang kita kena bagi. lepas tu kena jumpa doc lepas tiga hari kahak kita bagi. husben dia detect melalui kahak. lepas tu kena x-ray semula. masa tu la nampak kat lung s dia banyak tompok-tompok putih sedangkan baru je x-ray tak nampak apa. cepat kuman tibi ni buat kerja.

so husben kena kuarantin untuk dua minggu. time tu kuman tibi memang sangat powerful dan akan cepat je jangkiti orang lain. tak boleh ada contact dengan sesiapa pun. mask 24 hours pakai. tidur pun pakai. tapi kesian sebab lemas la pakai 24 jam kan. lepas 2 weeks dah boleh kerja macam biasa semula. dan untuk aku pulak, doc kata ada tibi tapi tak aktif. sebab aku semua okay. cuma biasa la. isteri lebih sikit contact dengan suami berbanding anak-anak kan. dan aku akan x-ray semula bulan 5 nanti. sama date dengan anak-anak. ikut x-ray pun lungs clear. ikut cucuk tu je la lebih sikit. tak apa la. dah bahagian kami sekeluarga. alhamdulillah... tak ada nak merungut. semoga dipermudahkan segala urusan kami di muka bumiNYA ini.




my foot: aku baru tahu jugak sebenarnya yang kuman tibi ni akan kekal dalam badan selama dua tahun. kalau miss makan ubat, dia akan buat hole pada paru-paru. jadi jangan miss makan ubat. especially pesakit diabetes yang immune system dia dah down tu. semua benda mudah nak dapat.




Jika itu sudah bahagiannya.


bukan x-ray dada siapa-siapa pun dalam keluarga aku. sekadar gambar hiasan semata. hehe... apa kena mengena pulak x-ray dada orang ni dengan cerita entri aku kali ni kan? ada la ceritanya. pic untuk WW mesti ada yang tanya kenapa husben aku pakai mask kan? dalam rumah pun pakai mask ke? bukan time keje je? meamng kat tempat keje dia pakai mask jugak. untuk safety. kilang. biasa la kan. macam-macam ada. tapi pakai mask time buat keje je la kot. time rehat-rehat kejap tu tanggal la. mahunya tak rimas pakai mask. lemas!!!

result batuknya yang lebih lama daripada umur Aus tu dah dapat. actually, husben memang batuk jugak sebelum ni. tapi bunyi batuk yang biasa aku dengar dengan bunyi batuk sakit dia ni berbeza sangat. lagi pulak bila dia batuk yang lama ni, suara dia tak keluar dekat dua bulan. boleh cakap tapi suaranya sangat perlahan. sedangkan sebelum ni kalau batuk dan tak boleh bercakap pun, kejap je. masuk tengahari dah okay. tapi still dia kata tak apa-apa. memang batuk dia pun macam batuk biasa je mula-mula tu. tapi makin lama bertukar bunyi. selera makan dia pun turun (walaupun sebelum ni memang kurang sikit dah seleranya).

tapi bila Aus kena batuk untuk dua minggu, makanya dia pun rasa lain sikit. tapi still tak ada apa-apa. Aus warded pun tak detect apa-apa yang pelik. cuma doc kata batuk ni macam banjir. bukan boleh hilang macam tu je. ambik masa jugak untuk hilang. as long as dia aktif, he'll be just fine. masuk hari ni esok dah discaj. balik rumah pun still batuk tapi makin lama makin kurang la. dan husben pulak bila batuk ada darah. dia tunjuk kat aku dan aku pun malas nak tengok. scary je rasa. tapi batuk dengan darah tu pun kejap je. dalam dua hari. lepas tu okay. kat tempat kerja okay tapi balik rumah batuk berdarah semula.

suspicious jugak. something wrong dengan rumah ni ke? sebabnya lepas kes dia ikut ustaz tangkap jin bagai tu (masa tu dia memang dah start sakit dan badan pun tak kuat mana tapi sebab dia PIC terpaksa jugak la ikut), ada benda pelik jadik selang dua malam Alya nampak bayang-bayang hitam dalam bilik. kemudian aku tersedar pukul 12 malam lampu bilik terpasang sedangkan lampu tidur dah on. sekarang lampu bilik tu terbakar kot. dah tak berganti. lebih sebulan jugak. dan husben kata time dia tidur kat bawah ada la kena 'usik'. nasi yang aku masak selalu je basi. walhal memang lewat dah masak. tapi paginya tu nak buat nasi goreng je tengok dah basi. indicates ada something la tu. okey... mungkin aku je rasa macam tu kot. haha...

sekarang dah tak ada lagi dah benda-benda tu. dah okay. husben kata dia dah balik la tu. wallahualam... tengok la. panjang gila entri. nak buat part-part macam leceh je. kesimpulannya, husben pergi serah diri kat HSI. kalau ada apa-apa senang. boleh terus warded. dia pergi lepas maghrib. pukul 3 pagi sampai semula kat rumah. tak warded sebab doc tak jumpa apa sebab sakitnya. x-ray tapi lungs clear. bila cakap sakit kat bahagian tertentu kat dada, doc tu telek jugak la pic x-ray dan cakap macam ada kuman sikit. dia bagi surat untuk buat saringan tibi kat poliklinik. seawal pagi tu la dia ke klinik untuk buat saringan. siap buat x-ray sekali lagi. walhal semalam dah buat. berbillion la sel badan mati. second result kena tunggu. dalam seminggu dah dapat jawapan.

klinik called bagitahu memang positif tibi. tibi penyakit berjangkit yang merbahaya. tapi tibi boleh diubati. jangan risau la. maka, bermulalah episod ke klinik setiap hari untuk husben. semua ni dugaan dan ujian daripadaNYA. kami reda. itu tanda DIA ingat dan sayangkan kami.





~ WW #71 ~ My Other Half.






my foot: buah hati pengarang jantung hamba.



25 February 2014

Dari tilam ke lantai.



Sudah besar. Cepatnya besar. Huhu... Dah 6 bulan dah Aus. Sekarang ni rajin melonjakkan diri. Pusing memusing tu memang biasa. Dari atas tilam dah jatuh ke lantai. Kadang-kadang kepala bawah meja. Sibuk sangat nak main dengan alas meja. Pejam celik pejam celik, dia dah boleh berjalan.

Don't grow up so fast la adik! Tengah terhegeh-hegeh nak bw. Kejap ikut laptop. Kejap ikut handphone. Kalau line sengal memang tension. Adoiii...

posted from Bloggeroid

24 February 2014

Lepas gian.



time belajar dulu selalu jugak tulis cerpen. selalu jugak hantar kat majalah. sebab minat kan? mula-mula menulis untuk seronok-seronok je. sebab tak ada orang galakkan pun. bila tulis je , ada yang baca dan gelakkan... down sekejap semangat nak menulis. even ada lagi cerpen yang terbengkalai. yang separuh siap. yang dah hampir siap. yang hampir-hampir macam novel pun ada. yang dah siap pun ada. tapi tak hantar ke publisher je pun lagi. time belajar ada saingan. haha... ambik course pun majoring Publishing. memang minat menulis la. inspirasi pun datang dalam pelbagai bentuk.

tengok orang main layang-layang pun boleh jadik cerita sebenarnya. tapi time idea tu datang, laptop dalam bilik. malas nak naik dan bukak laptop semata-mata nak menulis kan? simpan je la idea tu. nak tulis atas buku nota memang tak la. zaman dolu-dolu je ada menulis atas buku nota. bila salin dalam words, dah tak sama dah cerita. mesti ada tukar-tukar sana sini. sebab tu aku suka terus menaip kat komputer je. tak ada tukar-tukar punya dah lepas tu. blog ni pun aku create untuk share cerpen kononnya. end up share cerita diri sendiri. adeh... lain tujuan, lain jadi akhirnya.

cuma bila join contest dunia shida tu la ada salah seorang sponsor adalah penulis. dia pun anjurkan contest. kiranya sengaja melepaskan gian menulis la ni. cerpen pendek. walhal untuk tulis dekat magazine pun 10 pages double spacing. kadang-kadang cecah jugak 11 pages. memang cecah la. tipu la kalau kata tak. kawan masa zaman study dulu selalu tanya bila nak buat novel. buat la. approve tak approve belakang cerita. janji ada hasil. dah bertahun aku kata nanti la. nanti la. entah bila nak sambung buat, aku pun tak tahu. bukan tak berminat nak buat tapi masa tu rasa macam dok berkejar-kejaran je. menulis cerpen lagi senang daripada novel.

ingat jugak la masa zaman belajar hantar kat Mingguan Wanita, Dara.com la... Jelita la. seronok bila tengok hasil tu keluar kat majalah. kalau minggu ni cerpen aku, minggu depan cerpen kawan aku ni. minggu satu lagi yang sorang lagi pulak. lepas tu bila baca je dok mengedit cerpen kawan. memang sengaja cari salah. dah kerja pun mengedit. memang kaw-kaw la kena kalau memang ni ada buat ayat yang boleh menimbulkan pelik-pelik je imaginasinya. lepas tu gelak-gelak sakan. seronok-seronok. tapi  itu dulu. and I miss that moment.

memang writer's block tu ada. itu pun biasa. tengah-tengah taip tiba-tiba tak ada idea. menggagau la mencari idea. tapi insyaAllah... walau macam mana pun ada je jalan penyelesaiannya. rasa macam nak menulis balik la. ada ke nak baca novel aku ek? e-novel boleh? jual RM10? hehe...


my foot: miss writing la. what to do. ayam patuk itik menyudu.



Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah.

PENCARIAN SEORANG DANIA.



Aku mengenali seorang gadis bernama Dania Asyikin binti Dato’ Khairul Hisyam. Ya! Anak orang yang berduit. Orang yang tidak pernah merasa susah. Punya segala-galanya. Tapi itu kata aku. Bukan kata Dania. Aku  mengenalinya lima tahun yang lalu ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di luar negara. Aku pergi dengan hasil kerja keras dan berkat doa ibu bapaku sendiri. Mendapat tajaan setelah keputusan cemerlang berada dalam genggaman. Sementara Dania, pilih saja tempatnya dan pasti keluarganya akan biayai setiap satu daripada keinginannya itu.

Barangkali pandangan pertama aku terhadapnya terlalu negatif lewat lima tahun yang lalu. Skeptikal. Asal namanya anak Dato’, pasti dia mampu memiliki segala-galanya. Tidak perlu berusaha. Untuk apa? Kalau sudah duit keluarganya menggunung tinggi, untuk apa perlu bersusah payah lagi? Habis belajar nanti akan terus diterima bekerja di syarikat milik keluarga sendiri. Tidak ada persaingan. Tidak perlu bersusah payah memikirkan di mana perlu kaki melangkah memohon pekerjaan. Segala-galanya sudah tersedia. Terhidang di hadapan mata.

Arghhh... kejam benar pandangan aku terhadap gadis manis bermata bundar itu! Semua tentang Dania tidak baik. Hanya yang buruk-buruk saja kelihatan sedangkan aku belum betul-betul mengenalinya ketika itu. Tidak pasti sama ada dia meneruskan pelajaran atas sebab usahanya sendiri atau sebaliknya. Sedangkan ibu sentiasa berpesan agar tidak terlalu menaruh syak wasangka terhadap orang lain. Biarlah mereka itu apa pun. Selagi mereka tidak menyentuh urusan hidup aku, untuk apa aku pula yang ingin menyibukkan diri di dalam hidup mereka. Ah, aku ini alpa! Terlupa dan terleka. Belum apa-apa sudah terlebih menilai orang lain.

Atas kesilapan itulah, aku gagahkan diri sendiri bertemu Dania. “Assalamualaikum. Saya Nurul Hajar. Saya rasa bersalah sebab berkata yang bukan-bukan tentang awak.” Itu kata-kata pertama yang aku lontarkan setelah aku melihat dia keseorangan sedang minum. Ketika itu, dia sedang menantikan kedatangan rakan-rakannya barangkali. Tidak pula aku bertanya lanjut.

“Berkata yang bukan-bukan tentang saya? You mean talking behind my back to others?” dia sedikit terpinga-pinga. Mahunya tidak. Tiba-tiba disapa oleh seseorang yang tidak dikenali dan mengatakan telah berkata-kata yang bukan-bukan tentangnya? Gila agaknya gadis ini.

“Eh, tidak!!! Bukan bercakap dengan orang lain. First impression saya terhadap awak. Bila tengok awak, hati saya berkata yang bukan-bukan. Itu tak baik. Saya tak kenal awak tapi saya kata awak yang bukan-bukan,” aku menerangkan. Dania lagi terpinga-pinga. Entah apa yang terlintas dibenak gadis itu. Aku sendiri kurang pasti.

Tapi dia tersenyum. Dan katanya, “First impression itu biasa. Kita memang akan judge orang setiap kali kita tengok seseorang tu. Kalau kita dah kenal, first impression akan jadi first impression sajalah kan?” dan kemudian dia ketawa perlahan. “Belum pernah saya jumpa orang macam awak. Rasa bersalah sebab membuat tanggapan terlalu awal. Small matter je tu. And I like you. Comel.”

Itu perkenalan pertama kami. Apa yang aku fikirkan tentang Dania selama ini tidak semuanya betul. Dia menyambung pelajaran sama seperti aku. Atas usahanya sendiri. Tidak mahu terlalu bergantung dengan apa yang keluarga miliki katanya. Dania Asyikin berperwatakkan sederhana. Mengenalinya lebih dekat dan rapat membuatkan hatiku sekali lagi berkata-kata yang dia sedang mencari ‘sesuatu’. Cuma aku kurang pasti apa yang dicarinya. Ingin bertanya tapi belum sampai masanya lagi. Lagi pula, aku dan dia baru saja berkawan. Takut disalah anggap pula pertanyaan aku tu nanti.

Dalam pada menantikan waktu yang sesuai untuk bertanya, Dania terlebih dahulu memulakan bicara tentang pencariannya terhadap ‘sesuatu’ itu. “Hajar, awak tak rimas ke pakai tudung labuh macam tu? Tak rasa panas?” Ya! Aku gadis bertudung labuh walaupun tidak selabuh orang lain tapi cukup labuh untuk keselesaan aku sendiri. Menutup dada dan bahagian-bahagian tertentu. Aku tidak dipaksa bertudung labuh. Ahli keluarga pun tidaklah memakai tudung labuh seperti aku.

Aku memandang Dania. Dia benar-benar ingin tahu. “Tak. Saya dah biasa. Daripada kecik lagi saya dah bertudung. Bila kita ikhlas, semua benda jadi senang. Masa kecik-kecik dulu, kejap pakai. Kejap bukak. Budak-budak. Tapi bila dah besar, timbul kesedaran sendiri. Sampai bila nak pakai lepas tu bukak. Kesian kat ayah yang kena tanggung dosa kita tu. Adik-beradik lelaki kita lagi. Dah ada suami nanti, suami lagi tanggung. Terbeban mereka. Dosa mereka lagi, dosa kita lagi dia orang nak tanggung.

Kadang-kadang kita lupa. Sebab kita jugalah yang akan heret ayah, adik beradik lelaki... tak pun suami ke neraka sebab apa yang kita buat. Benda yang remeh-remeh macam inilah buat kita lupa dan leka. Astagfirullah!!!” Tiada niat untuk berceramah tapi sekadar menyatakan apa yang aku rasa saja. Dania terdiam.

Eh, aku dah tersalah cakap ke?! “Jangan salah anggap apa yang saya cakap. Itu apa yang saya rasalah. Saya pun bukan 100% baik. Ada jugak kekurangan di sana sini. Saya masih cuba perbaiki setiap kelemahan saya ni. Kadang-kadang kita rasa macam kita ni dah okay. Tapi hakikat sebenarnya tidak. Yang terbaik hanya Allah je. Kenapa awak nak tahu?”
Dania merenung jauh. “Sebab saya selalu rasa hidup saya ni seperti kekurangan sesuatu. Saya tak tahu apa. Orang kata kalau kaya mampu miliki apa saja kan? Tapi tak semua orang rasa macam tu. Duit ada tapi hati kosong pun tak guna jugak kan Hajar?” Persoalan yang dilontarkan membuatkan aku sedar akan apa yang dicarinya. Benarkah?

“Saya dah lama rasa macam ni. Empty. Hidup tak ada makna. Kosong macam lagu Najwa Latif tu,” gelak Dania kedengaran tidak ikhlas. Tapi senyumannya tetap manis. Ini ke apa yang orang kaya akan rasa? Atau hanya segelintirnya saja yang masih mencari-cari sesuatu yang pasti? “Mesti seronokkan menjadi seorang Nurul Hajar?” aku tersentap dengan pertanyaannya. Ligat kepala memikirkan kata-kata yang sesuai untuk dituturkan.

“Menjadi seorang Nurul Hajar sama seronoknya macam menjadi Dania Asyikin. Atas dunia ni kita memang akan sentiasa mencari-cari. Saya pun bukanlah baik sangat Dania. Masih banyak kekurangan. Dania rasa kosong mungkin sebab Dania dah terkeluar daripada landasan yang ditetapkanNYA. Kalau Dania berada right on track, insyaAllah... saya tak rasa Dania akan sesat. Rasa kosong macam sekarang,” itu kata-kata yang mampu aku lafazkan sekarang. Bukan hanya Dania, masih ramai lagi yang tercari-cari erti hidup yang sebenarnya. Masih ramai juga yang menyimpang dan lupa diri. Jika tersesat, kembalilah. Pasti DIA menerimanya.

“Hajar boleh tolong saya tak?” aku memandang Dania. Mencari maksud disebalik kata-katanya. Pertolongan apakah yang Dania mahu? Mampu ke aku menolongnya sedangkan aku sendiri masih perlukan bimbingan?

“Pertolongan apa yang Dania mahu? Saya membantu sekadar yang mampu,” itu kata-kata seorang aku. Jika aku  mampu membantu Dania mencari dirinya sendiri, aku juga membantu diri sendiri agar menjadi lebih baik. Lebih dalam segala-galanya? Aku cuma mahu menjadi hambaNYA yang baik. Itu saja.

“Tolong ajarkan saya solat. Tolong bantu saya dalam pencarian saya ke arah redha Ilahi. Boleh?” permintaan tulus seorang Dania. Dan permintaan tulus itu mengalirkan air jernih di pipi seorang aku. Ya Allah... benarlah Engkau yang menentukan segala-galanya. Jika Engkau mahu, maka jadilah. Jika tidak, maka berada dalam kesesatanlah kami.

Dania Asyikin. Rindu benar aku pada pemilik nama itu. Dania sudah bertemu dengan pembimbingnya yang sejati. Yang akan terus membimbingnya ke jalan yang diredhai. InsyaAllah. Aku tahu itu. Kerana lelaki itu adalah saudaraku.

Terima kasih Nurul Hajar kerana menjadi pembimbing sementara.
Saya sayang awak dunia akhirat.
-Dania Asyikin-





22 February 2014

Wakil cawangan.



Ha, ada yang nak tahu keputusan Alya ek?! Aku sefamily balik awal. Kawan-kawan setadika dia pun sama. Cawangan lain tak pasti pulak. Memang tak tunggu sebab tak larat. Lagipun fikir, kalau dapat apa-apa cikgu dia ada kat situ boleh wakilkan. Result pukul 12. Pukul 10 tu pun panas bukan main lagi. Kesian kat Aus dengan diri sendiri jugak. Kat husben yang tak tidur lagi tu pun sama.

Tengah-tengah tidur nak hilangkan sakit kepala tu, cikgunya called tanya balik awal ke? Lepas tu dia bagitahu la Alya dapat nombor 13 daripada 144 orang. Tak kisah la saguhati pun. Experienced berharga untuk dia. Sebabnya, kebanyakkan budak sampai part kaler rumput, awan dengan background tu, masing-masing jadik bosan plus penat.

Untuk budak-budak besar kena banyak pics kecik-kecik. Yang kaler latar tu kena kurangkan. At the end of the competition, budak-budak jadik hilang fokus. Ikutkan Alya lagi la. Dah malas nak kaler tapi mak paksa habiskan. Tak menan? Tak apa. Janji kaler sampai habis. Hoho...

Dan yang paling best tu, dia je yang dapat hadiah daripada ramai-ramai yang cikgu hantar. Untuk tadika dia, cikgu hantar lima wakil. Cawangan lain tak tahu la. Kawan-kawan dia tak dapat pun. Ada sorang budak lelaki tu siap nangis masa competition sampai mak terpaksa duduk sebelah. Haha.. Sabar je la dengan kerenah anak-anak ni.

Apa-apa pun, tahniah sayang Alya. Hadiah birthday untuk kak long la tu... 😘

p/s: kecoh pasal BR1M. Kamu dan kamu dapat? Belanja la hadiah kat Alya. Boleh? Hehe... Rezeki untuk kamu dan kamu dari Allah kan? Alhamdulillah...

posted from Bloggeroid

19 February 2014

First competition untuk Alya.



Alya terpilih mewakili tadika dia ke pertandingan mewarna kat Bukit Layang-layang bersempena dengan festival layang-layang. Asalnya makcik kecik ni tolak. Tak nak pergi. Tapi balik rumah cakap nak pergi pulak. Tanyakan cikgu dia. Nasib baik tak submit nama lagi.

Pergi pun parents hantar. Ikut sekolah la. Ada tadika cikgu yang bawak. Bagus jugak hantar sendiri. Boleh tengok. Sambil-sambil tu tengok layang-layang yang ada. Hehe...

Alya masa mula-mula tu semangat la nak mewarna. Lepas setengah jam mula la nak kaler sembrono je. Penat la. Sakit leher la. Sudahnya sambil kaler aku suapkan dia makan. Haha... Still penat tapi tak apa la. Pengalaman pertama dia. Okay. Tak kisah tak dapat apa pun. Janji dia happy. Pukul 10 lebih dia siap kaler. Sedangkan waktunya sampai pukul 11.

Aku pun tak tunggu sampai orang bagi hadiah. Sebabnya husben tak tidur lagi. Keje malam. Aku pulak dah sakit kepala. Aus pulak tidur kejap sangat. Lagi pulak tak tahu hadiah ada banyak mana. Peserta pulak ada 144 orang. Tadika dengan pra sekolah. Untuk umur 4-6 tahun.

Balik rumah mak tidur sebab kepala makin sakit. Bawak Aus sekali tidur. Budak-budak ni pun sama. Memang sakit la. Dah lama tak dapat migrain ni. Huhu...

Apa keputusan pertandingan? Siapa menang pun tak tahu. Alya macam mana? Okay... Nanti cerita. Door gift dia dapat dah cukup best pada dia. Asal happy dah la sayang!!! (♡˙︶˙♡)
posted from Bloggeroid

18 February 2014

Birthday Alya yang super simple.


tahun ni tak ada celebration apa-apa pun untuk Alya. macam tahun-tahun sebelum ni tak ada jugak. cuma buat kat rumah je pun. last year ada jugak Bob. tapi this year ada baby Aus. Bob dah tak ada. balik kampung celebrate dengan Piah. hehe... side husben ada lagi dua orang yang celebrate birthday bulan Feb ni. Acik dengan Kerry. dah tentu la Kerry nak celebrate dengan Piah kat kampung sebabnya tahun lepas tak boleh celebrate. Piah dalam pantang dan baru kehilangan baby jugak. dah setahun la arwah Baihaqi tu 'pergi'. sekarang ni mungkin merancang yang baru pulak kot. sebab katanya nak try conceive this year kalau ada rezeki. insyaAllah... ada rezeki tu kan? 

semalam, lepas potong kek yang mana Alya makan sampai dua slices sebab dia memang suka kek, hantar dia pergi ngaji dengan Anis. meamng hantar pergi sekolah ke ngaji ke aku la yang buat. even husben ada pun aku tetap buat sebab husbennya bali dah penat. nak tidur. tak sampai hati pulak nak kejut bangun untuk ambik budak- budak tu. bukan susah sanagt pun setakat ambik dengan hantar pergi sekolah ke mengaji. dekat je dengan rumah. nak hantar naik van, mungkin tak la sebab van dah naik harga. kalau nak guna van pun tahun depan sebab Alya akan sekolah agama pagi dan sekolah kebangsaan sebelah petang. kalau petang tu aku boleh hantar dengan ambik. tak ada masalah sangat la kot. boleh tumpang jiran jugak. hehehe...

dan semalam jugak, Ayah Su Alya (yang sekarang study kat Russia) whatsapp. wish birthday anak buah dia la. adeh... ingat pulak Ayah Su dengan birthday Alya. Ayah Su whatsapp dalam group family. jadik semua orang tahu la jadinya. haha... group family ni sebelah husben. belah aku tak ada whatsapp. malas nak pakai android dia orang ni.




offer Pok Cang terpaksa la ditolak buat masa ni sebab husben sakit. next entry aku cerita sakit apa dan kenapa serta bagaimana. bajet popular orang nak tahu kan. haha... ada aku kesah? at least budak-budak ni  bila dahbesar dia tahu cerita-cerita ang berlangsung sepanjang kelangsungan hidup dia orang walaupun mak dia orang bukan ada masa sangat nak menaip entri. berkejar dengan masa je. tambahan pulak si Aus ni dah makin besar. dok mengadap depan laptop ni je kepala memikir masa berjalan tapi dok lagi depan ni.kejap lagi nak ambik anak-anak sekolah. pack jadual mak. hoho...

Alya pun bukan anak yang meminta-minta. ada kek dan ada wish dah cukup buat dia. tak ada la dia mintak hadiah ke apa ke. alhamdulillah... sangat memahami. semoga jadik anak yang cemerlang dunia akhirat. jadik muslimah yang baik, insyaAllah. itu doa kami. nanti-nanti sambung lagi ek?!

maaf pada yang melawat blog dan aku tak sempat nak ziarah kamu dan kamu. tengok ikut handphone la ye. tak sempat nak tinggal komen. itu belum kira time line sengal-sengal alam. sempat tengok depan blog je. huhu... sabar je la. tengah nak adapt banyak benda ni. kalau mampu, insyaAllah... boleh la berblog macam biasa. doa-doakan la ye.



Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html

Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :

Kategori Blogger :

Shida Radzuan, Emas Putih, Zulhairy, Yumida Huda, Nabila Medan, Rafina Mimi & Jaa Kechik

Kategori Onlineshop :

AHR Boutique, WA beauty E'Shoppe, Syiela d'beauty, Zinnia Z A Zinnia, Puteri Jelita Shoppe,
Annia's Health & Beauty Shoppe, Dedeqdewishes Boutique,
Nurul Yui Collection, Nini Bizshop, Reddelima.com
hari ni last day. jom la join.sesekali join GA dengan contest ni best jugak. hehehe... gud luck semua.




17 February 2014

Sanah helwah Nur Ismahani Alya.



Hari ni birthday Alya yang ke-6. Dah besar dah anak dara ni walaupun ragam still ada. This year ada kek je sebab abah 'kurang sihat'. Gagah jugak la pergi cari kek. Tapi yang memilih dah tentulah maknya. Hmmm...

Apa pun doa kami buat si buah hati sulung ni agar menjadi anak yang solehah. Cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Ameen...

posted from Bloggeroid

14 February 2014

Kurangnya sensitiviti kita.

Semalam ada majlis maulud kat rumah jiran. Aku pergi bawak anak-anak. Majlis katanya lepas maghrib tapi pukul 8 lebih baru start. Bukan aku nak cerita pasal majlis tu pun. Pergi semalam sekaligus bagi anak-anak peluang main-main kat luar. Kita enjoy. Haha...

Jiran depan rumah aku ni second wife. Tak ada anak. Early 40's. A bit serious walaupun senyum dan bertegur sapa jugak. The other jiran ni rumah tepi-tepian sebelah kanan. Tak ada la nak mengumpat jiran pun tapi jiran tepi ni macam sombong sikit la.

Kalau sebelum ni the wife bahasakan diri dia 'kak' tapi sekarang dia panggil aku pulak 'kak'. Haha... Apa-apa je la kan. Aku layankan je walhal umur dia dah 38 tahun ni. Anak sorang. Nak panggil 'kak' pun 'kak' la asal happy.

Last year dia operate betulkan rahimnya yang terbalik. Aku pergi jugak melawat. Jiran. Sebelum ni ada jugak aku dengar-dengar cerita pasal dia sefamily tapi setakat dengar je la. Malas nak ambik port sangat.

Tapi semalam, jiran tepi ni cakap kat jiran depan aku ni: "Buatlah IVF." Sentap kejap mak. Walaupun bukan cakap kat aku tapi aku macam... "Ko nak buat IVF, ko buat la. Jangan cakap macam tu dalam majlis yang ramai orang boleh tak?" To some people, isu ni sensitif jugak la. Bukan tak cuba. Bukan tak nak. Tapi dah Allah tak bagi. Muka akak jiran depan ni macam sentap la tapi dia cover.

Cakap buat IVF tu macam 100% je jadi. Kawan aku habiskan 17k untuk buat IVF tapi resultnya gugur jugak. Tu pun atas rezeki jugak. Last year dia cakap nak buat IVF ni dalam 70k. Tapi kawan aku buat 17k je. Husben kata jangan percaya sangat apa dia cakap. Dia cakap kat jiran depan aku ni dia pun tengak cuba. Kau cuba je la. Tak payah cakap-cakap macam tu kat orang lain. Macam sombong je caranya tu.

Jiran depan aku tu cakap kat aku dia tak kisah sangat ada ke tak anak. Sebab husben dia dah ada 3 anak. Kadang-kadang rasa nak. Kadang-kadang tak. Bila tinggal sorang-sorang terasa la jugak. Aku tak paham dengan jiran tepi aku ni.

Macam tak ada sensitiviti langsung. Pangkat tinggi pun tapi tak reti nak jaga sensitiviti orang lain tak guna jugak kan?! Kena bersyukur dengan apa yang ada.

Ya Allah... Jauhkanlah kami daripada sifat-sifat dan sikap yang tidak baik hendaknya.

posted from Bloggeroid

13 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


dah lama tak update blog kan? update blog kali ni dengan join Mega Giveaway daripada Intan Berlian. dah join tapi bila time keputusan entahkan bukan entahkan tidak. haha... sekarang ni susah sikit nak cari masa nak update blog. kalau update melalui handphone pun tak berapa nak best. itu lain entri cerita la.

ada rezeki boleh menang hadiah best sebab tarikh tutup pun nak dekat dah. jom la join ramai-ramai.


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014



06 February 2014

Sayangnya Allah pada kita.



Baru berkesempatan update blog. Tak sempat update sebelum ni atas banyak sebab. Mula-mula husben dapat detect sakit dia lepas hospital pun macam tak tau kat mana sakitnya. Lepas tu, Anis demam. Tapi still boleh pergi sekolah. Siap batuk dengan selesema lagi. Kemudian giliran Azfar. Last sekali Aus. Alya cuma batuk dengan selesema je.

Paling meragam Aus la. Memang tak tidur malam. Siang pun tak tidur mana. Atas dukung je tidurnya. Dugaan betul jaga anak-anak sakit silih berganti ni. Aus empat hari demamnya. Batuk dengan selesema lagi. Batuk teruk. Tiap kali batuk je menangis. Memang kesian. Bawak ke ER tak demam pulak. Balik rumah je demam. Pening jugak.

Tak sempat la nak sambung bisnes online. Nak renew domain pun tak sempat. Banyak benda la yang tertangguh. Tapi tetap reda.

Husben kata kesian sebab aku kena handle banyak benda. Dia sakit. Ujian buat kami sekeluarga la ni. Dia sakit kalau aku tak jaga, siapa lagi nak jaga kan? Apa guna kawin kalau benda macam ni pun nak berkira. Time senang nak sama-sama. Time susah nak lari? Apa barang.

Pic kat atas tu aku bagi kat husben. Susah senang sama-sama. Dugaan dan ujian Allah tu tandanya DIA sayangkan kita. Betul kan? Memang dugaan dengan ujian ni tak berakhir. Atas kemampuan setiap apa yang Allah berikan pada kita.

Senyum tanpa perlu kata apa-apa.

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign