Fresh from the owner...

19 December 2014

Ada apa dengan zoo?




Cerita ahad lepas. Bawak anak-anak solehah dan soleh ni ke zoo. Zoo Johor je pun. Zoo Saleng dah tutup. Antara dua zoo tu, nak masuk ke Zoo Saleng la paling mahal. Berpuluh ringgit jugak la. Banyak jugak haiwan tapi zoo tu dah tutup pun sebab beroperasi secara haram. Paling kesian singa kat Zoo Saleng tu. Kurus melidi. Tak cukup makan. Tapi tu cerita 3 ke 4 tahun lepas.

Ini kali kedua bawak anak-anak soleh solehah ni ke zoo. First time, Aus tak ada lagi. Kali ni bawak Aus yang dah setahun 3 bulan tu. Kiranya dah setahun lebih la tak ke sini. Lama gila... ^o^ Kalau masa datang dulu gajah tak ada sebab pergi hantar training, kali ni pun sama. Gajah tu hilang masa training kot. Haha...



Tujuan ke sini pun sebab Alya teringin nak pegang burung. Dulu mak pak je yang pegang. Tapi tak ada rezeki dia. Sekarang ni yang ada cuma boleh bagi makan kat unta je. Okay la tu daripada tak ada langsung. Unta pun unta la.

Singa pun nak kata cukup makan, boleh la. Tak ada la macam singa kat Zoo Saleng yang boleh nampak tulang temulangnya tu. Ramai jugak orang yang datang. Mungkin sebab weekend. Mungkin jugak sebab cuti sekolah.



Aus, belum sampai zoo lagi dah selamat dibuai mimpi. Dah melawat unta, kandang singa pun still tidur jugak lagi. Nak keluar daripada kandang singa tu la baru dia sedar. Cerah je mata tengok ramai orang.

Nak kata best ke zoo ni, tak ada la best sangat pun. Tak banyak haiwan untuk cuci mata. Kiranya untuk memuaskan hati anak-anak tu boleh la. Kalau ke Zoo Negara best la sebab haiwan pun banyak. Kalau Zoo Saleng ada jugak beruang, kat sini tak ada. Setakat burung-burung makkaw tu ada la. Burung-burung kecik dalam sangkar besar. Boleh la.



Sebelum balik, anak-anak soleh solehah ni pow abahnya lollipop besar tu. Kalau kat kedai kat shopping mall, RM4 je. Kat sini RM5. Beli untuk 3 orang je. Aus terkecuali. Dia mesti pow kakak-kakak dengan abang dia punya la. Lollipop yang dia pegang tu Anis yang punya. Dia perasan dia punya la tu.

Sebelum ni ada beli lollipop macam tu. Makan tahun nak habis. Sikit je dia orang makan. Selebihnya semut yang sebat. Tapi kali ni banyak jugak yang dia orang habiskan. Tinggal suku je lagi nak habis. Lepas tu tak nak makan dah.

Apa yang seronok ke zoo ni bila anak-anak happy. Itu dah cukup baik. Dah cukup buat mak ayah pun happy walaupun bila sampai je rumah flat terus. Mak la yang flat. Sabar je la.





Jom menyimpan emas. Kita sahut kempen: 1g emas, 1 bulan, 1 keluarga. Nak tahu lebih lanjut boleh whatsapp. Sekadar nak bertanya pun okay. Kita menyimpan untuk masa depan. Kalau bukan untuk kita, untuk orang yang kita sayang kan?


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. OK lah tu blh tgk unta depan2.. siap leh bg makan lg...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign