Fresh from the owner...

18 December 2014

Klinik gigi dan rawatan.




Tajuk entri skema. Haha... Ni cerita minggu lepas. Tapi sebab tak berapa nak sihat, makanya tak terbuat la entri. Bila belek-belek gambar baru teringat entri tentang ini tak buat lagi. Ini lawatan pertama Alya dan Anis ke klinik gigi. Setakat nurse datang sekolah ajar gosok gigi ada la. Tapi check dengan rawat tak ada lagi.

Bawak ke klinik pun sebab gigi susu Alya tu dah bergoyang dan gigi kekal dia dah keluar. Pemahaman aku yang tak berapa nak reti pasal gigi susu ni, kalau rosak ke bergoyang ke boleh je cabut. Tak ada masalah. Kalau tak cabut nanti gigi kekal tumbuh tak cantik.

Rupanya pemahaman aku tu salah. Adeh... Gigi susu kalau rosak ke bergoyang biasa-biasa je, tak perlu cabut dulu. Biarkan je kecuali kalau sakit. Sebabnya, kalau cabut awal-awal nanti gigi kekal tak ada penunjuk arah. Mula la gigi kekal tu keluar senget la, berlapis-lapis la. Tak ada guide. Gigi susu tu as a guide untuk gigi sebenar keluar. Ooo... macam tu rupanya. Haha... sengal ye sebab baru tahu... ⊙_⊙



Alya masa cabut gigi tu aku keluar sebab dia takut. First time. Nurse suruh tinggalkan je. Jadi aku tinggalkan je la. Kalau tak lagi lama ber'ibu-ibu' kat dalam tu. Berdrama bagai. Tak ada mak senang sikit. Dia reti pulak. Anis giginya tak cabut tapi ditampal je. Ada yang rosak tapi dibiarkan je la. Kalau sakit baru datang semula.

Lepas settle semua, seronok pulak anak solehah dua orang ni. Kalau boleh hari-hari nak pergi klinik gigi. Dah tak takut lagi dah. Adoiii la...



Kapas untuk cabut gigi ni pun Alya bawak ke mana-mana 3 hari 3 malam. Nak menunjukkan betapa sukanya nak pergi ke klinik gigi lepas ni... ^o^


Berminat nak join kempen 1 gram emas, 1 bulan, 1 keluarga? Boleh whatsapp walaupun sekadar untuk bertanya. Pelaburan masa depan dengan emas. Jangan tunggu sampai esok!!!

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. gud girl jarang budak2 berani nk gi dentist kan?

    ReplyDelete
  2. ooo..mujur terbaca entry ni, saya baru tahu pasal masa mencabut gigi susu yang bergoyang tu.. kena ingat ni, anak2 semakin besar nanti ada kot jadi macam ni, tahulah apa yang nak dibuat nanti

    ReplyDelete
  3. Bagus Alya suka ke klinik gigi....
    Stail kat sini, lepas cabut gigi dentist akan bagi sticker... Siap boleh pilih nak stiker apa dan berapa byk.... hehehe

    ReplyDelete
  4. ha.. betul la tu..
    klo blum keluar gigi kekal , jgn cabut.. sbb tkut nanti gigi tu main parking je..kecuali kalo y kekal tu dh keluar n tsangkut y bongsu.. bru cabut y kat bhagian gigi y tumbuh tu aje

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign