Fresh from the owner...

30 December 2014

Dugaan penghujung 2014.




Gambar cilok daripada fb. Kemusnahan yang tersingkap selepas banjir mula surut. Lumpur di sana sini. Kediaman musnah. Haiwan ternakan bergelimpangan. Segala-galanya memang menduga emosi. Kini tiada apa yang tinggal. Sehelai sepinggang. Musibah yang tak terduga untuk kita muhasabah diri jugak adanya.

Diuji kerana Allah sayang. Jika Allah tidak peduli, semuanya dah tak berguna lagi. Melihatkan keadaan, sedihnya pasti tak terucap dengan kata-kata. Ke mana lagi mereka akan pergi. Kediaman baru mengambil masa juga untuk dibina semula.

Tapi kejadian ini pastinya menjadikan mereka lebih kuat daripada sebelumnya. Bantuan tetap tiba. Lambat dan cepat, itu saja bezanya. Harap dengan bantuan yang ada dapat memulihkan semangat mereka. Biarpun tidak seberapa, sekurang-kurangnya ada juga.

Tabahlah wahai saudara-saudaraku yang ditimpa bencana. Semoga musibah ini terus menyatukan dan menguatkan ukhwah kita juga adanya. Semoga kamu dan kamu tabah sentiasa.


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign