Fresh from the owner...

29 December 2014

Bila banjir melanda.




Musibah menimpa untuk kita muhasabah diri. Hanya mampu berdoa buat mereka-mereka yang kehilangan hampir semuanya. Ada yang turut kehilangan ahli keluarga. Bersyukurlah kerana kita masih selamat. Walaupun keadaan akan mengambil masa untuk pulih, harapnya mereka yang ditimpa bencana ini tabah, sabar dan reda dengan ujian Allah.

Pekan jugak dah naik air. Dah lama tak banjir macam ni. Setiap tahun banjir juga. Tapi banjir yang tidak membimbangkan la. Kali ini masing-masing berwaspada. Takut jadi macam banjir tahun 1971. Belum lahir tapi tahu juga ceritanya.

Dilindungi la kita daripada terus dilanda musibah. Segala-galanya datang daripada Allah. Turunnya ujian dan dugaan ni pastinya bersebab. Untuk kita fikirkan bersama-sama.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. semuga mangsa banjir tabah lalui ujian Allah...berat mata memandang...berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign