✿ Rumah SalYa ✿: January 2014

Fresh from the owner...

31 January 2014

Kek Lapis, Gelang Cantik dan apalagi???


baru nak start biz online. sebelum ni dok taip guna handphone je sebab line broadband ni macam sengal je. tambahan pulak laptop ni ada buat hal sikit. aduh... memang cabaran la. dan ikut plan pulak, encik husben nak 'menyerah' diri kat HSI hari Ahad ni kalau tak ada aral. selama mana kena tahan tu... wallahualam. cuma mampu mendoakan yang baik-baik saja.

okay la... nak update pasal Kek Lapis dengan Gelang Cantik ala-ala Pandora. Gelang Nama pun ada. bukan anak-anak je boleh pakai gelang ni. Mak-mak anak pun boleh. kalau Pandora harga ratus-ratus. yang ni harganya berbaloi-baloi. tak rugi pun beli.

jom tengok Kek Lapis dulu:-





yang ni pulak Gelang Cantik:-



harga bergantung pada beads. kalau penuh satu gelang... memang cecah ratus la. setakat dua tiga beads dah cantik pun sebenarnya.


boleh mix beads jugak. tambah dengan heart shape pendant memang cantik sangat la.



yang ni untuk Alya.

Anis punya.





gelang pun ada size. berbeza untuk budak-budak dengan orang dewasa. kalau berminat boleh pm/whatsapp/wechat/telegram ke 0172561005... 27/4. layanan penuh kasih sayang. sebarang pertanyaan pun boleh je tanya direct.

boleh jugak tengok lebih lanjut kat sini facebook Blog 3A's untuk tengok beads yang still available. semuanya postage free. itu yang pasti. tak payah bayar harga postage. janji semua happy. bukan nak kaya cuma nak tambah duit poket je... ^_____^





21 January 2014

Telekung Lycra & Handbag Gred AA & A yang super duper cun!!!


bukan nak keluar rumah dengan pergi kerja je kena cantik-cantik. tapi nak kena mengadap Sang Pencipta pun kenalah cantik jugak. ada macam-macam kaler pilihan. harga pun berpatutan. sesuai dengan kualiti kain. selain daripada tu mesti selesa jugak kan?




ni pulak handbag Gred AA & A yg cun melecun. kalau banyak duit boleh la pakai ori. tapi yang biasa-biasa macam aku ni Gred AA dengan A pun dah super-duper best. memang terlajak laris la. Coach? MK? Prada? pilih je yang mana-mana.alah membeli menang memakai. yang tak set. yang satu set pun ada. meletoppp!!!













ini sebahagian je. ada banyak lagi. boleh la jengah-jengah page ni: Blog 3A's ye. ikutkan hati, semua pun aku nak tapi mana boleh kan? jadik pilih la yang paling berkenan di hati. jom la jamu mata tengok handbag super duper meleleh ni. 

sebarang info boleh contact: 017-2561005. available 24/7. pm boleh, whatsapp ada, wechat ada... telegram pun ada. nak tau price pun boleh. tak ada salah pun. hehe...






11 January 2014

Kek lapis sodap untuk dijual!!!






Sedap ni. Ada lebih kurang 23 jenis perasa dan perisa. Nak buat hantaran pun boleh. Nak makan-makan sendiri, buah tangan untuk kawan-kawan or saudara mara pun boleh sangat. Hage tak ada mahallah. Benda nak makan kan. Bahan-bahan dalaman pun kena jaga. Kebersihan terjamin.

Beli 1 bersamaan RM25 termasuk postage. Beli dua dan ke atas, ada la kurang sikit. Free postage. Don't worry!!!

Berminat boleh pm/whatsapp kat 0172561005.

Kena keje keras sikit. Nak upload pics ikut laptop kene tunggu kedai 'cuci' dulu. Asal nak upload je suruh delete pics la pulak. Sengal.

Kalau berminat boleh pm biasa-biasa je. Tak payah la laju-laju. Nanti terseliuh pulak jari-jemari tu... ^^

posted from Bloggeroid

10 January 2014

Adeh...

Budak dua beradik ni suka benar la buat marathon. Demam berganti-ganti. Dah lama jugak dia orang tak demam. Setakat selesema dengan batuk tu biasa la. Tapi tak ada la sampai demam-demam ni. Tahun baru ni demam pulak. Dua hari la cuti Anis. Lepas Anis, Azfar pulak. Huhu...

Alya still gagah. Paling susah nak sakit walaupun paling susah nak makan. Nasi tu dalam seminggu ada la tiga kali dia makan. Itu pun kadang-kadang paksa. Roti, kek dengan biskut memang dia suka. Tapi sekali sakit memang layan la. Meragam.

Plan ada yang tertangguh ni. Tengah nak set up biz online. Nak cari income sikit sementelah husben mungkin kene warded lama. Belum ke hospital tapi resultnya kami dah tau. Memang sah kena warded dan akan duduk lama dalam tu. Jadi... kena bersedia je la bila dia bersedia nak serah diri. Makanya, kena la cari income lain untuk support dia.

Bersedia untuk apa saja termasuklah berhadapan dengan line yang lembab tahap siput ni.

posted from Bloggeroid

02 January 2014

Setahun lagi...



Selamat tahun baru 2014 buat semua. Dan hari ni umur aku bertambah setahun lagi. Semoga sentiasa diberkati dan berada dibawah lembayungNYA.

Semoga istiqomah juga untuk jadi yang terbaik buat keluarga kecil ni. Umur adalah peringatan. Semoga tak alpa dan tak mudah lupa.

posted from Bloggeroid

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign