Fresh from the owner...

05 December 2014

Emas akan tetap jadi emas.



Ramai antara kita yang ada simpanan kat bank. Yang tak ada tu nak buat macam mana. Tapi kena menyimpan la mulai sekarang kan? Yang ini kena istiqomah. Kalau tak boleh nak tinggu time gaji, boleh je simpan RM5 sehari. Cukup sebulan boleh la beli emas segram. Segram je sebulan. Tak banyak tapi cukuplah. Yang terlebih mampu boleh la beli banyak lagi.

"Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpablah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" Hadis Rasulullah SAW: Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hambali. 

 



Inilah salah satu sebab kenapa perlu simpan emas. Kadang-kadang kita fikir, tunggu dulu la. Duit ada lagi. Memang la duit ada lagi. Sampai bila? RM50 yang ada sekarang pun boleh beli apa je? Kalau dulu penuh beg plastik kiri kanan dengan RM50 tu. 

Sekarang ni satu beg plastik kecik tu je. Susu anak dengan aiskrim je dah habis RM50. Secara kasarnyalah kan. Kena sama-sama istiqomah husben & wife. Kalau husben susah nak simpan, wife la kena uruskan. Tapi kena ingat ye. Ni bukan pelaburan. Apatah lagi la skim cepat kaya.

Nanti kata beli emas ni mesti boleh kaya. Boleh la kalau usaha bersungguh. Setakat cakap je pun tak guna. Hehe.. 

Goldbar. Segram emas 999.9. Kecik je pun.



Takkan la kita nak tunggu sampai ringgit tak ada nilai kan? Time tu memang tak ada guna lagi dah. Emas mungkin dah mencanak naik harganya. Sebab tu kena bermula sekarang sementara emas masih murah.


Kalau nak beli emas murah, jadilah ahli. Ada pakej. Sekarang yang dikeluarkan adalah pakej dinar 1/4g. Nak beli 1 dinar, boleh jugak tapi mahal la. 1 dinar bersamaan dengan 4.25g.  Pakej dinar 1/4g ni harganya RM450. Ada benefits kalau jadik ahli.

Emas ni kalau nak jual semula ke company yang kita beli pun boleh, nak jual kat tempat lain pun boleh. Tak ada masalah. Yang bermasalah kita ni yang nak menyimpan. Dok tangguh je dari hari ke jari. Bulan ke bulan dan tahun ke tahun.


Bertindaklah daripada sekarang. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk anak-anak. Siapa-siapa yang nak kawin tu, boleh tukar hantaran daripada wang ke emas. Baru betul kan?

Kalau kita tak mulakan langkah pertama, siapa lagi nak mulakan. Kena ingat jugak, emas ni bukan untuk kaya. Kita nak buat pelaburan jangka panjang. Untuk keluarga kita jugalah adanya. Emas kita beli hak kita!!!

Jom menyimpan emas segram dua... ╰(*´︶`*)╯ Kempen segram emas sebulan untuk sekeluarga. Jom ler kita sama-sama istiqomah...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. sejak kecik akak adik beradik di didik oleh mama utk buat koleksi emas sbgai simpanan...Alhamdulillah berkat asuhan mama kami kini dh punya koleksi yg sgt2 bernilai...syukur, secara berdikit2 saban thn kita tmbah...mayb itu cara org kelantan buat simpanan kot.....

    ReplyDelete
  2. Datang jalan2 dekat sini .. Done FOLLOW . Nanti FOLLOW back yeee :)

    ReplyDelete
  3. tertinggal link . ni link saya ... http://muhammadshahril97.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Assalam...cantik betul syiling emas tu.

    ReplyDelete
  5. good investment.
    kat opis aida ada member buat ni.
    aida ada target nak simpan cash.
    and beli emas utk pakai.
    cukup 2 tu nanti hingga target yg set, then only baru beli goldbar :)

    ReplyDelete
  6. emas emas
    satu pelaburan yang tak pernah merugikan
    emas tgh turun harga ni

    ReplyDelete
  7. Terus rs nak beli emas. Hari tu ms bday nak beli dah. Dok tangguh tangguh lgsg naik harga. Padan muka. Dapat yg kecik pun jadi la kan

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign